The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan Akademik Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang - Edisi 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-book, 2021-05-09 21:21:51

PERATURAN AKADEMIK 2020

Peraturan Akademik Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang - Edisi 2020

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB)

PULAU PINANG

JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK

EDISI 2020

Isi Kandungan

1.0 SYARAT KEMASUKAN ........................................................................................... 1
1.1 PROGRAM SARJANA MUDA .............................................................................. 1
1.2 PROGRAM DIPLOMA ......................................................................................... 1
1.3 KEPERLUAN BAHASA ......................................................................................... 2

2.0 PENDAFTARAN ..................................................................................................... 4
2.1 DAFTAR SEBAGAI PELAJAR KOLEJ ...................................................................... 4
2.2 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS.............................................................. 4
2.3 TAMBAH DAN GUGUR KURSUS ......................................................................... 6
2.4 TARIK DIRI ......................................................................................................... 7
2.5 ULANG KURSUS (WAJIB/ PILIHAN)..................................................................... 7
2.6 TANGGUH PENGAJIAN ...................................................................................... 9
2.7 TUKAR PROGRAM PENGAJIAN ........................................................................ 10
2.8 TUKAR MOD PENGAJIAN ................................................................................. 10
2.9 BERHENTI BELAJAR.......................................................................................... 10
2.10 CUTI KECEMASAN.......................................................................................... 11
2.11 TANGGUH KHAS (DIGANTUNG PENGAJIAN) .................................................. 12
2.12 YURAN KOLEJ ................................................................................................ 12

3.0 SISTEM PENGAJIAN ............................................................................................ 14
4.0 KREDIT AKADEMIK.............................................................................................. 15

4.1 JAM KREDIT..................................................................................................... 15
4.2 NILAIAN JAM KREDIT MINIMUM BAGI SETIAP KURSUS ................................... 15
4.3 KEPERLUAN KREDIT KURSUS ........................................................................... 15
4.4 PENGECUALIAN KREDIT................................................................................... 16
4.5 PEMINDAHAN KREDIT ..................................................................................... 16
4.6 KREDIT DIAMBIL .............................................................................................. 17
4.7 KREDIT DIKIRA ................................................................................................. 17
5.0 TEMPOH PENGAJIAN.......................................................................................... 18
5.1 TEMPOH PENGAJIAN YANG DIBENARKAN ....................................................... 18
5.2 TEMPOH PENGAJIAN SELEPAS PERTUKARAN PROGRAM................................. 18
6.0 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR ............................................................................ 19

6.1 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR ......................................................................... 19
6.2 KEPERLUAN MENGHADIRI KULIAH .................................................................. 19
6.3 KEPERLUAN MENYEMPURNAKAN HAFAZAN (HIFZ AL QURAN) ....................... 20
6.4 PEMBELAJARAN KENDIRI................................................................................. 20
6.5 KAEDAH PENILAIAN......................................................................................... 21
6.6 GRED ............................................................................................................... 21
6.7 PURATA NILAI GRED (PNG), PURATA NILAI GRED KUMULATIF (PNGK) ............ 24
6.8 PRESTASI PELAJAR YANG TIDAK MEMUASKAN................................................ 27
6.9 PEPERIKSAAN .................................................................................................. 28
6.10 KECURANGAN AKADEMIK ............................................................................. 31
6.11 PENYATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ............................................................ 35
6.12 RAYUAN SEMAK SEMULA .............................................................................. 35
6.13 PENASIHAT AKADEMIK PELAJAR.................................................................... 35
7.0 PENGIJAZAHAN .................................................................................................. 37
7.1 PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA ................................................. 37
7.2 PENGANUGERAHAN DIPLOMA........................................................................ 37
7.3 KEPERLUAN PENGIJAZAHAN............................................................................ 37
7.4 PENGANUGERAHAN AKADEMIK SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA........... 38
7.5 SIJIL AKADEMIK ............................................................................................... 39
7.6 PENARIKAN BALIK PENGANUGERAHAN AKADEMIK......................................... 39
8.0 KEMASUKAN SEMULA ........................................................................................ 40
8.1 PELAJAR SEMESTER PERTAMA YANG MENDAPAT STATUS GB......................... 40
8.2 RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT STATUS
GB ......................................................................................................................... 40
8.3 RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG DIBERHENTIKAN DI
BAWAH PERATURAN 2.9.4 .................................................................................... 41
9.0 KUASA SENAT ..................................................................................................... 42

1.0 SYARAT KEMASUKAN

1.1 PROGRAM SARJANA MUDA

1.1.1 Syarat Umum
a) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Jayyid; atau
b) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-
kurangnya Gred C (PNGK 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; atau
c) Memiliki diploma dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya PNGK 2.5. Bagi PNGK 2.5
ke bawah dan 2.0 ke atas boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman; atau
d) Lulus Asasi / Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya PNGK 2.0, dan
e) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (kepada warganegara dan bermastautin di
Malaysia sahaja) atau
f) Kelayakan-kelayakan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.

1.1.2 Syarat Khusus
a) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kolej, Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
b) Memenuhi syarat-syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh mana-mana Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) bagi program-program kerjasama/ francais.

1.1.3 Luput tawaran dan tangguh tawaran
a) Mana-mana pelajar yang tidak mendaftar pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan,
tawaran mengikuti pengajian ini adalah terbatal.
b) Pelajar boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran atas sebab perubatan atau
kes-kes khas dalam tempoh selewat-lewatnya minggu kedua selepas tarikh
pendaftaran.

1.2 PROGRAM DIPLOMA

1.1.4 Syarat Umum
a) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya tiga
(3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau

1

b) Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan memiliki
SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dan
melalui program pengukuhan (jika perlu); atau

c) Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan
memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata
pelajaran dan melalui program pengukuhan (jika perlu); atau

d) Lulus sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00; atau

e) Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00)
dalam satu (1) mata pelajaran; atau

f) Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
g) Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

1.1.5 Syarat Khusus
Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kolej, Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA).

1.1.6 Luput tawaran dan tangguh tawaran
a) Mana-mana pelajar yang tidak mendaftar pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan,
tawaran mengikuti pengajian ini adalah terbatal.
b) Pelajar boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran atas sebab perubatan atau
kes-kes khas dalam tempoh selewat-lewatnya minggu kedua selepas tarikh
pendaftaran.

1.3 KEPERLUAN BAHASA

1.1.7 Bahasa Melayu
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma dikehendaki
memenuhi keperluan Bahasa Melayu bagi tujuan kemasukan ke Kolej seperti yang
disyaratkan oleh SENAT KITAB dan sejajar dengan dasar kebangsaan.
b) Bagi pelajar antarabangsa diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Melayu dan lulus dalam
tempoh pengajiannya.
c) Bagi pelajar tempatan diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan sekiranya tiada
kredit diperingkat SPM.

2

1.1.8 Bahasa Inggeris
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma dikehendaki
mencapai tahap kecekapan dalam Bahasa Inggeris yang diperlukan bagi program
akademiknya. Keperluan Bahasa ini adalah tertakluk kepada keperluan program
akademik masing-masing sekiranya ada.

1.1.9 Bahasa Arab
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma dikehendaki
mencapai tahap kecekapan dalam Bahasa Arab yang diperlukan bagi program
akademiknya. Keperluan bahasa ini adalah tertakluk kepada keperluan program
akademik masing-masing sekiranya ada.
b) Bagi pelajar antarabangsa yang tiada asas Bahasa Arab diwajibkan mengikuti kelas
pemantapan dalam tempoh pengajiannya.
c) Bagi pelajar tempatan yang tiada asas dan tidak kredit Bahasa Arab peringkat SPM
diwajibkan mengikuti kelas pemantapan Bahasa Arab.

3

2.0 PENDAFTARAN

2.1 DAFTAR SEBAGAI PELAJAR KOLEJ

1.1.10 Seseorang yang mendapat tawaran hendaklah mendaftar sebagai pelajar Kolej pada tarikh
yang ditetapkan.

1.1.11 SENAT boleh pada bila-bila masa membatalkan tawaran kemasukan pelajar atau
membatalkan status pelajar sekiranya terbukti pemohon atau pelajar mengemukakan apa-
apa dokumen atau maklumat palsu.

1.1.12 Pendaftaran Serentak
a) Seseorang pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu program
pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Kolej atau di institusi lain.
b) Walau apapun yang dinyatakan di perenggan (a) di atas, pelajar dibenarkan mendaftar
serentak dalam keadaan di mana Kolej mengadakan program kerjasama dengan
universiti atau institusi lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah.
c) Mana-mana pelajar yang didapati melanggar perenggan (a) di atas boleh ditamatkan
dari program pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran dan bayaran lain yang telah
dibayar.

1.1.13 Pelajar akan ditangguhkan pengajian sekiranya tidak mengaktifkan status sebagai pelajar
Kolej selepas minggu keempat (4) pengajian tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.
Pelajar akan dikenakan yuran pengekalan status.

1.1.14 Pelajar yang telah tamat tempoh maksimum pengajian tidak dibenarkan mendaftar kursus
tertakluk kepada perkara 8.2.

1.1.15 Pelajar hendaklah bertanggungjawab dari semasa ke semasa untuk mengemaskini maklumat
peribadinya di dalam Portal Pelajar.

2.2 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

1.1.16 Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian (online) dan
mencetak slip pendaftaran kursus dalam tempoh empat belas (14) hari selepas semester
bermula. Pelajar mesti memastikan ketepatan kursus yang didaftarkan pada slip pendaftaran
4

kursus. Bagi pelajar yang membuat proses Gugur atau Tambah Kursus, perlu mengesahkan
dan mencetak semula slip pendaftaran untuk simpanan pelajar. Pelajar yang lewat membuat
pendaftaran kursus akan dikenakan denda daftar kursus lewat.

1.1.17 Pelajar lama hendaklah mengaktifkan status sebagai pelajar Kolej dalam tempoh tujuh (7)
hari sebelum semester berikutnya bermula. Pelajar yang tidak mengaktifkan status (pasif)
dan tidak mengesahkan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan sebanyak dua
semester (pelajar tempatan) atau satu semester (pelajar antarabangsa) sepanjang tempoh
pengajian akan digugurkan sebagai pelajar Kolej.

1.1.18 Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan bahawa semua maklumat yang
tercatat di dalam slip pendaftaran kursus adalah betul sebagaimana yang didaftarkan.
Sebarang kesilapan yang terdapat pada slip tersebut (sekiranya ada) hendaklah
diperbetulkan oleh pelajar atau Pusat Pengajian mengikut peraturan, syarat dan tempoh
tertentu yang telah ditetapkan.

1.1.19 Had kredit minimum mendaftar kursus adalah 12 jam kredit dan had kredit maksimum
mendaftar kursus adalah 20 jam kredit pada setiap semester (tertakluk kepada Standard
Program). Had tersebut boleh ditambah/ dikurang dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.
Had kredit minimum tidak tertakluk kepada pelajar yang mendaftar kursus Latihan Industri/
Kertas Projek dan pelajar semester akhir pengajian.

1.1.20 Had tersebut boleh ditambah/ dikurang dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian. Had kredit
maksimum ditentukan berdasarkan PNGK terkini pelajar seperti berikut:

PNGK HAD KREDIT MAKSIMUM
3.00 – 4.00 20
2.51 – 2.99 18
2.00 – 2.50 15
1.50 – 1.99 12

1.1.21 Bagi semester pendek, had kredit minimum mendaftar kursus adalah 03 jam kredit dan had
kredit maksimum 10 jam kredit pada setiap semester. Had tersebut boleh ditambah/ dikurang
dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.

5

1.1.22 Bagi pelajar yang mendaftar mod separuh masa, had kredit minimum adalah 06 jam kredit
dan had kredit maksimum adalah 12 jam kredit. Had tersebut boleh ditambah/ dikurang
dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.

1.1.23 Pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran bagi semester terdahulu dan tidak
mempunyai jaminan pembayaran boleh dihalang daripada membuat pendaftaran kursus,
ditahan keputusan peperiksaan semester, ditangguhkan dari meneruskan pengajiannya atau
tidak dibenarkan bergraduat sehingga tunggakan yuran tersebut dijelaskan.

1.1.24 Kod Pendaftaran Kursus
Kod pendaftaran kursus adalah tertakluk kepada senarai kursus yang ditetapkan Pusat
Pengajian bagi program berkenaan.

2.3 TAMBAH DAN GUGUR KURSUS

1.1.25 Pelajar diberikan tempoh dua (2) minggu untuk proses menambah atau menggugurkan
kursus yang telah didaftarkan.

1.1.26 Pelajar boleh menambah/ gugur kursus dalam tempoh dua (2) minggu mulai minggu ke dua
setelah semester baharu bermula.

1.1.27 Bayaran denda akan dikenakan bagi pelajar yang lewat membuat pendaftaran kursus dan
penambahan selepas tempoh yang ditetapkan dengan kelulusan Ketua Pusat Pengajian dan
bayaran denda dibuat kepada Bendahari KITAB. Kenaan caj denda ini adalah tertakluk
kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

1.1.28 Sekiranya pihak pentadbiran tidak menerima apa-apa makluman pendaftaran diri dan kursus
daripada pelajar dalam masa tiga (3) minggu selepas tarikh permulaan semester panjang
atau semester pendek, pelajar dianggap telah menarik diri daripada semester (Tangguh
Pengajian). Caj yuran tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

1.1.29 Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua (2) semester berturut- turut boleh
mengakibatkan status pengajian pelajar sebagai Henti Sendiri (HS).

6

2.4 TARIK DIRI

1.1.30 Penarikan diri dari kursus
a) Pelajar boleh menarik diri dari mengikuti kursus pada minggu ke empat (4) pengajian
sahaja dengan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pusat Pengajian dengan
menggunakan borang yang disediakan.
b) Pelajar yang menarik diri akan diberi gred TD dan dicatat dalam Slip Keputusan
Peperiksaan Semester.
c) Bayaran proses akan dikenakan mengikut bilangan kursus yang dimohon dan yuran
pengajian berkenaan adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun
KITAB.
d) Kebenaran untuk menarik diri adalah tertakluk kepada jumlah kredit minimum yang
dibenarkan tertakluk kepada perkara 2.2.4, 2.2.5, 2.2.6 dan 2.2.7.

1.1.31 Penarikan diri daripada semester
a) Penarikan diri dari pertengahan semester bermakna penarikan diri dari kesemua
kursus yang didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan atau cuti daripada
menghadiri kuliah bagi program akademik yang sedang diikuti bagi semester
berkenaan. Tempoh penarikan diri atas apa-apa sebab munasabah akan diambil kira
sebagai memenuhi tempoh maksimum yang ditetapkan untuk program pengajian
akademik yang sedang diikuti di KITAB.
b) Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah menjalani
program akademiknya sekurang- kurangnya satu (1) semester.
c) Permohonan penarikan diri dari semester boleh dibuat kepada Ketua Pusat Pengajian
mulai minggu pertama hingga minggu ketiga semester semasa.

2.5 ULANG KURSUS (WAJIB/ PILIHAN)

1.1.32 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus wajib akan diberi peluang untuk
mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Wajib (W): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali percubaan.

Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus wajib (W). Kursus wajib boleh

dikategorikan dalam sub- klasifikasi berikut:

a) Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU); dan

b) Kursus Wajib Kolej. 7

1.1.33 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus teras akan diberi peluang untuk
mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Teras (T): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali percubaan.
Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus teras (T). Kursus teras boleh
dikategorikan dalam sub-klasifikasi berikut:
a) Kursus Teras (contohnya kursus Core/ Common Core);
b) Kursus Specialisation; (contohnya kursus Specialisation/ Discipline Core/ Major);
c) Projek Tahun Akhir (Final Year Project); dan
d) Latihan Industri (Industrial Training).

1.1.34 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus elektif akan diberi peluang untuk
mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Elektif (E): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali percubaan.
Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus elektif (E). Kursus elektif boleh
dikategorikan dalam sub-klasifikasi berikut:
a) Kursus Elektif (contohnya kursus Elective Discipline/ Elective related to major/ Elective
Open).

ii. Kursus Elektif: Kursus yang ditawarkan dan dipilih oleh pelajar daripada satu (1) senarai
tertentu bagi memenuhi keperluan pengijazahan program akademik berkenaan. Pelajar
wajib lulus kursus ini dan hanya boleh mengambil mana-mana kursus ini sebanyak tiga
(3) kali percubaan sahaja. Pelajar dibenarkan untuk mengambil mana-mana kursus yang
lain dalam kategori kursus elektif yang sama.

1.1.35 Pelajar yang mendapat gred C- ke bawah dibenarkan untuk memperbaiki gred kursus. Pelajar
dengan PNGK kurang dari 2.00 pada mana-mana semester diberi pilihan mengulangi kursus
berkenaan supaya mereka mempertingkatkan PNGK kepada had tempoh pengajian
maksimum bagi program akademik tersebut.

1.1.36 Setiap gred yang diperolehi bagi sesuatu kursus yang diulangi akan dicatatkan dan diambil
kira dalam pengiraan purata mata nilaian, dengan syarat bahawa jam kredit bagi sesuatu
kursus yang diulangi hendaklah dikira sekali sahaja bagi maksud jumlah kredit yang perlu
untuk tamat belajar dan pengijazahan.
8

2.6 TANGGUH PENGAJIAN

1.1.37 Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan oleh Pengamal Perubatan
Berdaftar atau masalah-masalah lain yang boleh diterima Kolej, boleh memohon menangguh
pengajian kepada Ketua Pusat Pengajian secara bertulis. Semester yang ditangguh tidak
akan diambil kira dalam jumlah pengiraan semester.

Kelulusan penangguhan pengajian adalah berdasarkan semester ke semester dan tidak
melebihi dua (2) semester berturut-turut. Selepas kelulusan penangguhan diberikan, semua
kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan akan terbatal.

Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi dua (2) semester berturut-turut,
permohonan beliau hendaklah dirujuk kepada SENAT oleh Ketua Pusat Pengajian dan
keputusan SENAT adalah muktamad.

1.1.38 Walau bagaimana bayaran Pengekalan Status Pelajar akan dikenakan tertakluk kepada Buku
Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

Permohonan penangguhan untuk sesuatu semester hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada
minggu ke empat (4) semester. Permohonan selepas tempoh tersebut tidak akan diterima.
Kelulusan penangguhan pengajian adalah satu (1) semester sahaja.

1.1.39 Pelajar antarabangsa tidak dibenarkan menangguh pengajian kecuali mempunyai masalah
kesihatan yang disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.

1.1.40 Penangguhan atas arahan Kolej:

a) Kolej boleh mengarahkan pelajar menangguhkan pengajian untuk satu (1) atau lebih
semester berikutnya jika pelajar memperolehi PNG kurang daripada 1.00 tetapi PNGK
lebih atau sama dengan 2.00.

b) Kolej juga boleh mengarahkan pelajar untuk menangguhkan pengajian untuk selama
satu (1) atau lebih semester berikutnya selain daripada alasan Peraturan 2.6.5 (a).

Tempoh penangguhan bagi Peraturan 2.6.5 (a dan b) tidak diambilkira dalam pengiraan bilangan
semester yang digunakan.

9

2.7 TUKAR PROGRAM PENGAJIAN

1.1.41 Permohonan menukar program dibenarkan bagi program yang setara sahaja.

1.1.42 Permohonan untuk menukar program pengajian hendaklah dibuat kepada JPA melalui Ketua
Pusat Pengajian berkenaan.

1.1.43 Permohonan pertukaran program pengajian boleh dibuat selewat-lewatnya pada minggu
kedua semester bermula. Permohonan tukar program bagi Pusat Pengajian yang berbeza
hanya dibenarkan kepada pelajar semester pertama dan semester kedua sahaja.

1.1.44 Permohonan menukar program di dalam Pusat Pengajian yang sama dibenarkan sehingga
Semester Keempat.

1.1.45 Permohonan menukar program pengajian adalah sekali sahaja.
1.1.46 Pelajar boleh memohon pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat seperti di

Peraturan 4.5.
1.1.47 Yuran proses akan dikenakan berdasarkan Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

2.8 TUKAR MOD PENGAJIAN

1.1.48 Permohonan untuk menukar mod pengajian hendaklah dibuat kepada JPA melalui Ketua
Pusat Pengajian berkenaan.

1.1.49 Permohonan pertukaran mod pengajian boleh dibuat selewat-lewatnya minggu keempat (4)
pada semester berkenaan.

1.1.50 Yuran proses akan dikenakan berdasarkan Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

2.9 BERHENTI BELAJAR

1.1.51 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA melalui Ketua Pusat yang berkenaan.
10

1.1.52 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan pengajiannya sehingga permohonan diluluskan oleh
Kolej.

1.1.53 Sebarang pengembalian yuran pengajian tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan
Akaun KITAB.

1.1.54 Pelajar akan ditamatkan pengajiannya dari Kolej apabila:
a) Tidak membuat pendaftaran dan pengesahan kursus sebanyak dua (2) semester
sepanjang tempoh pengajian kecuali pelajar antarabangsa (pelajar antarabangsa
perlu membuat pendaftaran dan pengesahan kursus setiap semester)
b) Melebihi tempoh pengajian yang dibenarkan.
c) Gagal mendaftar selepas tamat tempoh penangguhan.
d) Dikenakan hukuman tatatertib dan diberhentikan.

Pelajar yang ditamatkan pengajian mengikut Peraturan ini dibenarkan untuk memohon Kemasukan
Semula tertakluk kepada syarat pada Peraturan 8.3.

2.10 CUTI KECEMASAN

1.1.55 Pelajar dibenarkan untuk mengambil cuti kecemasan / khas bagi kes-kes berikut:
a) Masalah kesihatan yang diberikan sijil cuti sakit / surat perakuan oleh Pengamal
Perubatan Berdaftar;
b) Kematian ahli keluarga terdekat (pelajar perlu kemukakan salinan sijil kematian).

1.1.56 Semua cuti yang dinyatakan pada Peraturan 2.10.1 (a dan b) adalah tidak melebihi satu (1)
minggu atau tidak melebihi 20 peratus jumlah ketidakhadiran kelas yang dibenarkan.
Pemakluman hendaklah dikemukakan secara bertulis bersama dengan bukti kepada Ketua
Pusat Pengajian dalam tempoh satu minggu selepas berlaku kes kecemasan tersebut.

1.1.57 Bagi kes cuti menunaikan haji semasa semester pengajian, pelajar perlu memohon
penangguhan semester tersebut. Penangguhan ini tidak diambil kira sebagai tempoh
pengajian.

11

2.11 TANGGUH KHAS (DIGANTUNG PENGAJIAN)

1.1.58 Tangguh khas ialah hukuman yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan
pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang disabitkan kesalahan dalam
Peraturan ini atau apa-apa peraturan / polisi / arahan yang diluluskan oleh Kolej boleh diberi
status Tangguh Khas. Penangguhan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian.

1.1.59 Semua kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan dengan sendirinya akan terbatal.

1.1.60 Kesan penangguhan pengajian terhadap pelajar adalah seperti berikut:
a) Pelajar terputus daripada pengajian;
b) Memberi kesan kepada biasiswa / bantuan kewangan yang diberikan oleh penaja;
c) Pelajar lewat menamatkan pengajian;
d) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Kolej sepanjang
tempoh penangguhan;
e) Pelajar tidak layak menerima apa-apa pemulangan dan pihak Kolej berhak membuat
tuntutan terhadap yuran dan apa jua caj tertunggak daripada pelajar.

2.12 YURAN KOLEJ

1.1.61 Polisi yuran
a) Pelajar hendaklah membayar yuran Kolej berdasarkan semester pengajian.
b) Pelajar baharu hendaklah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan di dalam
surat tawaran kemasukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Kolej untuk sesuatu
program akademik. Pihak Kolej berhak menolak pendaftaran sekiranya pelajar
berkenaan tidak menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan di dalam surat
tawaran kemasukan.
c) Pihak Kolej mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar
bayaran lain yang ditetapkan dengan notis.
d) Pelajar hendaklah mendaftar dan mengikuti kursus yang ditetapkan oleh program
pengajiannya serta membayar semua yuran Kolej yang ditetapkan.

1.1.62 Kriteria Penangguhan Yuran Kolej
a) Seseorang pelajar itu dibenarkan menduduki peperiksaan pada suatu semester
apabila telah menjelaskan keseluruhan yuran Kolej pada semester berkenaan.

12

b) Pelajar perlu menjelaskan semua tunggakan hutang sebelum dibenarkan membuat
pendaftaran kursus pada awal semester.

c) Penangguhan bayaran kepada perkara (a) dan (b) oleh pelajar perlu mendapatkan
pengesahan Ketua Pusat Pengajian yang berkenaan dan kelulusan Timbalan Rektor
(Hal Ehwal Akademik) KITAB.

d) Seseorang pelajar itu telah diluluskan pinjaman tetapi belum menerima daripada
pihak penajanya dan disahkan oleh pihak Jabatan Bendahari KITAB.

e) Pihak Kolej menerima jaminan daripada agensi tertentu yang akan mengemukakan
bayaran untuk melangsaikan yuran pengajian pelajar seperti Pusat Pungutan Zakat
Negeri dan lain-lain badan yang dinyatakan.

f) Pihak Kolej menerima jaminan bertulis daripada pihak ibu bapa / penjaga pelajar
yang akan menjelaskan hutang berkenaan dalam masa empat (4) minggu sebelum
peperiksaan semester bermula.

g) Bagi kes pelajar baharu yang mendaftar selepas Minggu Orientasi, tarikh
pendaftarannya berkuatkuasa mulai tarikh beliau mendaftar di Kolej. Bagi tujuan
bayaran yuran Kolej seseorang pelajar itu masih tertakluk dengan Buku Peraturan
Kewangan dan Akaun KITAB dalam tempoh dua (2) minggu jika beliau menarik diri
daripada pengajian di Kolej.

h) Bagi pelajar rayuan, tempoh dua (2) minggu dikira daripada tarikh pendaftaran untuk
dikenakan caj yuran pengajian.

i) Bagi kes-kes khas, pelajar dibenarkan untuk membuat rayuan kepada pihak Kolej.

1.1.63 Semua cas, denda dan yuran adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun
KITAB semasa.

13

3.0 SISTEM PENGAJIAN

1.2 Kolej mengamalkan sistem semester. Satu sesi pengajian akademik mengandungi dua (2)
Semester Panjang iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester
mengandungi empat belas (14) minggu pengajian, satu (1) minggu ulangkaji, dua (2)
minggu peperiksaan dan cuti pertengahan semester.

1.3 Kolej juga boleh mengadakan satu (1) sesi pendek pengajian yang dinamakan Semester
Pendek. Sesi ini mengandungi tujuh (7) minggu pengajian dan satu (1) minggu peperiksaan.

1.4 Perubahan tempoh pengajian dalam satu-satu sesi boleh dilakukan dengan kelulusan
Senat.

14

4.0 KREDIT AKADEMIK

4.1 JAM KREDIT

1.4.1 Pada amnya bilangan jam kredit maksimum yang boleh diambil dalam semester panjang
adalah 20 jam kredit dan bagi intersesi atau semester pendek ialah 10 jam kredit.

1.4.2 Pelajar hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 12 jam kredit bagi setiap semester
panjang. Mana-mana pelajar yang ingin mendaftar kurang daripada 12 jam kredit hendaklah
mendapat kebenaran daripada Pusat Pengajian berkenaan kecuali pelajar berstatus LB (Lulus
Bersyarat).

1.4.3 Seseorang pelajar dibenarkan mendaftar kursus lebih daripada 20 jam kredit pada mana-
mana semester panjang tertakluk kepada pelajar memohon dan mendapat kebenaran Pusat
Pengajian berkenaan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :
a) mempunyai PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada semester terakhir sebelum
pendaftaran berkenaan.

4.2 NILAIAN JAM KREDIT MINIMUM BAGI SETIAP KURSUS

1.4.4 Semua kursus ditetapkan nilai jam kredit seperti berikut:
40 jam belajar pelajar adalah bersamaan dengan SATU (1) jam kredit (rujuk Kerangka
Kelayakan Malaysia – MQF).

1.4.5 Jumlah Jam Kredit
Setiap program akademik hendaklah mengandungi jumlah jam kredit berikut berdasarkan
kategorinya iaitu:

Jumlah Kredit Minimum bagi program pengajian peringkat Diploma ialah 90 jam kredit dan
Jumlah Kredit Minimum bagi program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ialah 120
jam kredit.

4.3 KEPERLUAN KREDIT KURSUS

15

1.4.6 Klasifikasi dan Definisi Kursus
Kredit Kursus Wajib adalah kredit bagi semua kursus yang telah ditetapkan mengikut struktur
pengajian sesuatu program. Semua kursus perlu diambil dan lulus serta diambilkira untuk
memenuhi keperluan pengijazahan. Kursus yang gagal (mendapat gred D dan ke bawah)
tidak diambil kira dalam jumlah keperluan kredit pengijazahan. Semua Kredit Kursus Wajib
yang didaftarkan bagi sesuatu semester akan diambil kira untuk penentuan PNG dan PNGK.

4.4 PENGECUALIAN KREDIT

1.4.7 Pengecualian kredit:
a) Pengecualian kursus ialah proses pengecualian pelajar daripada mengambil kursus
atau kursus-kursus dalam program yang diikuti atas sebab-sebab tertentu.
b) Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
dikecualikan. Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus
lain bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat.
c) Kolej berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar, jika
perlu, dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas bagi menentukan pelajar layak
diberikan pengecualian kursus.
d) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA dan bayaran proses akan
dikenakan bagi setiap permohonan

4.5 PEMINDAHAN KREDIT

1.4.8 Pelajar yang menukar program di Kolej atau mana-mana PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia, boleh memohon pemindahan kredit untuk sesuatu kursus tertakluk kepada kategori
yang berikut:
a) Menegak (Vertical) - pemindahan kredit daripada satu program ke program di tahap
yang lebih tinggi seperti daripada Diploma ke Sarjana Muda.
b) Melintang (Horizontal) - pemindahan kredit daripada satu program ke program di
tahap yang sama seperti daripada Diploma ke Diploma.

4.5.2 Syarat-syarat umum pemindahan kredit :

a) Permohonan hendaklah dipohon semasa permohonan kemasukan dan boleh dibuat
hanya sekali sahaja.
16

b) Permohonan pada peringkat Foundation/ Pra-universiti/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level
dan kelayakan lain yang setaraf adalah tidak dibenarkan.

c) Program pengajian yang telah diikuti adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
d) PNGK terakhir pelajar tersebut adalah 2.00 dan ke atas.
e) Keputusan minimum peperiksaan kursus tersebut adalah 50 markah; C / Baik.
f) Kandungan kursus atau kursus-kursus yang telah diikuti mengandungi sekurang-

kurangnya lapan puluh peratus (80%) pertindihan kursus yang perlu diambil di Kolej.
g) Nilai kredit kursus bagi program terdahulu hendaklah sekurang-kurangnya sama

dengan nilai kredit kursus bagi program yang diikuti.
h) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA.
i) Pelajar di semester pertama pengajian sahaja dibenarkan untuk memohon

pemindahan kredit. Permohonan selain dari semester pertama tidak akan
dipertimbangkan.
j) Kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan mata gred bagi kursus yang
diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
k) Permohonan pemindahan kredit boleh dibuat hanya sekali sahaja iaitu sehingga
minggu keempat (4) pada semester pertama pengajian.
l) Kolej berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar, jika
perlu, dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas.
m) Pelajar yang gagal dan diberhentikan atau diberhentikan dari mana-mana PPT, tidak
layak untuk memohon pemindahan kredit.

4.6 KREDIT DIAMBIL

Jumlah jam kredit bagi kursus yang telah didaftarkan dan dinilai pada setiap semester.
Jumlah ini akan dipaparkan dalam Transkrip Akademik Pelajar.

4.7 KREDIT DIKIRA

Jumlah jam kredit terkumpul bagi kursus yang telah didaftarkan, dinilai dan lulus termasuk
jumlah pemindahan kredit. Jumlah ini akan dipaparkan dalam Transkrip Akademik Pelajar.
Hanya pelajar yang telah memenuhi keperluan minima jumlah jam kredit dikira seperti yang
ditetapkan dalam struktur program, layak untuk bergraduat.

17

5.0 TEMPOH PENGAJIAN

5.1 TEMPOH PENGAJIAN YANG DIBENARKAN

1.4.9 Tempoh menyempurnakan sesuatu program Diploma dan Sarjana Muda adalah seperti
berikut:
a) Sepenuh masa
Tempoh menyempurnakan sesuatu program adalah tertakluk kepada tempoh
pengajian yang dinyatakan dalam surat kelulusan KPT. Tempoh maksimum
pengajian adalah empat (4) semester melebihi tempoh pengajian yang diluluskan.
b) Separuh masa / Pengajian Jarak Jauh
Tempoh menyempurnakan sesuatu program Diploma dan Sarjana Muda adalah tidak
melebihi enam belas (16) semester. Tempoh maksimum pengajian adalah tidak
melebihi dua (2) kali tempoh maksimum pengajian sepenuh masa bagi program
berkenaan.

1.4.10 Bagi pelajar yang telah mencapai tempoh maksimum pengajian tetapi belum layak untuk
menamatkan pengajian tanpa alasan yang munasabah akan diberhentikan pengajian oleh
Kolej di bawah Peraturan 2.9.4 (b).

5.2 TEMPOH PENGAJIAN SELEPAS PERTUKARAN PROGRAM

Pelajar yang membuat pertukaran program akan diiktiraf sebagai pelajar baru bagi program
tersebut. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada peraturan program baru tersebut.

18

6.0 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

6.1 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

1.4.11 Penilaian pencapaian pelajar setiap semester meliputi :
a) Kerja kursus iaitu ujian lisan, tugasan, tutorial, projek, kuiz dan lain-lain yang
ditetapkan Pusat Pengajian dan / atau
b) Peperiksaan akhir

Kursus yang berbentuk praktikal atau projek, boleh dinilai 100% berdasarkan penilaian berterusan
sepanjang tempoh semester tanpa ujian bertulis.

6.2 KEPERLUAN MENGHADIRI KULIAH

1.4.12 Pelajar diwajibkan menghadiri semua kuliah dan memenuhi keperluan kehadiran ke kuliah
yang telah ditetapkan dalam kandungan kursus termasuk kursus yang tidak mempunyai
peperiksaan akhir.

1.4.13 Mana-mana pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jam pertemuan tanpa
sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah
berkenaan, akan dihalang daripada mengambil kerja kursus dan/atau peperiksaan akhir bagi
kursus tersebut oleh Ketua Pusat Pengajian mengikut program.

1.4.14 Senarai nama pelajar yang dihalang menduduki peperiksaaan akan dikeluarkan oleh pihak
Pusat Pengajian yang menawarkan kursus setelah mendapat makluman daripada pensyarah
kursus berkenaan. Senarai tersebut hendaklah diserahkan kepada JPA untuk mengeluarkan
surat halangan menduduki peperiksaan.

1.4.15 Pelajar yang dihalang daripada mengambil kerja kursus dan/ atau peperiksaan akhir bagi
sesuatu kursus akan dianggap gagal kursus berkenaan dan akan diberi gred X untuk kursus
itu.

1.4.16 Pelajar yang mendaftar sesuatu kursus tetapi tidak mengikutinya akan diberi gred X bagi
kursus berkenaan.

19

1.4.17 Peraturan 6.2.1, 6.2.2 dan 6.2.3 boleh dikecualikan kepada pelajar yang mengalami masalah
kesihatan yang disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar atau mewakili negara/negeri
dalam acara tertentu atau menjalani aktiviti yang diarahkan oleh kerajaan atau Kolej untuk
tempoh tertentu yang diperakukan oleh Ketua Pusat Pengajian dan mendapat kelulusan JPA.

6.3 KEPERLUAN MENYEMPURNAKAN HAFAZAN (HIFZ AL QURAN)

1.4.18 Hafazan
Pelajar perlu menyempurnakan hafazan mengikut sukatan yang ditetapkan untuk
membolehkan pelajar menduduki peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan. Kelayakan
menduduki peperiksaan akhir adalah seperti berikut:
a) Mana-mana pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jam pertemuan
tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
pensyarah berkenaan, akan dihalang daripada mengambil kerja kursus dan/atau
peperiksaan akhir bagi kursus tersebut oleh Dekan program pengajiannya.

6.4 PEMBELAJARAN KENDIRI

1.4.19 Pembelajaran Kendiri ialah kaedah pembelajaran untuk sesuatu kursus yang tidak terikat
dengan jadual waktu rasmi yang telah ditetapkan tetapi merupakan pembelajaran yang
dibimbing oleh pensyarah kursus berkenaan.

1.4.20 Pelajar yang berada dalam tahun akhir pengajian (Semester Panjang) boleh mengambil
suatu kursus secara pembelajaran kendiri sekiranya;
a) Kursus tersebut tidak ditawarkan dalam suatu semester yang sedang diikuti; atau
b) Berlaku pertindihan jadual waktu sebenar kursus tersebut dengan kursus-kursus lain
yang diambil oleh pelajar terbabit; atau
c) Mengambil kursus ulangan.

1.4.21 Pelajar boleh memohon untuk mengikuti Pembelajaran Kendiri tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Pusat Pengajian yang menawarkan kursus tersebut. Pelajar
hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) minggu
selepas semester bermula.

20

6.5 KAEDAH PENILAIAN

1.4.22 Kaedah penilaian terbahagi kepada:
a) Kerja kursus dan peperiksaan akhir.
b) Kerja kursus sahaja.
c) Peperiksaan akhir sahaja.

1.4.23 Pelajar wajib menduduki kedua-dua bahagian penilaian bagi kursus yang menggunakan
kaedah penilaian seperti Peraturan 6.5.1 (a). Sekiranya gagal untuk menghadiri salah satu
bahagian penilaian tersebut, pelajar akan diberikan gred GHB.

6.6 GRED

Markah Gred Nilai Gred Kredit Diambil Kredit Dikira
Ya Ya
90 – 100 A+ 4.00 (Cemerlang) Ya Ya
Ya Ya
80 – 89 A 4.00 (Cemerlang) Ya Ya
Ya Ya
75 – 79 A- 3.67 (Cemerlang) Ya Ya
Ya Ya
70 – 74 B+ 3.33 (Kepujian) Ya Ya
Ya Ya
65 – 69 B 3.00 (Kepujian) Ya Ya
Ya Tidak
60 – 64 B- 2.67 (Baik) Ya Tidak

55 – 59 C+ 2.33 (Baik)

50 – 54 C 2.00 (Baik)

45 – 49 C- 1.67 (Lulus)

40 – 44 D 1.00 (Lulus)

35 – 39 E 0.67 (Gagal)

0 – 34 F 0.00 (Gagal)

21

- 0.00 (Gagal Hadir Peperiksaan Tidak
TH Ya Tidak
- Tidak
Akhir)
-
STATUS GHB 0.00 (Gagal Hadir Penilaian
TL Ya
TK
TD Berterusan)
PK
PM X 0.00 (Dihalang) Ya
PG
CP Tidak Lengkap
DP1 Tidak hadir dengan Kebenaran
DP2 Tarik Diri
GB Pengecualian Kursus
AU Pemindahan Kredit
XM Periksa Ganti
Kecurangan Akademik
Dalam Pemerhatian Kali Pertama
Dalam Pemerhatian Kali ke-Dua
Gagal dan diberhentikan
Audit
Pemarkahan tidak lengkap

1.4.24 Pelajar hendaklah lulus semua Kursus (Teras, Wajib dan Elektif) dengan sekurang-kurangnya
gred D (nilai gred 1.00). Pelajar yang mendapat F perlu mengulang semula kursus sekiranya
melibatkan semua kursus. Seorang pelajar dengan PNGK kurang dari 2.00 dan mendapat
gred “C- dan D” untuk sesuatu kursus pada mana-mana semester diberi pilihan mengulangi
kursus berkenaan pada semester berikutnya supaya mereka mempertingkatkan PNGK
sehingga 2.00 dan ke atas tertakluk kepada had tempoh pengajian maksimum bagi program
akademik tersebut. Pelajar akan dikenakan caj yuran berasingan bagi setiap kursus

22

mengulang yang didaftarkan dan kenaan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan KITAB. Semua bayaran ini hendaklah dibuat kepada Bendahari KITAB oleh
pelajar berkenaan. Keputusan mengulang kursus tertakluk kepada keputusan SENAT KITAB.

1.4.25 Pelajar hendaklah lulus semua Kursus (Teras, Wajib dan Elektif) dengan sekurang-kurangnya
gred D (nilai gred 1.00). Pelajar yang mendapat F perlu mengulang semula kursus sekiranya
melibatkan semua kursus. Gred X akan diberikan kepada pelajar yang dihalang dari
menduduki peperiksaan akhir yang tidak memenuhi keperluan kursus seperti:
a) Kehadiran ke kuliah / tutorial / latihan kurang dari 80%; atau
b) Tidak menyempurnakan keperluan komponen kerja kursus; atau
c) Tidak menyempurnakan hafazan bagi kursus tertentu.

Gred XK juga akan diberikan kepada pelajar yang kehadiran ke kuliah / tutorial / latihan
kurang dari 80% bagi kursus-kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir.

6.6.3 Status TL boleh diberikan kepada pelajar yang belum melengkapkan mana-mana keperluan
tertentu bagi penilaian Latihan Praktikal / Kertas Projek / Projek oleh Dekan / Penyelia.

Status TL hendaklah ditebus dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat tempoh Latihan
Industri / Kertas Projek / Projek.

Jika status TL tidak ditebus selepas tamat tempoh empat (4) minggu yang ditetapkan, gred
F akan diberikan kepada pelajar terlibat.

6.6.4 Status TK boleh diberikan kepada pelajar yang tidak mengambil peperiksaan akhir bagi
mana-mana kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan dan/atau kecemasan dan
diperakukan oleh Kolej.

Pelajar dikehendaki menebus status TK dengan menduduki peperiksaan gantian yang akan
ditetapkan oleh Kolej tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus tersebut.

Pelajar akan diberikan gred TH bagi kursus berkenaan sekiranya tidak menebus status TK
pada tarikh yang ditetapkan.

Jika pelajar lulus peperiksaan gantian kursus berkenaan, gred terbaharu akan menggantikan
status TK pada semester berkenaan.

6.6.5 Status Tarik Diri (TD) diberikan kepada pelajar yang memohon untuk menarik diri dari
sesuatu kursus selepas tempoh tambah / gugur kursus tamat. Pelajar-pelajar tidak
digalakkan untuk Tarik Diri (TD). Sekiranya pelajar dibenarkan untuk Tarik Diri, yuran bagi
kursus berkenaan tidak akan dikembalikan. Status TD boleh diberikan kepada:

a) Pelajar yang membuat permohonan kepada Dekan untuk menarik diri selepas
minggu keempat (4) sehingga minggu kelapan (8) sahaja.

23

b) Pelajar yang mendaftar untuk Latihan Praktikal tetapi gagal mendapat tempat di
mana-mana organisasi dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan hendaklah
dibuat melalui Unit Latihan Praktikal.

c) Pelajar PJJ dan Semester Pendek boleh mengemukakan permohonan kepada Dekan
sehingga 24 jam sebelum peperiksaan akhir bermula.

Kebenaran untuk pelajar menarik diri adalah tertakluk kepada Peraturan 2.4.

6.6.6 Status PK akan diberikan kepada pelajar yang mendapat pengecualian kursus bagi sesuatu
kursus tertakluk kepada Peraturan 4.4.

6.6.7 Status PM akan diberikan kepada pelajar yang mendapat pemindahan kredit bagi sesuatu
kursus tertakluk kepada Peraturan 4.5.

6.6.8 Pelajar-pelajar yang mendaftar kursus untuk tujuan Audit dan memenuhi keperluan
6.6.9 kehadiran kursus akan diberi status AU. Status AU tidak diambil kira dalam pengiraan PNG
dan PNGK dan bukan merupakan keperluan pengijazahan.
Status XM akan diberikan kepada kursus atau kursus-kursus yang belum selesai proses
pemarkahan setelah tamat tempoh daftar markah.

6.6.10 PNG dan PNGK bagi kursus yang mendapat status TD, PK, AU, TK, TL dan XM tidak akan
diambil kira.

6.7 PURATA NILAI GRED (PNG), PURATA NILAI GRED KUMULATIF
(PNGK)

6.7.1 Pencapaian dalam sesuatu semester dikira berdasarkan Purata Nilai Gred (PNG) yang
diperoleh daripada semua kursus yang didaftarkan pada semester tersebut. PNG ialah ukuran
untuk menentukan pencapaian taraf akademik pelajar bagi sesuatu semester.

6.7.2 PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif yang dikumpul oleh pelajar daripada satu semester
ke satu semester pengajiannya.

6.7.3 Rumus untuk mengira PNG dan PNGK adalah seperti berikut:

PNG = Jumlah Nilai Gred Pada Satu Semester
---------------------------------------------------------------
Jumlah Kredit Yang Diambil Pada Semester Berkenaan

24

PNGK = Jumlah Nilai Gred Keseluruhan Semester
---------------------------------------------------------------
Jumlah Kredit Yang Diambil Pada Semua Semester

Contoh kiraan PNG dan PNGK:

Kursus Kredit Gred Nilai gred Jumlah nilai gred
(kredit x nilai gred)
ABC XXX 4 B- 2.67 4 x 2.67 = 10.68

ABC XXX 4 C 2.00 4 x 2.00 = 8.00
3 x 2.00 = 6.00
Semester 1 ABC XXX 3 C 2.00 2 x 4.00 = 8.00
3 x 3.33 = 9.99
ABC XXX 2 A 4.00 1 x 4.00 = 4.00
46.67
ABC XXX 3 B+ 3.33
Jumlah nilai gred
ABC XXX 1 A 4.00 (kredit x nilai gred)
4 x 2.67 = 10.68
JUMLAH 17 4 x 3.00 = 12.00

PNG = 46.67/17 3 x 2.00 = 6.00
4 x 4.00 = 12.00
= 2.75 2 x 3.33 = 6.66
3 x 4.00 = 12.00
PNGK = 2.75 (Sama kerana jumlah kredit yang sama) 1 x 4.00 = 4.00
63.34
Semester 2 Kursus Kredit Gred Nilai gred

ABC YYY 4 B- 2.67
ABC YYY 4 B 3.00
ABC YYY 3 C 2.00
ABC YYY 3 A 4.00
ABC YYY 2 B+ 3.33
ABC YYY 3 A 4.00
ABC YYY 1 A 4.00

JUMLAH 20

PNG = 63.34 / 20
= 3.17

PNGK = Jumlah semua nilai kredit yang diperolehi hingga kini
Jumlah semua kredit yang diambil hingga kini

= 46.67 + 63.34
17 + 20

= 2.97

6.7.4 Nilai gred dan jam kredit yang diperolehi dalam mana-mana semester hendaklah dimasukkan
ke dalam pengiraan PNG dan PNGK semester berkenaan.

6.7.5 Gred D, E, F, TH, GHB dan X tidak menyumbang apa-apa nilai dalam memenuhi syarat
pengijazahan. Walaubagaimanapun jumlah jam kredit bagi kursus berkenaan dimasukkan ke
dalam pengiraan PNG dan PNGK.
25

6.7.6 Kursus-kursus yang diberi status TK, TD, TL, PK, XM dan AU tidak diambilkira dalam
penentuan PNG dan PNGK.

6.7.7 Apabila seorang pelajar mengulang sesuatu kursus (Ulang Kursus), gred yang diambil kira
dalam PNGK ialah gred terbaik yang diperolehi pelajar itu. Kursus berkenaan perlu
didaftarkan pada semester yang berikutnya, tertakluk kepada penawaran kursus oleh Pusat
Pengajian dan had maksimum jam kredit yang dibenarkan.

6.8 PENENTUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

6.7.8 Keperluan minimum pengajian

Untuk berada dalam kedudukan akademik yang baik di Kolej, seseorang pelajar perlu
mengekalkan PNG dan PNGK sekurang-kurangnya 2.00 pada setiap semester sehingga tamat
pengajiannya.

6.7.9 Anugerah Ketua Pusat Pengajian/ Anugerah Dekan

Pelajar yang mencapai PNG 3.50 dan ke atas bagi mana-mana semester panjang layak
menerima Anugerah Ketua Pusat Pengajian jika memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Mengambil dan menduduki peperiksaan untuk kursus yang berjumlah sekurang-
kurangnya 12 jam kredit dalam semester panjang berkenaan; dan

b) Tidak dikenakan tindakan tatatertib pada semester berkenaan; dan
c) Tidak mendapat status "dihalang" (X) pada kursus yang didaftarkan; dan
d) Mana-mana kursus yang didaftarkan pada semester tersebut bukan kursus ulangan.

Bagi pelajar yang membuat pertukaran program, sama ada dalam Pusat Pengajian yang
sama atau Pusat Pengajian yang berlainan, keputusan pada program sebelum pertukaran
akan diambil kira dalam menentukan kelayakan penganugerahan Anugerah Ketua Pusat
Pengajian.

Keputusan peperiksaan semester pendek (intersesi) tidak diambilkira untuk penganugerahan
Anugerah Ketua Pusat pengajian. Senarai penerima Anugerah Ketua Pusat Pengajian akan
dikeluarkan oleh Pusat Pengajian pada setiap semester.

26

6.9 PRESTASI PELAJAR YANG TIDAK MEMUASKAN

6.7.10 Dalam Pemerhatian (DP)
a) Pelajar yang mendapat PNGK di antara 1.50 hingga 1.99 pada kali pertama akan
diberi status Dalam Pemerhatian Kali Pertama (DP1) dan diletakkan Dalam
Pemerhatian dan akan diberikan amaran untuk meningkatkan PNGKnya supaya
mencapai sekurang-kurangnya taraf Lulus (2.00) pada semester berikutnya untuk
melayakkannya meneruskan pengajian di Kolej.
b) Status Dalam Pemerhatian Kali Kedua (DP2) akan diberikan kepada pelajar yang
mendapat PNGK 1.50 – 1.99 untuk kali kedua secara berturut-turut dengan syarat
PNGK pada DP2 adalah lebih tinggi dari PNGK pada DP1 dan akan diberikan amaran
untuk meningkatkan PNGKnya supaya mencapai sekurang-kurangnya taraf Lulus
(2.00) pada semester berikutnya untuk melayakkannya meneruskan pengajian di
Kolej. Sekiranya PNGK pada DP2 adalah lebih rendah dari PNGK pada DP1, pelajar
tersebut akan diberi status Gagal Berhenti dan akan diberhentikan dari pengajian.
c) Pelajar yang mendapat PNGK 1.50 – 1.99 tiga kali berturut-turut akan diberi status
Gagal Berhenti dan akan diberhentikan dari pengajian.
d) Had maksimum mendaftar kursus bagi pelajar yang mendapat status DP1 dan DP2
adalah 12 jam kredit (Peraturan 2.2.5).

6.7.11 Gagal Berhenti (GB)

Seorang pelajar adalah gagal dan diberhentikan jika:
a) Mendapat PNGK 1.50 – 1.99 tiga kali berturut-turut; atau
b) Mendapat PNGK kurang daripada 1.50; atau
c) Mendapat PNGK pada DP2 lebih rendah dari PNGK pada DP1; atau
d) Gagal memperolehi PNGK 2.00 selepas memenuhi semua keperluan akademik; atau
e) Mendapat status Gagal bagi sesuatu kursus sebanyak tiga (3) kali; atau
f) Mendapat Gred X, GHB dan/atau TH bagi semua kursus yang didaftarkan pada
semester semasa; atau
g) Mendapat status CP sekurang-kurangnya tiga (3) kursus yang didaftarkan
sepanjang tempoh pengajian.

27

Ringkasan status adalah seperti di bawah:

PNGK Kali pertama STATUS Kali ketiga
2.00 dan Ke Atas Lulus Kali kedua berturut-turut
berturut-turut
Lulus
Lulus

Dalam Dalam Pemerhatian Gagal Berhenti
Pemerhatian (DP2)
1.50 – 1.99
(DP1) PNGK : DP2 > DP1

Gagal Berhenti -
PNGK : DP2 < DP1

1.49 dan ke bawah Gagal Berhenti - -

6.10 PEPERIKSAAN

6.7.12 Peperiksaan Akhir
a) Peperiksaan akhir hendaklah dijalankan mengikut peraturan-peraturan Pentadbiran
Peperiksaan seperti yang ditetapkan setelah minggu pengkuliahan yang ditetapkan
oleh Kolej berakhir.
b) Pelajar perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara)
yang dipaparkan di Portal Pelajar.
c) Pelajar mesti membuat pengesahan ke atas Penyata Kelayakan Menduduki
Peperiksaan (Sementara) melalui Portal Pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian, penyata tersebut dengan sendirinya
dianggap sah dan muktamad.
d) Pelajar perlu mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Muktamad)
melalui Portal Pelajar selepas semua urusan pengesahan Penyata Kelayakan
Menduduki Peperiksaan (Sementara), pra-pendaftaran kursus dan telah
menyelesaikan semua yuran / denda pada semester tersebut. Sebarang pindaan
tidak dibenarkan.
e) Pelajar layak menduduki peperiksaan akhir jika:
i. Tidak dihalang daripada menduduki peperiksaan.
ii. Tidak digantung pengajian.
iii. Membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan.

28

6.7.13 Penangguhan Peperiksaan Akhir
a) Pelajar yang mengalami masalah perubatan atau atas sebab perikemanusiaan iaitu
ditimpa musibah atau kematian ibubapa serta waris terdekat seperti penjaga, anak,
suami/isteri, adik beradik, datuk atau nenek sewaktu peperiksaan akhir semester
hendaklah memohon kepada Ketua Pusat Pengajian berkenaan untuk
menangguhkan peperiksaan. Permohonan tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh
dua (2) hari bekerja selepas peperiksaan diadakan.
b) Satu permohonan bertulis seperti yang tersebut dalam perenggan (a) di atas
mestilah dikemukakan bersama dengan:
i. Sijil cuti sakit / surat perakuan dan laporan doktor yang dikeluarkan oleh
Pengamal Perubatan Berdaftar sekiranya atas sebab perubatan. Sijil cuti
sakit / surat perakuan tanpa laporan doktor tentang jenis penyakit dan
keadaan kesihatan pelajar tidak akan diberi pertimbangan; atau
ii. Satu laporan daripada pegawai daerah/pegawai polis yang menjadi ketua
daerahnya jika tidak menghadiri sebahagian atau keseluruhan
peperiksaannya disebabkan oleh sebab perikemanusiaan seperti yang
tersebut di atas; atau
iii. Salinan sijil kematian yang telah disahkan.
c) Permohonan pelajar yang diluluskan akan mendapat status TK.

6.7.14 Peperiksaan Gantian

Peperiksaan Gantian diadakan kepada pelajar yang berstatus TK tertakluk kepada kes-kes
berikut:

a) Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan telah mendapat pengesahan
daripada Pengamal Perubatan Berdaftar bahawa pelajar tersebut tidak berupaya dari
segi mental dan fizikalnya; atau

b) Pelajar yang menghadapi masalah kematian ibu atau bapa atau ahli keluarga
terdekat atau sebab-sebab lain yang diperakukan yang tidak memungkinkan dia
menghadiri peperiksaan; atau

c) Menjalankan apa-apa aktiviti yang diarahkan oleh Kolej.
d) Pelajar perlu menduduki peperiksaan gantian pada masa yang telah ditetapkan.

6.7.15 Peperiksaan Khas

29

a) Peperiksaan khas adalah peperiksaan yang diadakan untuk pelajar semester akhir
yang masih berbaki dua (2) atau kurang kursus yang belum ditebus ditaraf gagal.

b) Pelajar boleh memohon untuk menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut
selepas peperiksaan akhir dan membayar yuran bagi peperiksaan khas tersebut.

c) Gred X dan GHB tidak boleh ditebus dengan peperiksaan khas. Pelajar perlu
mendaftar dan mengulang semula kursus tersebut.

d) Peperiksaan Khas hanya boleh diambil sekali sahaja dan sekiranya pelajar masih
gagal peperiksaan ini, beliau hendaklah mengikuti semula kursus tersebut dalam
semester panjang.

e) Gred kursus bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Khas diambil kira sepenuhnya
berdasarkan kepada markah peperiksaan tersebut sahaja.

f) Gred yang diperolehi daripada Peperiksaan Khas akan diambil kira dalam pengiraan
PNG dan PNGK.

g) Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes berikut:
i. Kursus yang tiada peperiksaan akhir semester atau kursus yang
dikendalikan secara kerja kursus sepenuhnya.
ii. Pelajar yang gagal hadir peperiksaan akhir semester tanpa sebab yang
boleh diterima oleh Kolej.
iii. Pelajar yang mendapat status CP bagi sesuatu kursus.

6.7.16 Peperiksaan Semula

Kolej berhak mengadakan peperiksaan semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam
keadaan berikut:

a) Berlaku kebocoran soalan peperiksaan akhir; atau
b) Calon tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana bencana alam; atau
c) Arahan Rektor atau Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik).

6.7.17 Keperluan Khusus Pelajar Istimewa

Pelajar Istimewa adalah pelajar kategori berikut dengan bukti dokumen sokongan yang sah:
a) Orang Kelainan Upaya (Rabun atau kecacatan melibatkan anggota menulis)
b) Kecederaan anggota badan
c) Dijangkiti penyakit berjangkit

Pelajar diberikan pilihan untuk menduduki peperiksaan seperti berikut:

30

a) Pelajar akan dibekalkan dengan alat bantuan atau Pembantu Pengawas (kakitangan
bukan akademik) atau menyediakan bilik khas bagi membolehkan pelajar menduduki
peperiksaan akhir.

b) Mengikut kesesuaian pelajar berkenaan

6.11 KECURANGAN AKADEMIK

Pelajar yang disyaki melakukan kecurangan akademik akan dihadapkan ke Jawatankuasa
Kecurangan Akademik yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Akademik. Prosedur
perbicaraan dan hukuman adalah seperti berikut:

1. Takrifan
Kecurangan akademik ertinya tindakan-tindakan pelajar yang melanggari satu atau
sebahagian perkara berikut:
i. Plagiat
a) Perbuatan mengambil apa-apa idea atau harta intelek dalam bentuk material,
tulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa idea, tulisan data atau
ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan beliau sendiri.
b) Cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara
bahawa beliau adalah sumber asal atau pencipta bagi sesuatu idea yang
dinyatakan dalam bentuk bahan, penulisan, data atau ciptaan yang
sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.
c) Pelajar melakukan plagiat apabila:
• menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan,
rencana, perenggan, frasa, halaman, kenyataan, kertas saintifik atau
akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau
sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;
• menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan
sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik
atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-
apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku tersebut;
• memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai
penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau
dalam senarai pengarang bersama bagi penerbitan tertentu
sedangkan beliau tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh
31

melayakkan beliau sebagai penyelidik bersama atau pengarang
bersama;
• mengestrak data akademik hasil penyelidikan yang dijalankan oleh
beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja
lapangan, atau data yang diperolehi melalui penyelidikan
perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan
menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada
penyelidikan akademiknya;
• menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa
kepada bahasa lain sama ada secara keseluruhannya atau
sebahagiannya dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam
apa jua bentuk atau cara, sebagai tulisan atau ciptaan beliau sendiri;
• memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan
membuat beberapa pengubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya atau
pengakuan kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam
apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea tersebut.
ii. Menipu
a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain,
kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu
dewan / bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja,
dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa
dalam dewan / bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia
di dalam dewan / bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas
peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain
yang telah disyorkan oleh pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa; atau
b) menulis atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau
gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya,
di atas tangannya atau di mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di
atas pakaiannya; atau
c) memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat dalam bentuk
elektronik, cetak atau apa-apa jua bentuk lain yang ada kaitan dengan
sesuatu mata pelajaran semasa peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut
dijalankan sama ada di dalam atau di luar dewan / bilik peperiksaan melainkan
dengan kebenaran Ketua Pengawas; atau
d) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan
melalui apa-apa jua cara; atau

32

e) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh
ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu
peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan; atau

f) menyalahgunakan identiti diri sendiri atau diri orang lain dalam konteks
akademik; atau

g) mengubah rekod dalam sesuatu keputusan peperiksaan.

2. Pelajar yang disyaki melakukan kecurangan akademik akan dihadapkan ke Jawatankuasa
Kecurangan Akademik. Jawatankuasa tersebut adalah:
a) Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik)
b) Ketua Jabatan Pengurusan Akademik sebagai Setiausaha
c) Ketua Pusat Pengajian/ wakil
d) Pensyarah bagi kursus tersebut
e) Ketua Pengawas Peperiksaan bagi peperiksaan tersebut

Pengerusi boleh memanggil mana-mana kakitangan untuk menganggotai jawatankuasa (jika
perlu) bagi sesuatu perbicaraan.

Sekiranya Pengerusi tidak dapat menghadirkan diri, perbicaraan akan dipengerusikan oleh
ahli jawatankuasa yang lain yang dipilih.
3. Perbicaraan akan diadakan dengan kadar segera dan dihadiri oleh Jawatankuasa Kecurangan
Akademik, pelajar yang dituduh dan saksi bagi pertuduhan tersebut.

4. Anggapan Pengemukaan Dokumen.
i. Mana-mana dokumen yang perlu dikemukakan kepada pelajar seperti kertas
pertuduhan dan keputusan perbicaraan hendaklah dianggap telah dikemukakan
kepada pelajar sekiranya dokumen tersebut dihantar kepada alamat pelajar yang
tertera dalam fail pelajar atau dalam rekod Portal Pelajar.
ii. Pelajar bertanggungjawab untuk mengemaskini alamat atau sebarang maklumat
peribadi yang berkaitan dari semasa ke semasa.

5. Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran seperti yang dinyatakan pada
perkara 1, setelah dibicarakan oleh Jawatankuasa Kecurangan Akademik dan disabitkan
kesalahannya, Jawatankuasa boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu atau
kombinasi yang sesuai, hukuman-hukuman berikut:
i. Amaran keras; atau

33

ii. Gagal dengan mendapat markah sifar (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan
kursus yang berkenaan (termasuk kerja kursus); atau

iii. Gagal dengan mendapat markah sifar (0) bagi sebilangan kursus yang telah diambil
bagi semester berkenaan; atau

iv. Gagal dengan mendapat markah SIFAR (0) bagi kesemua kursus yang didaftarkan
bagi semester berkenaan; atau

v. Diberi status Tangguh Khas maksimum dua (2) semester; atau
vi. Diberi taraf Gagal Berhenti (GB); dan

Denda adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

Pelajar yang didapati bersalah melakukan kecurangan akademik yang berulang hendaklah
dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari hukuman kesalahan terdahulu.

Sekiranya pelajar enggan / gagal / cuai untuk membayar denda hukuman, maka pelajar
boleh dihalang untuk mendaftar pengajiannya pada semester berikutnya.

Pelajar yang disabitkan kesalahan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 1 akan diberi status
CP dan dicatat dalam transkrip.

6. Jawatankuasa Kecurangan Akademik boleh membuat keputusan dan mengenakan hukuman
tanpa kehadiran pelajar sekiranya Jawatankuasa Kecurangan Akademik berpuas hati dengan
bukti-bukti yang dikemukakan dan tarikh perbicaraan telah dimaklumkan kepada pelajar
tetapi pelajar tanpa alasan yang munasabah, enggan / gagal / cuai untuk menghadiri
perbicaraan.

7. Keputusan oleh Jawatankuasa Kecurangan Akademik adalah MUKTAMAD.

8. Pelajar yang melanggar peraturan ini juga akan diambil tindakan tatatertib mengikut
peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 (Akta A1352) dan Tatatertib Pelajar 2010 (Pindaan
2012).

34

6.12 PENYATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Penyata bagi keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh SENAT dikeluarkan oleh Unit
Peperiksaan dan Graduasi, JPA. Penyata tersebut akan dipaparkan secara atas talian dalam
Portal Pelajar dan dicetak sendiri oleh pelajar sebagai rekod. Cetakan tersebut diiktiraf
sebagai cetakan rasmi di mana tiada tandatangan diperlukan. Kolej berhak menahan Penyata
Keputusan Peperiksaan sekiranya pelajar gagal mematuhi mana-mana peraturan yang
ditetapkan oleh Kolej.

6.13 RAYUAN SEMAK SEMULA

a) Permohonan rayuan semak semula boleh dikemukakan secara bertulis kepada pihak
JPA oleh pelajar berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan
diumumkan secara rasmi. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut
tidak akan dipertimbangkan.

b) Setiap rayuan yang dikemukakan hendaklah dinyatakan kursus yang hendak disemak
semula.

c) Rayuan ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan dan Jawatankuasa
Peperiksaan dan Graduasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal
Akademik) dan keputusannya dikemukakan kepada SENAT untuk pengesahan.
Keputusan SENAT adalah muktamad. Rayuan selanjutnya terhadap keputusan
tersebut tidak akan dipertimbangkan.

d) Bayaran akan dikenakan bagi setiap kursus yang dipohon. Bayaran ini tidak boleh
dituntut balik.

e) Rayuan semak semula untuk peperiksaan khas dan peperiksaan gantian adalah tidak
dibenarkan.

6.14 PENASIHAT AKADEMIK PELAJAR

6.7.18 Setiap pelajar disediakan seorang Penasihat Akademik (Mentor Mentee). Tugas Penasihat
Akademik adalah untuk membimbing pelajar dalam perancangan program akademiknya
iaitu:
a) Membimbing dan memantau prestasi akademik pelajar mengatasi masalah
pembelajaran jika ada, berdasarkan kemajuan pengajian pada pertengahan
semester dan pada akhir semester; dan

35

b) Membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan jam kredit yang pelajar akan
ambil sebelum semester bermula.

6.7.19 Penasihat Akademik hendaklah seboleh-bolehnya dilantik dalam kalangan pensyarah bidang
pengajian pelajar.

Pelajar dengan Penasihat Akademiknya hendaklah bertemu sekurang-kurangnya lima (5) kali dalam
satu semester.

36

7.0 PENGIJAZAHAN

7.1 PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian adalah tertakluk kepada garis
panduan yang ditetapkan oleh pihak Universiti yang bekerjasama dengan pihak KITAB.

7.2 PENGANUGERAHAN DIPLOMA

Penganugerahan Diploma adalah berdasarkan PNGK terakhir yang diperolehi setelah
mendapat kelulusan dan diperakukan oleh SENAT KITAB. Untuk melayakkan seseorang
pelajar dianugerahkan Diploma, pelajar hendaklah lulus dalam semua kursus yang telah
ditetapkan dalam pelan pengajian serta memperolehi PNGK terakhir tidak kurang daripada
2.00.

7.3 KEPERLUAN PENGIJAZAHAN

Pelajar mestilah memenuhi syarat -syarat berikut untuk dianugerahkan Diploma atau Ijazah
Sarjana Muda:

a) mencapai minimum PNGK 2.00 dan lulus semua kursus yang ditetapkan dalam
program pengajian; dan

b) menepati semua keperluan kredit bagi program pengajian; dan
c) menjelaskan semua bayaran yang tertunggak dengan Kolej; dan
d) mendapat kelulusan dan pengesahan penganugerahan oleh SENAT.

Tertakluk kepada Peraturan 7.3, jika pelajar semester akhir yang dalam siasatan kesalahan
tatatertib, pelajar tersebut akan ditangguhkan daripada bergraduat sehingga selesai perbicaraan ke
atasnya. SENAT mempunyai hak untuk menukar syarat -syarat bergraduat pada bila -bila masa
sahaja.

37

7.4 PENGANUGERAHAN AKADEMIK SECARA AEGROTAT DAN
ANUMERTA

1.4.26 Penganugerahan akademik secara Aegrotat (Compassionate Award) bermaksud pemberian
status tamat dan penganugerahan akademik tanpa pengkelasan kepada pelajar yang hilang
keupayaan secara kekal.

1.4.27 Penganugerahan akademik secara Anumerta (Posthumous Award) bermaksud pemberian
status tamat dan penganugerahan akademik tanpa pengkelasan kepada seorang pelajar
yang telah meninggal dunia.

1.4.28 Penganugerahan akademik secara aegrotat dan anumerta adalah tertakluk kepada syarat -
syarat berikut:
a) Berstatus Lulus dengan PNGK 2.00 dan/ atau ke atas pada semester terakhir
sebelum kematian atau hilang upaya secara kekal.
b) Telah lulus sekurang - kurangnya 75% daripada jumlah kredit keseluruhan program
pengajian.

1.4.29 Permohonan hendaklah dikemukakan oleh Pusat Pengajian kepada SENAT dengan
mengemukakan perakuan sijil kematian atau surat pengesahan Pengamal Perubatan
Berdaftar yang mengesahkan pelajar hilang keupayaan secara kekal dan tidak mampu
meneruskan pengajian.

1.4.30 SENAT boleh mempertimbangkan kelulusan khas sekiranya Peraturan 7.4.3 (a & b) tidak
dapat dipenuhi.

1.4.31 Penganugerahan ini adalah saguhati kepada waris pelajar atau pelajar. Ia tidak sah
digunakan untuk tujuan pekerjaan, melanjutkan pengajian dan sebagainya.

1.4.32 Penganugerahan boleh dilakukan di dalam majlis konvokesyen di mana waris simati atau
pelajar boleh dibenarkan menerima anugerah tersebut atau di dalam suatu majlis atau
perjumpaan tertutup atau diposkan, mengikut permintaan yang munasabah daripada waris
simati atau pelajar.

1.4.33 Transkrip akan diberikan kepada waris pelajar atau pelajar yang mencatatkan rekod
keputusan pengajian yang telah dilalui oleh pelajar sehingga tarikh kematian atau hilang
upaya kekal.

38

7.5 SIJIL AKADEMIK

1.4.34 Pelajar boleh mendapatkan transkrip akademik dari JPA apabila:
a) tamat mengikuti sesuatu program pengajian dengan jayanya dan diperakukan oleh
SENAT; atau
b) berhenti daripada Kolej pada mana-mana semester setelah menduduki peperiksaan
akhir; dan
c) telah menyelesaikan semua bayaran tertunggak.

1.4.35 Pelajar yang telah menamatkan pengajian dan sedang menunggu Konvokesyen boleh
memohon untuk mendapatkan surat pengesahan tamat belajar daripada JPA.

1.4.36 Siswazah yang kehilangan Sijil Akademik (skrol dan transkrip) boleh mendapatkan semula
dengan menyertakan satu salinan laporan polis. Permohonan hendaklah dikemukakan
kepada JPA. Bayaran akan dikenakan tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun
KITAB.

1.4.37 Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Transkrip Sementara/Sebahagian kepada JPA.
Bayaran akan dikenakan tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

1.4.38 Pelajar hendaklah membuat pengesahan maklumat diri semasa permohonan bergraduat di
Portal Pelajar. Sebarang kesilapan pada maklumat tersebut adalah menjadi tanggungjawab
pelajar. Sekiranya pelajar ingin mencetak semula sijil akademik, bayaran akan dikenakan
tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.

7.6 PENARIKAN BALIK PENGANUGERAHAN AKADEMIK

1.4.39 SENAT berhak pada bila-bila masa menarik semula pengurniaan Diploma atau Sarjana Muda
kepada graduan berdasarkan sebab yang kukuh. Antara sebab yang membolehkan
pengurniaan akademik kepada graduan ditarik semula adalah:
a) Setelah siasatan dilakukan ke atasnya, terbukti penipuan telah berlaku iaitu
pencapaian akademiknya diperolehi dengan cara yang tidak jujur (penipuan, plagiat
atau lain-lain).
b) Wujud keraguan munasabah dan terbukti sahih perkara (a)

39

8.0 KEMASUKAN SEMULA

8.1 PELAJAR SEMESTER PERTAMA YANG MENDAPAT STATUS GB

1.4.40 Pelajar semester pertama yang mendapat status Gagal dan Diberhentikan (GB) boleh
memohon secara bertulis untuk mendaftar semula. Pelajar ini akan mendapat surat tawaran
baharu sebagai pelajar baharu. Pelajar perlu menjelaskan yuran tertunggak (program
terdahulu, sekiranya ada) dan yuran pendaftaran pelajar baharu.

1.4.41 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengajian yang berkenaan selewat-
lewatnya tiga (3) minggu daripada tarikh Surat Berhenti dikeluarkan. Sekiranya permohonan
diluluskan, pemohon akan mendaftar semula pada semester yang ditentukan SENAT dan
keputusan ini adalah muktamad.

8.2 RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG
MENDAPAT STATUS GB

1.4.42 Pelajar yang mendapat status Gagal dan Diberhentikan (GB) selain dari semester pertama
pengajian, boleh membuat rayuan secara bertulis untuk meneruskan pengajian kepada Kolej
melalui Ketua Pusat Pengajian yang berkenaan. Rayuan yang dipohon akan dibentangkan
dalam Mesyuarat SENAT oleh Pusat Pengajian.

1.4.43 SENAT akan mempertimbangkan permohonan tersebut termasuklah keputusan peperiksaan
semester yang lepas. Kelayakan jumlah semester yang telah diambil ditentukan oleh SENAT
dengan sokongan daripada Pusat Pengajian.

1.4.44 Sekiranya diluluskan, pemohon akan mendaftar semula pada semester yang akan ditentukan
oleh SENAT dan keputusan ini adalah muktamad.

1.4.45 Rayuan meneruskan semula pengajian hanya dibenarkan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh
pengajian. Pelajar yang memperoleh gred gagal dan diberhentikan (GB) boleh merayu untuk
meneruskan pengajian. Rayuan hendaklah dibuat oleh pelajar mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan berdasarkan tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi
maksud ini tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh yang dicatatkan dalam slip keputusan
peperiksaan yang dikeluarkan kepada pelajar yang telah ditamatkan pengajian (gagal dan

40

diberhentikan). Kelulusan permohonan rayuan ini adalah tertakluk kepada keputusan SENAT
KITAB.

1.4.46 Pelajar yang telah diluluskan rayuan untuk meneruskan semula pengajian, jika PNGK bagi
keputusan peperiksaan semester berikutnya masih di bawah 2.00, maka pelajar tersebut
adalah dikekalkan kepada status Gagal dan Diberhentikan (GB).

1.4.47 Rayuan Semakan Semula Terhadap Keputusan Rasmi Peperiksaan. Pelajar yang tidak
berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang dicapai boleh merayu untuk keputusan
tersebut disemak semula. Rayuan hendaklah dibuat oleh pelajar mengikut tempoh masa
yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi
maksud ini tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh yang dicatatkan dalam slip keputusan
peperiksaan yang dikeluarkan kepada pelajar. Permohonan rayuan ini adalah tertakluk
kepada peruntukan dalam Buku Panduan Peperiksaan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB) Pulau Pinang.

1.4.48 Bayaran proses rayuan / semakan semula akan dikenakan tertakluk kepada Buku Peraturan
Kewangan dan Akaun KITAB.

8.3 RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG
DIBERHENTIKAN DI BAWAH PERATURAN 2.9.4

a) Mempunyai PNGK terakhir melebihi 2.00.
b) Menjelaskan semua yuran tertunggak (jika ada).
c) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengajian yang berkenaan

selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas tarikh Surat Berhenti dikeluarkan.
d) Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan mendaftar semula pada

semester yang ditentukan oleh SENAT bersama dengan semester yang diluluskan
dan keputusan ini adalah muktamad.
e) Bayaran proses rayuan akan dikenakan tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan
dan Akaun KITAB.

41

9.0 KUASA SENAT

a) Kolej mempunyai hak membuat sebarang pindaan terhadap keperluan bagi pengijazahan/
tamat belajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda denagn kelulusan SENAT KITAB.

b) SENAT boleh membuat perubahan atau penambahbaikan ada peraturan ini dari semasa ke
semasa.

c) SENAT boleh mengubah atau mengecualikan apa-apa syarat yang terkandung di dalam
peraturan ini. Peraturan ini (Peraturan Akademik) perlu dibaca bersama Buku Peraturan
Tatatertib Pelajar, Peraturan Peperiksaan atau mana-mana pekeliling/ peraturan / arahan
Kolej yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

d) Jika wujud percanggahan dalam mana-mana perkara dalam Peraturan ini, keputusan SENAT
adalah muktamad.

e) Transkrip diberikan kepada pelajar setelah tamat sesuatu program pengajian. Pelajar yang
berhenti/ diberhentikan dari Kolej boleh memohon transkrip dengan kadar bayaran tertentu
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kolej. Skrol Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda, keputusan peperiksaan dan salinan rekod akademik atau maklumat yang
berkaitan tidak akan dikeluarkan sekiranya pelajar masih mempunyai hutang dengan Kolej.

f) Keputusan SENAT adalah tertakluk kepada mana-mana pekeliling / peraturan / arahan yang
dikuatkuasakan oleh MQA atau KPT dari semasa ke semasa.

g) Kolej berhak memberitahu pihak penaja pelajar mengenai keputusan peperiksaan yang
dicapai tanpa merujuk kepada pelajar berkenaan.

h) Tatacara pelaksanaan Peraturan Akademik ini adalah tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke semasa.

i) Apa-apa kelulusan dan tindakan SENAT di bawah Peraturan yang dimansuhkan hendaklah,
pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dibuat di bawah peraturan ini dan terus
berkuatkuasa dan mempunyai kesan.

j) Para pelajar boleh memperolehi keterangan dan maklumat lanjut tentang pelaksanaan
sistem semester daripada Penasihat Akademik masing-masing dan dari Pusat Pengajian atau
Jabatan Pengurusan Akademik (JPA).

42


Click to View FlipBook Version