The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniisafreda83, 2022-07-27 07:24:44

EPILEPSY/CONVULSION/FEBRILE FITS

Nota Epilesi Aniisa

Keywords: fresh x3

JP Nur Aniisa Freda DCGN 1/2022(12)-0017(PSL)

EPILEPSY / CONVULSION /FEBRILE FITS

Objektif Isi Kandungan

1.Menyatakan definisi Epilepsi adalah satu gangguan kronik dalam fungsi-fungsi otak di
epilepsy / convulsion / cortex cerebrum dimana terdapat pengeluaran aktiviti elektrik
febrile fits (impuls) yang abnormal atau berlebihan di neuron dalam otak untuk
seketika waktu dan menyebabkan sentakan atau sawan yang
berlaku dengan kerap.

2.Menyatakan etiologi Serangan sawan sering dikaitkan dengan gangguan patologi yang
epilepsy / convulsion / melibatkan bahagian otak. Oleh kerana itu faktor penyebab atau
febrile fits pilepsy / etiologi epilepsi ini adalah semua keadaan yang melibatkan
convulsion / febrile fits bahagian otak. Ini termasuklah:

1. Faktor infeksi

Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh
menyebabkan sawan. Serangan infeksi virus di otak
menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat.
Contohnya: abses di otak dan serangan meningitis di
kalangan kanak-kanak sering diiringi dengan sawan.

2. Faktor kecederaan atau trauma

Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh pukulan,
kemalangan atau semasa proses kelahiran boleh
menyebabkan kerosakan di bahagian otak.

3. Faktor genetik

Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi
samada ibubapa atau adik beradik. Keadaan ini akan mudah
merangsangkan kejadian epilepsi kepada individu dalam
keluarga tersebut

4. Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)

Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab
tertentu dan dikenali sebagai idiopathic epilepsy. Ianya
berlaku di kalangan mereka berumur 20 tahun ke bawah dan
jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.

5. Faktor metabolik

Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran oksigen
dan glukos ke otak dan gangguan ini menyebabkan sawan.
Contoh keadaan ini ialah:

 Ketidakseimbangan elektrolit, hipglisemia, hipoksia,
hiperkalemia, dehidrasi

 Keracunan disebabkan plumbum di kalangan kanak-

kanak menyebabkan keadaan “lead

encephalopathy” diikuti dengan sawan.

 Pengambilan alkohol yang berlebihan
 Withdrawal barbiturate

3.menyatakan Predisposing Factor
predisposing factor
bagi epilepsy / Faktor-faktor yang mempradisposkan serangan sawan di kalangan
convulsion / febrile fits mereka yang sudah mengidap epilepsi. Faktor-faktor tersebut ialah;

EPILEPSY CONVULSION FEBRILE FITS

1.Tekanan Emosi 1.Epilepsi 1.Keturunan

2.Keletihan yang 2.Meningitis 2.Jangkitan Viral di
teramat sangat 3.Brain Lesion salur pernafasan
4.Head Injury contoh:Tonsilitis,Far
3.Bunyi bising 5.Hypertension ingitis,Sinusitis

4.Menggunakan 6.Fever 3.Jangkitan di
Pemikiran/Mental sistem saraf
yang berlebihan. Contoh Meningitis

5.Jangkitan
sistem Urinari
contoh Cyctitis

6.Jangkitan
sistem

Penghadaman
contoh

Gastroentritis

Patofisiologi Epilepsy

Otak merupakan pusat pengawalan fikiran, pergerakkan dan deria.
Ia dibentuk oleh unit-unit sel (neuron). Sel ini mempunyai fungsi
yang berbeza dan fungsi ini dilakukan melalui penghasilan aktiviti
elektrik yang berbeza.

 Sawan terjadi akibat daripada fungsi neuron yang sensitif di
cortex cerebrum dan di limbic centre di hippocampus

 Neuron (sel otak) ini dikenali sebagai epileptogenis focus.
Membran sel ini akan menjadi telap dan seterusnya menjadi
aktif jika pesakit mengalami hipertermia, hipoksia, hipoglisemia
dan hiponatremia.

 Keaktifan sel ini akan mengeluarkan aktiviti elektrik yang
berlebihan dan apabila sampai ke tahap maksima ia akan
merebak ke seluruh kortek serebrum, talamus dan brain stem.

 Pengeluaran aktiviti elektrik di ‘brain stem’ akan menyebabkan
kontraksi otot-otot, dimana otot-otot akan menjadi kejang dan
menyebabkan sawan serta hilang kesedaran diri.

 Penghasilan aktiviti elektrik berlebihan akan merebak ke korda
spina.

 Halangan di kortek serebrum, talamus anterior dan basal
ganglia melambatkan pengeluaran aktiviti elektrik. Oleh itu,
akan mengganggu dalam kejadian sawan/sentapan, aktiviti
elektrik yang berkurangan itu akan menyebabkan
sentapan/sawan terhenti.

 Kejadian dimana penghasilan aktiviti elektrik yang berlebihan
serta halangan di kortek serebrum akan menekan sistem saraf
pusat dan menyebabkan pesakit hilang kesedaran diri,
ditunjukkan dengan terlena, kekeliruan dan letih selepas sawan.

4.menyatakan Klasifikasi Epilepsy
klasifikasi epilepsy /
convulsion / febrile fits Ianya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan /
pilepsy / convulsion / konvulsi
febrile fits
1. Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized seizure

2. Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)

3. Jaksonian Epilepsi Partial seizure

4. Temporal lobe Epilepsi

5. Status Epilepticus

5.menyatakan Manifestasi klinikal
manifestasi klinikal
bagi epilepsy / Manifestasi klinikal mengikut jenis-jenis epilepsi dan peringkat-
convulsion / febrile fits peringkatnya

Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures

Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh
tubuh, hilang kesedaran diri, inkontinen urin dan feses.
Serangannya melalui peringkat-peringkat tertentu dan
manifestasinya mengikut peringkat adalah:

i. Peringkat aura (peringkat amaran)

 Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu
perasaan dirasai oleh pesakit sebelum sawan
berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak
seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala
atau kebas anggota.

 Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat aura.

ii. Peringkat tonik (30 - 40 saat)

 Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan
rebah/jatuh dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jeritannya nyaring dan jeritan ini disebabkan oleh
kuncupan tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan
abdomen yang memaksa udara keluar melalui glotis
yang kejang.

 Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
 Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya

melurus. Bola mata berputar keatas.
 Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku
iii. Peringkat klonik (1 – 3 minit)

 Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara
berselang seli, mengakibatkan pergerakan yang
tersentak-sentak.

 Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan
kaki.

 Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi telah
mula bernafas tetapi cetek

 Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin mempunyai
kesan darah akibat tergigit lidah semasa sentakan
otot berlaku).

 Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.

iv. Peringkat kesembuhan / tidur

 Semua sentakan otot terhenti.
 Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan

rasa letih.
 Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
 Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
 Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku

semasa sawan.

Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)

Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan sehingga
remaja. Jika tidak dirawat serangan mungkin mencapai IOO kali
sehari.

Manifestasinya ialah:

 Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.

 Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.

 Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang sedang
dilakukannya.

 Matanya terbeliak

 Tiada sawan atau sentakan.

 Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.

 Berlaku 5 – 20 saat sahaja.

 Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya
seperti biasa (tiada ingatan terhadap apa yang
berlaku).

Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak
samada tumor / jangkitan di otak.

Manifestasinya ialah:
 Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di

tangan kiri kemudian merebak keseluruh bahagian tubuh
kiri.
 Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
 Durasi jarang melebihi 1 minit.
 Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau
kesemuanya.

Temporal Lobe Epilepsy
Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi
behavior, emosi, affective dan kognitif.
Epilepsi akibat kerosakkan di copeng temporal otak.

Manifestasinya:

 “clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit
berada di tahap separuh ingatan, tidak sedar apa yang
berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru / disorientasi.

 Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang
seperti mengunyah / menelan. Juga dikenali sebagai
psychomotor seizures.

 Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan
semasa sebelum serangan.

 Durasi biasanya melebihi 1 minit.

 Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru
selepas serangan sawan)

 Tidak dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.

 Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi
visual atau auditory serta alami vertigo.

Status Epilepticus

 Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan
sekurang-kurangnya 30 minit. Sawannya adalah berturut-turut.

 Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
 Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah

keadaan medical emergency.
 Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang

lebih dari yang dibekalkan kepadanya. Oleh itu neuron menjadi
exhausted dan fungsinya akan terhenti serta berlaku kerosakan
otak kekal.
 Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya
kerana ia akan menyebabkan kekurangan dalam ventilasi,
hypoksemia, cardiac arrhytmias, hyperthermia dan asidosis
secara sistemik.

6.menerangkan 1. Health history taking

pemeriksaan -Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh membantu
menentukan diagnosis.
diagnostik bagi
-Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan ciri
epilepsy / convulsion / sawan.

febrile fits ilepsy /

convulsion / febrile fits

-Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga
yang pernah menyaksikan sawan yang dialami oleh pesakit.

2. Neurological examination - selalunya normal.

3. Ujian-Ujian diagnostik

1. Ujian Darah

(untuk mengesan masalah metabolik)

 BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik
seperti uraemia yang merupakan salah satu
punca epilepsi.

 Glukos dalam darah – paras glukos yang
rendah menyebabkan hipoglisemia, dimana
keadaan ini adalah salah satu punca epilepsi

2. EEG (electroencephalogram)

Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.

Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik
bermula, rebakan dan menentukan jenis epilepsi.

3. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan
corak EEG yang berlainan, jadi pemeriksaan EEG amat
berkesan untuk mengesan dan mengenalpasti penyakit
itu.

4. X-Ray skull

Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.

5. CT Scan dan MRI

Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-
Ray. X-ray biasa hanya dapat menggambarkan
keadaan tengkorak, tetapi dengan CT Scan, struktur
otak dapat ditunjukkan dengan jelas.

Tujuan – mengesan penyakit yang akan
mengakibatkan perubahan struktur otak yang jelas
seperti tumour di otak dan strok.

6. Lumbar puncture (CSF for C&S)

Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi
mengesan jangkitan.

7. Ventrikulogram

Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk

mengesan tumor.

7.menyatakan Pengurusan Rawatan

pengurusan klien
dengan epilepsy / Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan

convulsion / febrile fits kecederaan

A. Rawatan semasa serangan

Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk
mengelakkan dari pemerhatian orang ramai/pesakit lain,
supaya beliau tidak berasa malu setelah serangan berlaku
disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat memerhatikan
keadaan beliau ketika serangan berlaku.

 Melawaskan salur pernafasan

- Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk
memudahkan pengeluaran air liur.

- Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan
pinggang.

- Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan pengumpulan air liur yang
menyekat salur pernafasan.

- Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min
atau face mask 5 - 1L/min

 Mengelak kecederaan
- rawat pesakit dalam katil berpagar
- susun bantal di sekeliling pagar katil
- letakkan bantal di hujung kepala katil disebabkan
semasa serangan, kepala pesakit mungkin
terkena kepada kepala katil dan boleh
menyebabkan kecederaan di kepala.
- Elakkan menahan gerakan anggota semasa
serangan kerana boleh menyebabkan
kecederaan atau kepatahan di tulang-tulang
anggota.
- Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan
pesakit seperti benda-benda tajam, gelas atau
botol air panas.
- Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk
menentukan keselamatan pesakit terjamin.

 Pemerhatian

- pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan
waktu sawan berlaku; jangkamasa/tempoh
serangan; bahagian/anggota yang terlibat untuk
mengetahui jenis sawan dan jangkamasa hilang
kesedaran diri.

- Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan
yang terhenti dan sekatan salur pernafasan
dengan sekresi mulut

- Kencing / buang air besar semasa serangan.

- Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas

Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit chart)

- Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen

- Pemerhatian tanda-tanda vital selepas serangan
– kekerapan bergantung kepada keadaan
pesakit, 1 atau 2 jam sekali, dan pemerhatian
nadi, pernafasan, tekanan darah dan tahap
kesedaran pesakit.

 Medical Management; Rawatan ubat

Pengubatan diberi secara intravena atau
intramuskular untuk mendapatkan tindakan segera
bagi mengawal serangan. Ubat yang diberikan ialah:-

Anticonvulsant

- I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’

Tujuan – untuk meredakan serangan; merehatkan
otot dan menenangkan pesakit

Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30
mg diberi melalui intravena infusi

- I/V Phenytoin Sodium

300mg diberi bersama valium untuk serangan
yang teruk

Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang
berlebihan melalui neuron.

 Surgical Management:

- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal
lobe epilepsi.

- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat
mengawal sawan pesakit yang berulang.

- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan pada
bahagian otak yang lain disebabkan pembedahan,
pendarahan.

- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas
tentang kemungkinan risiko pembedahan.

B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)

i. Kebersihan diri pesakit

- tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass
urine

- lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.

ii. Rehat

- beri keselesaan; kurangkan kebisingan.

- Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia
minuman glukos untuk memastikan gula yang
mencukupi di dalam darah

iii. Pemerhatian tanda vital

- di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan,
pernafasan dan tekanan darah

iv. Ubatan anticonvulsant
Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan
berulangan. Selain dari ubat valium – ubat yang
diberikan adalah dari jenis antikonvulsi; diberikan dalam
jangkamasa yang panjang dan mungkin seumur hidup
jika perlu. Ubatan hendaklah diberi bersama sarapan
untuk mengurangkan gastritis.
- Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg melalui
oral

-
Tindakan – menekan pusat motor serebrum kortek
dan menghalang rebakan aktiviti eletrik yang
abnormal melalui neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.

- Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan
pening.

-Tegretol (Carbamazeprine)

-
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit dan
pening.

- Epilim (Sodium Valproate)

Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.

v. Makanan
- Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic diet;
high fat, low protein, low carbohydrate diet. Diet ini
akan diberi bersama vitamin. Perlu menjalani
pemeriksaan oleh doktor & ujian darah sebelum
memulakan kerana diet ini boleh menyebabkan
masalah kardiovaskular.

- Makanan yang diberikan perlulah yang tidak
bahayakan pesakit sekiranya sawan berlaku
semasa makan

- Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di
potong halus dan berikan makanan seimbang

Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family
conference’ di mana pesakit dan keluarga terdekat perlu hadir.

a. Penerangan
- proses kejadian penyakit, tanda dan simptom

serta langkah-langkah yang perlu diambil jika
serangan berlaku di rumah.
- penyakit ini tidak boleh sembuh dengan
sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan
pengambilan ubatan yang tetap dan betul.

b. Ubatan
- Meneruskan pengambilan ubatan dan

menerangkan bahayanya jika pengambilan
ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga
diberitahu kesan sampingan ubatan.
- Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat
doktor

c. Aktiviti
- Mengenalpasti punca stress yang mungkin

dialami oleh pesakit.
- Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan,

ketegangan emosi / fizikal seperti keletihan,
kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh
merangsangkan serangan sawan.
- Elak melakukan kerja-kerja yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pesakit jika
sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti
menggunakan benda-benda tajam, barang letrik,
bahan kimia, berada di tempat tinggi dan
memandu kereta.
- Dilarang berenang seorang diri kerana beliau
boleh mati lemas sekiranya sawan berlaku
- Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan
mengenai penyakitnya kemana sahaja dia pergi.
Tujuannya jika berlaku kecemasan, langkah
segera dapat diambil dan diberikan kepadanya.
d. Makanan
- Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol
yang berlebihan atau membeli ubatan tanpa
arahan doktor.
e. Temujanji
- Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang
diberikan untuk mengetahui proses kemajuan
penyakit disamping membolehkan doktor
menukar/menambah ubatan jika perlu.
- Berjumpa doktor dengan segera, jika ada
sebarang jangkitan kerana ini boleh
menyebabkan serangan berulangan.

8.menyatakan Diagnosis kejururawatan
diagnosis
kejururawatan klien 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan
mengalami epilepsy / neuromuscular impairment secondary to prolonged
convulsion / febrile fits tonic phase of seizure

2. Bimbang berkait dengan mengalami sawan
berulangan.

3. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan
(uncontrolled movement).

4. Perubahan suhu badan berkaitan dengan infeksi

9.menerangkan Intervensi Kejururawatan
intervensi
kejururawatan klien 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan
mengalami epilepsy / neuromuscular impairment secondary to prolonged
convulsion / febrile fits tonic phase of seizure

Matlamat

-Klien dapat mengekalkan salur pernafasan yang lawas
semasa kejadian sawan.

Intervensi Kejururawatan.

i. Letakkan kain yang dilipat nipis pada bahagian muka
atau kepala klien tetapi elakkan dari membengkukkan
leher klien.

ii.Letakkan klien dalam kedudukan mengiring bagi
melawaskan salur pernafasan.

iii.Longgarkan pakaian di bahagian leher klien bagi
mengelakkan sekatan di bahagian leher.

iv.Pastikan peralatan sedutan dan oksigen disediakan
di katil klien dan berfungsi bagi digunakan semasa
kejadian sawan.

v.Letakkan dalam baringan lateral selepas kejadian
sawan bagi menggalakkan sekresi meleleh keluar dan
mengelakkan lidak menyekat salur pernafasan..

vi.Lakukan penilaian pada paras kepekatan oksigen
bagi mengetahui kepekatan oksigen klien.

vii.Lakukan sedutan dengan lembut di dalam mulut bagi
membeantu mengeluarkan sekresi.

2. Bimbang berkait dengan mengalami sawan
berulangan.

Matlamat.

Klien akan menunjukkan riak muka yang tenang dan
menyatakan kebimbangan telah berkurangan.

Intervensi Kejururawatan

i.Berikan informasi secara verbal dan secara penulisan
dalam bentuk pamplet

bagi memberikan pengetahuan kepada klien.

ii.Terangkan kepentingan mengambil ubatan dan
meneruskan rawatan secara

teratur supaya klien menyedari penyakitnya akan
berulang jika beliau tidak meneruskan rawatan.

iii.Terangkan kepada klien dan keluarga tentang jagaan
diri semasa berlakunya serangan sawan supaya
mereka bersedia dan dapat melakukan jagaan
dengan betul.

iv.Nasihatkan klien supaya sentiasa menepati temujanji
yang telah ditetapkan supaya pemantauan yang tetap
boleh dilakukan.

v.Rujukan pesakit kepada klien yang dapat mengawal
penyakitnya supaya dapat berkongsi maklumat.

vi.Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan
khidmat nasihat jika klien masih bimbang.

3. Potensi kecederaan berkait dengan serangan
sawan (uncontrolled movement).

Matlamat.

Klien tidak akan mendapat kecederaan atau risiko
mendapat kecederaan dapat dikurangkan dengan
ditunjukan oleh tiada alami bruises atau bengkak.

Intervensi Kejururawatan

i. Rawat klien di dalam katil yang berpagar bagi
semua klien dengan epilepsi.

ii. Pastikan pagar katil sentiasa diangkat bagi
mengelakkan klien dari terjatuh semasa kejadian
sawan.

iii. Letakan paded di bahagian pagar katil bagi
mengelakkan hentakan yang kuat pada besi
pagar.

iv. Elakkan dari mengambil suhu badan melalui
mulut bagi mengelakkan termometer digigit
semasa kejadian sawan..

v. Jauhkan objek yang berada berdekatan klien
yang mungkin boleh mencederakannya.

vi. Elakkan dari cuba membuka mulut klien yang
sedang mengalami sawan bagi mengelakkan
kecederaan pada mulut.

vii. Elakkan dari cuba menghalang pergerakkan
sawan.

4.Perubahan suhu badan berkaitan dengan infeksi

Matlamat
Klien tidak akan demam dan kena infeksi

Intervensi Kejururawatan
i. Berikan cecair yang berlebihan untuk
mengelakkan dehidrasi
ii. Pakaikan pakaian yang nipis dan dari kain
kapas.
iii. Lakukan tatacara mandi berjelum kerana suhu
akan turun melalui proses evaporasi dari
permukaan kulit
iv. Sediakan suasana yang kondusif,peredaran
udara yang baik
v. Berikan infusi intravena contoh Normal Saline
mengikut arahan doktor.
vi. Berikan ubat antipiretik untuk menurunkan suhu
badan.Contoh Tab.Paracetamol 1000 mg TDS
atas arahan doktor.

10.Menyatakan 1. Kecederaan / Kepatahan
komplikasi epilepsy /
convulsion / febrile fits - jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat

- jika sawan berlaku dan pesakit terjatuh ke lantai atau
tercedera oleh peralatan yang berada di persekitaran
pesakit.

- akibat gigitan di lidah (ulcer mulut)

- kepatahan gigi

2. Kecacatan mental

- pada kanak-kanak ini disebabkan gangguan bekalan
oksigen ke otak.

-

3. Taraf kecerdikan / kepintaran

- kekurangan dari segi tahap kecerdikan akibat daripada
sawan yang berulang akan menyebabkan kekurangan
oksigen ke otak.

-

4. Status epilepticus

- epilepsi yang berterusan (sawan tanpa berhenti)
sehingga menyebabkan pesakit tidak sedar diri.

5. Psychososial
- Ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian

kerana ia melibatkan perubahan dalam cara hidup. Ia
juga mempunyai stigma yang buruk terhadap pesakit
epilepsy.
- Mereka juga mungkin mengalami masalah dalam
mendapatkan pekerjaan dan peluang untuk belajar.


Click to View FlipBook Version