The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan E-Portfolio bagi teknik fotografi untuk kursus FTGK3013 Fotografi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vergeer26-690, 2021-11-29 16:21:30

E-PORTFOLIO TEKNIK FOTOGRAFI VERGEER VOI ANAK PAUL

Berikut merupakan E-Portfolio bagi teknik fotografi untuk kursus FTGK3013 Fotografi.

E-Portfolio

FTGK3013 FOTOGRAFI

NAMA PELAJAR OPSYEN/AMBILAN NAMA PENSYARAH
Vergeer Voi PISMP Matematik SK Dr Suraya Hani
anak Paul bt. Zakaria
Ambilan Jun 2018

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

01 PENGENALAN
02 RULE OF THIRDS
04 RULE OF ODDS
06 REFLEKTIF
08 FRAME IN FRAME
10 LEADING LINES
12 KOMPOSISI SIMETRI
14 FREEZING
16 SILUET
18 MAKRO
20 FILL THE FRAME
22 KESIMPULAN
23 RUJUKAN

PENGENALAN 1

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

PENGENALAN

Melukis dengan cahaya – itu ialah maksud fotografi jika ditelusuri asal usulnya, iaitu daripada
perkataan Yunani, φως phos (cahaya) dan γραφις graphis (stilus atau berus lukis). Pada masa
kini, dunia fotografi semakin meluas dan lebih dikenali sejak kewujudan penggunaan digital
pada kamera (Hasmadi et al., 2014). Menurut Prasetyo (2012) pula, sebagai sebuah media
yang mampu menghentikan peredaran waktu, dunia fotografi berkembang dengan pesat
seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia digital. Perkara ini dapat dilihat pada
kamera kompak sehinggalah ke kamera DLSR.

Dalam dunia fotografi, terdapat pelbagai teknik
yang boleh diaplikasikan untuk mendapatkan gambar
yang lebih menarik dan bersifat artistik. Antaranya adalah
seperti rule of thirds, rule of odds, makro, reflektif dan
sebagainya. Penggunaan teknik-teknik ini adalah berbeza
mengikut hasil yang ingin kita peroleh. Misalnya, kita ingin
mewujudkan harmoni dan keseimbangan dalam gambar,
maka kita gunakan teknik komposisi simetri. Oleh itu,
saya telah memilih dan menggunakan sepuluh teknik
fotografi yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang
berbeza dan menarik.

PENGENALAN 1

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

1.0 Rule of Thirds

Teknik fotografi pertama

yang saya pilih ialah teknik

Rule of Thirds. Pada tahun

1797, John Thomas Smith

menyuarakan bahawa Rule

of Thirds mewakili sebuah

perkadaran yang lebih

harmoni untuk diikuti dalam

lukisan pemandangan

berbanding perkadaran

Gambar 1: Contoh aplikasi Rule of Thirds yang lain (Smith, 1797).

Sejak itu, Rule of Thirds adalah satu daripada peraturan komposisi yang paling dikenali yang

sering digunakan dalam lukisan dan fotografi. Menurut peraturan ini, titik fokus sesebuah imej

perlu diletakkan pada salah satu garisan ketiga atau salah satu daripada empat titik

persilangan garisan ketiga, untuk menghasilkan gambar yang indah (Amirshahi, Hayn-

Leichsenring, Denzler & Redies, 2014).

Rule of Thirds boleh
dijadikan panduan bagi jurugambar
untuk mengambil gambar yang lebih
seimbang dan menarik. Ini
terutamanya apabila jurugambar
tidak pasti di mana hendak
meletakkan subjek utama pada
gambar ketika mengambil gambar.

Oleh itu, mengikut Rule of

Thirds, sesuatu imej atau gambar

hendaklah dibahagikan kepada Gambar 2: Contoh aplikasi Rule of Thirds
tiga menegak dan melintang. Hal

ini bermaksud garis-garis imaginasi perlu ada dalam fikiran jurugambar ketika mengambil

sesuatu gambar itu. Garis-garis ini membentuk 9 bahagian imej yang sama besar.

Berdasarkan garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik persilangan antara garis-garis

ini. Ringkasnya, terdapat 4 titik persilangan yang boleh digunakan. Dalam erti kata lain,

elakkan daripada meletakkan subjek di tengah frame atau jauh dari titik-titik persilangan ini.

RULE OF THIRDS 2

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

1.1 Gambar Asli (Rule of Thirds)

Tajuk Gambar 3: Gambar asli aplikasi Rule of Thirds
Model
Aperture Childhood Memories
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.8
Lokasi 50
1/300
Taman Permainan Tadika Kent, Tuaran

RULE OF THIRDS 3

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

2.0 Rule of Odds

Teknik fotografi kedua yang
saya pilih ialah teknik Rule of
Odds. Menurut Rule of Odds,
imej akan kelihatan lebih
menarik jika subjek terdiri
daripada bilangan yang ganjil.
Sebagai contoh, jika ingin
menangkap gambar manusia
lebih daripada seorang, jangan
gunakan dua orang, tetapi
gunakan sama ada 3, 5 atau 7.

Teori ini berpendapat

bahawa bilangan subjek yang Gambar 4: Contoh aplikasi Rule of Odds
genap contohnya, 2, 4 atau 6

adalah mengganggu kerana mereka yang melihat gambar tersebut akan menjadi keliru untuk

memberikan fokus kepada subjek yang sepatutnya. Bilangan elemen yang ganjil pula

dianggap bersifat lebih semula jadi dan mudah untuk mata memandang.

Bagi penyusunan

elemen dalam bilangan ganjil

dalam gambar, terdapat

pelbagai susunan yang boleh

digunakan. Contohnya, untuk

tiga elemen, penyusunan dalam

posisi satu garis merupakan

pilihan yang tepat. Selain itu,

elemen ini juga boleh disusun

dalam bentuk segi tiga sehingga

Gambar 5: Contoh aplikasi Rule of Odds gambar tersebut kelihatan lebih
dinamik. Rule of Odds pada

kebiasannya digunakan dengan jumlah objek yang sedikit seperti 3 dan 5. Jika lebih daripada

bilangan tersebut dalam gambar, ia akan menyebabkan kita melihatnya sebagai kelompok

dan seterusnya kita akan sukar untuk fokus kepada suatu objek tertentu.

RULE OF ODDS 4

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

2.1 Gambar Asli (Rule of Odds)

Tajuk Gambar 6: Gambar asli aplikasi rule of odds
Model
Aperture Kuntum Merah
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.79
Lokasi 1733
1/20
Asrama Putera, IPG Kampus Kent Lama, Tuaran

RULE OF ODDS 5

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

3.0 Reflektif

Teknik fotografi ketiga yang saya pilih ialah reflektif. Teknik reflektif ini sering dikaitkan dengan

sifat cermin di mana kita menggunakan permukaan reflektif untuk untuk menghasilkan sebuah

karya yang bersifat artistik. Teknik

fotografi ini boleh menjadikan

lokasi-lokasi wajib jurugambar

lebih menarik seperti laut, tasik,

lopak dan juga titisan hujan.

Contoh-contoh tersebut adalah

subjek yang biasa digunakan untuk

mewujudkan kesan pantulan bagi

tujuan fotografi yang menarik.

Gambar 7: Contoh aplikasi reflektif Namun begitu, sumber yang lain
seperti besi, jubin, cermin dan apa-

apa yang memiliki permukaan yang berkilat dapat digunakan dalam teknik fotografi ini.

Dalam menghasilkan gambar

yang indah dan mematuhi konsep

fotografi ini, terdapat beberapa tips yang

boleh diikuti, iaitu pertama, lihat keadaan

cuaca. Contohnya, keadaan yang beribut

dan berangin boleh mengganggu

permukaan licin tasik dan sungai

sehingga mendatangkan masalah untuk

menangkap gambar pantulan.

Seterusnya, pencahayaan juga perlu Gambar 8: Contoh aplikasi reflektif

diambil berat dalam teknik reflektif ini. Permukaan rata dan berkilat jika terkena pancaran

matahari tengah hari yang terlampau terang boleh menyukarkan jurugambar untuk

menangkap gambar pantulan dengan jelas.

REFLEKTIF 6

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

3.1 Gambar Asli (Reflektif)

Tajuk Gambar 9: Gambar asli aplikasi reflektif
Model
Aperture Ku Temui Diriku
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.8
Lokasi 50
1/170
Kafe IPG Kampus Kent, Tuaran

REFLEKTIF 7

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

4.0 Frame in Frame

Gambar 10: Contoh aplikasi frame in frame

Teknik keempat yang saya pilih ialah teknik Istilah ”natural framing” pula
Frame in Frame. Melalui teknik ini, kita merujuk kepada penggunaan elemen

membuat komposisi foto dengan semula jadi untuk membingkaikan subjek.
mengarahkan atau menuntun mata untuk Sama seperti bingkai gambar yang

memerhatikan apa yang ada di dalam memuatkan gambar, bingkai semula jadi
“frame” dengan mengenepikan apa yang seperti pokok, gerbang atau pintu boleh
berada di luar “frame”. digunakan untuk membingkai subjek
supaya tumpuan dapat diarahkan kepada
Teknik Frame in Frame secara subjek.
dasarnya menerangkan tentang posisi

subjek utama kita agar dibingkai oleh
sesuatu yang lain dalam gambar tersebut.

Kita boleh menggunakan apa-apa sahaja
sebagai bingkai. Contohnya, kita boleh

menggunakan bingkai segi empat penuh,
seperti pintu atau tingkap. Kita juga boleh

menggunakan bingkai gambar yang Gambar 11: Contoh aplikasi frame in frame
sebenarnya.

FRAME IN FRAME 8

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

4.1 Gambar Asli (Frame in Frame)

Tajuk Gambar 12: Gambar asli aplikasi frame in frame
Model
Aperture Antara Dua
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.79
Lokasi 50
1/332
Luar Blok B IPG Kampus Kent, Tuaran

FRAME IN FRAME 9

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

5.0 Leading Lines

Gambar 13: Contoh aplikasi leading lines

Teknik kelima yang saya pilih ialah teknik
leading lines. Teknik ini menegaskan
penggunaan leading lines untuk
mengarahkan mata yang melihat ke dalam
gambar dan kepada subjek. Menurut
Excell, Batdorff, Brommer, Rickman dan
Simon (2011), apabila dikomposisikan
secara artistik, sesebuah imej akan
memiliki leading lines yang menumpukan
mata yang melihat ke arah yang kita ingini.

Garisan tersebut boleh dibentuk Gambar 14: Contoh aplikasi leading lines
menggunakan jalan, lorong, struktur
bangunan, corak dan sebagainya. Asalkan
garisan tersebut boleh membawa fokus
penonton kepada subjek atau elemen
penting dalam gambar, maka ianya dikira
sebagai leading lines.

LEADING LINES 10

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

5.1 Gambar Asli (Leading Lines)

Tajuk Gambar 15: Gambar asli aplikasi leading lines
Model
Aperture Into the unknown
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.79
Lokasi 57
1/100
Sekolah Menengah Sains Sabah, Tuaran

LEADING LINES 11

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

6.0 Komposisi Simetri

Gambar 16: Contoh aplikasi komposisi simetri

Teknik keenam yang saya Figure 21Gambar 18: Contoh aplikasi komposisi simetri
pilih ialah komposisi
simetri. Komposisi simetri
ini menerangkan tentang
keseimbangan, kestabilan,
kesatuan, kesempurnaan
formal dan statik dalam
bentuk simetri. Komposisi
simetri ini tidak seharusnya
wujud dalam seluruh
gambar.

Dalam komposisi mudah untuk mendapatkan
gambar yang cantik.
simetri, kedua-dua separuh
Komposisi simetri
imej adalah umpama imej boleh diwujudkan sama
ada secara melintang di
pantulan cermin satu sama mana separuh atas dan
separuh bawah adalah
lain. Komposisi sedemikian sama atau secara menegak
di mana separuh kanan dan
secara automatik separuh kiri adalah sama.

mewujudkan suatu

keharmonian dan

Gambar 17: Contoh keseimbangan estetik
aplikasi komposisi simetri
yakni suatu cara yang

KOMPOSISI SIMETRI 12

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

6.1 Gambar Asli (Komposisi Simetri)

Tajuk Gambar 19: Gambar asli aplikasi komposisi simetri
Model
Aperture Menara Gading
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.79
Lokasi 50
1/1521
Blok B, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

KOMPOSISI SIMETRI 13

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

7.0 Freezing

kamera bergerak saat

shutter kamera terbuka.

Oleh itu, bagi mengimbangi

pergerakan objek yang

bergerak cepat, solusinya

adalah menggunakan

shutter speed yang lebih

cepat.

Gambar 20: Contoh aplikasi freezing Seterusnya,
tingkatkan ISO agar lebih
Teknik fotografi ketujuh bergerak akan seolah-olah banyak cahaya yang
berhenti. maksud selain untuk
mencapai shutter speed

yang saya pilih ialah teknik

freezing. Teknik ini adalah

apabila jurugambar

menggunakan tetapan

pada kamera untuk

menghentikan pergerakan

yang berlaku dalam

gambar.

Dalam erti kata lain, Gambar 21: Contoh aplikasi freezing
teknik freezing merupakan
teknik untuk membekukan Terdapat beberapa yang lebih tinggi. Di
subjek yang sedang
bergerak cepat. Dengan perkara yang perlu diambil samping itu, sentiasa
teknik ini, gerakan kanak-
kanak yang sedang perhatian dalam perhatikan aperture kerana
bermain buaian, burung
yang sedang terbang, mengaplikasikan teknik ia adalah lebih mudah
kereta yang sedang
bergerak mahupun apa- freezing ini. Pertama, untuk memastikan
apa benda yang sedang
gunakan shutter speed keseluruhan subjek yang

yang cepat. Perlu diketahui bergerak dapat difokuskan

bahawa gambar menjadi dengan menggunakan

kabur kerana objek atau aperture yang lebih tinggi.

FREEZING 14

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

7.1 Gambar Asli (Freezing)

Tajuk Gambar 22: Gambar asli aplikasi freezing
Model
Aperture Frozen water
ISO iPhone XR
Shutter speed 1.69
Lokasi 25
1/1150
Asrama Putera, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

FREEZING 15

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

8.0 Siluet objek di depan sumber cahaya
dengan mengawal exposure di
kamera. Oleh itu, melalui teknik
ini, foto siluet sangat
menonjolkan bentuk utama di
mana fokus adalah pada objek
utama.

Gambar 23: Contoh aplikasi siluet Gambar 24: Contoh aplikasi siluet

Teknik fotografi kelapan yang saya pilih
ialah teknik siluet. Siluet bermaksud
bayangan seseorang, binatang, objek atau
pemandangan yang digambarkan sebagai
bentuk padat dari satu warna, biasanya
hitam. Menurut Gangopadhyay, Panchori
dan Raman (2016), teknik siluet merujuk
kepada babak di mana kita cuba
menangkap gambar sesuatu objek yang
kurang pencahayaan dengan latar belakang
yang cerah seperti matahari.

Bahagian dalam siluet tersebut tidak
berbentuk, dan keseluruhannya biasanya
berlatarbelakangkan sesuatu yang terang,
biasanya putih atau tidak berwarna sama
sekali. Warna latar belakang biasanya
diperoleh secara semula jadi seperti langit
yang mendung, matahari terbenam atau
mungkin dilakukan di studio dengan cahaya
buatan.

Strategi yang biasanya digunakan
dalam teknik siluet adalah menempatkan

SILUET 16

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

8.1 Gambar Asli (Siluet)

Tajuk Gambar 25: Gambar asli aplikasi siluet
Model
Aperture Titik Peluh
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.8
Lokasi 151
1/100
Padang IPG Kampus Kent Lama, Tuaran

SILUET 17

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

9.0 Makro

Bagi teknik

makro ini, jurugambar

menggunakan kanta

makro yang berukuran

50 mm. Pada tahap

kebesaran yang tinggi,

ciri autofokus pada

kebanyakan kamera

tidak lagi berfungsi

kerana tidak dapat

mencari titik fokus

secara automatik. Oleh

itu, jurugambar boleh

Gambar 26: Contoh aplikasi makro menggunakan manual

Teknik fotografi kesembilan Teknik makro fokus dan mendekati
yang saya pilih ialah teknik
makro. Teknik makro adalah cara yang terbaik subjek. Dari segi aperture,
adalah kaedah untuk
mendapatkan imej bagi untuk mendapatkan jurugambar menggunakan
objek pada skala yang
besar (Yarovenko & tangkapa secara dekat bagi aperture kecil untuk
Yarovenko, 2015).
lalat, lebah, pepatung, menghasilkan ketajaman

rama-rama, rumput, daun yang boleh diterima

dan sebagainya. merentas 3 dimensi.

Dalam erti kata lain,

teknik makro merujuk

kepada mana-mana

gambar yang

menggambarkan imej yang

dekat dan sangat terperinci

bagi subjek yang kecil

untuk menerokai pelbagai

detail dan tekstur yang

tidak dapat dilihat dengan Gambar 27: Contoh aplikasi makro

jelas dengan mata kasar.

MAKRO 18

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

9.1 Gambar Asli (Makro)

Tajuk Gambar 28: Gambar asli aplikasi makro
Model
Aperture Keindahan Flora
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.8
Lokasi 165
1/100
Padang IPG Kampus Kent Lama, Tuaran

MAKRO 19

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

10.0 Fill the FrameFigure 3

Gambar 29: Contoh aplikasi fill the frame

Teknik fotografi kesepuluh yang saya pilih jurugambar boleh zoomkan lensa. Jika
ialah teknik fill the frame. Fill the frame kedua-dua cara tersebut tidak dapat
merupakan satu teknik di mana satu subjek diaplikasikan, kaedah crop gambar boleh
memenuhi frame yang hanya meninggalkan digunakan untuk memenuhi frame.
sedikit ruang untuk latar belakang. Hal ini
adalah untuk memastikan fokus adalah
pada subjek tersebut sahaja.

Antara tujuan teknik fotografi ini
adalah untuk memberikan fokus kepada
subjek utama di samping mengurangkan
gangguan kepada subjek utama.

Terdapat beberapa cara untuk Gambar 30: Contoh aplikasi fill the frame
mengaplikasi teknik fill the frame ini.
Antaranya adalah dengan mendekatkan
kamera atau lensa kepada dengan subjek.
Jika tidak dapat mendekati subjek,

FILL THE FRAME 20

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

10.1 Gambar Asli (Fill the Frame)

Tajuk Gambar 31: Gambar asli aplikasi fill the frame
Model
Aperture Corak Semula Jadi
ISO Vivo v17
Shutter speed 1.79
Lokasi 3200
1/8000
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

FILL THE FRAME 21

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dunia fotografi bukan hanya untuk golongan profesional sahaja,
malahan ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Meskipun hanya berbekalkan
kamera telefon pintar sahaja, namun sesiapa sahaja dapat menangkap gambar yang indah
dan menarik terutamanya jika mengaplikasikan teknik fotografi dengan betul dan bersesuaian.
Terdapat pelbagai teknik fotografi yang boleh diaplikasikan seperti teknik makro, leading lines,
frame in frame dan sebagainya. Walaubagaimanapun, teknik-teknik ini hanya bertujuan
sebagai panduan sahaja kerana fotografi ini adalah sebuah seni dan seni ini bersifat terbuka
dan subjektif.

KESIMPULAN 22

E-PORTFOLIO FTGK3013 FOTOGRAFI

RUJUKAN
Amirshahi, S. A., Hayn-Leichsenring, G. U., Denzler, J., & Redies, C. (2014). Evaluating the

rule of thirds in photographs and paintings. Art & Perception, 2(1-2), 163-182. Dicapai
pada 27 November 2021 daripada https://www.researchgate.net/publication/2596205
57_Evaluating_the_Rule_of_Thirds_in_Photographs_and_Paintings

Excell, L., Batdorff, J., Brommer, D., Rickman, R., & Simon, S. (2011). Composition: from
snapshots to great shots. Berkeley, California: Peachpit Press.

Gangopadhyay, A., Pachori, S., & Raman, S. (2016, March). Automatic silhouette
photography. In 2016 Twenty Second National Conference on Communication
(NCC) (pp. 1-6). IEEE. doi:10.1109/NCC.2016.7561153

Hasmadi, M., Lowii, D., Shariff, N., Samat, R., Omar, H., Baharuddin, N., Shaari, S., Ayuni,
W. N., Rodzi, F., & Shukor, M. (2014). Asas-asas teknik fotografi dengan kamera
DSLR. Alor Gajah: Universiti Teknologi MARA Melaka.

Prasetyo, A. (2012). Panduan belajar fotografi, melukis dengan cahaya. Indonesia: Bengkel
Sinema Indonesia. doi: 10.5281/zenodo.2221620

Smith, J. T. (1797). Remarks on rural scenery. London: Nathanael Smith. Dicapai pada 28
November 2021 daripada https://archive.org/details/remarksonruralsc00smit/page/n9
/mode/2up

Yarovenko, V. & Yarovenko, T. (2015). Macro photography with a digital camera.
Mediterranean journal of social sciences 6(5), 36-45. doi:
10.5901/mjss.2015.v6n5s2p36

KESIMPULAN 23


Click to View FlipBook Version