The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhuda09, 2021-03-11 08:10:02

Folio Sejarah

Folio Sejarah

Bumi Dipijak
Langit Dijunjung

Nama: Syed Waiez Waqqas Bin Syed Hasan
Kelas: 6 Razak
Mata Pelajaran: Sejarah
Guru: Rafizah Binti Abdul Malik

Bil Tajuk Muka
Surat
1 Pengenalan
2 Negeri-Negeri di Malaysia 1
3 Peta Malaysia 2
4 Negeri Perlis 3
5 Negeri Kedah 4
6 Negeri Pulau Pinang 5
7 Negeri Perak 6
8 Negeri Selangor 7
9 Negeri Sembilan 8
10 Negeri Melaka 9
11 Negeri Johor 10
12 Negeri Terengganu 11
13 Negeri Pahang 12
14 Negeri Kelantan 13
15 Negeri Sarawak 14
16 Negeri Sabah 15
16

Pengenalan

Malaysia mempunyai 14 buah negeri.
Setiap negeri mempunyai asal-usul dan
identiti tersendiri.

Bendera dan Jata menunjukkan
keunikan dan identiti sesuatu negeri.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu peka
dan bangga akan negeri masing-masing.

Setiap negeri mempunyai perintah
dan ibu negeri. Kita telah ketahui bahawa
ketua negeri menjadi toggak pemeritah di
Malaysia. Gelaran ketua negerijuga turut
berbeza. Kita perlulah menghormati
pemerintah bagi menunjukkan ketaatan
kepada negara.

Perlis Johor
Kedah Terengganu
Pulau Pinang
Perak Pahang
Selangor Kelantan
Negeri Sembilan Sarawak
Melaka
Sabah
Wilayah Persekutuan



Nama Negeri : Perlis

Ibu Negeri : Kangar

Ketua Negeri : Raja

Asal Nama Negeri: Nama Perlis berasal daripada nama seorang tokoh, iaitu Tok
Perlis. Perlis juga dikatakan berasal daripada perkataan Siam, phrau loi YANG
bermaksud kelapa hanyut.

Identiti negara : Gua Kelam dinamakan bersempena dengan suasana kelam
yang sentiasa menyelubungi gua ini. Dahul, Gua Kelam terkenal kerana terdapat
biji timah yang bermutu tinggi.

Nama Negeri : Kedah

Ibu Negeri : Alor Setar

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Nama Kedah berasal daripada perkataan keddah bermaksud
perangkap gajah. Ada juga yang mengatakan nama Kedah berasal daripada Arab,
iaitu kedah yang bermaksud gelas berkaki. Orang India memanggil Kedah
dengan nama Kadaram.

Identiti Negeri : Gunung Jerai terletak di negeri Kedah. Kedudukan Gunung
Jerai menjadi panduan kepada pelayar pada zaman dahulu yang singgah
berdagang di negeri tersebut.

Nama Negeri : Pulau Pinang

Ibu Negeri : George Town

Ketua Negeri : Yang di-Pertuan Negeri

Asal Nama Negeri: Nama Pulau Pinang diambil sempena nama pokok pinang
yang banyak tumbuh di pulau tersebut pada suatu masa dahulu.

Identiti Negeri : Boria merupaka persembahan yang amat popular.
Persembahan boria menonjolkan pelbagai isu sosial. Persembahan ini
mempunyai dua segmen, iaitu skesta dan nyanyian yang diketuai oleh seorang
tukang karang.

Nama Negeri : Perak

Ibu Negeri : Ipoh

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Nama perak dikaitkan dengan jenis logam, iaitu perak. Nama
Perak juga diambil daripada nama Sungai Perak yang mempunyai ikan bewarna
putih seperti perak.

Identiti Negeri : Hutan Simpan Royal Belum adalah antara hutan simpan
terbesar yang belum pernah diterokai dan menjadi tarikan utama para
pelancong. Kewujudan spesies mamalia yang besar merupakan keistimewaan
kepada Hutan Simpan Royal Belum. Selain itu, hutan ini juga jaya dengan
pelbagai

Nama Negeri : Selangor

Ibu Negeri : Shah Alam

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Nama Selangor dikaitkan dengan nama Sungai Selangor.

Identiti Negeri : Bukit Malawati merupakan pusat pentabiran dan kubu kuat
Kesultanan Selangor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sultan Ibrahim
Shah (1778-1826) telah mendirikan sebuah koa di Bukit Malawati bagi
mempertahankan Kuala Selangor daripada serangan Belanda.

Nama Negeri : Negeri Sembilan

Ibu Negeri : Seremban

Ketua Negeri : Yang di-Pertuan Besar

Asal Nama Negeri: Nama Negeri Sembilan diambil sempena Sembilan negeri
kecil yang disatukan di bawah satu pemerintahan berpusat di Seri Menanti

Identiti Negeri : Istana Seri Menanti menjadi kediaman rasmi Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Istana ini siap dibina pada
tahun 1908 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhammad ibni
Almarhum Yamtuan Antah. Istana Seri Menanti menjadi lambing pusat
pemerintahan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Nama Negeri : Melaka

Ibu Negeri : Bandar Melaka

Ketua Negeri : Yang di-Pertua Negeri

Asal Nama Negeri: Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diambil sempena
nama pokok melaka. Parameswara telah bersandar di pokok itu dan dan
bertanya kepada pengikutnya nama pokok tersebut. Pengikutnya mengatakan
pokok itu ialah pokok melaka. Parameswara terus menamakan tempat itu
sebagai Melaka.

Identiti Negeri : Dondang Sayang dikatakan berasal daripada nyanyian istana
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nyanyian tersebut popular dalam
kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan.

Nama Negeri : Johor

Ibu Negeri : Johor Bahru

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Nama Johor berasal daripada perkataan Arab, iaitu jauhar
jbermaksud permata berharga. Nama Johor juga disebut dalam Sejarah Melayu
sebagai Ujung Tanah.

Identiti Negeri : Tarian Kuda merupakan tarian warisan di negeri Johor.
Tarian rakyat ini biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian.

Nama Negeri : Terengganu

Ibu Negeri : Kuala Terengganu

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Menurut Sultan Terengganu kesembilan, iaitu Sultan Omar
Riayat Shah, nama Terengganu berasal daripada sebutan taring anu. Anu
dikatakan merujuk kepada harimau.

Identiti Negeri : Ulik Mayang merupakan tarian yang wujud pada zaman
pemerintahan Sultan Omar Riayat Shah. Tarian ini merupakan tarian tradisional
di negeri Terengganu.

Nama Negeri : Kelantan

Ibu Negeri : Kuantan

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Sumber China menyatakan nama Kelantan ialah Ho-lan-tan
atau Kou-lo-tan. Ada juga menyebutnya sebagai Kolamtanah yang akhirnya
menjadi Kelantan

Identiti Negeri : Masjid Kampung Laut merupakan antara masjid yang tertua
di Malaysia. Masjid yang dibina daripada kayu ini dipercayai berusia melebihi
300 tahun dan digunakan bagi menyebarkan agama Islam di Kelantan.

Nama Negeri : Pahang

Ibu Negeri : Kuantan

Ketua Negeri : Sultan

Asal Nama Negeri: Nama Pahang beralasal daripada pokok mahang yang rebah
merentangi Sungai Pahang.

Identiti Negeri : Taman Negara merupakan kawasan pelindung alam semula
jadi yang pertama dan tertua di negara kita. Taman ini terletak di antara
sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Taman ini telah dinamakan
sebagai Taman Negara setelahkemerdekaan pada tahun 1957. Taman Negara
menjadi sebuah destinasi ekopelancongan yang terkenal di Malaysia.

Nama Negeri : Sarawak

Ibu Negeri : Kuching

Ketua Negeri : Yang di-Pertua Negeri

Asal Nama Negeri: Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak.
Menurut cerita lisan, Sarawak mendapat nama daripada ungkapan “serah kepada
awak” yang diucapkan oleh Pingiran Muda Hashim kepada James Brooke.

Identiti Negeri : Gua Niah merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah
diwartawankan sebagai tapak bersejarah. Gua ini menunjukkan bukti kehidupan
awal masyarakat prasejarah.

Nama Negeri : Sabah

Ibu Negeri : Kota Kinabalu

Ketua Negeri : Yang di-Pertua Negeri

Asal Nama Negeri: Nama Sabah berasal daripada sejenis pisang yang dipanggil
pisang saba atau pisang jaba oleh orang Bajau.

Identiti Negeri : Hutan Simpan Sepilok menjadi pusat pemuliharaan Orang
Utan yang dibuka pada tahun 1964. Pusat ini dikhususkan untuk memulihara
dan mengkaji spesies Orang Utan yang semakin pupus akibat daripada
pembalakan dan pembersihan hutan.


Click to View FlipBook Version