The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danialzulhilmi284, 2022-11-08 04:44:38

ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: PN NORAIDAH BINTI HASSAN

• UMMI HANI BINTI OMAR (17DIB22F1010)
• MUHAMMAD DANIAL ZULHILMI BIN ZULKIFLI

(17DIB22F1036)
• MUHAMAD ALI IMRAN BIN CHE ROSLAN

(17DIB22F1043)
• NURULBALKIS BINTI ALI (17DIB22F1046)

• PENGHARGAAN
• LATAR BELAKANG ORANG MELAYU
• BAHASA KAUM MELAYU
• PANTANG LARANG ORANG MELAYU
• ADAT DALAM KEHIDUPAN SEBENAR MASYARAKAT MELAYU
• AMALAN DAN KEPERCAYAAN
• ETIKA ORANG MELAYU KETIKA MENZIARAHI DAN MELAWAT ORANG
• PERKAHWINAN ORANG MELAYU
• PERAYAAN DI MALAYSIA
• PAKAIN TRADISIONAL
• ADAB MAKAN ORANG MELAYU
• KESIMPULAN & CADANGAN

Segala puji pujian kepada Allah S.W.T. Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T ke

atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan untuk
menghasilkan majalah yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Setinggi-tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek Etika dan
Peradaban, Puan Noraidah Binti Hassan di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, idea serta
nasihat yang telah banyak diberikan kepada kami untuk menghasilkan majalah ini. Semoga

beliau mendapat rahmat daripada Allah S.W.T., diberikan kesihatan yang baik dan
dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
ahli kumpulan yang bekerja keras dan memikirkan idea yang bernas untuk menghasilkan
majalah yang dapat memberi manfaat dan membuka minda masyarakat. Kami berharap

majalah ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan yang banyak dan baru kepada
masyarakat. Semoga majalah ini dapat dijadikan contoh kepada masyarakat.

• Kaum melayu -> penduduk utama dan majoriti di Tanah Melayu.
• Kebanyakan penduduk Melayu mengamalkan sikap bersopan

santun.
• Orang Melayu terdahulu, mereka melakukan pekerjaan seperti

nelayan untuk menampung pendapatan isi rumah.
• Majoriti penduduk di Tanah Melayu mengamalkan kepercayaan

agama Islam.
• Selain itu, bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung,

penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap
ikan (nelayan & petani).

Bahasa utama kaum Melayu ialah bahasa Melayu.Bahasa Melayu
merupakan daripada keluarga Austronesia yang merupakan antara
bahasa utama di dunia.Bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan
sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa
Melayu.Bahasa Melayu mengikut sejarah ditulis dalam tulisan Javi.
Selepas ketibaan Islam, tulisan Jawi yang berasaskan abjad Arab mula
digunakan dan masih wujud hari ini sebagai tulisan rasmi di Malaysia,
Brunei, dan Kepulauan Riau tetapi akibat dari penjajahan British dan
Belanda, tulisan Jawi secara beransur-ansur digantikan dengan tulisan
Rumi yang akhirnya menjadi tulisan moden rasmi untuk bahasa Melayu
di Malaysia, Singapura, dan Indonesia



• Kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.

• Kebanyakan pantang larang ini diturunkan secara turun
temurun.

• Tujuan:
- Mendidik masyarakat khususnya nilai - nilai baik yang boleh
diamalkan didalam kehidupan.

• Contoh:
- Jangan duduk atas bantal kerana boleh naik bisul.
- Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin
dengan orang tua.
- Jangan mengintai orang ketika mandi, nanti mata
ketumbit.



Hukum tabi'i yang diciptakan olah ALLAH.
Adat jenis ini merangkumi setiap benda
atau berunsurkan dunia yang wujud dalam
keadaan semula jadi dan tertakluk dalam
fitrah atau semula jadi

Contohnya :
• adat api membakar
• adat air membasah
• adat angin menyejukkan
• adat ayam berkokok

Antara syarat untuk bergelar seseorang yang berbangsa melayu di Malaysia
mestilah mengamalkan adat istiadat melayu. Terdapat banyak adat dalam
masyarakat melayu tetapi secara umumnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu

• adat yang sebenar adat
• adat yang diadatkan
• adat istiadat
• adat resam

Hukum adat iaitu peraturan hidup yang diwujudkan
oleh nenek moyang orang melayu dahulu untuk
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. adat
jenis ini ialah berkaitan undang-undang, hukum dan
peraturan hukum adat yang tidak bertulis

Contohnya :
• jangan duduk di atas bantal nanti pinggung bisul
• perempuan yang belum berkahwin dilarang
bernyanyi di dapur nanti dapat laki tua

Adat ini ialah ritual-ritual yang sering
mengiringi sesuatu majlis secara rasmi

contoh:
• adat cukur jambul
• adat berkahwin
• adat berkhatan
• adat pertabalan raja

Merangkumi kebiasaan atau kelaziman
manusia dari segi perbuatan,
berpakaian, makan, menghias diri dan
sebagainya

Contoh :
• terlopong sewaktu menonton
televisyen
• menggaru kepala apabila tidak
faham
• tersengih-sengih bila malu



• Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak majoritinya
memeluk agama Islam.

• Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15.
• Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal sebagai pusat pemerintahan

yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran & pengukuhan
agama Islam.
• Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu.
• Al-Quran adalah sumberb atau asas hukum yang utama bersama-sama
dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis.
• Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam & Rukun Iman.



MEMINTA IZIN

• Meminta izin sebelum datang ke rumah
• Seperti memberitahu tarikh bila dan adakah tuan rumah

berkelapangan

BERNIAT BAIK

• Mengikhlaskan niat ketika berkunjung ke rumah
• Jangan menilai atau memerhati perabot yang digunakan

mahal atau murah

MEMILIH WAKTU YANG SESUAI

• Tidak digalakkan datang pada waktu waktu umum
• Bertanya pada tuan rumah bila waktu yang sesuai

MENGHORMATI PRIVASI TUAN RUMAH

• Tetamu menjaga pandangan
• Tidak memasang telinga
• Tidak memerhati ahli keluarga tetamu,bilik bilik

atau perkakas yang digunakan

MENJAGA TATATERTIB ANAK

• Memerhatikan anak jika berkunjung ke rumah orang
• Tidak membenarkan anak memasuki bilik bilik tuan

rumah tanpa kebenaran

MEMBAWA BUAH TANGAN

• Tidak datang dengan tangan kosong
• Sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah

TIDAK PULANG SELAGI TIDAK DIIZINKAN

• Meminta izin dengan tuan rumah untuk pulang
• Bersalam salaman dengan tuan rumah

MENGUCAPAKAN TERIMA KASIH

• Mengucapkan terima kasih dan syukur kepada tuan
rumah sebelum bergegas pulang



MERISIK

• Merisik adalah perkara pertama yang dilakukan untuk meninjau atau
melihat calon perempuan yang hendak dikahwini.

• Dilakukan untuk memastikan gadis yang dihajati oleh seseorang
seorang lelaki.

• Hal ini bertujuan, menyelidiki gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta
pengetahuan agama.

MEMINANG

• Setelah mengetahui gadis belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menghantar suatu rombongan
untuk menunang.

• Dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki.
• Adat ini dilakukan untuk menyatakan tujuan secara

rasmi.
• Saudara -mara kedua-dua belah piahak akan berunding

untuk menetapkan tarikh & masa yang sesuai untuk
bertunang.

BERTUNANG

• Setelah proses meminang, majlis pertunangan akan
dilangsungkan.

• Ahli keluarga & saudara-mara akan mewakili pihak lelaki
dalam upacara pertunangan.

• majlis kenduri akan dilakukan oleh pihak perempuan.
• Contoh hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki ialah :

1. Tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama
2. Sebentuk cincin
• Antara hantaran lain yang disertakan ialah bunga rampai,
buah-buahan, kuih-muih, pakaian & lain-lain

AKAD NIKAH

• Akad nikah atau ijab qabul merupakan ikrar perkahwinan
calon lelaki kepada calon perempuan.

• Ijab adalah daripada pihak perempuan atau wakilnya
manakala qabul daripada pihak calon suami atau
wakilnya.

• Akad nikah adalah syarat wajib dilakukan dalam proses
atau upacara perkahwinan mengikut syariat islam.

• Akad nikah biasanya dijalankan oleh Tok Imam atau boleh
juga dijalankan oleh wali belah perempuan.

MAJLIS PERKAHWINAN

• Persiapan majlis perkahwinan akan dijalankan termasuklah
menyediakan khemah tetamu, menyiapkan pelamin & bilik
pengantin serta menyediakan bunga telur mengikut adat orang
Melayu.

• Majlis ini juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding.
• Merupakan kemuncak istiadat perkahwinan bagi pengantin yang

juga digelar raja sehari.
• Majlis ini biasanya dilakukan di rumah atau didewan bagi yang

berkemampuan.
• Ianya tidak wajib untuk dilakukan tetapi bagi pengingati hari

bersanding kedua mempelai.



HARI RAYA ALDILFITRI

• 1 Syawal, masyarakat islam menyambut Hari Raya AidilFitri.
• Sambutan ini di sebut sebagai Hari Raya Puasa.
• Ianya diadakan setelah menghabiskan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan.
• Antara tradisi umat Islam yang dilakukan di Malaysia:

- Menyediakan pakaian baru untuk keluarga
- Menghias rumah
- Membuat pelbagai jenis kuih-muih tradisional
• Menyediakan pelbagai jenis juadah tradisional:
- Lemang
- Ketupat
- Nasi impit
- Rendang ayam atau daging
- Dodol

HARI RAYA AIDILADHA

• Di sebut sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.
• Ia menandakan tempoh mengerjakan ibadah haji di Mekah iaitu sehari

selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.
• Memperingati sempena kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan

oleh Allah S.W.T. agar menyebelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S.
• Nabi Ibrahim taat dengan suruhan Allah walaupun hatinya amat berat.
• Walaubagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan

kibas.
• Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada

Nabi Ibrahim A.S ini, masyarakat islam yang berkemampuan digalakkan
menyembelih binatang.
• Contoh: kambing lembu sebagai korban pada hari raya ini.
• Daging sembelihan ini akan dibahagikan terutamanya kepada fakir
miskin.



BAJU MELAYU

• Busana tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu.
• Sering dipakai semasa musim perayaan,majlis rasmi dan agama
• Baju Melayu yang paling asasnya terdiri daripada dua bahagian yakni

bahagian baju berlengan panjang dengan dua jenis bentuk kolar (teluk
belanga dan cekak musang), serta bahagian seluar panjang.

BAJU BELAH KEBAYA PANJANG

• Berasal dari Johor.
• Sering dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun dipakai pada majlis

majlis keramaian pada era 90an.
• Menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali.
• Bahagian depan baju ini adalah terdedah & ditutup dengan kerongsang

BAJU KURUNG

• Pakaian tradisional untuk wanita Melayu.
• Baju kurung ini dipakai oleh kaum wanita sebagai langkah untuk

menutup aurat ketika berada ditempat umum.
• baju kurung digunakan untuk menghadiri majlisperkahwinan, majlis-

majlis rasmi dan majlis agama.
• Terdapat pelbagai jenis baju kurung kaum melayu contohnya baju

kurung cekak musang,baju kurung teluk belangga,baju kurung kedah &
baju kurung pahang (pesak gantung)



• Duduk bersila atau bersimpul di tikar.
• Cuci tangan sebelum dan selepas makan dengan

menggunakan air.
• Membaca doa sebelum makan.
• Makan menggunakan hujung jari tangan kanan.
• Mengambil lauk-pauk menggunakan sudu dengan

tangan kiri.
• Elakkan daripada meminum air yang banyak semasa

makan untuk mengelakkan daripada sendawa atau
kenyang semasa makan.
• Menggunakan sabun untuk mencuci tangan apabila
selepas makan

• Kita sebagai orang Melayu dapat mengenali dan mengekalkan adab dan
budaya orang Melayu supaya generasi yang akan datang dapat mewarisi

• Budaya yang unik dapat ditonjolkan oleh identiti sesuatu kaum.
• Sebagai contoh, dalam pemakaian, perayaan dapat menimbulkan perasaan

bangga kepada kaum Melayu.

• Generasi kini haruslah menerapkan setiap adab yang berlaku di Malaysia
supaya tidak lapuk dek zaman

• Kempen kesedaran perlu dilakukan supaya masyarakat melayu generasi
baharu dapat dididik dengan perpaduan yang mantap

• Memiliki akhlak yang mulia dalam diri, ia dapat melahirkan sifat terpuji serta
mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.


Click to View FlipBook Version