The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nashrisyazatul, 2022-04-23 03:12:58

MODUL PERIBAHASA

PERIBAHASA

TUGASAN 2
PENTAKSIRAN

BMMB1144

SISTEM BAHASA DAN ISU
KESANTUNAN BERBAHASA

BIODATA DIRI

SITI NUR SYAZATUL BINTI MOHD NASHRI
2021292310023

BAHASA MELAYU SK
AMBILAN JUN 2021

BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
DR FAZIAH BINTI HASHIM@AHMAD

SISTEM BAHASA DAN
ISU KESANTUNAN
BERBAHASA

PERIBAHASA

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 JENIS-JENIS PERIBAHASA

2.1 PERUMPAMAAN
2.2 SIMPULAN BAHASA
2.3 BIDALAN
2.4 PEPATAH
2.5 KATA-KATA HIKMAH
2.6 PERBANDINGAN

3.0 RUMUSAN

4.0 AKTIVITI

4.1 KUIZ 1
4.2 KUIZ 2
4.3 KUIZ 3
4.4 TEKA PERIBAHASA DALAM GAMBAR
4.5 TEKA SIAPA SAYA?

~ LEMBARAN KERJA 1

~ LEMBARAN KERJA 2

~ LEMBARAN KERJA 3

1.0

PENDAHULUAN

1.0 PERIBAHASA

● ZA’BA:peribahasa ialah susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi
kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.

● Dewan Bahasa dan Pustaka:Peribahasa boleh
dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg
mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi
pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal,
pepatah.

● ASMAH HAJI OMAR:Peribahasa merupakan cara
orang Melayu memberikan nasihat tanpa
melukakan hati seseorang.

● SULAIMAN ZAKARIA:Peribahasa sebagai jalan
untuk menyampaikan sesuatu maksud secara
halus.

2.0 JENIS-JENIS
PERIBAHASA

JENIS-JENIS PERIBAHASA

01 PERUMPAMAAN

02 SIMPULAN
BAHASA

03 BIDALAN

04 PEPATAH

05 KATA-KATA
HIKMAH

06 PERBANDINGAN

JENIS-JENIS PERIBAHASA

PERUMPAMAAN

● Perumpamaan ialah susunan kata dalam sesuatu
ayat yang memberi makna khas berlainan daripada
apa yang diucapkan atau tertulis atau
membandingkan sesuatu dengan benda lain
‘seperti’,’bagai’,‘laksana’,’umpama’,’seolah-olah’
dan ‘macam’.

● Ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan
kata-kata bandingan.

● Contoh:
~Bagai kumbang putus tali
~Seperti aur dengan tebing
~Umpama kaca dengan permata

JENIS-JENIS PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA

❏ Bentuk peribahasa yang
paling ringkas dan
biasanya terdiri daripada
dua perkataan.

❏ Digunakan untuk
menjelaskan maksud
sesuatu pengucapan
dengan membawa erti
yang mendalam.

❏ Kandungan maksud
simpulan bahasa adalah
berlainan daripada makna
perkataan yang
membentuknya.

❏ Contoh:

~Panjang tangan
bermaksud suka mencuri

~Ikat perut adalah berjimat
makan dan minum.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

BIDALAN

★ Peribahasa yang membuat
bandingan dan ertinya mesti
berisi pengajaran dan fikiran
yang benar.

★ Ungkapan pendek yang
selalu melekat di mulut
orang.

★ Perbezaan antara bidalan
dengan pepatah ialah
bidalan lebih kerap
digunakan,mempunyai nilai
dan pengajaran manakala
pepatah lebih ringkas
sifatnya dan tidak
mempunyai pengajaran.

Contoh:

★ Genggam bara api,biar
sampai jadi arang.

★ Terlajak perahu boleh
diundur,terlajak kata buruk
padahnya.

★ Alah bisa tegal biasa.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

PEPATAH

❖ Peribahasa yang
mengandungi
perkataan-perkataan yang
ringkas dan mempunyai
erti yang berunsurkan
pengajaran.

❖ Ada juga pepatah yang
tidak mempunyai unsur
pengajaran.

Contoh:

❖ Berat sama dipikul,ringan
sama dijinjing.

❖ Ada udang di sebalik batu .

KATA-KATA HIKMAH

➔ Kata-kata hikmah dipetik
daripada kitab-kitab
suci,kata-kata dan pendapat
tokoh,negarawan,cendekiawan
dan sasterawan yang bijak
pandai.

➔ Kata-kata hikmah sangat
penting untuk dijadikan
pedoman kepada generasi akan
datang.

Contoh:

➔ Bahasa menunjukkan bangsa
➔ Masa itu emas

JENIS-JENIS PERIBAHASA

PERBANDINGAN

➢ Perbandingan merupakan sejenis

bahasa kiasan yang menunjukkan

sifat,keadaan seseorang atau

sesuatu benda secara

perbandingan.

➢ Perbandingan digunakan CONTOH:
dengan perkataan ➢ Adil laksana hakim
➢ Angkuh seperti merak
macam,seperti,bagai dan ➢ Luas bak lautan
laksana. ➢ Merdu bagai buluh

perindu.

RUMUSAN 3.0

RUMUSAN

Kesimpulannya,dapatlah kita simpulkan bahawa Peribahasa
merupakan salah satu seni percakapan yang telah dicipta oleh
nenek moyang kita yang mengandungi maksud yang jelas serta
berdasarkan kebenaran yang jitu.Bukan itu sahaja,peribahasa juga
dapat menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan
kekasaran yang diselimuti dengan kata-kata halus yang memberi
kesan.Dengan ini,dapatlah kita fahami bahawa akan kekayaan
dan keindahan alam peribahasa Melayu.Dengan ini diharapkan
juga,murid-murid dapat memahami serta mengaplikasikan
kata-kata peribahasa dalam kehidupan mereka.

AKTIVITI

04

KUIZ

PERIBAHASA

KUIZ PERUMPAMAAN
DAN SIMPULAN BAHASA

KUIZ KATA-KATA
HIKMAH

TEKA PERIBAHASA DALAM
GAMBAR

CARA BERMAIN:
1. Murid diminta melihat gambar di atas secara teliti.
2. Murid diminta untuk mengenal pasti peribahasa

yang terdapat dalam gambar tersebut.
3. Guru meminta murid menyenaraikan peribahasa

yang dijumpa.

TEKA SIAPA SAYA?

PERMAINAN PERIBAHASA BISU

CARA PERMAINAN:
Bahagikan pelajar kepada 2 - 4 kumpulan.
Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil.

○ Guru perlu memberi peribahasa kepada wakil
kumpulan.

○ Wakil pelajar perlu menggayakan serta melakonkan
peribahasa tersebut.

○ Pelajar yang dapat menjawab dengan betul dikira
pemenang.

LEMBARAN
KERJA

LEMBARAN KERJA 1

LEMBARAN KERJA 2

LEMBARAN KERJA 3

~TAMAT~

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon

and infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version