51 Mutiara kata 1. Anak-anak menginginkan waktumu lebih dari segalanya. Bermainlah bersama mereka, ajari mereka, dan sayangi mereka. Kerana mereka adalah amanah dari Tuhanmu. 2. Tidak ada pemberian yang lebih utama dari orangtua kepada anaknya, selain daripada akhlak yang mulia. 3. Kita selalu memikirkan “Apa yang akan terjadi pada anak-anakku setelah aku meninggal”, tapi mestinya kita juga harus benar-benar memikirkan “Apa yang akan terjadi pada anak-anakku setelah mereka meninggal”. 4. Cara terbaik untuk mendidik anak adalah melalui kepribadian terbaik dari orangtua. Kerana anak akan mencontoh banyak hal dari orang tuanya. 5. Semua anak adalah baik. Kerana Allah telah mencipta di dalam dirinya fitrah yang lurus. 6. “Cubalah untuk tidak menjadi orang sukses, melainkan mencuba menjadi orang yang berharga.” - Albert Einstein. 7. “Jangan takut untuk membuat sebuah kesalahan. Tapi, pastikan kamu tidak melakukan kesalahan yang sama dua kali.” - Akio Morit. 8. “Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki; kamu akan berakhir dengan memiliki lebih banyak. Jika kamu berkonsentrasi pada apa yang tidak kamu miliki, kamu tidak akan pernah merasa cukup.” - Oprah Winfrey. 9. “Seorang juara hanyalah seseorang yang tidak menyerah saat menginginkan nya.” - Tom Landry. 10. “Meraih kejayaan besar adalah bukti bagi semua orang lain bahawa boleh mencapainya juga.” - Abraham Lincoln. 11. "Teruslah tersenyum, kerana hidup itu indah dan ada banyak hal yang boleh disyukuri." - Marilyn Monroe. 12. “Mencintai anak tidaklah cukup, yang terpenting adalah anak-anak menyedari bahwa mereka dicintai orangtuanya.” - St. John Bosco. 13. Jangan paksa anakmu untuk menjadi seperti dirimu, kerana mereka tidak terlahir di zamanmu. – Ali bin Abi Thalib
52 PENGHARGAAN Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7 dan Hari Apresiasi Murid (MAHA 2024) SK Kota Masai 3 merakamkan jutaan terima kasih dan pernghargaan kepada Guru Besar SK Kota Masai 3, Yang Dipertua PIBG , Naib yang Dipertua PIBG, Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru Penolong Kanan SK Kota Masai 3, Para ibu bapa, Semua guru dan staf sokongan SK Kota Masai 3, Serta semua pihak, yang memberikan sumbangan tenaga ,material dan moral, demi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7 dan Hari Apresiasi Murid ini (MAHA24). Terbang selisih si burung kedidi, Terbang rapat di waktu pagi. Terima kasih daun keladi, Semoga dapat berjumpa lagi.