The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 dan Hari Apresiasi Murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayousz_84, 2022-06-23 00:08:49

BUKU PROGRAM MAHA SKeMAS3 2022

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 dan Hari Apresiasi Murid

SK KOTA MASAI 3
PASIR GUDANG, JOHOR

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE– 5
DAN

HARI APRESIASI MURID

TARIKH : 26 JUN 2022

HARI : AHAD

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SINAR GEMILANG,

SKeMAS3

Dirasmikan Oleh

YB HAJI AZIZUL BIN HAJI BACHOK
ADUN TIRAM

INTISARI KANDUNGAN

Surat Notis Mesyuarat 3
Kata Alu-aluan Guru Besar 4
Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 5
Tentatif 6
Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG ke-5 8
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 9-10
Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 12
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai 3 sesi 2020/2021 13
Maklumat Mesyuarat Agung Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2020/2021 14
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 15-20
Laporan Kegiatan PIBG 22-23
Laporan Kewangan PIBG 25
Laporan Pemeriksa Kira-Kira 26
Nama Penerima Anugerah Cemerlang 28-37
Pembentangan Usul 39-40
Barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 42
Mutiara Kata 43
Penghargaan
44

2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3

Jalan Ciku Utama 1 Tel : 07-2561467

Taman Kota Masai Fax : 07-2561469

_____________8_1_7_0_0_P_a_s_ir_G__u_d_an_g_,__________________________E__m_a_il_:_j_b_a_1_1_3_9_@__m_o_e_._e_d_u_.my

No. Rujukan Kami : JBA1139/100–9/4/2( )

Tarikh : 12 JUN 2022

Ibubapa / Penjaga Murid,
SK Kota Masai 3,
Pasir Gudang.

Melalui

Guru Besar,
SK Kota Masai 3,
Pasir Gudang.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 DAN HARI APRESIASI MURID SK KOTA MASAI 3

Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
SK Kota Masai 3 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 5 dan Hari Apresiasi Murid
mengikut ketetapan berikut :-

Hari : Ahad
Tarikh : 26 Jun 2022
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sinar Gemilang, SK Kota Masai 3

2. Tuan/puan dijemput hadir bersama menyertai pertemuan ini sebagai tanda keprihatinan dan
kebersamaan dalam PIBG dan sokongan terhadap pendidikan anak-anak selain mempamerkan rasa
tanggungjawab dan tugas sebagai ibubapa.

3. Bersama-sama notis ini disertakan Borang Usul yang perlu dilengkapkan oleh tuan/puan
secara atas talian melalui pautan yang akan diberikan . Usul tuan/puan hanya akan dibahaskan
sekiranya tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut. Sila lengkapkan usul tuan/puan sebelum atau
pada 18 Jun 2022 (Sabtu) melalui pautan yang diberikan.

4. Kehadiran serta kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai. Semoga dalam makluman
dan tindakan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ZAINUDIN BIN SAHIR )
Yang Di-Pertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah,
SK Kota Masai 3.

s.k:SK KOTA MASAI 3

3

SEKALUNG BUDI
GURU BESAR SK KOTA MASAI 3

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena
Mesyuarat Agung PIBG SK Kota Masai 3 kali ke-5 dan Hari Apresiasi ini. Tahniah, syabas
dan terima kasih kepada Yang Di Pertua dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG kerana
dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama dalam
membantu sekolah melaksanakan segala perancangan demi kecemerlangan anak-
anak kita ini.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang menjadi ahli
kepada persatuan dan sentiasa bekerja keras, memberi sumbangan dalam membantu
pihak sekolah sehingga mencapai taraf cemerlang seterusnya menapak kearah
gemilang demi untuk masa depan anak-anak kita semua.

Saya yakin bahawa dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG,
kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah gemilang. Bukan
sahaja gemilang akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni
dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak
sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita
berjaya menjadi insan cemerlang dan berakhlak tercapai selaras dengan visi dan misi
sekolah.

Kecemerlangan SK Kota Masai 3 tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun pihak
sekolah mempunyai visi dan misi ke hadapan yang ingin dicapai iaitu menjadi sekolah
gemilang seterusnya sekolah yang terbaik secara keseluruhannya. Untuk itu, seperti kata
pepatah ‘yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul’. Kerjasama daripada ibu
bapa diperlukan untuk memastikan anak-anak kita melaksanakan tanggungjawab
mereka sebagai murid sekolah. Dengan adanya pemilihan kepimpinan PIBG yang baru
diharap akan meningkatkan lagi kegemilangan SK Kota Masai 3. Saya berharap agar Ahli
Jawatankuasa PIBG yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih
gigih bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Sekian, terima kasih

(ASROL FAEZAL BIN AHMAD)

Guru Besar,
SK Kota Masai 3,
Pasir Gudang, Johor.

4

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencurahkan sepatah dua kata di
ruangan sekapur sireh seulas pinang ini sebagai perkongsian bersama dalam mendokong misi
dan visi gemilang sekolah. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya juga
berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk
memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah membantu dan
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam
bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu ianya menjadi medium untuk
bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara
dalaman atau luaran. Oleh yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras, berganding bahu
untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi sekolah gemilang.

Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas
segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan
sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi kerjasama
dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.

Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-5 ini dan Hari Apresiasi Murid. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG
yang baru dilantik akan dapat meningkatkan prestasi anak-anak di SK Kota Masai 3 ini.
Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan
anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

(MOHD ZAINUDIN BIN SAHIR)

Yang Di Pertua ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Kota Masai 3.

5

Tentatif
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke– 5 dan Hari Apresiasi Murid

SK Kota Masai 3
7.30 pagi : Pendaftaran
7.45 pagi : Tayangan Slaid
8.10 pagi : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Prasekolah

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pend.Khas
Penyampaian Anugerah Tahap 1(Thn 1,2,3)

- Anugerah Terbaik Kelas
- Anugerah Terbaik Matapelajaran
8.40 pagi : Persembahan ‘Dikir Barat’
8.45 pagi : Penyampaian Anugerah Tahap 2 (Thn 4,5&6)
-Anugerah Terbaik Kelas
-Anugerah Terbaik Matapelajaran
Penyampaian Anugerah Cemerlang Keseluruhan
Penyampaian Anugerah Khatam Al-Quran
9.20 pagi :Mesyuarat Agung bersidang
10.30 pagi:Rehat/ Jamuan
10.40 pagi:Perkongsian bersama Bank Muamalat
11.00 pagi:Ketibaan Tetamu Kehormat
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Negaraku
Persembahan ‘Zapin Usik-Mengusik’
Bacaan doa
Ucapan YDP PIBG SK Kota Masai 3
Ucapan Guru Besar SK Kota Masai 3
Ucapan Perasmian-YB Hj Azizul bin Hj Bachok
Persembahan ’Lagu untuk Azura’
Penyampaian Anugerah Sahsiah Terpuji (Tahap 1 & 2)
Penyampaian Anugerah Tokoh Murid
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
2021
Penyampaian Cenderamata AJK PIBG
12.00 t/hari:Perkongsian bersama BSN-Prudential
12.15 t/hari:Cabutan bertuah
1.00 petang:Bersurai

6

JAWATANKUASA
KERJA

MESYUARAT
AGUNG PIBG

KALI KE-5

7

JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG KALI KE– 5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3

SESI 2020/2021

Ex-Officio : En. Asrol Faezal bin Ahmad
Guru Besar SK Kota Masai 3

Pengerusi : En. Mohd Zainudin bin Sahir
Yang Dipertua PIBG

Timbalan Pengerusi: En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad
Naib Yang Dipertua PIBG

Naib Pengerusi 1 : En. Muhammad Zaki bin Hitam
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor’azah bt Ya’kob
Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 3 : Pn. Rohani bt Harun
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Faiz bin Mohd Nandari
Guru Penolong Kanan Petang

Naib Pengerusi 5 : Pn.Norazah bt Busra
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha : En. Mohd Fairuz bin Wahab

Naib Setiausaha : Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa

Bendahari : Pn. Fatin Munira bt Ishak
Pn. Nur Qistina Thomas
Naib Bendahari :

8

AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3 KALI KE-5

BACAAN DOA PENAJA/CABUTAN BERTUAH

Mohd Haqimie bin Noor Azizi Julaila bt Atan
Abd Razak bin Syed
JURU ACARA Noramizah bt Jusoh
Nadia Hafiza bt Abd Majid
Norliana bt Mohd Ayob Fatin Afikah bt Mohd Zakaria
Suhana bt Misni
PERSIAPAN DEWAN/PERALATAN
JURUGAMBAR
Mohd Nur Hakim bin Mohd Inderam
Sivanesan a/l Velavan Mohd Roslan bin Mali
Muhammad Hakiim Fikri bin Moham- Muhammad Syamil bin Asanai
ad Yusri Che Shihabuddin bin Che Musa
Mohd Zainal bin Hashim
BACKDROP DAN PENTAS
PENGELOLA PESERTA
Marlinda Ermar bt Mohd Yasin
Nurul Afifa bt Ariffin Sabry Nor bin Tasmin
Zarina bt Mohd Said Nasrul Muhaimin bin Jurdin
Mohamad Aliff bin Mt Nawi Faridah bt Khalid
Siti Surayah bt Sahid Mohd Nizar Syazwan bin Mohd Noor
Siti Mariam bt Sukeeman Noratilia Ezreena bt Alias
Siti Patimah bt Mohamad Nor Nurul Fathiah bt Badrusam

PA SISTEM PERSEMBAHAN /SAMBUTAN

Mohd Adha bin Ismail Mohamad PPKI
Fakhri Faiz bin Mohd Azli Lee Nursyazwanie bt Rosman
Suhada Fatimah bt
BUKU PROGRAM Mohamad Amin
Tahap 1
Mohd Fairuz b. Wahab Siti Hajar bt Sabran
Atirah bt Zulkepli Siti Najha bt Che Soh
Tahap 2
CENDERAHATI DAN BUKU PELAWAT Nurul Hidayah bt Yusop
PERASMI Istiqomah bt Ahmad Rozi

Sharina bt Seman JAMUAN TETAMU KHAS
Nurfariza Hanim bt Hashim
Wan Nor Hidayah bt Wan Akip

9

SAMBUTAN DAN PROTOKOL GAMELAN

Siti Fa’aizah bt Motar Mohd Syahrizal bin M.Salleh
Wan Mohammad Syafiq bin wan Omar
BUNGA MANGGAR Ahmad Syafiq bin Buniyami

Suziana bt Abdullah BANNER
Salimah bt Othman
Muhamad Hafizudin bin Kamaruzaman
KOMPANG
CENDERAHATI DAN SIJIL AJK PIBG SESI
Azdi Izuar bin Othman 2020/2021
Ahmad Zulhilmi bin Aminnudin
Nor Shazayana bt Sakir
MURID PENGIRING Nurin Safia bt Mohamad Puaad

Siti Hawa bt Sa’at CENDERAHATI / PENDAFTARAN
Khairunnisa bt Hasli
Nor Aznida bt Abu
LAPORAN BERGAMBAR Siti Atikah bt Ab Hamid
Siti Mardhiah bt Roslan
Nurul Atikah Aina bt Jahari@ Johari Nor Liyana bt Huzir
Fatin Nur Haziqah bt Kamaruzaman
PENCATAT MESYUARAT
SIARAYA / MULTIMEDIA
Siti Khairul Aminah bt Ali
Syafiqa Izzati bt Abd Aziz Velmurugan a/l Sivalingham
Thelagaa a/p C Loganathan
KEBERSIHAN Ealesah Beth a/p Rajanderam

Muhammad Ehsan bin Makhtar JAMUAN IBU BAPA DAN MURID
Pekerja Pembersihan
Raja Aminah bt Raja Hassan
HADIAH DAN SIJIL Noorul Fatimah bt Pa’suya
KECEMERLANGAN Nor Azizah bt Ismail
Nor Afifah bt Mohd Amin
Norliza bt Ahmad Sarizah bt Abd Samad
Siti Norhani bt Jalil Zaimah bt Endut
Norazila bt Sehman Nasrun bin Mohd Amin
Suliati bt Che Sulaiman Nik Aziz bin Mat Hassan
Rus Sazwani bt Othman
Hanani bt Hashim

10

AGENDA
MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE-5
TAHUN 2022

11

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
KALI KE-5
SESI 2022/2023

1. Ucapan pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu bertarikh

3 Oktober 2021.
3. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahunan PIBG

mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
4. Membentang dan membahaskan usul.
5. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021
6. Perlantikan pengerusi sementara
7. Perlantikan AJK PIBG sesi 2022/2023
8. Hal-hal lain.
7. Ucapan penangguhan.

12

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
SESI 2020/2021

Ex-Officio : En. Asrol Faezal bin Ahmad
Yang Dipertua : En. Mohd Zainudin bin Sahir
Naib Yang Dipertua : En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad

Setiausaha : En . Mohd Fairuz bin Wahab
Naib Setiausaha : Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa
Bendahari : Pn. Fatin Munira bt Ishak
Naib Bendahari : Pn. Nor Qistina Thomas

Ahli Jawatankuasa : ( Wakil ibu bapa )
En. Abdul Mo’azin bin Jabal
En. Mohd Sopi bin Omar
En. Mohamad Fauzan bin Jamhuri
Pn. Noraizan bt Mohd Ali
Pn. Amutha a/p Lacmanan

( Wakil guru )
En. Muhamad Hafizudin bin Kamaruzaman
En. Muhammad Ehsan bin Makhtar
En. Ahmad Zulhilmi bin Aminnudin
Pn. Suhana bt Misni

Pemeriksa kira-kira : Pn. Nor Shazayana bt Sakir (Guru)
Pn. Rahayu bt Sabtu (Ibu bapa)

Pemegang Amanah : Pn Siti Norhayati bt Mat Noh (Ibu bapa)

13

MAKLUMAT MESYUARAT AGUNG

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2020

NAMA SEKOLAH : SK KOTA MASAI 3

DAERAH : PASIR GUDANG

NO. PENDAFTARAN PIBG : JPNJ/31/0704

TARIKH MESYUARAT AGUNG : 3 OKTOBER 2021

SUMBANGAN PIBG YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT AGUNG : RM 50.00

( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja )

BIL NAMA SENARAI AJK PIBG SESI 2020 / 2021

JAWATAN

1 En. Mohd Zainudin bin Sahir Yang Dipertua
2 En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad Naib Yang Dipertua
3 En. Mohd Fairuz bin Wahab Setiausaha
4 Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa Naib Setiausaha
5 Pn. Fatin Munira bt Ishak Bendahari
6 Pn. Nor Qistina Thomas Naib Bendahari
7 En. Abdul Mo’azin bin Jabal AJK Ibu Bapa
8 En. Mohd Sofi bin Omar AJK Ibu Bapa
9 En. Mohamad Fauzan bin Jamhuri AJK Ibu Bapa
10 Pn. Noraizan binti Mohd Ali AJK Ibu Bapa
11 Pn. Amutha A/P Lacmanan AJK Ibu Bapa

12 En. Muhamad Hafizudin bin Kamaruzaman AJK Guru

13 En. Muhammad Ehsan bin Makhtar AJK Guru

14 En. Ahmad Zulhilmi Bin Aminnudin AJK Guru

15 Pn. Suhana bt Misni AJK Guru
16 Pn. Nor Shazayana binti Sakir Pemeriksa Kira-Kira
17 Pn. Rahayu binti Sabtu Pemeriksa Kira-Kira

18 Pn. Siti Norhayati bt Mat Noh Pemegang Amanah

Disahkan oleh, Cop Sekolah;

(ASROL FAEZAL BIN AHMAD)
Guru Besar,
SK Kota Masai 3,
Pasir Gudang.

14

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE– 4

Tarikh : 3 Oktober 2021
Masa
Platform : 8.00 pagi –12.30 tengah hari
Kehadiran
: Google Meet dan Facebook Live

: Ibu Bapa (seramai 198 orang)

Guru (seramai 68 orang)

Jumlah (seramai 266 orang)

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi.

2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
bertarikh 8 Mac 2020.

3. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG mulai
1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

4. Membentang dan membahaskan usul.

5. Hal-hal Lain

6. Ucapan penangguhan.

15

Agenda Butiran
1 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kota Masai 3 kali ke-4 yang
diadakan secara maya melalui palatform Google Meet dan
Facebook Live. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
diatas komitmen dan sokongan yang diberikan dan berharap
program ini dapat berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan ucapan selamat datang kepada
barisan kepimpinan pentadbir yang baharu dan berharap kerjasama
dan ukhwah antara PIBG dapat terjalin erat.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pandemik Covid-19 telah
mengubah cara penggunaan ICT untuk pendidikan dan juga acara-
acara rasmi kerajaan yang hanya dijalankan secara atas talian.

1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa tiada pemilihan akan
dilakukan pada tahun ini kerana perlantikan AJK baru hanya akan
diadakan selepas tempoh 2 tahun dan diperstujui dalam Mesyuarat
Agung yang lepas.

Ucapan Penasihat (Guru Besar)

1.5 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang
turut hadir dalam Mesyuarat Agung kali ini yang diadakan secara
atas talian. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan
sokongan ibubapa terhadap segala program yang dijalankan oleh
pihak sekolah masih utuh dan kuat. Diharapkan segala informasi yang
disampaikan dapat diterima dengan jelas dan berkesan walaupun
diadakan secara maya.

1.6 Guru Besar memaklumkan berkaitan pembukaan sekolah
selepas tempoh PKP di negeri Johor bagi fasa ke-2 dan fasa ke-3.

1.7 Beliau juga berharap agar apa yang dibincangkan dan
diputuskan akan diambil tindakan bersama oleh pihak sekolah dan
PIBG.

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 En.Mohd Fairuz bin Wahab membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-3 yang bertarikh 8 Mac 2020 untuk disahkan.

16

Agenda Butiran

2.2 En.Mohd Fairuz bin Wahab meminta para hadirin merujuk kepada
pautan buku program maya yang telah diberikan dan menyemak
muka surat 14 hingga 18 berkenaan minit mesyuarat agung yang lepas.

Dicadangkan pengesahan oleh : Pn.Siti Norhayati bt Mat Noh
Disokong pengesahan oleh : Pn.Siti Norlina bt Mohd Isa

Tindakan/makluman: Semua yang hadir

3 Membentangkan Penyata Kewangan PIBG 2020

3.1 Penyata Kewangan dibentangkan oleh Pn.Fatin Munirah bt Ishak.

3.2 Beliau memaklumkan duit masuk pada awal tahun 2020
berjumlah RM 40,694.20. Duit keluar pula berjumlah RM 26,522.50. Oleh
itu, baki akhir tahun pada awal 2021 adalah sebanyak RM 14,171.70
dan jumlah terkini kewangan pada 30/09/2021 berjumlah RM22,269.70.

3.3 Beliau memaklumkan agar para hadirin membaca dengan teliti
bagi mengetahui segala bentuk program yang telah dijalankan dan
sumbangan yang telah disalurkan PIBG kepada pihak sekolah.

Dicadangkan pengesahan oleh : En.Zain Zaini
Disokong pengesahan oleh : En.Aizat bin Mat Rizal

3.4 Sumbangan PIBG pada tahun 2021 dikekalkan sebanyak RM50/
keluarga sepertimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat
Agung yang lepas.

Tindakan/makluman: Semua yang hadir

4 Membahaskan Usul

4.1 Usul 1 ( PdPR )
-Penjelasan Guru Besar :

Guru Besar memaklumkan bahawa usul ini telah diterima pada bulan
Mac. Sehingga hari ini , semua cadangan dan langkah
penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. PIBG juga
telah memberikan sumbangan dalam membantu guru-guru
menyediakan modul bercetak kepada murid-murid. PdPR dengan
pendekatan medium Google Meet dan aplikasi atas talian juga
telah digunapakai oleh guru bagi membantu keberkesanan PdPR.
Selain itu, melalui PIBG juga, sekolah telah melaksanakan Program
Pembugaran PdPR, dimana murid yang aktif menggunakan akaun
DeLIMA akan dipilih untuk menerima hadiah galakan.

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

17

Agenda Butiran

4.2 Usul 2 ( Tempat Meletak kenderaan )
-Penjelasan YDP

Kawasan meletak kenderaan di luar kawasan sekolah adalah
dibawah kuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Bagi
mengurangkan kesesakan, PIBG telah memohon kepada MBPG
untuk memasang papan tanda (DILARANG MELETAKKAN
KENDERAAN) terutama kepada kenderaan bas, lori dan van yang
sengaja diletakkan dikawasan tersebut hingga menyukarkan
kenderaan ibubapa/penjaga keluar masuk untuk menghantar dan
mengambil anak-anak. Surat susulan akan dihantar kepada
pengurusan MBPG dalam masa terdekat.

4.3 Usul 3 ( Jadual Waktu )
-Penjelasan Guru Besar

Jadual waktu mempunyai jam kredit yang telah ditetapkan oleh
KPM, sekolah mesti akur terhadap garis panduan yang telah
dikeluarkan di peringkat Kementerian. Sejak pandemik Covid-19
melanda, buku tulis tidak boleh ditinggalkan didalam kelas
disebabkan penjarakan meja dikelas menyebabkan tiada ruang
dibelakang kelas bagi guru-guru meletakkan buku-buku murid
seperti kebiasaannya. Buku Teks juga tidak boleh ditinggalkan
kerana ia merupakan pinjaman, dan jika berlaku kehilangan ianya
perlu diganti semula pada hujung tahun. Mohon ibubapa dapat
memahami dan pihak sekolah akan mengambil beberapa inisiatif
bagi mengatasi pekara ini.

4.4 Usul 4 ( Baiki Lampu )
-Penjelasan YDP

PIBG dan pihak sekolah akan bersama-sama melihat segala
kerosakan terutama dikawasan bilik darjah dan tandas, dan akan
menggunakan dana PIBG bagi menggantikan lampu-lampu yang
rosak. Murid Tahap 1 juga akan dibenarkan untuk keluar ke tandas
dengan berteman.

4.5 Usul 5 ( Bayaran Sumbangan PIBG )
-Penjelasan YDP

Sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50/keluarga setahun.
Bayaran sumbangan yang ditetapkan sebelum ini ditambah
sebanyak RM20/murid (keceriaan), ditangguhkan kutipannya
memandangkan penutupan sekolah yang agak lama. Bayaran
sumbangan PIBG juga boleh dibuat secara ansuran bagi
membantu ibubapa membuat pembayaran.

18

Agenda Butiran

4.6 Usul 6 ( Pakaian Pemimpin Muda )
-Penjelasan Guru Besar

Pakaian yang dipilih bagi memudahkan guru mengenalpasti tugas
pemimpin muda dan secara tidak langsung menambahkan
keyakinan murid dalam menjalankan tugas disekolah berbanding
dengan pemakaian vest sebelum ini. Pakaian ini akan dikekalkan
penggunaanya selepas ini.

4.7 Usul 7 ( Perjalanan Murid ke Kelas )
-Penjelasan Guru Besar

Garis panduan KPM tidak membenarkan ibubapa masuk kedalam
kawasan sekolah. Cadangan untuk pembinaan pagar kedua yang
lebih dekat juga akan dipertimbangkan, namun agak sukar
dilaksanakan memandangkan ianya berada dihadapan rumah
penduduk. Hanya ibubapa murid PPKI sahaja yang dibenarkan masuk
bagi menghantar anak-anak kesekolah. Pemandu van juga
dibenarkan masuk kedalam kawasan sekolah, tetapi ianya hanya
bersifat sementara sehingga pendemik ini berakhir.
5
Hal-hal Lain

5.1 Puan Rosmani Awang mencadangkan bagi pemimpin muda yang
mepunyai vest sebelum ini, agar pemakaian vest ini dapat dipakai
dengan uniform sediada. Pihak sekolah akan berbincang dengan AJK
Pengawas Sekolah mengenai kesesuaian cadangan ini.

5.2 En.Mohd Fauzan mohon penjelasan mengenai penggiliran hadir
kesekolah. Guru Besar menjelaskan penggiliran murid hadir semasa
fasa 4 nanti, dimana guru akan memberikan tugasan kepada murid
semasa PdPR dan minggu berikutnya murid akan diberi penerangan
dan aktiviti pengukuhan apabila hadir kesekolah.

5.3 En.Pavenesh a/l Selvakumar mohon penjelasan mengenai waktu
persekolahan. GB menjelaskan waktu persekolahan masih sama.
Namun begitu, jika ada perubahan akan dimaklumkan seminggu
awal sebelum pembukaan sekolah.

5.4 Pn.Rosnizah bt Rosni mohon penjelasan mengenai tempahan baju
KRMJ dan sukan. GB menjelaskan tempahan baju sudah siap dan
akan diedarkan kepada murid dalam masa terdekat.

5.5 Hari terbuka dan program-program yang melibatkan ibubapa
disekolah akan ditangguhkan sehinggan mendapat kebenaran Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

Tindakan/makluman: Semua yang hadir

19

Agenda Butiran
6 Ucapan Penangguhan

6.1 Pihak sekolah dan PIBG akan terus bekerjasama dalam
memastikan kemenjadian, kecemerlangan murid dan kelengkapan
fasiliti disekolah menjadi tumpuan utama yang perlu disokong.

6.2 YDP mohon kerjasama dan komitmen dari ibubapa/penjaga
dalam menjayakan program-program yang telah dirancang demi
kebaikan anak-anak.

6.3 YDP juga minta ibubapa memberi kerjasama jika diperlukan
untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

6.4 YDP berterima kasih kepada AJK pelaksana dan guru-guru yang
terlibat secara langsung dalam menyusun atur dan memastikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 ini berjalan dengan lancarnya.Beliau
juga memohon maaf jika ada kesilapan semasa mengendalikan
Mesyuarat Agung kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan Oleh,

URUSETIA
Mesyuarat Agung PIBG Bil 4/2021
SK Kota Masai 3.

Tarikh : 10 Oktober 2021

20

LAPORAN KEGIATAN PIBG
SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2021
HINGGA
31 DISEMBER 2021

21

LAPORAN KEGIATAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3

SESI 2020 / 2021

Aktiviti –aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 ialah:

1.Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 telah diadakan pada 3 Oktober 2021
secara atas talian dengan jayanya.

2.Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat telah diadakan sebanyak 6 kali bagi membincangkan
perkara-perkara yang menjurus ke arah kecemerlangan sekolah dan
murid di samping mencari sumber kewangan bagi menambah dana
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti juga menyediakan prasarana yang lebih
baik.

3. Program

Program yang dijalankan oleh pihak PIBG dan sekolah ialah :

3.1 - Program Guru Penyayang semasa Pembukaan Sekolah.
3.2 - Hari Kejohanan Sukan Tahunan sekolah acara ibubapa.
3.2 - Program Pembugaran PdPR.
3.3- Penambahbaikan Prasarana Sekolah.
3.4 - Memasang pagar automatik dipintu pagar utama.
3.5 - Kerja-kerja baikpulih sistem paip sekolah.
3.6 - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 secara atas talian.
3.7- Pemasangan pondok wakaf.
3.8 - Pemasangan papan tanda dikawasan pondok wakaf.
3.9 - Pemasangan tv dikelas PPKI
3.10 - Pemasangan pagar besi di pondok menunggu.

22

4. Sumbangan PIBG

PIBG juga membantu pihak sekolah dalam menjayakan program-
program sekolah dengan memberikan sumbangan. Antaranya ialah;

4.1 – Sumbangan murid mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

4.2 - Sumbangan penyediaan modul PdPR.
4.3 - Sumbangan pembinaan Galeri Sejarah .
4.4 - Sumbangan unit ICT dan PA Sistem
4.5 - Sumbangan keluarga murid yang ditimpa musibah.
4.6 - Sumbangan membeli lampu dan kipas bilik darjah yang rosak.
4.7 - Sumbangan makanan bagi petugas Vaksinasi Tahun 6.
4.8 - Sumbangan membeli banner Covid-19 sekolah.
4.9 - Sumbangan modul PdPR.
4.10– Sumbangan pembinaan pagar besi dipondok menunggu.
4.11– Sumbangan membeli set pembesar suara di kantin sekolah.
4.12– Pembinaan Galeri PKJR dan Kebun Komuniti.
4.13– Pembelian buku catatan PPD PG
4.14 - Pembelian tiang keselamatan dan kerja mengecat garisan

dipondok menunggu.
Penutup

Saya bagi pihak PIBG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Ex-Officio yang banyak memberikan pandangan dan nasihat, kepada
YDP dan NYDP yang bekerja keras memimpin persatuan, juga kepada
semua AJK 2020 / 2021 atas komitmen yang diberikan. Semoga semangat
bekerjasama ini akan diteruskan lagi demi kebaikan persatuan, sekolah
dan anak-anak. Saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan kiranya
ada kekurangan dan kesilapan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(
MOHD FAIRUZ BIN WAHAB)
Setiausaha ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Kota Masai 3.

23

PENYATA KEWANGAN
SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2021
HINGGA
31 DISEMBER 2021

24

LAPORAN KEWANGAN PIBG SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2021—31 DISEMBER 2021

BIL TARIKH BUTIRAN PENERIMAAN JUMLAH BIL TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)

1 1/1/2021 Baki bawa ke hadapan 14,171.70 1 31/1/2021 Perbelanjaan modul PdPR 2,012.00

2 24/4/2021 Kutipan Sumbangan PIBG 13,800.00 2 5/5/2021 Sumbangan Galeri Sejarah 3,000.00

3 15/5/2021 Kutipan Sumbangan PIBG 8,650.00 3 1/8/2021 Program Pembugaran PdPR 4,140.00
4 10/12/2021 Kutipan Sumbangan PIBG
5 200.00 4 1/8/2021 Penambahbaikan Prasarana 1,800.00
Sekolah

5 4/9/2021 Sumbangan Musibah Kebakaran 300.00
(Murid)

6 6 4/9/2021 Memasang pagar automatic dan 600.00
baikpulih system paip sekolah

7 26/9/2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 1,000.00

8 26/9/2021 Pemasangann Signboard 1,500.00

9 3/10/2021 Pengurusan PIBG 200.00

10 6/10/2021 Penggantian Lampu & Kipas yang 700.00
rosak

11 14/10/2021 Makanan Petugas Vaksinasi Tahun 620.00
6

12 9/12/2022 Galeri PKJR dan Unit Keceriaan 1500.00

13 15/12/2022 Pembelian buku catatan PPD PG 1140.00

14 18/12/2022 Pemasangan tiang keselamatan 900.00
dipondok menunggu

15 3/12/2021 Pembinaan pagar di pondok 5,500.00
menunggu

Jumlah perbelanjaan 24,912.00

Baki bawa ke hadapan 11,909.70

Jumlah 36,821.70 36,821.70

Bahawa kami seperti nama di bawah mengakui semua maklumat dan jumlah yang tercatat di
atas adalah benar dan resit- resit serta penyata kewangan telah dibuat.

25

LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
Kami telah memeriksa dan mengaudit penyata kewangan Persatuan Ibu
bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 dari 1 Januari
2021 hingga 31 Disember 2021 dan didapati kira-kiranya betul. Segala
perbelanjaan berbuktikan resit pembelian. Disediakan juga buku tunai
kewangan yang menunjukkan penerimaan dan perbelanjaan yang telah
berlangsung pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
Disemak dan disahkan oleh,

26

NAMA
PENERIMA
ANUGERAH

27

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
PRASEKOLAH

NILAM Anugerah
Kehadiran terbaik
Bil Nama Murid Sahsiah terbaik
1 MUHAMMAD AZEEM SYAKIR BIN MOHD AZANI Kokurikulum terbaik
2 DAMIA FARISHA BINTI MUHAMMAD AMER FIRDAUS Akademik terbaik
3 NUR HANNAH AMANDA SOFIYAH BINTI ROSIDI Akademik terbaik
4 IMAN YUSSOF BIN ISMAIL Akademik terbaik
5 FATHIN NUR HANNA BINTI ZULKIFLI
6 MUHAMMAD SHAAZ IRSYAD BIN MOHD SHAH ERWAN

ZAMRUD Anugerah

Bil Nama Murid Kehadiran terbaik
1 NUR SYUHADA BINTI A. RAHMAN Sahsiah terbaik
2 MUHAMMAD AL FAYYADH BIN MOHD FAZIRULL ARHAN Kokurikulum terbaik
3 NUR ASYFA AIMI BINTI RUDY Akademik terbaik
4 NUR DANIA QISTEENA BINTI MOHD ZAIDI Akademik terbaik
5 MUHAMMAD IRSYAD RIFQI BIN MUHAMMAD HAMIR Akademik terbaik
6 MUHAMMAD DANISH RAYYAN BIN MOHD FAIZAL

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

PPKI 1

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD RAYYAN AKASYAH BIN FARID
2 MUHAMMAD ZAIM BIN ROSLI
3 WAN NUR SYAHIRAH BINTI JEHNFREY

PPKI 2 28

Bil Nama Murid
1 SOLEHUDDIN BIN RIDZUAN
2 MUHAMMAD FARIS ASRAAF BIN MOHD NAZIP
3 MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH

PPKI 3

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD RAYYAN QHALIEF BIN SONNY NIZAM
2 MUHAMMAD IRFAN KHAIRI MUHAMMAD HAMIR
3 MUHAMMAD IYAD HARRAZ BIN MUHAMMAD IKHWAN

PPKI 4

Bil Nama Murid
1 PUTERA MUHAMMAD ZAKWAN SAIF BIN ZAINAL
2 NUR KHALIESAH SHOFIYYAH BINTI KHAIRUL IZAM
3 AZHAN NAUFAL BIN ASWADI

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 1

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS

MUTIARA
Bil Nama Murid
1 NUR SOFEA SUMAYYAH BINTI MOHAMAD FAUZAN
2 MUHAMMAD ARYAN AMSYAR BIN MUHAMAD HELAMY
3 MUHAMMAD FAIQ BIN HAIRUL SHAH

RUBY

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD FIRASH BIN MOHD ARIS
2 ADDY ARMIN BIN ADDY AZMAN
3 PUTERI NUR AMIRA SYUHADA BINTI ABDULLAH
NILAM

Bil Nama Murid
1 AWFIYAH NUWAIRAH BINTI A.RAFLEEHAN
2 AMIRAH ARISSA BINTI AZLIMAN
3 NURSHEREEN ALISHA BINTI NORMAN

BERLIAN
Bil Nama Murid
1 NOOR ZALIKHA BINTI ENDY ZAINAL
2 NUR ASY SYIFA BINTI MAZLAN
3 CAHAYA FARISHA BINTI FAIZAL

DELIMA

Bil Nama Murid
1 NUR HASYA AIMY BINTI MOHD HADI
2 NUR ZARITH SOFIYA BINTI AHMAD AZHARI
3 ANNA SOFEA BINTI AHMAD SYAKIR
KRISTAL

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD AQIL HARRAZ BIN SHAIFUL NIZAM
2 CHE WAN NURFARIESYA BINTI CHE WAN ROSHARUL
3 MUHAMMAD AMMAR QUSHAIRI BIN UMAR

29

ZAMRUD Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bil Nama Murid Matematik
1 RAFHANAH SALIMI BINTI MOHD SHUKRI Sains
2 NUR HANA MEDINA BINTI AKUAN Pendidikan Islam
3 AMMAR ZAFRAN BIN SAZALI Pendidikan Moral
Bahasa Arab
INTAN
Bil Nama Murid Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
1 NUR KHAYLA HUMAIRA BINTI MOHAMAD ASRAF Pendidikan Seni
2 MUHAMMAD AFIF AL FATEH BIN NORAZHAR
3 NURUL QASEH QASHRINA BINTI MOHD HASBULLAH

ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN

1 HARIDZ FAHMI BIN HIRWAZI
2 LUTH BIN MAZLAN
3 NUR KHAYLA HUMAIRA BINTI MOHAMAD ASRAF
4 NUR SOFEA SUMAYYAH BINTI MOHAMAD FAUZAN
5 NUR HASYA AIMY BINTI MOHD HADI
6 ISAAC CLARENCE ANAK RONNIE LEE
7 MUHAMMAD RAYYAN MIKAIL BIN NORHALIM
8 NUR KHAYLA HUMAIRA BINTI MOHAMAD ASRAF
9 RAISYA NUR AIN BINTI MOHD ROZALIZAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 2

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS

MUTIARA

Bil Nama Murid
1 NUR AISYAH YUSRA BINTI MOHD YUSOF
2 SYIFA IRDINA BINTI MD TAHIR
3 NUR HANNA BINTI MUHAMMAD ZAKI

INTAN

Bil Nama Murid
1 NUR FAQIHAH NASRIN BINTI NASARUDIN
2 MUHAMMAD AZFAR AL-FATEH BIN NORAZHAR
3 NUR ZAHRAA BINTI MOHD SALEH

30

NILAM Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bil Nama Murid Matematik
1 FARHAN DANISH BIN MUHAMMAD FAHMI Sains
2 TASNEEM BINTI MOHD IZZUAN Pendidikan Islam
3 DHIYA AMNI INSYIRAH BINTI MOHD TERMIZI Pendidikan Moral
Bahasa Arab
BERLIAN Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Pendidikan Seni
Bil Nama Murid
1 NUR IRDINA BASYIRA BINTI BAKRI
2 MUHAMMAD SAFWAN ZIKRI BIN ROSLI
3 NURI HYDER BIN HAFIZAN

DELIMA
Bil Nama Murid
1 SYED FAHRIN BIN SYED FAIZAL
2 MUHAMMAD RAYYAN FITRI BIN MOHD NAJJMI
3 NUR SAFIYYAH ZAHRA BINTI MOHD FAIZAL

KRISTAL
Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD RAYYAN FAIZ BIN MOHD FAIZAL
2 RANIA QALESYA BINTI WAN MOHD FAUZAN
3 MUHAMMAD AERIL ZAFFREL MISSA BIN MISWANY

ZAMRUD
Bil Nama Murid
1 NUR AUNI MARDHIAH BINTI MOHD FAIZ
2 NURUL NADHRAH NASUHA BINTI MOHD NIZAM
3 NUR SYASYA DAMIA BINTI ZULHILMI

ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN

1 ADAM MIRZA BIN NOOR RAJMAN
2 TASNEEM BINTI MOHD IZZUAN
3 FARHAN DANISH BIN MUHAMMAD FAHMI
4 NUR AISYAH YUSRA BINTI MOHD YUSOF
5 NUR AMANI NAJIHAH BINTI MOHD ZAIRI
6 DING MING YING
7 MUHAMMAD THAQIF MURSYID BIN MOHD AIZAT
8 IQRAM RUSYAIDI BIN SHAMSUL ARIFFIN
9 MUHAMMAD RAYYAN FITRI BIN MOHD NAJJMI

31

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 3

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS

MUTIARA
Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD ZAHRAN AUFA BIN MUHAMAD HELAMY
2 MUHAMAD ARFA NURHAN BIN NOOR AKMAL
3 MUHAMMAD AQIL NAWFAL BIN MOHD YUSOF

INTAN
Bil Nama Murid
1 STEVEFANUS ANDREAS ANAK LOUIS
2 TUAN FIRAS UKASYAH BIN MOHAMAD SUHAIMI
3 MUHAMMAD ASIF AMSYAR BIN MOHD ADAM

NILAM

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD SYAHKHUARIZMI BIN MOHAMAD SHUKUR
2 MUHAMMAD AMEER FIRDAUS BIN ZAINAL ABIDIN
3 MUHAMMAD ARIF SHAHMI BIN MD RASHID

BERLIAN
Bil Nama Murid
1 IRMIL UMAR ISMAIL BIN ABDUR RAHMAN
2 DANIAL MUHAMMAD HAZZIQ BIN ROSIDI
3 NUR ALIYA HUMAIRA BINTI MOHD ZAIDI

DELIMA
Bil Nama Murid
1 AZRA DARWISYAH BINTI A.RAFLEEHAN
2 NUR ZAFIRAH BINTI MOHAMAD ROHAIDZAT
3 SITI QASHRINA NUHA BINTI MOHAMMAD ZIN

ZAMRUD

Bil Nama Murid
1 CYNTHIA SINJAN ANAK SANGGIN
2 NUR AQILAH HAKIMI BINTI ABDULLAH
3 MUHAMMAD UMAR THAQIF BIN AHMAD NIZAM

32

ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN

1 IRMIL UMAR ISMAIL BIN ABDUR RAHMAN Bahasa Melayu

2 NUR QASEH SUMAYYAH BINTI NORHALIM Bahasa Inggeris

3 MUHAMMAD AMEER FIRDAUS BIN ZAINAL ABIDIN Matematik

4 MUHAMMAD NURHARITH MIKAEL BIN SAHRIN NIZWAN Sains

5 MUHAMMAD ARIF SHAHMI BIN MD RASHID Pendidikan Islam
6 ABRRIELL MANGGAI ANAK BALI Pendidikan Moral

7 SITI QASHRINA NUHA BINTI MOHAMMAD ZIN Bahasa Arab

8 MUHAMMAD NUR AMSYAR BIN AZHAR Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

9 MUHAMMAD NURHARITH MIKAEL BIN SAHRIN NIZWAN Pendidikan Seni

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 4

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS

NILAM
Bil Nama Murid
1 ALI IMRAN BIN AHMAD SYAKIR
2 MUHAMMAD DHIYA ULHAQ BIN MOHD ZAMRI
3 MUHAMMAD ASYRAAF BIN MOHD AZMAN

MUTIARA

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD HARITH HAZIQ BIN ROSMADI
2 NUR DARWISYAH BATRISYA BINTI HASRUL HISYAM
3 PUTERI QAIREEN HAFIYYA BINTI HASHIM

DELIMA

Bil Nama Murid
1 SITI NAJWA BINTI SAIFUL
2 HADIF IZZ ZAIM BIN MOHD NORAZAM
3 ARIFF IZZAT BIN IBRAHIM

BERLIAN

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD HERRY PUTRA BIN MOHD ADY RIDZUWAN
2 MUHAMMAD IRSYAD BIN MOHD AZMANRUDIN
3 SITI NUR SYAHMINA BINTI ZALI

KRISTAL 33

Bil Nama Murid
1 ALIFF ALZAM BIN MOHD PESHA
2 MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD SAFLE
3 MUHAMMAD IMRAN BIN RAHMAN

ZAMRUD

Bil Nama Murid
1 NUR AUNI BINTI NUR MOHD AZHAR
2 PAVENESH A/L SELWAKKUMAR
3 NURUL FATRISYA ALYAA BINTI FAHIZAL

ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN

1 MUHAMMAD RAIYAN IMAN BIN MOHD RAFI Bahasa Melayu
2 FATHIMAH AZZAHRA BINTI MUHAMMAD FAIZIE Bahasa Inggeris
3 SITI NAJWA BINTI SAIFUL Matematik
4 ALI IMRAN BIN AHMAD SYAKIR Sains
5 SITI NAJWA BINTI SAIFUL Pendidikan Islam
6 CARENA SANDRA ANAK DANNY Pendidikan Moral
7 MUHAMMAD HARITH HAZIQ BIN ROSMADI Bahasa Arab
8 NUR AUNI BINTI NUR MOHD AZHAR Sejarah

9 NUR AUNI BINTI NUR MOHD AZHAR Rekabentuk Teknologi
10 SITI NAJWA BINTI SAIFUL Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
11 SITI NAJWA BINTI SAIFUL Pendidikan Seni

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 5

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS
NILAM
Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD AFIF AQIL BIN SHAHRUL EFFENDY
2 FATIN NURNAJWA BINTI ABDUL YAZID
3 FARIS ARSYAD BIN KHAIRUL AMRI

DELIMA

Bil Nama Murid
1 NURALEEYA DAMIA BINTI MUHAMMAD AZNEE
2 NOR KHALISA BINTI ZALIZAN
3 MUHAMMAD DARWISY ANIQ BIN MOHD NOOR AIZUDDIN

MUTIARA 34

Bil Nama Murid
1 NUR ALYA BATRISYAH BINTI HAIRUL ANUAR
2 DAMIA ZAHIRAH MAISARAH BINTI ISMAIL
3 MUHAMMAD AISY ARSYAD BIN MOHD AZAHARI

ZAMRUD
Bil Nama Murid
1 NUR QALEESYHA NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN
2 MOHAMAD ADEEP AIMAN BIN RAHIMAN
3 AMANDA TANIA BINTI MOHD ZAMANI

KRISTAL

Bil Nama Murid
1 MUHAMMAD DAMEEN DARWISH BIN KHAIRUL ANUAR
2 NUR QAMARINA BALQIS BINTI HADAM
3 NURLIYANA SYAZWANI BINTI AHMAD ROFI

ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
1 PUTRI NUR RAIHAN BINTI MOHD RAFFLEES Matematik
2 AMMAR THAQIF BIN MOHD FAIRUZ Sains
3 PUTRI NUR RAIHAN BINTI MOHD RAFFLEES Pendidikan Islam
4 FARIS ARSYAD BIN KHAIRUL AMRI Pendidikan Moral
5 MUHAMMAD AFIF AQIL BIN SHAHRUL EFFENDY Bahasa Arab
6 GIBSON ANAK TUAU Sejarah
7 MUHAMMAD AFIF AQIL BIN SHAHRUL EFFENDY Rekabentuk Teknologi
8 NUR DINI CEMPAKA ZAFIRAH BINTI MOHD SURAINI Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
9 NOR KHALISA BINTI ZALIZAN Pendidikan Seni
10 FATIN NURNAJWA BINTI ABDUL YAZID
11 RAYYAN BIN MOHD IZZUAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021
ALIRAN TAHUN 6

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAS
NILAM

Bil Nama Murid
1 NUR INTAN MARLIENA
2 NUR ARINA QISTINA BINTI ABDULLAH
3 MUHAMMAD DARWISY HAZIQ BIN MUHAMMAD SUFI

DELIMA
Bil Nama Murid
1 PUTRI SOFEA QISTINA BINTI KHAIRUL NIZAM
2 NURIN IRDINA SYAFIAH BINTI ABDULLAH
3 NUR DAMIA QISTINA BINTI SAMSONNIZAM

MUTIARA

Bil Nama Murid
1 NUR ELYSSA MARDHIHA BINTI MUHAMAD HAIRIZAM
2 MUHAMMAD SYAHMI ZIKRY BIN SUIP
3 NUR AIN BINTI AZRI

BERLIAN 35

Bil Nama Murid
1 NUR AYUNI BINTI AMIR AMZAH
2 ABDUL RIZAL HAFIZ BIN ABDULLAH
3 MUHAMMAD ZARITH IMAN BIN ZULKIFLI

ZAMRUD

Bil Nama Murid
1 DOMINICK REDDICK NUING BIN EDRY FEREN
2 SALWA SUFIYYAH BINTI HIRMAN HEZRY
3 ALIFF AZHAR BIN MOHD PESHA

KRISTAL Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bil Nama Murid Matematik
1 NURUL FARISYA FAHIZAL BINTI ABDUL FATTAH Sains
2 RYO FRANSLESTER CELVEIN ANAK FRANCIS Pendidikan Islam
3 WENNA ANAK MAXWELL Pendidikan Moral
Bahasa Arab
ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN Sejarah
Rekabentuk Teknologi
1 PUTRI SOFEA QISTINA BINTI KHAIRUL NIZAM Pendidikan Jasmani
2 THARINHI A/P DENISH KUMAR Pendidikan Kesihatan
3 PUTRI SOFEA QISTINA BINTI KHAIRUL NIZAM Teknologi Maklumat & Komunikasi
4 THARINHI A/P DENISH KUMAR
5 NURUL ASYRAINI BINTI MOHD SANI Pendidikan Seni
6 ASDILAFERNIA ICHA
7 NURIN IRDINA SYAFIAH BINTI ABDULLAH
8 NUR DARWISYATUL QAISARA BINTI MOHD ASRUL
9 NUR ELYSSA MARDHIHA BINTI MUHAMAD HAIRIZAM
10 WIDAD KAMILAH BINTI MOHD NORAZAM
11 NUR BALQIS DAMIA BINTI KHAIRIZAM
12 ARIANNA SOFEA BINTI MOHD FARIZ
13 DEEVANNESA MIA ANAK JOSEPH

ANUGERAH CEMERLANG KESELURUHAN Anugerah
Cemerlang Keseluruhan Tahun 1
Bil Nama Murid Cemerlang Keseluruhan Tahun 2
1 HARIDZ FAHMI BIN HIRWAZI Cemerlang Keseluruhan Tahun 3
2 IQRAM RUSYAIDI BIN SHAMSUL ARIFFIN Cemerlang Keseluruhan Tahun 4
3 NUR QASEH SUMAYYAH BINTI NORHALIM Cemerlang Keseluruhan Tahun 5
4 MUHAMMAD RAIYAN IMAN BIN MOHD RAFI Cemerlang Keseluruhan Tahun 6
5 PUTRI NUR RAIHAN BINTI MOHD RAFFLEES
6 NUR BALQIS DAMIA BINTI KHAIRIZAM

36

ANUGERAH MURID KHATAM AL-QURAN Tahun
2 NILAM
Bil Nama Murid 3 NILAM
1 MUHAMMAD AFIQ UTHMAN BIN MOHD ALI 3 NILAM
2 MUHAMMAD AMEER FIRDAUS BIN ZAINAL ABIDIN 3 DELIMA
3 MUHAMMAD SYAHKHUARIZMI BIN MOHAMAD SHUKUR 3 MUTIARA
4 NUR INANI BINTI AMBOK SENNAN 3 MUTIARA
5 MUHAMMAD ALFATEH BIN MOHAMAD ZAIDI
6 MUHAMMAD ZAHRAN AUFA BIN MUHAMAD HELAMY

ANUGERAH KECEMERLANGAN KHAS

ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI TAHAP 1 Tahun
3 RUBY
Bil Nama Murid 3 RUBY
1 THAQIF MURSHID BIN MOHD AIZAT
2 NUR IRDINA BASYIRA BINTI BAKRI

ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI TAHAP 2 Tahun
5 BERLIAN
Bil Nama Murid 6 DELIMA
1 MUHAMMAD RUZAIN BIN KHAIRULANUAR
2 CHLAUDYAFONXICA DAWITH

ANUGERAH TOKOH MURID

Bil Nama Murid
1 NUR BALQIS DAMIA BINTI KHAIRIZAM
2 MUHAMMAD ZARIF ADEEB BIN SHAMSUKHAMAR

37

PERBAHASAN
USUL

38

CADANGAN/USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5
SK KOTA MASAI 3
TAHUN 2022

a) Responden:- 168 Orang
b) Kutipan data :- 12 /6 /2022 hingga 18 /6 /2022
c) Platform :- Google Form

SISIPAN
PEMBENTANGAN USUL

A) Tempat meletak kenderaan

1. Tempat parking kereta Yang sesak pada waktu sesi petang..harap Ada
pengawalan dri pihak sekolah semasa waktu ibu bapa mengambil
anak..terutama pada wktu hujan

Pembawa Usul: NOR SHAHIRAH BT DAUD
No.Kad Pengenalan: 910128-03-5724

2. PAKING DEPAN SEKOLAH..KERETA BNYAK YG PENTING KN DIRI SENDIRI.X NAK
MENGALAH..SESAK KN JALAN.SEDIAKN TEMPAT PAKING MOTOR..SEMUA
PAKING,KERETA NK BERKUASA..

Pembawa Usul: ROHANA BT RAHMAD
No.Kad Pengenalan: 870325-23-5756

3. Usul yang ingin saya kemukakan di sini ialah mengenai semasa ibubapa
mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah. Ada segelintir ibubapa
mementingkan diri sendiri tanpa menhiraukan yang lain...parking sesuka hati
menyebabkan kesesakan. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih
berhemah dan memberi keselesaan pada yang lain..

Pembawa Usul: SALINAH SABARI
No.Kad Pengenalan: 790626-01-5976

4. Kawalan aliran traffic diperlukan dikawasan depan sekolah semasa waktu
pljr2 balik
2)Infor kpd ibubapa penjaga beri berkerjasama supaya tidak memberhen-
tikan kereta sesuka hati semasa mengambil atau menurunkan anak ke
sekolah.

Pembawa Usul: ZAINAL BIN PRISA
No.Kad Pengenalan: 700907-01-5997

39

B) Kantin

1. Kantin dikehendaki menjual makanan yang lebih berkhasiat, bukan ma-
kanan diproses seperti sosej, nugget & burger

Pembawa Usul: MOHD FAIRUZ BIN RAMLI
No.Kad Pengenalan: 740712115695

2. Kurangkan jual proses food..lebihkan jual buah-buahan di kantin

Pembawa Usul: NOOR AISHAH BINTI KAMARUDIN
No.Kad Pengenalan: 881028-56-5496

3. Isu makanan yang dijual di kantin sekolah; harga, sukatan makanan, kualiti
& menu.Saya dimaklumkan bahawa pengusaha kantin untuk penggal ini baru sa-
haja bertukar kontrak; ini adalah tahun pertama mereka berurusniaga di sekolah.

Pembawa Usul: NORIZA BINTI MOHABBAR
No.Kad Pengenalan: 810213-01-5236

C) Baju Sukan

1. Tahun ini baju sukan baru. Saya tidak berapa suka dengan baju yang baru sebab
baju nipis dan jarang. Baju sukan saya beli 2tahun sekali. Saya takut baju yang baru
ini tidak sampai 2 tahun dah rosak. Kain jersey tukar kepada kain t-shirt biasa
macam tahun sebelumnya.

Pembawa Usul: ROZAIKA BINTI TUKIMI
No.Kad Pengenalan: 820503-01-6180

D) Ha-hal Lain

1 Pihak sekuriti untuk sama memantau perjalanan keluar masuk pelajar ketika pergi dan
balik sekolah disebabkan keadaan trafik yg sesak.

2 Masalah beg berat->Pihak guru untuk menetapkan secara spesifik pembelajaran
setiap hari terutama untuk subjek yg mempunyai banyak sub-topik i.e, bahasa melayu
ada penulisan, pemahaman, karangan, etc..mintak di tetapkan hari apa belajar
penulisan, hari apa pemahaman, begitu juga dgn subjek lain seperti English dan Pen-
didikan Islam

3 Masalah beg berat->Menyediakan locker/box untuk pelajar menyimpan buku
(mechanism pembelian boleh dibincangkan nanti)

Pembawa Usul: MOHD HAZZAR B JOHARI
No.Kad Pengenalan: 861104-23-5723

40

LANTIKAN
AJK PIBG

SESI
2022/2023

41

PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023
SK KOTA MASAI 3

1) YANG DI PERTUA (YDP) : _____________________________________________
2) NAIB YANG DIPERTUA (NYDP) : _______________________________________
3) SETIAUSAHA : _______________________________________________________
4) NAIB SETIAUSAHA : __________________________________________________
5) BENDAHARI : ________________________________________________________
6) NAIB BENDAHARI : ___________________________________________________
7) AJK IBUBAPA : i.______________________________________________________

ii.______________________________________________________
iii.______________________________________________________
iv.______________________________________________________
V.______________________________________________________
8) AJK GURU : i.______________________________________________________
ii.______________________________________________________
iii.______________________________________________________
iv.______________________________________________________
V.______________________________________________________
9) PEMERIKSA KIRA-KIRA : i._____________________________________________

ii._____________________________________________
10) PEMEGANG AMANAH : i.____________________________________________

ii.____________________________________________

42

Mutiara kata

1. Anak-anak menginginkan waktumu lebih dari segalanya. Bermainlah bersama
mereka, ajari mereka, dan sayangi mereka. Kerana mereka adalah amanah
dari Tuhanmu.

2. Tidak ada pemberian yang lebih utama dari orangtua kepada anaknya,
selain daripada akhlak yang mulia.

3. Kita selalu memikirkan “Apa yang akan terjadi pada anak-anakku setelah aku
meninggal”, tapi mestinya kita juga harus benar-benar memikirkan “Apa yang
akan terjadi pada anak-anakku setelah mereka meninggal”.

4. Cara terbaik untuk mendidik anak adalah melalui kepribadian terbaik dari
orangtua. Kerana anak akan mencontoh banyak hal dari orang tuanya.

5. Semua anak adalah baik. Kerana Allah telah mencipta di dalam dirinya fitrah
yang lurus.

6. “Cubalah untuk tidak menjadi orang sukses, melainkan mencoba menjadi
orang yang berharga.” - Albert Einstein.

7. “Jangan takut untuk membuat sebuah kesalahan. Tapi, pastikan kamu tidak
melakukan kesalahan yang sama dua kali.” - Akio Morit.

8. “Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki; kamu akan berakhir dengan memiliki
lebih banyak. Jika kamu berkonsentrasi pada apa yang tidak kamu miliki, kamu
tidak akan pernah merasa cukup.” - Oprah Winfrey.

9. “Seorang juara hanyalah seseorang yang tidak menyerah saat menginginkan
nya.” - Tom Landry.

10. “Meraih kejayaan besar adalah bukti bagi semua orang lain bahwa boleh
mencapainya juga.” - Abraham Lincoln.

11. "Teruslah tersenyum, kerana hidup itu indah dan ada banyak hal yang boleh
disyukuri." - Marilyn Monroe.

12. “Mencintai anak tidaklah cukup, yang terpenting adalah anak-anak
menyedari bahwa mereka dicintai orangtuanya.” - St. John Bosco.

13. Jangan paksa anakmu untuk menjadi seperti dirimu, kerana mereka tidak
terlahir di zamanmu. – Ali bin Abi Thalib

43

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 dan Hari Apresiasi Murid

(MAHA 2022) SK Kota Masai 3
merakamkan jutaan terima kasih dan pernghargaan

kepada

Guru Besar SK Kota Masai 3,

Yang Dipertua PIBG ,

Naib yang Dipertua PIBG,

Ahli jawatankuasa PIBG,

Guru-guru Penolong Kanan SK Kota Masai 3,

Para ibu bapa,

Semua guru dan staf sokongan SK Kota Masai 3,

Serta semua pihak,
yang memberikan sumbangan tenaga ,material dan moral,

demi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 dan Hari Apresiasi Murid

ini.

Terbang selisih si burung kedidi,
Terbang rapat di waktu pagi.
Terima kasih daun keladi,
Semoga dapat berjumpa lagi.

44


Click to View FlipBook Version