The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cloudiaS, 2025-03-01 00:39:34

Profile PIBG SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan 2024/2026

PROFIL PIBG 20242026

Profile SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan 2024/2026 PIBG SK (A) DHAKH The way forward… Persatuan Ibu Bapa & Guru


Profile Persatuan Ibu Bapa & Guru SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan 2024/2026 PIBG SK (A) DHAKH The way forward… Isi Kandungan Kata Aluan Guru Besar Kata Aluan YDP PIBG Visi & Misi Sekolah Logo & Cogan Kata PIBG Barisan Pentadbir Sekolah Barisan Exco PIBG Sekolah Pembahagian Biro PIBG Aktiviti-aktiviti PIBG Hubungi Kami Penghargaan


Kata Aluan Guru Besar Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku profil PIBG Penggal 2024- 2026 ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas semua sokongan dan kerjasama ibu bapa serta warga sekolah dalam menjayakan aktiviti sekolah selama ini. Dalam usaha mendukung cita-cita bagi merealisasikan wawasan negara Malaysia, permuafakatan dan perpaduan amat dititik beratkan kerana ini merurupakan kunci utama bagi mewujudkan persekitaran sosial yang aman dan harmonis di antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti serta masyarakat sekitar. Hal yang demikian dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam kalangan anak-anak kita yang seterusnya akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Justeru, akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang mewakili pihak sekolah dan ibu bapa serta komuniti, dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memenuhi hasrat penubuhan PIBG sebagai medium kerjasama dan permuafakatan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga dan kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. Guru Besar/Penasihat PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching. ENCIK ISHAK BIN HJ DAHLAN 1


Kata Aluan Yang DiPertua PIBG PUAN SHARNAZ BINTI SABERI Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, saya berpeluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam profil PIBG bagi penggal 2024-2026 ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertua PIBG bagi penggal ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan merupakan perantara dan pelaksana antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Komitmen, dedikasi, sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan serta material yang dimiliki oleh semua ahli PIBG amatlah dialu-alukan bagi melaksanakan segala program yang dirancang. Hal ini bertepatan dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing untuk dijayakan. Oleh itu, saya menyeru agar semua ahli dapat bergabung usaha dan tenaga dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada semua jawatankuasa PIBG penggal 2022-2024, semua warga sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kecemerlangan anak-anak sekolah ini. Semoga AJK PIBG yang dilantik bagi sesi 2024/2026 dapat memberikan kerjasama yang jitu dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan demi kemajuan anak-anak SK(A)DHAKH. Sekian, terima kasih. Yang Di-Pertua PIBG 2024/2026. 2


VISI & MISI Pendidikan Berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera. Melestarikan murid yang berpendidikan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berperwatakan agar menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Visi Misi 3


Logo & Cogan Kata PIBG SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Theway forward… PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan 4


Barisan Pentadbir SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan A’ali Mussalmshah bin Hamden (Pen. kanan Pentadbiran) Encik Jeffery bin Norjili (Pen. kanan HEM) Encik Anuar bin Abang (Pen. kanan Kokurikulum) Encik Ishak bin Haji Dahlan (Guru Besar) 5


Persatuan Ibu Bapa & Guru SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan PENASIHAT PIBG Encik Ishak bin Hj Dahlan (Guru Besar) PENAUNG PIBG YAB Dato’ Sri Hj Fadhillah bin Hj Yusof (Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya) 6


Encik Mohd Musa bin Jolhip (Timb. YDP PIBG) Puan Sharnaz binti Saberi (YDP PIBG) Cik Khairina binti Sabang (Setiausaha) Encik Musa bin Kotot (Bendahari) Encik Mohammad Iderus bin Jobeli (AJK Guru) Barisan Exco PIBG 2024/2026 Puan Che Suriana bt Ismail Encik Roslie bin Ariffin Encik Mohammad Misrul Ain bin Morshidi Encik Norman bin Suhaili Puan Anisah bt Marais Encik Huzaiman bin Amin Puan Kasmarita binti Kaseh (Juruaudit Dalaman) Encik Francis anak Juman (AJK Guru) Puan Nur Shakinah binti Mohamad (AJK Guru) AJK IBU BAPA SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan 7


Puan Sharnaz binti Saberi Biro Kebajikan Encik Jeffery bin Norjili Encik Mohd Musa bin Jolhip Biro Keselamatan/ Biro Jejak Alumni Encik Musa bin Kotot Puan Che Zuriana bt Ismail Biro Kewangan Encik A’ali Mussalmshah bin Hamden Puan Nur Shakinah binti Mohamad Biro Kerohanian Encik Francis anak Juman Biro Dokumentasi Encik Mohamad Iderus bin Jobeli Biro Maklumat & Komunikasi Cik Khairina binti Hj Sabang Puan Anisah binti Marais Biro Infrastruktur & Prasarana Encik Roslie bin Ariffin Encik Mohammad Misrul Ain bin Morshidi Pembahagian Biro PIBG SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Encik Ishak bin Hj Dahlan Biro Akademik Encik Norman bin Suhaili Biro Tugas-tugas Khas Encik Huzaiman bin Abon Biro Perhubungan Luar Biro Sukan & Kokurikulum Encik Anuar bin Abang 8


Aktiviti-aktiviti PIBG SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Mesyuarat Tahunan PIBG 2024 Tarikh: 29 Jun 2024 Tempat: Dewan Al-Hakim Tarikh: 6 Ogos 2024 Tempat: Hana Delicacies Dana: Sumbangan Peribadi Mesyuarat Exco PIBG 2024/2026 Tarikh: 10 Ogos 2024 Tempat: Dewan Al-Hakim Bicara Sekolah Pilihan & Pembentangan Prestasi Tahun 6 Gotong-royong PIBG Bil 2/2024 Tarikh: 17 Ogos 2024 Tampat: SK(A)DHAKH 9


Aktiviti-aktiviti PIBG SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Tarikh: 3 September 2024 Tempat: SK (A) DHAKH Dana: Sumbanganibu bapa Projek Sumbangan Pembelian Khemah Menunggu Tarikh: Sepanjang Tahun Tempat: SK (A) DHAKH Dana: Sumbanganibu bapa Sumbangan Khairat Kematian & Bencana Majlis Khatam Al-Quran Perdana Tahun 6 Majlis JamuanTeh Mahabbah PIBG Tarikh: 1 September 2024 Tempat: Waterfront Hotel Dana: Sumbangan Korporat & Individu Tarikh: 5 Januari 2025 Tempat: S]Dewan Al-Hakim Dana: Sumbanganibu bapa 10


Aktiviti-aktiviti PIBG SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Tarikh: 5 Februari 2025 Temoat: SK (A) DHAKH Dana: Sumbanganibu bapa Projek Infaq Keperluan Sekolah Tarikh: 5 Februari 2025 Tempat: SK (A) DHAKH Program “Back to School” Mesyuarat Exco Bil 1/2025 Malam Gala Kokurikulum 2024 Tarikh: 14 Januari 2025 Tempat: Dewan Al-Hakim Dana: JualanTiket/PIBG/ Sumbangankorporat Tarikh: 22 Februari 2025 Tempat:Lagom Coffee Dana: Sumbanganperibadi 11


Laman Facebook Hubungi Kami PIBG SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan Laman Sesawang Rasmi Instagram Facebook Sarana PIBG 12


Laman Facebook Facebook Sekalung Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu PIBG SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan dalam menjayakan program sekolah selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan pemimpin-pemimpin masyarakat, badan-badan korporat, NGO, syarikat-syarikat kecil, badan berkanun, individu-individu serta khususnya kepada semua ibu bapa yang telah banyak menyumbang dan menyokong PIBG sekolah ini. Semoga dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Hubungi Kami PIBG SK (A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan 13


Click to View FlipBook Version