The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT mesyuarat agung pibg kali ke-48 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nida2212, 2021-10-14 04:27:50

MINIT mesyuarat agung pibg kali ke-48 2020

MINIT mesyuarat agung pibg kali ke-48 2020

TARIKH MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
HARI
MASA SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GEBU
TEMPAT
: 13 MAC 2020
: JUMAAT
: 5.00 PETANG
: DEWAN KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GEBU

PERASMIAN

YANG BERBAHAGIA EN. ZULKIFLI BIN ALAPITCHAY
KETUA PEGAWAI AADKSPU,

PEJABAT AGENSI ANTI-DADAH KEBANGSAAN (AADK)
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

KEHADIRAN : 150 ORANG

AGENDA MESYUARAT :
I. UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG)
II. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN YANG LALU

III. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN
IV. PERKARA BERBANGKIT
V. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA

KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
VI. SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SESI 2018/19
VII. MEMBAHASKAN USUL-USUL
VIII. LANTIKAN JAWATANKUASA PIBG DAN JURUAUDIT SESI

2019/2020
IX. HAL-HAL LAIN
X. UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat dimulakan pada pukul 5.00 petang.

1. Ucapan pengerusi Mesyuarat
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah.
1.2 Ucapan tahniah kepada waris-waris atas kehadiran semua.
1.3 Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada guru besar dan para guru atas usaha
gigih menyiapkan pentas sempena mesyuarat ini.
1.4 Seterusnya beliau mengingatkan ibu bapa, supaya mewajibkan diri dalam memberi
sumbangan kerana sumbangan tersebut dapat disalurkan semula untuk
menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah serta dapat memberi
manfaat kepada anak-anak.

2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG yang lalu (sila rujuk m/s 2- 7)

2.2 Setiausaha meminta semua ahli PIBG menyemak minit mesyuarat yang lalu.

2.3 Cadangan diterima oleh : En. Zainol bin Kamis

Sokongan oleh : Pn. Noriah binti Mohd Radzi

1

3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2019
3.1 Pembentangan laporan aktiviti tahunan melibatkan PIBG SK Pasir Gebu sepanjang sesi
2019 \ 2020

3.2 Mesyuarat menerima pembentangan tersebut.

Pencadang : En. Mohd Fazli bin Bakar
Penyokong : En. Rosli

4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31/12/2018
4.1 Pn. Hatmah Bt Husain (menggantikan bendahari PIBG) membentangkan kewangan
semasa bermula 01.01.2019 – 31.12.2019

Pencadang : Pn. Noriah Binti Mohd Radzi
Penyokong : En. Mohd Zaini bin Shamsudin

5. Sumbangan PIBG 2019/2020
5.1 Yang dipertua PIBG En. Mohamad Zakaria bin Zain memaklumkan bahawa
sumbangan sedia ada sebelum ini adalah sebanyak RM35.00 untuk setiap satu
keluarga dan tambahan sumbangan RM0.50 seminggu untuk setiap murid
dikekalkan sehingga tahun 2021.

• En. Zainal mencadangkan agar dikekalkan sumbangan derma waris PIBG sebanyak
RM35 bagi satu keluarga.

• En. Zainal juga mencadangkan sumbangan 50 sen diteruskan dan dikekalkan sehingga
2021 dan dibayar pada awal tahun.

• Pn. Hasnida binti Hashim bersetuju dengan pengutipan wang 50 sen setiap minggu
diteruskan untuk menambah wang tabungan PIBG, namun mengharapkan PIBG
mempunyai inisiatif yang terbaik untuk memudahkan cara pengutipan 50 sen ini agar
berjalan lancar dan tidak menggangu PdpC guru di dalam kelas.

• Pn. Masnira pula mencadangkan kutipan 50 sen dilakukan oleh waris sendiri selepas
bacaan yasin.

• YDP mencadangkan bahawa anak-anak perlu menabung seminggu 50 sen di rumah
sehingga cukup sebulan sebanyak RM2 barulah diserahkan kepada guru pembantu
supaya melatih anak-anak menabung dari usia masih kecil.

5.2 Mesyuarat dengan sebulat suara memutuskan agar jumlah sumbangan PIBG yang telah
dipersetujui akan digunapakai untuk tempoh 2 tahun sebelum keputusan baru dalam
mesyuarat agung yang lain diputuskan.

5.3 Mesyuarat juga dengan sebulat suara bersetuju memutuskan supaya nilai sumbangan
PIBG dikekal pada kadar RM35.00 untuk setiap keluarga.

Pencadang : En. Mohd Zaini bin Shamsudin
Penyokong : En. Fazli bin Ismail

6. Membahas Usul-Usul
6.1 Usul daripada Pn. Jamilah binti Said
( Kertas A4 )
▪ Beliau mencadangkan supaya agar satu keluarga menyumbang satu rim kertas
A4

2

▪ Setuju usul ini diterima.

Pencadang : Pn. Jamilah binti Said
Penyokong : En Ajma’in bin Ahmad

6.2 Usul daripada Pn. Yuslia Haniza binti Mohd Yusof
(Kebersihan tandas)
▪ Beliau mencadangkan kebersihan tandas perlu diutamakan kerana tahap
kebersihahan tandas sedia ada sangat tidak memuaskan.
▪ Guru besar memberi respon bahawa tandas sekolah mengalami masalah
tersumbat dan air bertakung yang memerlukan peruntukan untuk diselenggara.
Pekerja kebersihan membersihkan tandas 2 kali sehari.
▪ YDP menyokong usul Pn. Yuslia dan akan menjalankan aktiviti untuk
menceriakan tandas dengan bantuan PIBK.


6.3 Usul daripada En. Yusri bin Yusof
(Lampu isyarat)
▪ Beliau mencadangkan agar pihak sekolah mendapatkan kemudahan lampu
isyarat di hadapan pintu pagar sekolah.
▪ Guru Besar memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seberang Perai(MBSP)
hanya meluluskan garisan kuning sahaja.

7. Lantikan AJK sesi 2019/2020 Lain-lain hal

7.1 Guru Besar memaklumkan semua AJK PIBG dikekalkan kecuali setiausaha baru yang
telah dipilih oleh pentadbir sekolah iaitu Pn. Hasnida binti Hashim

:
SENARAI PENUH AJK PIBG SESI 2020/2021

YDP :En. Mohamad Zakaria bin Zain

NYDP : En. Azahar bin Hasanuddin

SETIAUSAHA : Pn Hasnida binti Hashim

PEN. SETIAUSAHA : Pn.Hatmah binti Hussain

BENDAHARI : Pn. Nurliyana binti Zahani
AJK (WARIS): AJK (GURU):
En. Ismail bin Hashim Pn. Nuraisyah Humaira Nah binti Abdullah
Pn. Jamilah binti Said Pn. Naziroh binti. Ibrahim
Pn. Azlina binti Husin En. Mohamad Dastan bin Kamarudin
Pn. Roshada binti Khamis Pn. Siti Salwa binti Zainol

3

Abdul Rahman bin Ismail Pn. Nazirah binti Saad

JURUAUDIT LUAR (WARIS): JURUAUDIT DALAMAN (GURU):
Pn. Yuslia Haniza binti Ahmad Cik Noor Afini binti Mohamad Puzi

.
8. Hal-hal lain Ucapan Penangguhan

8.1 Waris mencadangkan supaya pihak sekolah meletakkan seorang pengawal
keselamatan untuk mengawal ibu bapa yang kerap berkumpul di hadapan pagar
sekolah selepas menghantar anak-anak mereka.

8.2 Ustaz Zuhair memaklumkan bahawa waris PPKI boleh masuk ke dalam kawasan PPKI
untuk mengambil anak masing-masing.

8.3 Pembayaran buku latihan bagi setiap kelas adalah tidak sama kerana mengikut
kehendak guru yang mengajar di kelas tersebut.

8.4 YDP mencadangkan pembelian selipar ketika berwuduk.

8.5 YDP memaklumkan bahawa “Lawatan Cakna” diadakan untuk membantu murid yang
memerlukan sumbangan menggunakan wang kutipan dana 50 sen.

8.6 Murid-murid yang akan menyertai aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar yang
memerlukan pembayaran telah dipersetujui oleh semua waris.

8.7 En. Mohd Fazli bin Bakar mengingatkan waris-waris jangan menghalang kenderaan di
pintu pagar ketika pulang dari KAFA.

8.8

9. Penangguhan

9.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang
menjayakan mesyuarat PIBG kali ke -48. Beliau berharap agar PIBG dapat bergerak
bersama supaya sekolah dapat mencapai matlamat yang diidamkan.

9.3 Tuan Guru Besar juga menyatakan slogan sekolah iaitu Bersama Membaharui
Kecemerlangan”. Disamping itu, beliau juga berharap agar murid dapat menguasai 4M
dan mengamalkan 5S.

9.4 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa setiap aktiviti yang akan dianjurkan oleh PIBG
bagi tahun 2020 perlu mendapatkan permit polis dan JPN terlebih dahulu.

9.5 YDP mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran para waris.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.00 petang.

4

Dicatatkan oleh pencatat minit :

1) Pn. Nazuha binti Suhaimi
2) Pn. Asma Fuzah binti Che Om
3) Pn. Shahiza binti Md. Saad
4) Pn. Norhayati binti Abu Bakar

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

------------------------------------------------ -------------------- ------------
(PN. HASNIDA BINTI HASHIM)
Setiausaha PIBG (EN. MOHAMAD ZAKARIA BIN ZAIN)
SK Pasir Gebu
Sesi 2019/2020 YDP PIBG

SK Pasir Gebu

Sesi 2019/2020

5

SENARAI USUL-USUL DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
SESI 2019/2020

1. Pencadang : Pn. Puan Jamilah binti Said
Usul : mencadangkan agar setiap waris menyumbang 1 rim A4 putih kepada pihak sekolah
sekali setahun untuk kegunaan peperiksaan dan latihan (1 rim kertas A4 untuk satu keluarga)

2. Pencadang : Pn. Yuslia Haniza binti Mohd Yusof
Usul : Memberi penekanan kepada aspek penjagaan kebersihan kepada murid khususnya
murid pra sekolah seperti menarik flush selepas menggunakan tandas dan mencurahkan air
ke dalam mangkuk tandas dan bilik air.

3. Pencadang : En. Yusri bin Yusoff
Usul : mencadangkan agar usaha untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat di hadapan
pintu pagar sekolah diteruskan.

6


Click to View FlipBook Version