The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nida2212, 2023-10-25 20:33:01

MINIT MESYUARAT 1/2023

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 2023

Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 1 SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GEBU, 13110 PENAGA, SPU, P.PINANG Tajuk : Minit mesyuarat Kurikulum Bil : 01 /2023-24 Tarikh : 13 Mac 2024 Masa : 10.00 pagi Tempat : Makmal Komputer Kehadiran : Hadir 1. En. Khairulanuar bin Abd Rahman Guru Besar 2. Pn. Norhayati Bt Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Farahwahida binti Zulkefli Penyelaras PBD 4. Pn. Mawaddah binti Mohd Nor Guru Perpustakaan dan Media 5. En. Yusof bin Mohd Saidi HIP / PBS / KP Panitia RBT/ TMK HIP/ MBBMMBI 6. Pn. Kalawathy A/P Muniandy SU Pentaksiran & Penilaian /Ketua Panitia Matematik 7. Pn. Hatmah binti Husain Program Kecemerlangan Akademik 8. Pn. Sarina binti Reduan E-RPH/ E-prema 9. Pn. Noor Hayati binti Abu Bakar KP Bahasa Melayu 10. Pn. Rosita binti Mansor KP Bahasa Inggeris 11. Pn. Masnira binti Ali KP Sains 12. Pn. Zuriani binti Yusoff KP Pendidikan Islam 13. Pn. Noor Azwin binti Mohd Wali KP Pendidikan Seni dan Visual 14. En. Zakiah binti Md khir KP Sejarah 15. Pn. Nurliyana binti Zahani KP Bahasa Arab 16. En. Ahmad Khidhri bin Saad KP PJK 17. Pn. Roziah binti Idris KP Muzik 18. Pn. Nazirah binti Saad Prasekolah 19. Pn. Hasnida binti Hashim SU kurikulum Tidak hadir : 1. Pn. Arbaayah binti Abdullah Aisha


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 2 1.0 Perutusan Pengerusi Mesyuarat 1.1 Pengerusi ( guru besar) mengucapkan ribuan terima kasih serta tahniah kepada semua guru Jawatankuasa Induk Kurikulum kerana menghadirkan diri di mesyuarat Kurikulum kali keempat bagi tahun 2023/2024 . Pengerusi mengenalpasti kehadiran semua guru. 1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. 1.3 Pengerusi memaklumkan tentang lawatan pengurusan tertinggi KPM. Tindakan : untuk makluman 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Minit mesyuarat Bil 4 /2022 telah disahkan sebulat suara. 3.0 Perkara berbangkit 3.1 Berdasarkan minit mesyuarat Bil 4 / 2022, Perkara (3.1) hanya beberapa panitia sahaja yang menghantar pelaporan PLC. 3.2 Berdasarkan minit mesyuarat Bil 4/2022 , Perkara (3.2 )proses pengatomasian masih tidak dapat dijalankan kerana perisian automasi belum dapat dibeli. 3.3 Berdasarkan minit mesyuarat Bil 4/2022 , Perkara (4.22 ) Ada panitia yang masih lagi tidak menghantar laporan aktiviti panitia dan meletakkan sesalinan di dalam dokumen panitia. 3.4 Berdasarkan minit mesyuarat Bil 4/2022 , Perkara (4.32) Masalah pengisian data PBD dan markah UASA untuk murid PBD baru sahaja selesai dan guru kelas bagi sesi 2022/23 perlu mencetak keputusan tersebut untuk diletakkan di dalam fail murid atau diberi kepada murid. 4.0 Perbincangan Mesyuarat 4.1JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM 2023/24 4.1.1 Pn. Norhayati (Penolong Kanan Pentadbiran - PKP) meminta semua guru untuk merujuk Buku Pengurusan Sekolah 2023/24 untuk mengenalpasti tugas bagi jawatankuasa masing-masing. 4.1.2 Pn. Norhayati juga memaklumkan bahawa terdapat perubahan kecil Panitia bg sesi 2023/24. Tindakan : Ketua Panitia


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 3 4.2 PERANCANGAN UNIT KURIKULUM 2023/24 4.1.3 PKP memberitahu tentang perancangan aktiviti atau program yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran adalah seperti berikut: 4.1.3.1 Pelaksanaan kem kepimpinan pemimpin kecil sekolah akan dijalankan mengikut di dalam takwim 4.1.3.2 Aktiviti panitia yang dirancang perluah merujuk atau mengikut takwim sekolah di dalam Buku Pengurusan Sekolah 4.1.3.3 Pelaksanaan pentaksiran 2 kali bagi murid tahun 4, 5 dan 6. 4.1.3.4 Pelaksanaan PBD akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun 4.1.3.5 Hari Bertemu Pelanggan (PBD) akan dilaksanakan 2 kali setahun 4.1.3.6 Pelaksanaan speaker corner bagi panitia bm, bi dan pss akan dilaksanakan mengikut panitia yang telah ditetapkan. 4.3 PENGURUSAN FAIL PANITIA 4.3.1 PKP juga memaklumkan bahawa dalam pengurusan panitia perlu ada 4 dokumen. Ketua panitia dan ahli panitia boleh merujuk slaid yang akan diletakkan di dalam telegram sebagai rujukan. Tindakan : Semua guru 4.4 FORMAT MINIT MESYUARAT 4.4.1 PKP juga menerangkan tentang format penulisan minit mesyuarat panitia terkini dan perlu dipatuhi. 4.4.2 PKP juga berharap semua setiausaha bagi panitia masing-masing prihatin dan mengikut format yang telah diterangkan serta dilampirkan dalam telegram kurikulum. 4.5 PENGURUSAN MESYUARAT PANITIA 4.5.1 AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA PKP menerangkan bahawa penetapan tugasan setiap ahli panitia meliputi dalam bidang kurikulum termasuklah setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran dan penyelaras bagi aktiviti koakademik. setiap tahun 4.5.2 AGIHAN BELANJA MENGURUS /KEWANGAN PANITIA PKP juga memaklumkan bahawa perancangan belanjawan panitia perlu dibuat semasa mesyuarat kali pertama.Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun semasa di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan untuk kegunaan semua ahli panitia.


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 4 4.5.3 PANITIA 4.5.3.1PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan dan program. 4.5.3.2PENGGUBALAN RPT Tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek. 4.5.3.3ERPH Menghantar erph kepada guru besar sebelum pengajaran dijalankan. 4.5.3.4SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir telah di masukkan ke dalam manual pengurusan sekolah. Tarikh tersebut yang perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia. 4.5.3.5PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan soalan,skop soalan serta nama penggubal bagi setiap pentaksiran . 4.5.3.6PENCERAPAN Senarai nama pencerapan telah diletakkan di dalam manual pengurusan. Semua guru skan dicerap sebanyak 4 kali setahun oleh Pegawai Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2 4.5.3.7PBD Prosedur PBD mesti membincangkan untuk makluman semua ahli. Templet yang akan digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 5 4.5.3.8PLC/ Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia. 4.5.4 E RPH Semua guru dikehendaki menghantar erph sebelum mengajar. Sila rujuk senarai pencerap yang telah dimasukkan di dalam Buku Pengurusan 2023 4.6 PENCERAPAN ERPH GURU PKP memaklumkan kepada semua guru bahawa pencerapan akan diaksanakn mengikut dalam takwim. Semua guru boleh merujuk Buku Pengurusan sekolaj untuk melihat nama masing-masing. 4.7 PUSAT SUMBER SEKOLAH PKP memaklumkan kepada Penyelerasa PUSAT Sumber sekolah supaya menyediakan fail bagi rujukan iaitu ➢ Pengurusan Fail PSS ➢ Pengurusan bahan dalam PSS ➢ Buku Log penggunaan Perpustakaan dan bilik-bilik lain. ➢ Jadual Penggunaan Perpustakaan. 4.8 JADUAL WAKTU PKP memaklumkan bahawa data mentah untuk menyediakan jadual waktu telah disediakan oleh PKP dengan kerjasama ketua panitia. Pengagihan tersebut telah disahkan dan dipersetujui oleh Tuan Guru Besar. Jadual waktu telah disediakan oleh guru penyelaras Jadual Waktu 4.9 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH & PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Laporan PBD akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Data dalam IDME akan diisi oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. 4.10 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 4.10.1 Penolong Kanan Pendidikan Khas Ustz Zuhair memaklumkan bahawa tentang aktiviti yang telah dilaksanakan dan kejayaan yang telah dicapai oleh murid PPKI sepanjang tahun 2023/24. 4.10.2 Penolong Kanan Pendidikan Khas juga memaklumkan tentang aktiviti yang telah dirancang bgai tahun 2023/24. 4.10.3 Ustz Zuhair juga berharap segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan tahun 2023/24 bertambah kejayaan.


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 6 4.11 KELAS PEMULIHAN KHAS 4.11.1 Pn. Husna ( Guru Pemulihan) memaklumkan bahawa Ujian Diagnostik akan dijalankan pada bulan Mac bagi memilih murid Pemulihan Khas yang baharu.Guru kelas dikehendaki memberi kerjasama dalam mencalonkan nama murid yang layak memduduki ujian tersebut. Murid yang tidak melepasi tahap yang ditetapkan akan diterima masuk kelas pemulihan khas. 4.11 2. Pn. Husna juga memaklumkan tentang data pemulihan untuk tahun sesi 2022/23 seperti berikut: Bahasa Melayu :- Mac 2022 - 36 orang Ogos 2022 - 11 orang Januari 2023 - 2 orang Matematik :- Mac 2022 - 18 orang Ogos 2022 - 3 orang Januari 2023 - 0 orang 4.12 PRASEKOLAH Program Satelit untuk Prasekolah akan dijalankan seperti biasa. Guru-guru dikehendaki memberi kerjasama dalam menjalankan program yang akan dijalankan 4.13 PEMBELAJARAN BERTEMA Pembelajaran bertema akan bermula pada bulan Mac 2023. Beliau juga menerangkan bahawa terdapat lapan tema dan semua panitia terlibat dalam pelaksanaan pendekatan bertema. Setiap panitia perlu berbincang untuk menentukan aktiviti pembelajaran bertema bersama panitia lain yang akan dijalankan di dalam PdPC sekurangkurangnya sekali dalam setahun. Guru perlu menulis di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 4.14 LAPORAN PANITIA 4.14.1 Reka Bentuk & Teknologi 4.14.1.1 Ketua Panitia RBT memaklumkan bahawa PdPC RBT untuk tahun 2023/24 akan mengikut perancangan di dalam DSKP. 4.14.1.2 Murid akan didedahkan dengan projek membina model seperti dirancang. 4.14.1.3 Kemahiran seperti jahitan akan diajar kepada murid.


Minit Mesyuarat Kurikulum | BIl 1 2023/24 7 4.14.1.4 Bahan dan aatan untuk kegunaan seperti pen 3d akan dibeli mengikut peruntukan wang PCG kepada panitia 5 Hal-hal lain 5.3 Pengerusi menyarankan suoaya bilikbilik khas digunakan secara optimum. 5.4 Pengerusi juga menyarankan kepada guru supaya menjalankan PdPC dengan menerapkan PAK 21 supaya PdPC kita lebih menarik. 5.5 Pengerusi juga memberitahu tentang Program Minggu Pertama Persekolahan yang dirancang bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. 5.6 Pengerusi juga memberitahu bahawa guru merupakan Frontliner Pandidikan. 5.7 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa Jumaat (17/03/2023) ialah Hari Orientasi Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah.. Tindakan : untuk makluman 6 Penutup 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh , Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu Tarikh : 1 April 2023


Click to View FlipBook Version