The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Penjagaan Strok Terlantar by PM Dr. Azlin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nita Hood, 2023-09-11 04:41:03

Modul Penjagaan Strok Terlantar

Modul Penjagaan Strok Terlantar by PM Dr. Azlin

50 2. Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak Kurangkan pengambilan santan atau gantikan santan dengan susu rendah lemak/ skim, Pilih kaedah memasak yang sihat ( kukus,rebus, panggang, bakar, reneh ) Buang bahagian lemak atau kulit yang terdapat pada daging/ayam 3. Tingkatkan pengambilan serat Contoh sumber serat o Bu.ah-buahan: Buah tembikai, pisang, jambu, betik o Sayur-sayuran: Lobak merah, kentang, jagung o Bijirin: Roti wholemeal,beras perang, capati 2 sudu besar (30ml) 2 kali seminggu


51 Modifikasi diet untuk pesakit strok Jenis Diet Sesuai untuk pesakit Ciri-ciri diet Diet Bubur (Mixed Porridge Diet) mempunyai masalah mengunyah dan menelan Bubur campuran ialah bubur nasi dimasak bersama dengan sumber protein, sayur-sayuran ditambah dengan sedikit minyak. Sumber protein seperti isi ikan dan ayam perlu dibuang tulang dan dipotong halus sebelum memasak Diet Kisar (Blenderised Diet masalah mengunyah atau tiada gigi mempunyai masalah menelan makanan. yang menjalani rawatan radiasi di bahagian mulut. Jenis masakan adalah sama seperti diet bubur campuran. bubur campuran yang dikisar tanpa mengubah komposisinya boleh diminum atau disedut dengan straw


52 Diet Cincang (Minced Diet) mempunyai masalah mengunyah atau tiada gigi. mempunyai masalah menelan menjalani rawatan radiasi di bahagian mulut (jika perlu) Lauk perlu dibuang tulang, dimasak lembut dan dicincang atau diracik halus seperti telur hancur. Sayur-sayuran dicincang atau diracik halus. Makanan dimasak sehingga lembut. Penggunaan kacang dielakkan. Hidang buah-buahan yang lembut boleh dihidang Diet Lembut (Soft Diet) mempunyai masalah mengunyah. Cirit-birit, muntahmuntah dan kurang sihat untuk makan diet normal. selepas pembedahan mempunyai masalah gigi atau tanpa gigi. Pesakit dengan masalah menelan Makanan bertekstur lembut seperti roti, bubur, ikan, taufu, ayam dan sayur-sayuran lembut digalakkan. Daging atau sayur keras perlu dielakkan. Makanan dipotong kepada saiz yang kecil Penggunaan cili, bahan rempah ratus atau cuka dalam masakan dielakkan. Makanan dimasak sehingga lembut.


53 Regim Formula Enteral (Enteral Formula Regime) Diet ‘oral’, tidak dapat memenuhi keperluan pemakanan harian mengalami malnutrisi (kekurangan kalori dan nutrient), boleh menerima diet dalam bentuk cecair sahaja. . terdapat dalam bentuk serbuk dan cecair. boleh diberi melalui mulut atau dengan menggunakan tiub. Formula enteral dalam bentuk serbuk perlu dibancuh mengikut piawai yang ditetapkan JIka dalam bentuk cecair boleh diminum terus oleh pesakit. Pemilihan dan jumlah keperluan formula enteral perlu ditentukan oleh Pegawai Dietetik.


54 Pemakanan pesakit strok melalui tiub pemakanan Pesakit yang tidak boleh menelan dan minum secara oral perlu menggunakan tiub pemakanan (Ryles tube) sehingga keupayaan untuk menelan pulih. Kebiasaannya, 1200 - 1800 ml produk enteral yang dibancuh mengikut sukatan boleh memenuhi keperluan tenaga kebanyakan pesakit. Pesakit atau ahli keluarga wajib mendapatkan nasihat pemakanan daripada Pegawai Dietetik di hospital atau klinik berhampiran sebelum menggunakan sebarang formula enteral atau rumusan lain. Ahli keluarga yang ingin menyediakan bubur kisar (blenderised diet) di rumah untuk diberikan melalui tiub perlu mendapatkan panduan daripada Pegawai Dietetik terlebih dahulu. Bagaimanapun pemberian bubur kisar melalui tiub pemakanan ini tidak digalakkan kerana: o Komposisi nutrisi bubur kisar adalah lebih rendah. o Kepekatan juga berbeza dan tidak dapat dipastikan dengan tepat. o Terdedah kepada risiko kontaminasi yang tinggi. o Mudah menyumbatkan tiub pemakanan.


55 Panduan mengatasi masalah sembelit bagi pesakit strok 1.Minum air sekurang-kurangnya 1500-2500ml sehari untuk mengganti kehilangan air dari air kencing dan najis. 2. Makan sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayursayuran sehari. 3.Makan sekurang-kurangnya 3 sajian kekacang sehari


56 Tips Panduan Pemakanan Pesakit Yang Terlantar 1. Tinggikan bahagian kepala dan belakang badan sekurang-kurangnya dengan 3 buah bantal sebelum makan untuk mengelakkan sakit pedih ulu hati. 2. Jaga kebersihan pesakit untuk meningkatkan mood dan selera makan. Tukar sarung bantal dan cadar sekurangkurangnya seminggu sekali supaya tidak berbau yang membantutkan selera makan pesakit. 3. Untuk pemakanan dalam tiub, tuangkan sedikit demi sedikit dan biarkan sehingga tinggal sedikit. Kemudian, sambung proses penuangan sehingga habis.


57 Cara Penggunaan Produk Khas Bagi Pesakit Yang Dirujuk Untuk Menggunakan Produk Khas 1. Bancuhkan serbuk produk khas dengan air kosong/air sejuk dan bukannya air panas mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Pegawai Dietetik. 2. Boleh diminum terus atau digunakan dalam pemakanan secara tiub (tube feeding). 3. Boleh diletakkan ke dalam masakan. Contohnya, gantikan susu sejat dengan 1 sudu (scoop) serbuk produk khas (contohnya: Ensure ) yang dibancuh dengan air kosong atau air sejuk yang diletakkan di atas pudding. Contoh Resipi Menggunakan Produk Khas Banana Milkshake Cara-cara membuat: 1. Bancuhkan susu produk khas (contohnya, Ensure) menggunakan air sejuk/ air kosong. 2. Potongkan pisang kepada bentuk kecil. 3. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga sebati. 4. Sedia dihidang. Bahan-bahan: 230 ml Ensure / Glucerna / produk khas yang lain 1 biji pisang berangan (sederhana) Sedikit ais 1 sudu makan madu


58 BANTUAN DALAM MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN 1. Aktiviti Makan (untuk pesakit tanpa masalah penelanan) Persediaan sebelum makan Memposisikan pesakit dalam keadaan yang selesa dan selamat (posisi SemiFowler’s ) Menyediakan peralatan bantuan dan adaptasi untuk makan. Aktiviti makan dan minum boleh dijalankan o Bersama keluarga di meja makan o atau di atas katil. Gambar 6: Pesakit strok dalam posisi semi-fowler


59 Posisi Ketika Makan Panduan dan peralatan daptasi ketika makan Galakkan pesakit makan sendiri menggunakan tangan atau menggunakan alat bantuan @ adaptasi. Beri pertolongan mengikut keperluan dan bila perlu sahaja. Berikut adalah penggunaan peralatan adaptasi yang dicadangkan untuk pesakit strok yang mampu makan secara berdikari: Penggunaan peralatan makan yang diletak pemberat (weighted utensil) membantu mencegah makanan daripada tumpah, Gambar 7: Posisi makan di atas katil dengan bahagian belakang pesakit disokong dengan bantal dan tangan lemah di letakkan di atas meja atau diampu dengan bantal. Gambar 8: Posisi makan di atas kerusi atau kerusi roda, dengan bahagian belakang badan disokong dengan bantal dan tanga ndiletakan di atas armrest.


60 Peralatan yang boleh dipusingkan (swivel utensil ) memudahkan pesakit yang kurang kemampuan untuk mengawal pergerakan tangan untuk menyuap makanan. Peralatan makan yang ringan, lembut, dan mudah dipegang direka untuk pesakit dengan limitasi menggenggam. Cawan yang direka khas dengan lengkungan untuk hidung (nose cut-out) membantu pesakit untuk minum tanpa perlu mendongakkan kepala. Gunakan pelapik getah (anti-slip mat) untuk mengelakkan pinggan bergerak dari tempat asal semasa makan. Pinggan dengan tebing tinggi (guarded plate) boleh digunakan untuk mengelakkan makanan daripada tumpah Gambar 9: Peralatan adapasi pemakanan yang dicadangkan untuk pesakit strok: a) Weighted teaspoon b) Weighted fork c) Swivel fork d) Grip tablespoon e) Grip Knife f) Nose cut-out tumbler g) Independent clear cup h) Anti-slip mat i) Guarded plate j) Scoop dish j b a i f g c e d


61 2. Aktiviti Memakai Pakaian Panduan umum Pemakaian baju atau seluar adalah tidak sesuai jika pesakit strok mempunyai : o Kudis tekanan o Kulit mudah cedera semasa dialihkan dan diangkat. o Kaki pesakit mudah kejang secara tiba-tiba. Sekiranya pesakit mampu berdikari untuk memakai baju tetapi mempunyai masalah keseimbangan badan, dudukkan pesakit di atas kerusi yang mempunyai tempat letak tangan (armrest) atau di atas kerusi roda yang telah dikunci sebelum memakai pakaian. Sentiasa mulakan sebarang aktiviti memakai pakaian daripada anggota yang lemah dahulu diikuti anggota yang kuat.


62 Peralatan Modifikasi Berikut adalah peralatan modifikasi yang boleh membantu memudahkan aktiviti pemakaian baju atau seluar: Gambar 10: Alatan yang boleh digunakan semasa memakai pakaian; a) Leg lifter; b) dressing stick c) reacher Gambar 11: Contoh cara penggunaan dresssing stick untuk mencapai kolar baju a b c


63 Teknik pemakaian baju bagi pesakit terlantar Posisikan pesakit dalam keadaan mengiring di sebelah badan yang kuat. Sarungkan lengan baju pesakit pada tangan yang lemah terlebih dahulu. Pusingkan badan pesakit ke arah badan yang lemah Sarungkan sebelah lagi tangan ke lengan baju. Butangkan pakaian dan pusingkan semula pesakit kepada posisi asal. 1 2 3


64 Teknik menanggalkan baju bagi pesakit terlantar Buka butang baju dan posisikan pesakit mengiring ke sebelah badan lemah. Tanggalkan lengan baju tangan yang kuat dan kemudian pusingkan pesakit ke sebelah badan yang kuat. Buka baju pesakit dan tanggalkan lengan di sebelah tangan yang lemah. 1 2 3


65 Teknik memakaikan seluar bagi pesakit terlantar Sarungkan kaki yang lemah dahulu sehingga lutut, kemuadian sarungkan sebelah lagi kaki. Pusingkan pesakit ke kanan dan kiri untuk menyarungkan seluar hingga mencecah pinggang. 1 2


66 Teknik menanggalkan seluar bagi pesakit terlantar. Turunkan seluar sambil memusingkan pesakit ke kanan dan kiri Tanggalkan seluar dari kedua-dua belah kaki pesakit. 1 2


67 Teknik memakai baju bagi pesakit strok yang mampu duduk Letakkan kemeja di atas peha. Bahagian kolar kemeja mengarah ke atas. Masukkan tangan lemah ke dalam lengan baju dan atrik lengan baju ke pras bahu Tunduk ke depan, tarik kolar kemeja ke arah belakang bahu yang kuat Masukan tangan kuat ke dalam lengan baju Butangkan baju bermula dari butang bawah dan betulkan kemeja supaya kemas 1 2 3 4 5


68 Teknik menanggalkan baju bagi pesakit strok yang mampu duduk Buka butang baju Keluarkan lengan baju daripada bahu tangan kuat. Tanggalkan baju daripada tangan yang lemah menggunakan tangan yang kuat 1 2 3


69 Teknik memakai seluar bagi pesakit strok yang mampu duduk Silangkan kaki lemah ke atas kaki kuat. Masukkan seluar pada kaki yang lemah. Masukkan kaki kuat ke dalam seluar. Tarik seluar sehingga melepasi paras lutut. Jika imbangan pesakit baik, berdiri dengan pengawasan penjaga dan tarik seluar hingga ke paras pinggang.Jika tidak,bantu pesakit tarik seluar hingga ke pinggang dengan menyengetkan badan ke kanan dan kiri. 1 2 3


70 Teknik menanggalkan seluar bagi pesakit strok yang mampu duduk Tanggalkan seluar setakat yang boleh dalam posisi duduk Berdiri (sekiranya imbangan baik) dengan bantuan penjaga dan tanggalkan seluar sehingga melepasi lutut. Tanggalkan seluar daripada kaki kuat. Silangkan kaki lemah ke atas kaki kuat dan tanggalkan seluar daripada kaki lemah. 1 3 2


71 3. Aktiviti Mandi Panduan Umum bagi pesakit strok yang berupaya mandi sendiri: Sekiranya pesakit boleh menggerakkan salah satu tangan,gunakan teknik satutangan untuk: membasahkan anggota Menyapu sabun & shampoo Mengeringkan tubuh Sekiranya pesakit mempunyai limitasi genggaman atau capaian anggota tangan, rujuk Jurupulih Perubatan Carakerja untuk cadangan alat adaptasi. Posisi ketika mandi Sebaiknya alat mandian atau baldi berada pada paras yang mudah digapai, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Letakkan kerusi dengan alat mandian dan sumber air (seperti kepala paip atau baldi) di sebelah anggota badan yang kuat. Sediakan alat pemegang seperti besi pemegang (handrail), tali atau kain dibahagian dinding bilik air untuk memudahkan pesakit berpaut.


72 Gunakan kerusi mandi yang bersesuaian. Jika menggunakan kerusi roda, letakkan pelapik dibahagian punggung bagi memudahkan air untuk mengalir dan tidak bertakung Jika pesakit boleh mandi sendiri, pastikan pintu bilik mandi tidak dikunci. Gambar 12: Antislip mat Gambar 13: Long handled bath sponge Gambar 14: Besi pemegang yang dipasang di tepi dinding tandas


73 Panduan Tatacara Mandi Di Atas Katil (Untuk pesakit strok yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga dan tidak mampu mandi kendiri.) 1. Sebelum memandikan pesakit, sediakan peralatan berikut: a. Sabun b. Kain / tuala kecil c. Tuala mandi a. Besen kecil b. Bedak dan deodorant c. Pakaian bersih d. Kain/kain batik/kain pelikat e. Losyen f. Sikat 2. Tangglkan pakaian individu strok dan tutup badan individu strok dengan kain


74 3. Isikan air ke dalam besen sehingga 2/3 penuh, dan bentuk mitten dengan menggunakan tuala kecil. 4. Jangan gunakan sabun di bahagian muka pesakit. Mulakan prosedur dari bahagian muka dengan mengelap mata daripada hujung sebelah dalam (berdekatan hidung) ke bahagian luar (bahagian luar muka). Gunakan bahagian kan yang berbeza untuk mengelap bahagian mua yang berlaiann. Lap juga bahagianbahagian muka yang lain termasuk leher dan telinga 5. Kemuan lap, bilaskan dan keringkan bahagian dada. 6. Lap pergelangan tangan hingga bahu (tangan sebelah yang jauh dengan penjaga) individu strok menggunakan kain yang telah direndam dengan sabun. Bilas dan lap sehingga kering. 7. Rendamkan tangan pesakit didalam besen tersebut, bersihkan dan keringkan tangan serta jari pesakit dengan rapi. 8. Ulangi rosedur berkenaan pada sebelah lagi tangan. 9. Lap, bilas dan keringkan bahagian perut. Tarik kain sehingga menutupi bahagian dada dan alihkan tuala.


75 10. Tukar dan ganti air di dalam besen sekiranya ia kotor atau bersabun. 11. Letakkan tuala di bawah peha dan betis pesakit ( sebelah yang jauh dengan penjaga). Lap, bilas dan keringkan. 12. Letakkan tapak kaki pesakit ke dalam besen. Basuh kaki dan celah-celah jari pesakit. Bilas dan keringkan kaki pesakit. 13. Ulangi 2 langkah diatas pada sebelah lagi kaki. 14. Buang air di dalam besen dan isi dengan air bersih.. 15. Pusingkan peakit supaya berada dalam keadaan mengiring. 16. Letakkan tuala di atas katil pada bahagian belakang badan pesakit. Lap, bilas dan keringkan leher, belakang dan punggung pesakit. 17. Gosok bahagian belakang badan pesakit. 18. Bersihkan bahagian kemaluan pesakit 19. Sikat rambut pesakit. Anda juga boleh menukar cadar pada ketika ini sekiranya perlu. 20. Basuh tangan dan kemas semua peralatan


76 HUBUNGI KAMI Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaaan mengenai modul ini ataupun ada sebarang kemusykilan mengenai penjagaan pesakit strok kurang upaya teruk, anda boleh terus menghubungi (pada waktu pejabat) pakar rehabilitasi kami seperti berikut: Masalah Komunikasi/Emosi Pakar Psikologi: Dr. Shazli Ezzat (019-206 3841) Masalah Kesihatan Pernafasan, Kesihatan Fizikal Pesakit & Teknik Mengangkat Pesakit Pakar Fisioterapi: Dr. Nor Azlin Mohd Nordin (019-359 4418) Masalah Pemakanan Pakar Dietetik : Prof Madya Dr. Zahara Abdul Manaf (019-276 4541) Masalah Penjagaan Umum Pesakit, Masalah Kudis Tekanan Dan Pemberian Ubat Pakar Jururawat: Pn. Nor Haty (013-968 2114) Masalah Mengedalikan Aktiviti Harian Pesakit Pakar Carakerja: Dr. Dzalani Harun (019-6228521)


Click to View FlipBook Version