INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 1 PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU TUGASAN 2 PENULISAN NAMA PELAJAR THIEN BAO YI ANGKA GILIRAN 2022232310222 NO. KAD PENGENALAN 041123120178 KUMPULAN/ UNIT PPISMP RBT Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________ Nama Pensyarah DR.SHUHAIRI BIN ABDUL RAZAK Tarikh Serahan 15 MAC 2023 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan : ____________ ______________ Tarikh : __________________ THIEN THIEN 15/3/2023 15/3/2023
Isi Kandungan Tajuk Muka Surat Penghargaan i 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu Penggunaan Bahan Tidak Terurai 2 3.0 Produk Teknologi Hijau 3.0.1 Contoh-contoh dan reka bentuk produk biodegradasi 3 3.1 Konsep 4 3.2 Fungsi 4 3.3 Kebaikan 3.3.1 Masa yang singkat untuk mengurai 3.3.2 Tidak mencemarkan alam sekitar 3.3.3 Kos murah 5-6 3.4 Keburukan 3.4.1 Tidak mengurai cepat di laut 3.4.2 Mempunyai toksik jika dilupuskan dengan cara yang tidak betul 3.4.3 Perlu kepada penyediaan kompos 7-8 4.0 Penambahbaikan 9 5.0 Kesimpulan 10 6.0 Refleksi 11 7.0 Rujukan 12-14 8.0 Lampiran 14-15
i PENGHARGAAN Pada permulaan, saya ucapkan syukur kerana dapat menyiapkan tugasan (PALS 1012) PPISMP tahun 2023 yang telah ditetapkan oleh pensyarah subjek Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau, iaitu Dr. Shuhairi bin Abdul Razak. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Shuhairi bin Abdul Razak kerana sudi untuk meluangkan masa, memberi tunjuk ajar sepenuhnya serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang menjadi tulang belakang saya kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya seperti kata-kata yang menggalakkan saya dalam penghasilan tugasan ini supaya dapat menyelesaikan pada masa yang telah ditetapkan dan dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya dalam membantu proses penyiapan tugasan ini. Mereka telah memberi tunjuk ajar kepada saya pada bahagian yang saya tidak faham. Jasa ini agak saya hargai sehingga lama-lamanya.
1 1.0 PENGENALAN Merujuk kepada buku teks Sains Tingkatan 4, Teknologi Hijau didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Menurut CETREE USM pula, kriteria-kriteria bagi Teknologi Hijau adalah dapat meminimumkan degrasi persekitaran dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar. Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Teknologi ini menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Julai 2009. DTHK menekankan kepada aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. Empat tonggak utama DTHK ialah tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tonggak tenaga ditubuhkan adalh untuk mecari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga. Seterusnya, alam sekitar dicapai dengan memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar manakala ekonomi pula adalah meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Akhir sekali, sosial adalah dengan meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
2 2.0 ISU PENGGUNAAN BAHAN TIDAK TERURAI Dalam kehidupan manusia, plastik merupakan salah satu bahan utama yang sentiasa berada di sekeliling kita. (SuaraSarawak, 2019). Plastik digunakan dalam aspek makan, minum, permainan, peralatan termasuk botol, beg, membungkus sesuatu. Plastik memudahkan kehidupan generasi masa kini dan memiliki variasi kegunaan (Serra Annisa, 2019). Disebabkan oleh penggunaan plastik yang kerap mengakibatkan plastik dikenal pasti menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran laut dan darat ekoran lambakan sampah plastik oleh sikap manusia yang sering guna. Lambakan sampah plastik akan berlaku kerana plastik memerlukan masa yang sangat lama sehingga 1000 tahun untuk terurai. Hal ini telah menyumbang kepada kemerosotan kelestarian alam sekitar. Pada tahun 2021, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada sisa plastik global di dunia. Menurut analisis yang telah dibuat, AS telah menyumbang kira-kira 42 juta tan sisa plastik pada tahun 2016 secara keseluruhannya. Data ini lebih dua kali ganda berbanding dengan China dan lebih daripada gabungan negara-negara Kesatuan Eropah. Dalam erti yang lain, setiap rakyat AS menjana 130kg sisa setahun, diikuti Britain sebanyak 99 kg setiap orang setahun manakala Korea Selatan pula sebanyak 88 kg setiap orang setahun. Berdasarkan laporan Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) bajet penggunaan pembungkusan makanan plastik di Malaysia ialah 148,000 tan metrik pada tahun 2020. Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, sisa plastik merupakan masalah besar di negara ini, malah Malaysia berada di kedudukan kelapan dalam kalangan sepuluh negara di dunia berdepan masalah sisa plastik yang tidak dirawat pada tahun 2021. Plastik biasa di tepi laut
3 3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU Produk Teknologi Hijau yang saya pilih untuk analisis ialah produk biodegradasi dalam sektor air dan pengurusan sisa. Produk ini membantu untuk mengurangkan masalah isu lambakan sampah sarap. Kementerian Wilayah Persekutuan merupakan salah satu kementerian penting dalam mencetuskan idea menggunakan dan mempromosikan produk mesra biodegardasi kepada umum. Cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadi ekosistem paling efisien dalam proses biodegradasi (AstroAwani, 2017). Didapati bahawa negara kita membuang sampah sebanyak 36,699 tan sehari pada tahun 2022. Jadi, produk biodegradasi ialah salah satu inisiatif untuk mengurangkan penghasilan sampah. 3.0.1 Contoh-contoh dan reka bentuk produk biodegradasi Pada masa ini, sememangnya terdapat pelbagai contoh produk biodegradasi yang telah dicipta untuk pelbagai kegunaan.Tamsilnya, bekas makanan, plastik biodegradasi dan botol air. Dalam tugasan ini, saya akan lebih memperincikan plastik biodegradasi ataupun dikenali sebagai bioplastik. Bekas makanan Garpu dan sudu Terdapat reka bentuk yang bersegi empat panjang dan berbulat serta reka bentuk yang lain-lain.
4 3.1 Konsep plastik biodegradasi Produk biodegradasi yang akan dibincangkan ialah plastik biodegradasi. Plastik biodegardasi ialah sejenis plastik yang dapat terurai secara biologi melalui tindakan benda-benda hidup (biasanya mikrob) menjadi air, karbon dioksida dan biojisim. Ia membolehkan plastik ini mereput sepenuhnya dalam tempoh masa tertentu. Plastik biodegradasi lazimnya dihasilkan dengan bahan mentah boleh diperbaharui, mikroorganisma, petrokimia atau gabungan ketiga-tiga bahan. Terdapat dua elemen yang penting untuk mengurai iaitu perlu terdedah kepada oksigen dan cahaya. Bioplastik boleh terurai secara semula jadi sama ada melalui serangan oleh mikroorganisma mahupun keadaan cuaca (Ilmiati & Satriawan, 2018). Beg-beg plastik ini biasanya digunakan dalam peralatan pakai buang contohnya pembungkusan, pinggan mangkuk, peralatan makan dan bekas makanan. Plastik biodegradasi lazimnya diperbuat daripada bahan mentah boleh diperbaharui, mikroorganisma, petrokimia atau gabungan ketiga-tiga bahan serta biojisim. Selain itu, bioplastik merupakan plastik yang diperbuat daripada sumber semula jadi seperti habuk papan, lemak dan minyak sayuran, jerami dan kanji jagung (Siti Amira Othman, 2020). Dua jenis plastik terbiodegradasi utama iaitu bioplastik dan plastik dibuat dengan bahan tambahan biodegradasi. 3.2 FUNGSI Biodegradasi berfungsi sebagai proses menguraikan sesuatu bahan seperti plastik, kertas dan tin yang dijalankan menerusi proses yang dilakukan oleh organisma mikrob ataupun melalui proses tindakan enzim yang akan memecahkan struktur kimia sesuatu bahan. Proses ini akan memecahkan setiap satu struktur kimia yang ada pada bahan asal kepada bahan yang lebih kecil mengikut keperluan ekosistem tertentu. (Astrowani, 2017)
5 3.3 KEBAIKAN Plastik biodegradasi membawa pelbagai manfaat kepada alam sekitar. 3.3.1 Masa yang singkat untuk terurai Seperti yang kita ketahui, produk biodegradasi ialah produk yang dapat diuraikan dengan mudah berbanding dengan plastik biasa. Contohnya dibandingkan dengan plastik biasa yang mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk mereput, bioplastik terurai dan mereput dalam masa yang lebih singkat di mana ia mula mereput seawal satu minggu setelah ditanam dalam tanah (Khadijah Mohd Rashid, 2019). Hal ini kerana materialnya adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang dapat mencegah pencemaran tanah, sungai serta tapak pelupusan sampah yang berlebihan. Hal ini dapat mengurangkan kerja tapak pelupusan sampah kerana kekurangan penghasilan sampah sarap. Plastik biasa yang tidak dapat terurai dalam masa singkat akan tinggal selama-lama sehingga generasi yang akan datang juga belum terurai. Hal ini akan membawa gangguan kepada generasi seterusnya kerana kuantiti plastik biasa ini hanya akan semakin bertambah sahaja dan tidak berkurang. 3.3.2 Tidak mencemarkan alam sekitar Plastik biodegradasi diuraikan bakteria semula jadi yang sekali lagi akan memberi manfaat kepada alam sekitar (Aishah, 2017). Plastik biodegradasi boleh dipakai semula (Reusable). Hal ini bermakna plastik ini dapat digunakan dengan beberapa kali sehingga tidak boleh guna lagi. Semua produk biodegradasi adalah tidak bertoksik. Maka, apabila plastik biodegardasi terurai, tidak akan melepaskan metana ataupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja yang tidak mencemarkan alam sekitar. Hal ini menunjukkan perbezaan antara plastik biasa. Metana dan bahan pencemar lain keluar daripada plastik biasa apabila dikitar semula dan dibakar. Plastik biasa berbeza dengan plastik mesra alam yang tidak mengandungi bahan pencemaran (Aishah, 2017). Sisa terurai boleh menjadi sumber makanan kepada mikroorganisma. Dalam konteks ini, penggunaan produk biodegradasi seperti plastik biodegradasi menggalakkan kitaran hidup positif dan mesra bumi serta mengurangkan tanah yang diperlukan untuk tapak pelupusan. Hal ini mengurangkan pencemaran alam sekitar dalam isu sampah sarap memenuhi persekitaran.
6 3.3.3 Kos murah Tarikan yang paling utama dalam menggunakan kanji sebagai salah satu bahan dalam penghasilan bioplastik adalah kos penghasilannya lebih rendah daripada kos menghasilkan plastik konvensional (Azevedo et al., 2017). Bioplastik berasaskan kanji mempunyai sejarah penyelidikan dan pembangunan selama 30 tahun dan merupakan jenis plastik biodegradasi dengan sejarah penyelididkan dan pembangunan yang paling lama, teknologi paling matang, skala industrialisasi terbesar, dan bahagian pasaran tertinggi. Kanji biasanya boleh didapat dengan harga yang murah. Oleh itu, masyarakat juga boleh membuat plastik biodegradasi di rumah setelah mengetahui cara untuk menghasilkan plastik ini dengan langkah yang betul. Pelajar-pelajar Puan Khadijah binti Mohd Rashid pernah buat satu kajian tentang menggunakan kanji dalam penghasilan bioplastik.
7 3.4 Keburukan Walaupun produk biodegradasi memang memberikan kebaikan kepada alam sekitar dan manusia, tetapi produk ini juga memiliki kekurangannya. 3.4.1 Tidak mengurai dengan cepat di laut Menurut laporan yang dikeluarkan Program Alam Sekitar (UNEP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dikatakan bahawa beg plastik bio urai mendatangkan kesan buruk khususnya kepada ekosistem marin (AstroAwani, 2017). Pada muka surat ‘xi’, ringkasan eksekutif laporannya mengenai sisa plastik dan “microplastics” menyatakan bahawa : “Plastik yang dilabel sebagai ‘mudah urai’ tidak mengurai dengan cepat di laut. Hal ini kerana bahan plastik biodegradasi hanya terurai pada suhu 50 darjah celcius dan itu bukan suhu di lautan. Keadaan ini mampu menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia. Plastik mudah urai ini hanya mudah urai atau lebih cepat urai tetapi sebenarnya dia tidak hilang di dalam sekitar. Ia Cuma ‘hilang’ dalam konteks lebih cepat pecah kepada bahan lebih kecil tetapi masih berakhir dalam sistem kitaran makanan kita (Sumiani Yusoff, 2017). Walaupun plastik biodegradasi terurai dalam bentuk pertikel yang lebih kecil, pertikel-pertikel akan dimakan oleh hidupan marin dan kita manusia berada paling atas kitaran makanan, ia masih lagi balik kepada manusia dan ini pasti akan memberi kesan kesihatan (Sumiani Yusoff, 2017). 3.4.2 Mempunyai toksik jika dilupuskan dengan cara yang tidak betul Pelupusan plastik biodegradasi yang tidak cekap, membolehkan toksin dilepaskan ke atas alam sekitar. Bahan toksin ini termasuklah metana dan karbon dioksida, kedua-duanya menyumbang kepada kesan rumah hijau. Walaupun dilepaskan ke udara dalam kuantiti yang sikit sahaja, tetapi ia juga menyumbang kepada pencemaran udara. Sebahagian jenis plastik terbiodegradasi tidak dihasilkan dari bahan organik kerana ia mempunyai banyak kategori yang tersendiri. Kategori yang merangkumi sedikit bahan-bahan kimia akan membahayakan persekitaran yang mungkin berlakunya pencemaran. Pakar Pengurusan Sisa Pepejal Universiti Malaya, Prof Madya Dr Sumiani Yusoff menyatakan bahawa beg plastik mudah urai memerlukan komponen asing yang perlu ditambah dalam pembuatannya. Apabila kita bercakap tentang proses pembuatan, setiap komponen tambahan memerlukan bahan tenaga untuk pembakaran dan juga bahan-bahan lain. Ia memerlukan pemprosesan dan ini menggunakan tenaga dan sekaligus memberi impak kepada alam sekitar. Hal ini dapat membuktikan bahawa plastik biodegradasi mempunyai komponen asing dalam penghasilannya dan proses membuat juga boleh dijadikan salah satu punca pencemaran alam sekitar.
8 3.4.3 Perlu kepada penyediaan kompos Kompos industri boleh menjadi sukar untuk terurai kerana kemudahan yang terhad di sebuah negara. Penyediaan kompos ini memang akan membuka industri baru khas untuk membuat kompos. Hal ini akan menyebabkan kekurangan tanah untuk pembinaan kilang-kilang dan tanah-tanah yang berpotensi untuk pembangunan sektor lain akan ditangguhkan. Bukan itu sahaja, perindustrian menghasilkan plastik biodegradasi yang semakin besar-besaran akan mempengaruhi pertanian tumbuh-tumbuhan diubahsuai secara genetik untuk tujuan bukan makanan, iaitu khas untuk penghasilan plastik biodegradasi. Hal ini terdapat risiko pencemaran alam sekitar dengan pengubahsuaian pertanian tumbuh-tumbuhan ini.
9 4.0 Penambahbaikan Untuk mengatasi kelemahan plastik biodegradasi, beberapa cadangan perlulah diambil tindakan dengan segera. Satu masalah yang telah dinyatakan tadi iaitu tidak mudah mengurai dengan cepat di lautan. Hal ini kerana memerlukan suhu darjah yang tinggi. Bioplastik mengandungi bahan tambahan seperti polimer, bahan dan bahan tambahan lain untuk menstabilkan bahan, pigmen, pelbagai pengisi atau bahan tambah plasticizing (plasticizers). Walaupun bahan tambahan pemplastikan ini mewakili peratusan kecil daripada semua komponen dalam plastik, namun ia adalah amat penting bagi proses biodegradasi. Dengan ini, bahan tambahan digalakkan untuk menambah suoaya memenuhi kriteria kebolehbiodegraden. Langkah yang boleh dibuat adalah meningkatkan kebolehbiodegraden secara semula jadi. Oleh hal yang demikian, satu inovasi produk yang dibangunkan dalam projek CITREX yang dicirikan dengan bahan tambahan gabungan inovatif asid bio karboksilik (ambar dan sitrik) semula jadi, poliol yang dihasilkan oleh PCC Rokita dan alkohol lauril yang digunakan adakah tidak bertoksik. (PCC, 2022)
10 5.0 Kesimpulan Konklusinya, penggunaan teknologi hijau mampu mengurangkan isu pencemaran alam sekitar global. Oleh itu, penyelidikan haruslah dijalankan dengan lebih mendalam demi memberi manfaat kepada alam sekitar dan manusia. Seperti yang telah dinyatakan, empat tonggak teknologi hijau perlulah berusaha untuk dicapai demi kesejahteraan semua. Produk teknologi hijau iaitu plastik biodegradasi yang dibincangkan seolah-olah merupakan pilihan yang terbaik untuk menggantikan plastik konvensional, namun perkara paling penting ialah ia dapat mengurangkan penggunaan plastik secara menyeluruh bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Walaupun plastik biodegradasi mempunyai keburukan, tetapi saya mempercayai bahawa setelah penambahbaikan dibuat, plastik ini akan menjadi lebih baik berbanding dengan dahulu. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu memberi kerjasama dengan kerajaan. Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan inisiatif program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin sepenuhnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 dengan tidak lagi membenarkan beg plastik, plastik oxo-degradable dan bekas makanan yang diperbuat daripada polisterina. Para pengguna digalakkan untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah dan bekas makanan sebagai alternatif.
11 6.0 Refleksi Tugasan PALS 1012 ini membolehkan saya lebih memahami tentang isu semasa global yang dihadapi dengan jelas. Sektor yang saya pilih ialah sektor air dan pengurusan sisa. Dalam konteks ini, saya mengetahui bahawa negara Malaysia mengalami masalah isu sampah sarap yang serius khususnya selepas pandemik COVID-19. Hal ini disebabkan oleh penggunaan pelitup muka yang semakin meningkat. Movement Control Order (MCO) menyebabkan semua rakyat Malaysia tidak boleh keluar rumah tanpa apa-apa. Mereka akan menggunakan aplikasi seperti Foodpanda untuk membeli makanan. Bekas makanan ini dibuat daripada plastik atau polistirena. Isu penggunaan bahan tidak terurai sentiasa dihadapi oleh setiap negara. Plastik biasa menjadi salah satu masalah yang besar kerana ia terurai dalam masa yang sangat panjang sehingga ribu tahun. Produk teknologi hijau bagi sektor ini iaitu plastik biodegradasi. Tugasan ini membolehkan saya mengetahui plastik ini bukan hanya mempunyai kebaikan namun mempunyai keburukan kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu, plastik biodegradasi ini perlulah ditambahbaikan supaya dapat digunakan dengan lebih selamat berbanding dengan dahulu.
12 7.0 Rujukan Akhmar. (2021, Disember 2). Amerika Syarikat Merupakan Pencemar Plastik Terbesar Di Dunia. Siakap Keli. https://siakapkeli.my/2021/12/02/amerika-syarikat-merupakan-pencemarplastik-terbesar-di-dunia/ Alwin Lawrence. (2019, Julai 2). Katakan tidak kepada plastik. Suara Sarawak. https://suarasarawak.my/2019/07/katakan-tidak-kepada-plastik/ Bernama. (2022, Mac 10). Plastik terbiodegradasikan. In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Plastik_terbiodegradasikan#:~:text=Plastik%20terbiodegrad asikan%20ialah%20sejenis%20plastik,atau%20gabungan%20ketiga%2Dtiga%20bahan. Fifi, Saptian, Che Fairuz, Diana Putri S. & Rahma. (2017, April 27). Mahasiswa menulis : Mengenal kelebihan dan kekurangan plastik “Biodegradable”. Teknik Lingkungan ITATS. https://lingkungan.itats.ac.id/mahasiswa-menulis-mengenal-kelebihan-dan-kekuranganplastik-biodegradable/ Firdauswakrado89. (2013, May 27). Plastik biodegradasi powerpoint. [PowerPoint slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/firdauswakrado89/plastik-biodegradasipowerpoint-22007120 Hartini Mohd Nawi. (2017, September 16). Ambil masa singkat untuk terurai. myMetro. https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untukterurai Jabatan Wilayah Persekutuan. (2016, Jun 29). Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. https://www.facebook.com/photo/?fbid=1209580889066329&set=pcb.120958099906631 8 KERAJAAN NEGERI MELAKA. (2017, Julai 7). PROGRAM MELAKA TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN DAN PELAKSANAAN PRODUK BIODEGRADASI. http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2494-program-melaka-tanpa-begplastik-dan-polisterin-dan-pelaksanaan-produk-biodegradasi.pdf Khadijah Mohd Rashid. (2019, Oktober 7). Bioplastic [Video]. Prezi. https://prezi.com/xlhmi93xop0u/bioplastic/?fallback=1
13 Majlis Keselamatan Negara. (2022, Jun 1). 36,699 TAN SAMPAH DIBUANG SETIAP HARI!. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/01/36699-tan-sampah-dibuang-setiap-hari/ Mis Sem. (2013, April 20). Dasar Teknologi Hijau. [PowerPoint slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/missem9/dasar-teknologi-hijau Muhammad Basir Roslan & Sakini Mohd Said. (2022, Mac 10). Anggaran 14 juta tan sampah akan dikutip tahun ini. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/613802 Nooral Aisyah Insyirah Binti Che Ahmad. (2022). Produk Teknologi Hijau-Bioplastik. Anyflip. https://anyflip.com/hajfg/otnm/basic Noraini binti Abdullah & Nor Mazliana binti Abdul Hashim. (2019). Sains Tingkatan 4. Odonata Publishing. https://anyflip.com/phexa/rpxa Portillo Jerman. (n.d.). Plastik terbiodegradasi. https://www.renovablesverdes.com/ms/plastikterbiodegradasi/ Produk Kumpulan PCC. (2022, Februari 12). Bioplastik – masa depan industri plastik. https://www.products.pcc.eu/ms/blog/bioplastik-masa-depan-industri-plastik/ Serra Annisa. (2019). Studi netrografi aksi beat plastic pollution oleh United Nations Environment di Instagram. Jurnal Aspikom, 3(6). 1109-1123. http://www.jurnalaspikom.org/index.php/aspikom/article/view/411/175v Shenzhen Joyful Printing Co.. (n.d.). Plastik Berasaskan Kanji. http://my.joyfulprinting.net/info/starch-based-plastic-44442913.html Siti Amira binti Othman. (2020, Ogos 21). Bioplastik Berasaskan Jagung. Majalah Sains. https://www.majalahsains.com/bioplastik-berasaskan-jagung/ Siti Haliza Yusop. (2021, Mac 13). Penggunaan bungkusan plastik negara cecah 148,000 metrik tan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/795734/penggunaan-bungkusanplastik-negara-cecah-148000-metrik-tan Tan Su Lin. (2017, Januari 27). PERSPEKTIF: Plastik mudah urai benar-benar mesra alam?. AstroAwani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perspektif-plastik-mudah-uraibenarbenar-mesra-alam-130396
14 Universiti Sains Malaysia. (n.d.). Teknologi Hijau. http://cetree.usm.my/index.php/en/beritacetree/98-teknologi-hijau 8.0 Lampiran
15