The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SENI RAGAM HIAS ALAT PERMAINAN RAKYAT-THILLOSHINI 2RZ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thilloshinivengadesan, 2021-01-28 01:44:44

SENI RAGAM HIAS ALAT PERMAINAN RAKYAT-THILLOSHINI 2RZ

SENI RAGAM HIAS ALAT PERMAINAN RAKYAT-THILLOSHINI 2RZ

SENI RAGAM HIAS
ALAT PERMAINAN RAKYAT

DISEDIAKAN OLEH: THILLOSHINI A/P VENGADESAN
KELAS: 2 AL-RAZI
GURU SUBJEK: CIKGU KHAIRUL KHELMI

SENI RAGAM HIAS ALAT PERMAINAN MASYARAKAT

PENGENALAN:

Alat permainan rakyat juga dikenali sebagai permainan tradisional. Alat permainan rakyat ini mempunyai seni
ragam hias dengan motif yang tertentu. Permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan
beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan
permainan untuk kanak-kanak. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga,
gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-
kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau
sembunyi dan lain-lain.

Permainan
Gasing

• Terdapat dua jenis gasing, iaitu gasing pangkah dan
gasing uri.

• Gasing yang mempunyai ciri ragam hias ialah gasing
pangkah.

• Seni ragam hias terdapat pada bahagian bahu gasing.
• Seni ragam hias yang biasa digunakan ialah motif flora.

Permainan Wau

• Wau ialah warisan budaya yang tinggi nilai
estetiknya.

• Wau terkenal kerana seni ragam hiasnya yang
menarik dan menawan.

• Motif flora dan awan larat menghiasi wau yang
dihasilkan.

• Contoh-contoh wau ialah wau bulan, wau
burung dan wau kucing.

Permainan
Congkak

• Permainan congkak menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah.

• Buah congkak biasanya menggunakan biji getah
atau buah guli.

• Seni ragam hias boleh boleh dilihat pada badan,
kepala, ekor dan lubang congkak yang biasanya
menggunakan motif awan larut dan flora.

Sepak Raga

• Sepak raga merupakan sejenis permainan yang
menggunakan bola rotan.

• Sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring.
• Sepak raga akan digantikan dengan bola lain

sekiranya ketiadaan bola takraw.
• Seni ragam hias terdapat pada bahagian

rotannya.

Permainan Batu
Seremban

• Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat.

• Biasanya ia menggunakan biji getah, guli kaca,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek
lain yang berbentuk bulat.

• Seni ragam hias terdapat pada permukaan batu
tersebut.

• Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima
atau tujuh biji/buah.

Permainan Guli

• Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli
dengan tepat mengenai sasarannya.

• Biji guli yang digunakan untuk permainan ini ialah
jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

• Guli terkenal kerana seni ragam hiasnya yang
cantik dan menarik.

• Seni ragam hias terdapat pada bahagian dalam
guli.

• Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk
nostalgia atau warna estetiknya.


Click to View FlipBook Version