Bahasa Melayu
Tahun 5
Tema 2: Perpaduan
Tunjang
Keharmonian
Nama : Wong Kar Yan
Kelas : 5U
Makanan Tradiosional Kaum Cina
1. Char Kway Teow
Char kway teow merupakan makanan yang popular di
Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam
Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan
sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.
Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-
bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada
asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang
memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak
menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng
biasa, char kway teow agak basah.
2. Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina
ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut
berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila
masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya
“nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud
„kuih‟ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan
高 (gāo) bermaksud „tinggi‟ melambangkan erti “semakin
tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau
ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya
berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar
menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh
diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan
ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah
jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai,
danmasakan Kantonis dari Guangdong.
3. Jiaozi
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi
orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800
tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia
merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri
China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah
makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi
mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada
masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan
makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama.
Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China,
setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam
sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China,
memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu
dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti
“Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu,
maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”.
Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai
inti.
Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke
dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada
tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup
rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat
membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya
taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa
sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang
diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada
pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil
laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika
direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk
merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk
memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat
dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang
sangat sedap dimakan.
4. Kuih Bulan
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan
sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut
hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang
berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol
( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang
yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat
cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa
mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak
Ming, bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang,
mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-
ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan
yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini
berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga
kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh
Masyarakat Cina.
Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan
Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada
adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat
sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang
makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk
kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh
Kuih Bulan yang manis itu.
5. Guang Bing
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada
makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama
semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya
seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang
Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi
masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di
letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh
dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan
rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba.
6. Ding Bian Hu
Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang
biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam.
Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi
dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya
bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas
yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya
untuk orang yang lemah tenaga.