The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seni Bina Kaum Iban & Kadazan-Choo Jun Xi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-30 11:05:53

Seni Bina Kaum Iban & Kadazan-Choo Jun Xi

Seni Bina Kaum Iban & Kadazan-Choo Jun Xi

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Choo Jun Xi
Kelas : 5U

Seni Bina Kaum Iban

1. Pengenalan

Sarawak sangat terkenal dengan rumah panjang yang
didiami suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.

Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang
menjadi laluan utama bagi masyarakat berkenaan.

Biasanya rumah panjang berkenaan mempunyai bilik
untuk keluarga yang berjumlah antara 20 hingga 80 bilik.

Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200
hingga 800 orang.

2. Rumah Panjang Iban Sarawak

Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri
daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah
ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi
keselamatan dan kebudayaan.

Seni bina rumah itu juga dikaitkan dengan dengan adat
tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa
dipengaruhi masyarakat luar.

Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu
keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari
Kepulauan Borneo.

Bumbungnya daripada daun rumbia dan jenis daun tebal.
Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu
seperti terentang atau buluh yang dikelar serta dibelah.

Sementara lantainya pula menggunakan buluh, papan atau
kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu
bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi
atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik.

Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran)
sebagai tempat tidur anak dara di samping tempat
menyimpan bijian dan perkakas.



Seni Bina Kaum Kadazan

1. Pengenalan
Etnik Kadazan Dusun Lotud yang ramai mendiami

sekitar daerah Tuaran di Sabah, masih mengekalkan seni bina
rumah warisan daripada generasi terdahulu di sebalik
perkembangan arus pembangunan yang menyebabkan
banyak kediaman dibina dengan reka bentuk lebih moden.

Justeru, walaupun tidak dapat lari daripada menyelitkan
reka bentuk binaan moden pada kediaman baharu, sedikit
sebanyak rumah mereka pasti memiliki unsur tradisional
yang berkait rapat dengan susur galur kehidupan etnik itu.

2. Ciri-ciri seni bina kaum Kadazan
Etnik Kadazan Dusun Lotud yang kini dianggarkan

hanya kira-kira 10,000 orang mendiami lebih 35
perkampungan sekitar Tuaran, mewarisi enam jenis rumah
atau lamin iaitu lamin kopio dikenali rumah biasa, sulap-
sulap (pondok), tinupak, pinopintod, kinubu dan tanaru.

Setiap rumah mempunyai enam bahagian iaitu soliu atau
ruang tamu, soriba (kolong), rapuhan (dapur), kawas (atas),
pantaran (ruang laluan) dan tilud (tingkat atas).


Click to View FlipBook Version