The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Makanan tradisional Kaum India Di Malaysia-lee yin tong

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-29 11:27:35

Makanan tradisional Kaum India Di Malaysia-lee yin tong

Makanan tradisional Kaum India Di Malaysia-lee yin tong

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Lee Yin Tong
Kelas : 5U

Makanan Tradiosional Kaum India

1. Murukku

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain
murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini
juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah
urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-
mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.
Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti
cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada
pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.
Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di
negara tersebut.

2. Tosai

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga
dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis
seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya.
Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana
gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan
tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan
karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.
Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari
ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng
sehingga ranggup.

3. Idli
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis.

Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai
sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini
sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar
dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

4. Ulundu Vadai
Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang

diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan
lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau
kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang
banyak.

5. Nasi Beriani

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani.
Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi
sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja
digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-
kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu
terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama
dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum
menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal
di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba,
dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih
muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade,
maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan
buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

6. Putu Mayam

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang
telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua
bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri
Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses
menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung
beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan
menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti
mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan
wangi sebagai perisa.

Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan
gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna
nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama
dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari
gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan

dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali
sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari
Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang
sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala
dengan pisang juga, sebagai iddiyappam.

Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama
dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll.
Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau
cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa
di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat
diKerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk
juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara
perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan
kesemua hidangan ini.

7. Nei Urundai

Nei urundai ialah hidangan tradisi di Selatan India .
Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu
jenis dal atau kombinasi dua jenis dal.

8. Roti Canai

Roti canai (Bahasa Tamil: ;

Bahasa Malayalam: ; Bahasa Hindi:

) atau roti perata ialah roti kudapan India jenis

leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa
negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan
sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam.
Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.
Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari
dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di
belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti
tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh
roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti
ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini,
yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini
datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan
ramai pencanai roti ini kebanyakan berasal dari sana pada
ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali
sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah
sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Click to View FlipBook Version