Bahasa Melayu
Tahun 5
Tema 2: Perpaduan
Tunjang
Keharmonian
Nama : Chin Jia Ying
Kelas : 5U
Seni Tarian Kaum Cina
1. Pengenalan
Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan
masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat
melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan
budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai
kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian
dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan
badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang
dimainkan.
2. Jenis-jenis Tarian
2.1 Tarian Naga
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan
tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian
naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang
Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang
identiti etnik.
Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang
menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang
semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin
prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada
bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat
berkat dari syurga.
2.2 Tarian Singa
Tarian Singa atau dalam bahasa Cina dipanggil “ Wushi”
merupakan tarian tradisional dalam adat masyarakat Cina.
Tarian ini dipersembahkan dengan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa ini
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang di bahagian hadapan
dan seorang lagi di bahagian belakang. Penari ini akan
menggerakkan kepala di bahagian hadapan manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum
singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-
akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian Singa ini
biasanya diiringi oleh pukulan gong, drum, dan dentuman
mercun yang dikatakan membawa tuah.
2.3 Tarian Kipas
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang
memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis
tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti
yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.
Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat
cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui"
iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang
suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu
kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini
dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau
"Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
2.4 Tarian Bunga Teratai
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang
terdapat di Wilayah Don Huang di negeri China. Ia
memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi
sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan
Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria
seperti di zaman dahulu.
2.5 Tarian Payung
Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak
Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di
negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan
payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung.
Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia
menggambarkan keindahan dan kegembiraan.