The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Makanan tradisional Kaum Kadazan Di Malaysia-tan hui qi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-29 11:28:58

Makanan tradisional Kaum Kadazan Di Malaysia-tan hui qi

Makanan tradisional Kaum Kadazan Di Malaysia-tan hui qi

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Tan Hui Qi
Kelas : 5U

Makanan Tradiosional Kaum Kadazan

1. Hinava

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional
istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia
merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar
yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah
diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan
garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan
masak dengan menggunakan perahan jus limau samada
menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai
shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan,
tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga
boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh
digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

2. Noomsom

Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia.
Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan
Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom
Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom
Bambangan (buah).

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air
tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi
(ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan
dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan
biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum
dihidangkan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan
dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut
dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan,
isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan
selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris
halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam
bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

3. Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan
dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut).
Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji
kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa
atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan
sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih
sehingga air hampir kering.

4. Bosou

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan
salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan
tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.
Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai
perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali
sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan
Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.

5. Tuhau

Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum
Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E.
coccinea (nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di
Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah.

Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau
dihancurkan. Biasanya tuhau akan dicampurkan dengan cili
merah dan cuka untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh
dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila masa.

6. Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing)

Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam
Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan
tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung ,
sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di
kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah
dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam
dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging
ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.


Click to View FlipBook Version