The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-30 11:04:17

Seni Bina Kaum india-Tan Kah Seng

Seni Bina Kaum india-Tan Kah Seng

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Tan Kah Seng
Kelas : 5U

Seni Bina Kaum India

1. Pengenalan

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di
Malaysia di mana terdapat6.2% daripada seluruh masyarakat
Malaysia merupakan kaum India.Masyarakat Indiajuga
merupakan salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah
pembentukan sebuahmasyarakat majumuk di negara kita.

Kaum India mula datang ke Tanah Melayu sejak
daripembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pendatang
kain. Dalam tahun 1880an,Hugh Low dan Frederick Weld
telah mendapatkan permit daripada kerajaan British
untukmengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di
ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu.

Oleh hal yang demikian,kemasukan masyarakat kaum
India telah membentuk masyarakat majmuk di
Malaysia.Seperti masyarakat kaum lain, masyarakat india
juga mempunyai keunikannya yangtersendiri dan juga boleh
jelas terlihat dalam aspek seni bina.

2. Warisan Seni Bina India

Bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan
melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india
bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi
kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil
Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di
Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara
ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci
menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan
tangan dan jubin yang cantik.

3. Ciri-ciri Seni Bina India

Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya
ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi dengan
menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat
Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah
bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
puncak yang meruncing.

Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk
kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman
kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana
yang didirikan dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid
Lapan Mutiara di Agra.

Kuil Hindu atau mandir (Bahasa Sanskrit: ), ialah
sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya
digunakan khusus untuk kegiatan keagamaan dan rohaniah.

Kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing
atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri
kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu
untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya
didedikasikan kepada satu dewa asas bergelar "dewa
pengerusi" serta dewa bawahan lain yang berkaitan dengan
dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan
kepada beberapa dewa, dan sesetengahnya pula mempunyai
tanda selain murti.

Setiap kuil boleh dibina dengan pelbagai cara, pelbagai
gaya dan diselarikan dengan kebiaasan budaya setempat
namun hampir semua berkongsi idea dan tema teras yang
ditunjukkan dalam ajaran ini.




Click to View FlipBook Version