The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seni tarian tradisional kaum India-Chong Yi Cheng

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-31 03:55:29

Seni tarian tradisional kaum India-Chong Yi Cheng

Seni tarian tradisional kaum India-Chong Yi Cheng

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Chong Yi Cheng
Kelas : 5U

Seni Tarian Kaum India

1. Pengenalan

Sebut sahaja tarian tradisional, anda pernah
menyaksikan persembahan tarian semasa di bangku sekolah
atau menghadiri pesta kebudayaan. Oleh itu, kami mengupas
lebih lanjut tentang tarian tradisional kaum India.

2. Jenis-jenis Tarian

2.1 Tarian Bharatanatyam

Tarian Bharatanatyam merupakan salah satu tarian
klasik India yang popular di kalangan kaum India di Malaysia.
Berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India,
tarian tradisional popular ini perlu mengambil masa
bertahun-tahun untuk dikuasai kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini
secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Secara tradisionalnya, tarian Bharatanatyam
dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Persembahan tarian Bharatanatyam dilengkapkan dengan
enam peringkat, iaitu Alairippu, Jatiswaram, Sabdam,
Varnam, Padam dan Thillana. Keenam-enam peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta (tarian tulen) dan Nritya
(tarian ekspresi).

2.2 Tarian Odissi

Tarian Odissi atau dikenali sebagai Orissi merupakan
satu daripada lapan bentuk tarian klasik India yang berasal
dari negeri Odisha di bahagian timur India. Berdasarkan
bukti arkeologi, tarian Odissi telah wujud kira-kira 2,000
tahun yang lalu dan merupakan tarian sekular pada ketika itu.
Berbeza dengan tarian Bharatanatyam, tarian Odissi
mempunyai perbezaan peringkat dalam persembahan
tersebut, dengan keutamaan diberikan kepada Tribhangi,
pergerakan bebas kepala, dada dan pelvis dan Chaukayang
(kekuda asas yang lurus) yang melambangkan Dewa
Jagannath.

2.3 Tarian Kathakali

Tarian Kathakali merupakan salah satu tarian klasik
India berasal dari Kerala (India Selatan). Persembahan tarian
ini merupakan gaya tarian paling rumit dan dilakukan dalam
gaya bermain teater. Apa yang beza dari tarian-tarian klasik
India lain iaitu para penari Kathakali menggunakan riasan
wajah serta kostum semasa persembahan tarian tersebut.
Riasan wajah-wajah penari dapat dibezakan sebagai satvik
(rupa dewa), rajasik (rupa ksyatria) dan tamasyik (rupa
syaitan).

2.4 Tarian Kathak

Tarian Kathak merupakan gaya tarian klasik India yang
berasal dari India Utara. Tarian ini adalah bersifat naratif
dan dicirikan dengan gerakan kaki yang pantas dan berputar,
manakala gaya tarian ini berasal daripada beberapa
pengaruh pada zaman dahulu seperti pengaruh mitologi
Kathaks, tarian kuil dan pergerakan Bhakti.

2.5 Tarian Mohiniyattam

Tarian Mohiniyattam atau Mohini Attam menceritakan
tentang Bhasmasura (syaitan jahat yang digelarkan oleh
orang Hindu) yang mendapat anugerah daripada Tuhan
bahawa dia tidak boleh dibunuh oleh lelaki mahupun wanita.
Dewa Vishnu pula menjelma sebagai wanita cantik bernama
Mohini lalu menari, menggoda dan membunuh Bhamasura
yang bertukar menjadi abu kerana memegang kepala sendiri
dengan tangan.


Click to View FlipBook Version