The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Alat muzik tradisional kaum Iban & Kadazan-Phan Yi Shen

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56184808, 2022-08-31 03:53:07

Alat muzik tradisional kaum Iban & Kadazan-Phan Yi Shen

Alat muzik tradisional kaum Iban & Kadazan-Phan Yi Shen

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tema 2: Perpaduan
Tunjang

Keharmonian

Nama : Phan Yi Shen
Kelas : 5U

Alat Muzik Tradisional Kaum Iban

1. Pengenalan

Kaum Iban di Sarawak adalah masyarakat yang
mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara
hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk
diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban
jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik
sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum lain di
Malaysia ini.

Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson H.
Sutlive dalam bukunya yang berjudul The Iban Of Sarawak
yang berbunyi begini: “The Ibans have built thier world out of
natural, social and metasocial order to which they have
perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun
moon, stars , ancestral spirits and other groups have been
brought together in the ethnoscience and mythology by which
the Iban have developed and manipulated the symbols which
have helped them understand thier world the rationalize thier
behaviour.”

2. Jenis-jenis Alat Muzik

2.1 Engkromong

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk
periuk. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong
bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang.
Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.

Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini
dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya
warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan
untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga
dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong
yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat
Iban khususnya di negara ini.

2.2 Tawak
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal,

berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga
berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya
rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya
nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti
'chak, dong, peng'.

2.3 Sape

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat.
Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan
diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini
kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak
serta diwarnakan samada merah atau hitam.

Alat Muzik Tradisional Kaum Kadazan

1.0 Pengenalan

Alat muzik tradisional Sabah ini sememangnya
mempunyai keunikan yang tersendiri dan sentiasa digunakan
ketika majlis-majlis rasmi ataupun menyambut satu-satu
majlis keramaian. Pelancong dari dalam dan luar negara juga
seringkali mencuba untuk menggunakan alat muzik
tradisional Sabah seperti Sompoton dan lain-lain lagi. -alat ini
biasanya dimainkan dalam majlis-majlis keramaian atau
majlis-majlis rasmi seperti ketika menyambut pesta kaamatan.

2. Jenis-jenis Alat Muzik

2.1 Kulintangan

Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional
di negeri Sabah. Kulintangan biasanya dimainkan semasa
majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.

Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional
yang terdapat di Sabah. Kulintangan banyak digunakan dan
dimainkan oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika
menyambut majlis keramaian, perayaan atau majlis-majlis
rasmi.

Kulintangan mempunyai lapan hingga sembilan buah
gong-gong kecil yang disusun sebaris dan apabila ia
dimainkan akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara

satu sama lain. Kulintangan akan dimainkan dengan
menggunakan dua pemukul kayu yang kecil.

Beberapa alat muzik tradisional yang lain juga turut
dimainkan bersama dengan kulintangan ketika membuat
sesuatu persembahan.

Untuk membuat dan memainkan alat muzik kulintangan,
ianya adalah sama seperti cara-cara membuat dan
memainkan alat muzik gong namun yang membezakan adalah
dari segi saiznya yang lebih kecil.

2.2 Sompoton
Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional di

negeri Sabah. Sompoton juga biasanya dimainkan semasa
majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.

Sompoton adalah alat muzik tradisional di Sabah yang
paling popular di kalangan masyarakat Sabah terutamanya di

sebelah pantai barat negeri Sabah. Sompoton juga merupakan
antara alat muzik paling disukai oleh suku kaum Kadazan-
Dusun.

Sompoton banyak digunakan dan dimainkan ketika
menyambut satu-satu majlis keramaian, perayaan ataupun
majlis-majlis rasmi. Sompoton akan dimainkan oleh orang
telah telah mahir menggunakannya agar bunyi atau rentak
yang dihasilkan tidak rosak atau sumbang.

2.3 Sundatang
Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional

yang terdapat di negeri Sabah. Sundatang biasanya
dimainkan ketika majlis-majlis keramaian.

Sundatang adalah salah satu alat muzik tradisional yang
terdapat di Sabah. Sundatang sangat popular di kalangan
kaum pribumi di Sabah terutamanya suku kaum Rungus.

Sundatang merupakan alat muzik yang bertali dan
biasanya sebanyak 2 tali akan digunakan untuk menghasilkan
alat muzik sundatang ini. Kayu yang digunakan untuk
membuat sundatang juga hendaklah menggunakan kayu yang
keras agar ianya tahan lama.

Kebiasaannya sundatang digunakan dan dimainkan
ketika masa lapang agar dapat menghilangkan rasa bosan.
Kadangkala sundatang juga dimainkan dipersembahan
kebudayaan.


Click to View FlipBook Version