The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhazrul01, 2021-11-29 06:25:47

E-Folio ( Perlembagaan Persekutuan )

E-Folio ( Perlembagaan Persekutuan )

1. DEFINISI PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
2. SEJARAH PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
3. KANDUNGAN PERKARA
UTAMA DALAM
PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
4. PERANAN PELEMBAGAAN
DALAM INTEGRASI
NASIONAL

MUHAMMAD AZRUL HAIZAL BIN SAIFUL
NIZAM (15DAD19F1040)

MUHAMMAD HAZRUL BIN ZULKIFLI
(15DAD19F1010)

MUHAMMAD AZIZAN BIN MD KAMIL
(15DAD19F1076)

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN M/S

1.0 PENGHARGAAN 01
02
2.0 PENGENALAN 03
04
3.0 DEFINISI PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN 05
06
3.1 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 07
08
3.2 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 09-10

4.0 SEJARAH PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN 11-25

4.1 KONSEP PERLEMBAGAAN 26-27
28-29
4.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

4.3 KRONOLOGI PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
5.0 KANDUNGAN PERKARA UTAMA DALAM
PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN

5.1 13 JADUAL

6.0 PERANAN PELEMBAGAAN DALAM INTEGRASI
NASIONAL

6.1 PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS 30
RAJA-RAJA
31-33
6.1.1 MAJLIS RAJA-RAJA 34
6.1.2 KUASA BUDI BICARA MRR 35
6.1.3 FUNGSI DAN BIDANG KUASA YDPA 36
37
6.1.3.1 AGAMA 38
6.1.3.2 KETENTERAAN
6.1.3.3 UNDANG-UNDANG 39-40
6.1.3.4 PENTADBIRAN DAN PERLANTIKAN 41
6.1.3.5 PENGISYTIHARAN DARURAT 42
6.2 PERKARA UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
6.1.1 HAK-HAK ASASI 43-47
7.0 KESIMPULAN 48
8.0 RUJUKAN 49

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan E-folio
yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“Perlembagaan Persekutuan”.

Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pensyarah kami Dr. Chan Suet Fong atas bimbingan,
sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang amat berguna
dalam membantu kami sepanjang melakukan E-folio ini
.Kami juga turut menghargai kerana membantu kami
ketika susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami
kenang sehingga akhir hayat kami.

Seterusnya, tidak juga lupa kepada rakan-rakan
yang telah banyak membantu kami menyiapkan dan
menyempurnakan E-folio kami yang bertajuk
“Perlembagaan Persekutuan”.

Bantuan kalian dari segi informasi terkini yang
berkaitan dengan tajuk E-folio kami amat dihargai. Budi
kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan maklumat kepada kami tidak akan
dilupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah membantu kami menyiapkan E-folio ini
secara langsung atau tidak langsung semasa E-folio
kami dijalankan.

01

2.0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dikenali

sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia

merupakan satu dokumen undang-

undang bertulis yang telah dibentuk

berasaskan kepada dua dokumen

terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan

Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan

undang-undang tertinggi yang menjadi

sumber dan punca kepada semua

undang-undang. Perlembagaan

Persekutuan memberikan jaminan

terhadap hak asasi dan kebebasan

rakyat dan keadilan, kerjasama,

kesepakatan dan kepentingan bersama

antara Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri.

02

3.0 Definisi
Pelembagaan
Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set
undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia

telah mula diguna pakai sejak Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 1957.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 183
perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

secara automatik akan terbatal.

Perlembagaan digubal di Parlimen
dengan tiga kali pendengaran
(pendebatan). Sesuatu

perlembagaan atau akta akan dikira
digazetkan apabila ia mendapat

sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.

03

3.1 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Malaysia pembahagian kuasa antara semua badan dengan
institusi yang terlibat serta cara pelaksanaan kuasa tersenut
dijalankan.

Memperincikan secara khusus, serta peranan eksekutif,
perundangan dan kehakiman dalam kerangka pemerintahan
negara

Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan,
bidang kuasa pemerintah, serta menjelaskan hak-hak yang
diperuntukkan kepada rakyat

Menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan
kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan
negara

Menjaga keamanan dan kestabilan negara

04

3.2 CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN

Kerajaan bersifat
terbuka

Kestabilan Pembahagian
dalam negara kuasa

CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN

Perwakilan Tanggungjawab
rakyat dipilih ke atas rakyat
melalui pilihan

raya

05

4.0 SEJARAH
PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Hukum Kanun Melaka adalah satu bukti kukuh bahawa
Kesultanan Melayu Melaka telah memiliki perlembagaan bertulis yang
membuktikan pelaksanaan adat ternpatan dan perundangan Islarn.
Terdiri daripada pelbagai jenis bentuk undang-undang, iaitu
perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan,
keluarga, laut dan Islam. Undang-undang Islam pula mengandungi
hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum Qisas dan hukum Jenayah
Islam atau Hudud.

Sebelum era penjajahan British secara menyeluruh di Tanah
Melayu, Kerajaan Johor Moden telah menjadi negeri Melayu pertama
memasyhurkan perlembagaan kerajaan tersebut pada tahun 1895 yang
dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ).
Perkembangan ini diikuti oleh Kerajaan Melayu Terengganu melalui
dokumen Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (UBDKT) pada
tahun 1911. Pemasyhuran UBDKT dilihat mempunyai kaitan dengan
UTKJ disebabkan isi kandungan dan penyusunan mempunyai beberapa
persamaan (Wan Ahmad Fauzi , Anisah Mohamed Anwar, & Hanif 2017).

Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menandatangani
perjanjian negeri dengan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang
mengesahkan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti mana ia wujud
sebelum 1 Disember 1941 serta menghapuskan implikasi Perjanjian
MacMichael dan penubuhan Malayan Union ke atas Negeri-Negeri dan
Raja-Raja Melayu.

06

4.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar
yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.
Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai
anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang
diperintah.

Professor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997)
berpendapat bahawa udang-undang perlembagaan mengandungi dua
prinsip sahaja, iatu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-
undang. Sebagai undang-undng utama di sebuah negara, perlembagaan
mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu
Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan
lain-lain.

Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain
seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan
sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan
satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.
Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan
diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang
dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan
atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka
perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah
dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata
ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor,
namun merupakan undang-undang agung negara.

07

4.2 KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang
mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas

kepada pembentukan kerajaan.
Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan

untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin
kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

Perlembagaan menjamin pentadbiran yang cekap,
jujur, ikhlas, telus dan adil.

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk hidup
sebagai seorang warganegara secara aman dan

harmoni.

08

4.3 KRONOLOGI
PEMBENTUKAN
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

• Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)

1909 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

• Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti

1927 menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.

1946 • Perlembagaan Malayan Union dibentuk namun
ditentang oleh orang Melayu kerana tiada konsep
penghormatan kepada Raja.

1948 • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk. Penyelarasan perundangan negeri-negeri
bermula.

1949 • Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk
untuk menyelesaikan masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi.

09

• Pilihanraya pertama persekutuan.

1955

1956 • Jawatankuasa Kerja dan Suruhanjaya Reid
ditubuhkan untuk penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

1957 • Penguatkuasaan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.

1963 • Perlembagaan Malaysia menggantikan
Perlembagaan Persekutuan setelah penyertaan

Sabah, Sarawak dan Singapura.

10

5.0 Kandungan perkara
utama dalam
Pelembagaan
Persekutuan

183
Perkara

PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

12 Jadual 15
Bahagian

11

BAHAGIAN 1 - Negeri-negeri, agama
dan undang-undang persekutuan

• Perkara 1 - Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah
Persekutuan.

• Perkara 2 - Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru
ke dalam Persekutuan.

• Perkara 3 - Agama Persekutuan.
• Perkara 4 - Undang-undang utama Persekutuan.

BAHAGIAN 2 - Kebebasan asasi

• Perkara 5 - Kebebasan diri.
• Perkara 6 - Keabdian dan kerja paksa dilarang.
• Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang

jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan
berulang.
• Perkara 8 - Kesamarataan.
• Perkara 9 - Larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak.
• Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan
berpersatuan.
• Perkara 11 - Kebebasan beragama.
• Perkara 12 - Hak berkenaan dengan pendidikan.
• Perkara 13 - Hak terhadap harta.

12

BAHAGIAN 3 - Kewarganegaraan

• Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan
• Perkara 14 - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
• Perkara 15 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak
warganegara)
• Perkara 15A - Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.
• Perkara 16 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang
dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).
• Perkara 16A - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang
bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
• Perkara 17 - (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang
bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka) - Dimansuhkan).
• Perkara 18 - Peruntukan am tentang pendaftaran.
• Perkara 19 - Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
• Perkara 19A - (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau
dari Singapura - Dimansuhkan).
• Perkara 20 - (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan
Persekutuan - Dimansuhkan).
• Perkara 21 - (Peruntukan am tentang naturalisasi - Dimansuhkan).
• Perkara 22 - Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.

• Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
• Perkara 23 - Pelepasan kewarganegaraan.
• Perkara 24 - Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau
menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
• Perkara 25 - Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di
bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
• Perkara 26 - Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan
melalui pendaftaran atau penaturalisasian.
• Perkara 26A - Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang
kewarganegaraannya.
• Perkara 26B - Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.
• Perkara 27 - Tatacara bagi pelucutan.
• Perkara 28 - Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui
kuat kuasa undang-undang.
• Perkara 28A - Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi
warganegara pada Hari Malaysia.
• Perkara 29 - Kewarganegaraan Komanwel.
• Perkara 30 - Perakuan Kewarganegaraan.
• Perkara 30A - (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura
dan warganegara lain--Dimansuhkan).
• Perkara 30B - (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara
Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura--Dimansuhkan).
• Perkara 31 - Pemakaian Jadual Kedua.

13

BAHAGIAN 4 - Persekutuan

• Bab 1 - Ketua Utama Negara
• Perkara 32 - Ketua Utama Negara bagi
Persekutuan, dan Isterinya.
• Perkara 33 - Timbalan Ketua Utama Negara bagi
Persekutuan.
• Perkara 33A - Yang di-Pertuan Agong hendaklah
terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong
jika dipertuduh atas suatu kesalahan.
• Perkara 34 - Ketidakbolehan Yang di-Pertuan
Agong, dsb.
• Perkara 35 - Peruntukan Diraja bagi Yang di-
Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong.
• Perkara 36 - Mohor Besar.
• Perkara 37 - Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan
Agong.

• Bab 2 - Majlis Raja-raja
• Perkara 38 - Majlis Raja-raja

• Bab 3 - Badan Eksekutif
• Perkara 39 - Kuasa eksekutif Persekutuan.

• Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah

bertindak mengikut nasihat.
• Perkara 41 - Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
• Perkara 42 - Kuasa pengampunan, dsb.
• Perkara 43 - Jemaah Menteri.
• Perkara 43A - Timbalan-Timbalan Menteri.
• Perkara 43B - Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
• Perkara 43C - Setiausaha-Setiausaha Politik.

14

• Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
• Perkara 44 - Keanggotaan Parlimen.
• Perkara 45 - Keanggotaan Dewan Negara.
• Perkara 46 - Keanggotaan Dewan Rakyat.
• Perkara 47 - Kelayakan menjadi ahli Parlimen.
• Perkara 48 - Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
• Perkara 49 - Peruntukan melarang dua keahlian.
• Perkara 50 - Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan

mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.
• Perkara 51 - Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.
• Perkara 52 - Ketidakhadiran ahli.
• Perkara 53 - Keputusan tentang kehilangan kelayakan.
• Perkara 54 - Kekosongan di dalam Dewan Negara dan

kekosongan luar jangka.
• Perkara 55 - Memanggil, memprorog dan membubarkan

Parlimen.
• Perkara 56 - Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Negara.
• Perkara 57 - Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-

Pertua Dewan Rakyat.
• Perkara 58 - Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan

Yang di-Pertua.
• Perkara 59 - Sumpah oleh ahli-ahli.
• Perkara 60 - Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.
• Perkara 61 - Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan

Peguam Negara.
• Perkara 62 - Tatacara Parlimen.
• Perkara 63 - Keistimewaan Parlimen.
• Perkara 64 - Saraan ahli.
• Perkara 65 - Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Bab 5 - Tatacara Perundangan
• Perkara 66 - Penjalanan kuasa perundangan.
• Perkara 67 - Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-

Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan

pencukaian, perbelanjaan, dsb.
• Perkara 68 - Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang

diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.
• Bab 6 - Keupayaan Perseketuan berkenaan harta, kontrak dan

guaman
• Perkara 69 - Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan

harta, kontrak dan guaman.

15

BAHAGIAN 5 - Negeri-negeri

• Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.
• Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
• Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

BAHAGIAN 6 - Perhubungan antara
persekutuan dan negeri-negeri

• Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan
• Perkara 73 - Takat undng-undang persekutuan dan Negeri.
• Perkara 74 - Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.
• Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan
dengan undang-undang Negeri.
• Perkara 76 - Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi
Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
• Perkara 76A - Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan
Negeri.
• Perkara 77 - Kuasa baki perundangan.
• Perkara 78 - Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.
• Perkara 79 - Penjalanan kuasa perundangan bersama.

• Bab 2 - Pembahagian kuasa eksekutif
• Perkara 80 - Pembahagian kuasa eksekutif.
• Perkara 81 - Obligasi Negeri kepada Persekutuan.

• Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
• Perkara 82 - Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan
perkara dalam Senarai Bersama.

• Bab 4 - Tanah
• Perkara 83 - Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.
• Perkara 84 - (Pengambilan kepada Negeri tanah yang dipegang bagi
maksud persekutuan--Dimansuhkan).
• Perkara 85 - Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan
bagi maksud persekutuan.
• Perkara 86 - Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.
• Perkara 87 - Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.
• Perkara 88 - Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak
mempunyai Raja.
• Perkara 89 - Tanah simpanan Melayu.
• Perkara 90 - Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat
di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di
Terengganu.
• Perkara 91 - Majlis Tanah Negara.

16

• Bab 5 - Pembangunan negara
• Perkara 92 - Rancangan pembangunan negara.

• Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada
Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan
Negeri
• Perkara 93 - Siasatan, tinjauan dan perangkaan.
• Perkara 94 - Kuasa Persekutuan berkenaan dengan
rakyat Negeri.
• Perkara 95 - Pemeriksaan aktiviti Negeri.

• Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
• Perkara 95A - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

• Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
• Perkara 95B - Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan
Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.
• Perkara 95C - Kuasa untuk memperluas kuasa
perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.
• Perkara 95D - Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar
daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-
undang seragam mengenai tanah atau kerajaan
tempatan.
• Perkara 95E - Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar
daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah,
kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.

17

BAHAGIAN 7 - Peruntukan-peruntukan
kewangan

• Bab 1 - Am
• Perkara 96 - Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh
undang-undang.
• Perkara 97 - Kumpulan Wang Disatukan.
• Perkara 98 - Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan Persekutuan.
• Perkara 99 - Penyata kewangan tahunan.
• Perkara 100 - Rang Undang-Undang Perbekalan.
• Perkara 101 - Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.
• Perkara 102 - Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun
atau bagi maksud yang tidak dinyatakan.
• Perkara 103 - Kumpulan Wang Luar Jangka.
• Perkara 104 - Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang
Disatukan.
• Perkara 105 - Ketua Audit Negara.
• Perkara 106 - Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.
• Perkara 107 - Laporan Ketua Audit Negara.
• Perkara 108 - Majlis Kewangan Negara.
• Perkara 109 - Pemberian kepada Negeri.
• Perkara 110 - Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.
• Perkara 111 - Sekatan untuk meminjam.
• Perkara 112 - Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan
Negeri.

• Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
• Perkara 112 - Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
• Perkara 112B - Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
• Perkara 112C - Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada
Negeri Sabah dan Sarawak.
• Perkara 112D - Kajian semula pemberian khas kepada Negeri
Sabah dan Sarawak.
• Perkara 112E - (Perkiraan kewangan dengan Singapura--
Dimansuhkan).

18

BAHAGIAN 8 - Pilihanraya

• Perkara 113 - Penjalanan pilihan raya.
• Perkara 114 - Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan

Raya.
• Perkara 115 - Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan

Raya.
• Perkara 116 - Bahagian pilihan raya persekutuan.
• Perkara 117 - Bahagian pilihan raya Negeri.
• Perkara 118 - Cara mencabar pemilihan.
• Perkara 118A - Cara mempersoalkan petisyen pilihan

raya mengenai tidak adanya pemilihan.
• Perkara 119 - Kelayakan pemilih.
• Perkara 120 - Pemilihan terus ke Dewan Negara.

19

BAHAGIAN 9 – Kehakiman

• Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
• Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
• Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.
• Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.
• Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.
• Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi.
• Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu
Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.
• Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi.
• Perkara 124. Sumpah jawatan hakim-hakim.
• Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim
Mahkamah Persekutuan.
• Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
• Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.
• Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di
dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
• Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
• Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung
tentang tafsiran Perlembagaan--Dimansuhkan).
• Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah
Persekutuan.
• Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah
Persekutuan--Dimansuhkan).
• Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan
ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden
atau Hakim Besar.

20

BAHAGIAN 10 - Perkhidmatan awam

• Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
• Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.
• Perkara 134. Peminjaman pegawai.
• Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan

penurunan pangkat.
• Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.
• Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.
• Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan

Perundangan.
• Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
• Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.
• Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api--

Dimansuhkan).
• Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
• Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan

Suruhanjaya.
• Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota

Suruhanjaya.
• Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.
• Perkara 145. Peguam Negara.
• Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.
• Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo--
Dimansuhkan).
• Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak--
Dimansuhkan).
• Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-
cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam--Dimansuhkan).
• Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke
atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan
Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
• Perkara 147. Perlindungan hak pencen.
• Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.

21

BAHAGIAN 11 - Kuasa-kuasa khas
menentang kuasa subversif dan
darurat

• Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam, dsb.

• Perkara 150. Proklamasi darurat.
• Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.

BAHAGIAN 12 - Am dan pelbagai

• Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
• Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan

perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak.
• Perkara 154. Ibu kota persekutuan.
• Perkara 155. Persalingan Komanwel.
• Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-
kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan
Negeri.
• Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu
Negeri lain.
• Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei --
Dimansuhkan).
• Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.
• Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan
peralihan dalam Akta Malaysia.
• Perkara 160. Tafsiran.
• Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
• Perkara 160B. Teks sahih.

22

BAHAGIAN 12A - Perlindungan
tambahan bagi negeri Sabah dan
Sarawak

• Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan
bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.

• Perkara 161A. Kedudukan istimewa anak negeri
Negeri Sabah dan Sarawak.

• Perkara 161B. Sekatan ke atas peluasan kepada
bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan
amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri
Sabah dan Sarawak.

• Perkara 161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-
Negeri Borneo -- Dimansuhkan).

• Perkara 161D. (Kebebasan beragama --
Dimansuhkan).

• Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi
perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan
Sarawak.

• Perkara 161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di
Dewan Undangan Negeri Singapura --
Dimansuhkan).

• Perkara 161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di
Singapura -- Dimansuhkan).

• Perkara 161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura
dari segi perlembagaan -- Dimansuhkan).

23

BAHAGIAN 13 - Peruntukan sementara

• Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.
• Perkara 163. (Penerusan buat sementara Ordinan

Peraturan-Peraturan Darurat 1948 -- Dimansuhkan).
• Perkara 164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan

-- Dimansuhkan).
• Perkara 165. (Peruntukan sementara kewangan --

Dimansuhkan).
• Perkara 166. Pewarisan harta.
• Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.
• Perkara 168. (Prosiding undang-undang --

Dimansuhkan).
• Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang

dibuat sebelum Hari Merdeka.
• Perkara 170. (Peruntukan sementara bagi orang

yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal
126--Dimansuhkan).
• Perkara 171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya
pertama -- Dimansuhkan).
• Perkara 172. (Mahkamah yang sedia ada --
Dimansuhkan).
• Perkara 173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis
Privy -- Dimansuhkan).
• Perkara 174. (Jawatan kehakiman dan Peguam
Negara -- Dimansuhkan).
• Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi
Ketua Audit Negara yang pertama.
• Perkara 176. Pertukaran pegawai.
• Perkara 177. Mengetepikan atau menangguhkan
sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah
Bahagian ini.
• Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.
• Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan
perkhidmatan bersama.
• Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.

24

BAHAGIAN 14 - Perkecualian
bagi kedaulatan raja-raja dan
sebagainya

• Perkara 181 - Kecualian bagi kedaulatan, dsb.,
Raja-Raja.

BAHAGIAN 15 - Prosiding
terhadap Yang di-Pertuan
Agong dan raja-raja

• Perkara 182 - Mahkamah Khas.
• Perkara 183 - Tiada tindakan boleh dimulakan

terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja
kecuali dengan keizinan Peguam Negara
sendiri.

25

5.1 13
Jadual

Jadual Pertama - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau
Penaturalisasian.

Jadual Kedua -

Bahagian I - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia.
Bahagian II - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.
Bahagian III - Peruntukan tambahan berhubung dengan
kewarganegaraan.

Jadual Ketiga - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian I - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian II - Pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian III - Pemecatan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian IV - Am

Jadual Keempat - Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian I - Sumpah bagi Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian II - Sumpah bagi TImbalan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian III - Terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Kelima - Majlis Raja-Raja.

Jadual Keenam - Bentuk sumpah dan ikrar.

26

Jadual Ketujuh - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara.
Jadual Kelapan - Peruntukan yang hendaklah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri.

Bahagian I - Peruntukan tetap.
Bahagian II - Peruntukan sementara sebagai gantian bagi peruntukan dalam Bahagian I
Bahagian III - Ubah suaian Bahagian I dan II berhubung dengan Melaka dan Pulau Pinang.

Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan.
Jadual Kesepuluh - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri.

Bahagian I - Pemberian ikut kepala.
Bahagian II - Pemberian jalan Negeri.
Bahagian III - Sumber hasil yang diserahhakkan kepada Negeri.
Bahagian IV - Pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
Bahagian V - Sumber tambahan hasil yang diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan
Sarawak.

Jadual Kesebelas - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan
Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
Jadual Kedua Belas - (Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
sebagaimana yang terpakai bagi Majlis Perundangan selepas Hari Merdeka --
Dimansuhkan).
Jadual Ketiga Belas - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-
Bahagian Pilihan Raya

Bahagian I - Penetapan dan prinsip yang berhubungan dengan penyempadanan bahagian-
bahagian pilihan raya.
Bahagian II - Tatacara bagi menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya.

27

6.0 Peranan
Pelembagaan dalam
integrasi nasional

MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA
SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU
MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA
SATU SAMA LAIN.

• Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
dan Perlembagaan Malaysia 1963. disebutkan bahawa,
Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal
seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan:
tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara
11 mengenai kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap
orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan
ugamanya".

28

MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM
PENTADBIRAN NEGARA

• Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang
dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan
mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan
kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan
keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini
Nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-
19 di Malaysia.

MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT

• Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat
digunakan tetap! tertakluk kepada peruntukkan Akta
Hasutan dan beberapa akta lain.. membawa maksud
walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluah pendapat
dan pandangan masing-masing namun ia masih di bav
undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan
yang menghuru-harakan keharmonian masyarakat,
seseorang masm diambil tindakan.

29

6.1 PERANAN YANG
DIPERTUAN AGONG DAN
MAJLIS RAJA-RAJA

Sejarah kesultanan Melayu Melaka merupakan
asas kepada kesultanan-kesultanan yang wujud pada
masa dahulu hingga kini.

Pewujudan Sesebuah Negara bangsa yang
berdaulat pada 31 Ogos 1957, membuktikan bahawa
negara merupakan sesebuah negara yang bebas
daripada pihak penjajah.

Mengamalkan system Raja Berpelembagaan dan
kuasa sebenar telah diberikan kepada rakyat.

30

6.1.1 MAJLIS RAJA-RAJA

Secara Rasmi telah ditubuhkan pada tahun 1948
apabila persekutuan tanah Melayu wujud. Sebelum
Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu

dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits
Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di
bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British,
iaitu antara 1946 hingga 1948. Singapura yang juga
adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai

Tanah Jajahan British (British Crown Colony).

31

Penubuhan Majlis Raja-raja telah
dikanunkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan. Fungsi
dan tugas-tugasnya mengikut Jadual
Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Memilih Yang di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong bagi Persekutuan mengikut

peruntukan Jadual Ketiga.

Mempersetujui atau tidak
mempersetujui supaya apa-apa

perbuatan. amalan atau
upacara agama meliputi seluruh

Persekutuan.

Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang dan membuat atau memberi nasihat

mengenai apa-apa pelantikan yang menurut
Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-

raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja.

Melantik anggota-anggota
Mahkamah Khas di bawah

Fasal (1) Perkara 182.

32

Memberi ampun, tunda hukum dan
undang-undang atau meremitkan,
menggantung atau meringankan
hukuman-hukuman di bawah Fasal

(12) Perkara 42.

Majlis Raja-raja juga berperanan melindungi
hak keistimewaan orang Melayu dalam
perkara 153, disamping bumiputera dan
kaum-kaum lain.

Majlis Raja-raja juga melantik:
• Seorang wakil untuk

menganggotai Majlis Angkatan
Tentera, menurut Perkara 137
Perlembagaan.
• Seorang wakil sebagai Ahli
Lembaga Pengelola Dewan
Bahasa & Pustaka.

33

6.1.2 KUASA BUDI BICARA
MRR

Memilih atau memecat Yang di-
Pertuan Agong daripada jawatannya

atau memilih Timbalan Yang di-
Pertuan Agong bagi Persekutuan.

Memberi nasihat mengenai apa-
apa pelantikan yang ditetapkan

oleh Perlembagaan.

Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang yang mengubah sempadan-
sempadan sesuatu Negeri atau menyentuh

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran
Raja-raja.

Mempersetujui atau tidak
mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara
meliputi seluruh Persekutuan.

Pemberi ampun, replief dan respite atau
peremitan, penggantungan atau peringanan

hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12)
Perkara 42.

34

6.1.3 FUNGSI DAN BIDANG
KUASA YDPA

• Perkara 32 dalam perlembagaan telah menetapkan
kedudukan YDPA dan Raja Permaisuri Agong.

Agama

Pengisytiharan Ketenteraan
Darurat Undang-
undang

Bidang
Kuasa
YDPA

Pentadbiran Ketenteraan
Dan Undang-
undang
Perlantikan

35

6.1.3.1 AGAMA

Ketua agama islam di negeri
baginda sendiri.

Ketua agama islam bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai Raja / Sultan iaitu di

Wilayah- wilayah persekutuan, Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, dan Sarawak.

36

6.1.3.2 KETENTERAAN

YDPA merupakan
pemerintah tertinggi
dalam Angkatan Tentera

Malaysia.

Baginda bertanggungjawab dalam
bidang kuasa Am mengenai
tatatertib dan pentadbiran

Angkatan Tentera serta lain-lain
mengenainya melainkan perkara
bersangkutan dengan gerakan

tentera.

37

6.1.3.3 UNDANG-UNDANG

YDPA mempunyai kuasa untuk
memperkenankan atau sebaliknya,

sesuatu Rang Undang-undang,
setelah melalui proses

pembentangan di kedua-dua dewan
(Dewan Rakyat dan Dewan Negara).

Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan
(Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan

baginda untuk digunapakai adalah mengikut
(4A) Yang di-Pertuan Agong hendakldah dalam

masa tiga puluh hari selepas Rang Undang-
undang itu ditetapkan kepada baginda

seterusnya memperkenankan Rang Undang-
undang itu dengan menyebabkan Rang

Undang-undang itu dicopkan dengan Mohor
Besar.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam

masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang
Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-
undang apabila habis masa yang ditentukan dalam
Fasal memperkenankannya. itu mengikut seolah-

olah baginda telah cara yang sama.

38

6.1.3.4 PENTADBIRAN DAN
PERLANTIKAN

YDPA dengan nasihat Perdana
Menteri melantik Menteri-

menteri,Timbalan- timbalan menteri
daripada ahli Dewan Rakyat atau
Dewan Negara kedua-dua lantikan

ini boleh dibincangkan oleh
baginda atas nasihat Perdana
Menteri. Sebelum Menteri-menteri

atau Timbalan Menteri
menjalankan tugas, mereka
hendaklah mengangkat jawatan
dan taat setia di hadapan YDPA.

39

YDPA juga boleh YDPA juga melantik
menetapkan beberapa Peguam Negara dan
jawatan sebagai jawatan- Panglima Angkatan
jawatan khas termasuklah Tentera. Perlantikan
Ketua-ketua Jabatan dan bagi jawatan-jawatan ini
Timbalan Ketua-ketua dilakukan atas nasihat
Jabatan. Tetapi baginda yang ditentukan oleh
melantik seseorang ke
jawatan-jawatan ini atas Perlembagaan.
sokongan Suruhanjaya

yang berkenaan.

Jawatan-Jawatan lain yang dilantik
oleh YDPA atas nasihat adalah
seperti:

- Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

- Ahli-ahli Suruhanjaya Polis

- Ahli dalam Majlis Angkatan
Bersenjata dan lain-lain.

40

6.1.3.5 PENGISYTIHARAN
DARURAT

YDPA boleh
mengisytiharkan
darurat atas nasihat
Perdana Menteri
jika mengancam
keselamatan, politik

dan ekonomi
negara.

Apabila pengisytiharan
darurat dibuat dan
Parlimen tidak boleh

bersidang, YDPA boleh
memanggil Parlimen

untuk bersidang dengan
secepat mungkin.

41

6.2 PERKARA
UTAMA DALAM
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan dibentuk
dengan mengambil kira perkembangan sejarah
Negara sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini
diambil kira bagi merealisasikan cita-cita
mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan
adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah
diletakkan sebagai peruntukan utama dalam
perlembagaan seperti kewarganegaraan, agama,
bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan
kebebasan asasi.

42

6.2.1 HAK-
HAK ASASI

Kebebasan diri

Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1,
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak
seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu
diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia
dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih

olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak
dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa

24 jam.

Keabdian dan kerja paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan
bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.
Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan

undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan
untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan

menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

43

Kesamarataan di sisi
undang-undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua
orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang

warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama,
kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian

terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa
bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan
Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-

jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan
pengeluaran permit serta lesen.

Larangan buang negeri
dan kebebasan bergerak

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau

ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara
berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana
bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada
undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga
keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam

dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

44

Kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun

dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen boleh
mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan,
ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk
menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang
Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Kebebasan beragama

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-
Malaysia memperuntukkan agama Islam undang negeri yang ingin menyekat apa-apa
sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan
orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23
setiap warganegara Malaysia berhak daripada jumlah bilangan anggota Dewan
mengamalkan agama masing-masing. Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama
berhak untuk:
Setiap Individu berhak untuk
mengembangkan agamanya, tetapi undang- i. Menguruskan hal-ehwal agamanya
sendiri.
undang negeri dan undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-
yayasan bagi maksud agama dan khairat.
pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama dikalangan orang yang iii. Memperoleh dan mempunyai harta
serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
menganut agama Islam. undang-undang.

45

Kesamarataan dalam pelajaran

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan
Malaysia menyatakan tentang hak mengenai untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-
pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan
terhadap mana-mana warganegara semata-mata yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau
kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak
mendapatkan pendidikan, iaitu: terdapat perbezaan semata-mata sebab agama

i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan dalam mana-mana undang-undang berkaitan
pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-
berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid undang persekutuan dan negeri, boleh
atau pelajar mengenai bayaran. mengadakan bantuan kewangan khas bagi

ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar
bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi mengenai agama Islam kepada penganutnya.
menanggung atau membiayai murid-murid atau Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-
pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar
tertakluk kepada Perkara 153. apa ajaran mengenai apa-apa agama atau
mengambil bahagian dalam apa-apa upacara
atau sembahyang bagi sesuatu agama yang

lain daripada agamanya sendiri.

Hak untuk berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-
undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk
mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan

yang mencukupi.

46


Click to View FlipBook Version