Tokoh
Kemerdekaan
Daripada : Nur
Adriana Sofi
TUNKU ABDUL
RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
NAMA DAN
PENGENAL
PEMIMPIN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(8 Februari 1903 – 6 Disember 1990)
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957
sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan
"Bapa Malaysia".
Dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah
yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang
isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah
Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa
sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti
Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan
Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun
berumur 30 tahun pada ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana
rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di
luar istana dan pernah membentuk pasukan bola
sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung
dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pada tahun 1956, Tunku telah
berbincang dengan Para Sultan
tentang pembentukan perlembagaan
Tanah Melayu yang bebas. Pada 8
Februari 1956, setiausaha kolonial
ketika itu, Alan Lennox-Boyd dan
Tunku telah bersama-sama
menandatangani perjanjian yang
menjanjikan pembebasan Tanah
Melayu daripada British. Tepat jam
12.00 tengah malam pada 31 Ogos
1957, bendera Union Jack pun
diturunkan menandakan akhirnya
zaman pemerintahan British tanpa
sebarang titisan darah.
SEJARAH
PEMIMPIN
Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-HAj dalam
usaha mencapai kemerdekaan amat penting. Sebagai
seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada
pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut
memainkan peranan penting dalam membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah
British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Kejayaan beliau
mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah
mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin
yang tersohor
SUMBANGAN KEPADA
NEGARA
CIRI-CIRI
KEPIMPINAN YANG
BOLEH DICONTOHI