The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyazlianamohamad, 2022-03-19 23:34:09

ISLAM , IMAN DAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN

E-FOLIO Agama Islam

E–FOLIO

Kod kursus : MPU13012 Pendidikan Agama Islam

ISLAM , IMAN & IHSAN DALAM KEHIDUPAN

Bil Nama No. Matrix
J01SSK21F007
1. Norsyazliana binti Mohamad J01SSK21F008

2. Nurul Mazwin Syazweena binti J01SSK21F003
Zaifulnizam
J01SSK21F004
3. Muhammad Farid Ifwat bin Mohd
Sabri

4. Azizi Yuszaimi bin Abu Bakar

Nama pensyarah : Puan Nora binti Mohd

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat
1. Penghargaan 3
2. Objektif 4
4
3. Pendahuluan 5-6
7-8
4. Pengertian Islam 9

5. Pengertian Iman 10-11

6. Pengertian Ihsan 12
12
7. Hubungan Islam , Iman dan Ihsan
Dalam kehidupan

8. Kesimpulan
9. Rujukan

pg. 2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi saya bersama ahli kumpulan
saya dapat kerajinan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin berterima
kasih kepada pensyarah subjek Pendidikan Agama Islam ini iaitu Puan Nora
binti Mohd yang banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini
melalui penjelasan yang cukup jelas tentang cara membuat tugasan ini.

Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah memberi
kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam menyiapkan tugasan
yang diberi ini. Mereka juga telah mencurahkan idea-idea mereka dalam
menyempurnakan tugasan ini.

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau
tidak langsung. Kami amat hargai pertolongan ini kerana ianya amat
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga hasil daripada
tugasan ini dapat memberi impak yang positif kepada kita semua dan dapat
dijadikan sebagai pengajaran hidup.

pg. 3

OBJEKTIF

Tujuan kami membuat tugasan ini adalah untuk mengenal erti
islam , iman dan ihsan dalam kehidupan . Secara khususnya objektif
bagi tugasan ini adalah seperti yang berikut :

1. Kami dapat mengetahui erti sebenar islam , iman dan ihsan.
2. Kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang islam ,
iman dan ihsan.
3. Kami dapat mengetahui kepentingan islam , iman dan ihsan dalam
kehidupan seharian.
4. Kami juga dapat kesedaran tentang betapa pentingnya mengetahui
iman dan ihsan dalam kehidupan.

PENDAHULUAN

Pada akhir zaman ini , terdapat ramai umat islam yang belum
sepenuhnya mengetahu pengertian islam , iman dan ihsan malah ambil
sambil lewa kerana bagi mereka tidaklah begitu penting . Secara khususnya
,islam ialah cara hidup yang sesuai, jadinya langkah seterusnya ialah
mengamalkan agama itu. Bagi menyuburkan Iman, Islam mengatur berbagai
ajaran dan panduan untuk bergerak dan bertindak yang merupakan sistem
Ilahi untuk kemaslahatan dan kebahagiaan manusia .

pg. 4

PENGERTIAN ISLAM

Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
sejahtera, selamat, harmoni dan dirujuk daripada istilah memberi makna
berserah diri kepada Yang Maha Pencipta dengan mentaatinya dengan
penuh keimanan dan melaksanakan segala perintah serta meninggalkan
larangannya.

Pengertian Islam ialah, agama yang diciptakan oleh Allah yang lengkap
dan sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang meliputi
susunan kehidupan manusia, sama ada mengenai individu, kekerabatan,
masyarakat dan negara serta menghubungkan manusia dengan Tuhan dan
manusia dengan alam semesta untuk menjamin kesejahteraan, keselamatan.
, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Islam sebagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya
berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat
secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan
jasmani serta kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan
akhirat.

Didalam firman Allah SWT :
ّ‫وم َْنّۗ ب ْينهَْمّ ب ْغ ًيَّا ا ْل ِع ْلَمّ ج ۤاءهَمّ ما ب ْعَِدّ ِم َّْن ِاَّْل ا ْل ِك ٰت َّب ا ْوتوا ال ِذ ْي َّن ا ْختل َفّ وما ۗ ا ْْ ِل ْسَلَّم ّل ٰلَاِّ ِع ْنَدّ ال ِد ْي َّن ِا َن‬

ّ‫ا ْل ِحسا َ ِبّ س ِر ْي َعّ ّل ٰلَاّ ف ِا َنّ ّل ٰلَاِّ ِب ٰا ٰي َِتّ ي ْكف َْر‬

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-
orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu,
karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat
Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Ali Imran : 19)

Islam menpunyai lima rukun, sebagaimana dijelaskan dalam Hadits artinya:
ّ‫قا َّل ع ْنهما ّللَاّ ر ِض َيّ ا ْلخطا َ ِبّ ْب َِّن عم َرّ ْب َِنّ ّللَِّا ع ْبَِدّ الر ْحم َِّن ع ْبَِّد أ ِبي ع َْن‬: ‫يقو َّل ّللَاِّ رسو َلّ س ِم ْعت‬: ” ّ‫ب ِن َي‬
‫خ ْم َّس على ا ْْ ِل ْسَلَّم‬: ‫اسْلبو ْي َّلَِتّمحمدًا وأ َنّ ّللَّا إَّْل إل َّه َْلّ أ َْنّ شهادَِّة‬،‫ّصل ْلَوِّا َِمّر‬، ‫ل”رصَملَ ِّةضاو ِإَّنقا َِّمو‬.‫ا‬،‫االلبزخكااَ ِّةرويإِيترا َِوّءاه‬،‫وومحسَ ِجّلم‬

Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma,
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
bersabda: ‘Islam itu didirikan atas lima (perkara) – Menyaksikan bahawa
tiada ilah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,

pg. 5

mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan
puasa di bulan Ramadhan.

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seperti sabda Rasulullah SAW di atas bahwa rukun islam itu ada lima iaitu :

1. Mengucap dua kalimat Syahadat
2. Mendirikan solat lima waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Melaksanakan Haji sekiranya mampu

pg. 6

PENGERTIAN IMAN

Dari segi bahasa, perkataan Iman (‫ )إيمان‬diambil daripada kata kerja
'Āamana' (‫ )ءامن‬yang bermaksud "percaya" atau 'Yukminu' (‫ )يوءمن‬yang
bermaksud "percaya" atau "membenarkan". Ia juga membawa maksud yang
sama dengan I'tiqad (‫)اعتقاد‬, tetapi dalam pengertian yang berbeza.

Manakala dari segi kefahaman literal dalam Islam, Iman (‫)اْليمان‬
bermaksud "beriman kepada Allah". Dengan itu orang yang beriman
ditakrifkan sebagai orang yang beriman (beriman). Perkataan Iman yang
bermaksud “membenarkan” disebut dalam al-Quran, termasuk dalam Surah
At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:

“Dan di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang menyakiti Nabi
sambil mereka berkata: “Bahawasanya dia (Nabi Muhammad) adalah orang
yang suka mendengar (dan beriman kepada apa yang didengarnya)”.
Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia
beriman kepada Allah dan beriman kepada orang-orang yang beriman, dan
dia juga menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu".
Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab yang tidak
menyakitkan.” [Al-Quran 9:61 (Basmeih)]

Dalam Islam, sekadar beriman (yukminu) masih belum memadai
sebagai seorang mukmin jika tidak beramal dan berpegang kepada I'tiqad.
Seperti yang termaktub dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 yang bermaksud:

"Kaum "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai
Muhammad): "Kamu belum beriman, (jangan berkata demikian), tetapi
sedang iman belum masuk ke dalam hatimu, maka katakanlah: 'Kami adalah
orang Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah-Nya. Rasul (zahir)
dan fikiran), Allah tidak akan mengurangi sedikitpun dari pahala amal kamu,
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-
Quran 49:14 (Basmeih)]

Takrif Iman menurut istilah syarak adalah sebagaimana yang
dilafazkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman ialah ucapan
dengan lidah dan iman yang benar dengan hati dan amal dengan anggota."

Aisyah r.a. juga bersabda: "Iman kepada Allah ialah mengaku dengan
lidah dan membenarkan dengan hati dan bekerja dengan anggota."

pg. 7

Imam al-Ghazali menghuraikan maksud Iman ialah: "Pengakuan
dengan lidah (lisan) menghalalkan pengakuan dengan hati dan
mengamalkannya dengan rukun (anggota)."

Iman kepada makna yang sebenarnya ialah membenarkan dengan
hati, menyatakan dengan lidah, dan bertindak dengan anggota badan.
Pendek kata, mukmin ialah orang yang beriman, mengaku dan beramal
soleh. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu tidak dikatakan mukmin yang
sempurna. Ketiadaan hanya satu daripada tiga, ia adalah nama yang berbeza
yang diberikan Islam kepada seseorang, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Sesuai dengan hadits Rasulullah saw diatas sudah jelas bahwasanya
ada enam rukun iman yang harus diyakini untk menjadi seorang islam yang
sempurna dan menjadi seorang hamba Allah yang ihsan nantinya.
Ada Enam Rukun Iman:

1. Beriman kepada Allah Swt
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab-kitab
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada (Taqdir) Ketentuan Allah

pg. 8

Pengertian Ihsan

Ihsan Dari segi Bahasa ialah berbuat baik.

Ihsan Dari segi istilah ialah kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah
dan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT.

Ihsan :

Ihsan merupakan keadaan di mana manusia melakukan ibadah dan
pekrjaan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.

Ihsan terhasil daripada gabungan sifat ikhlas serta perasaan takut
dan tunduk kepada Allah SWT.

Ihsan akan mendorong manusia untuk sentiasa mempertingkatkan
kualiti ibadah dan pekerjaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Ihsan ialah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya
dan sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka yakinlah Alah SAW
melihat perbuatan dan amalan kamu.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah contoh aplikasi nilai ihsan dalam kehidupan?

 Belas kasihan kepada haiwan kerana Allah SWT Maha Pengasih dan
Maha Penyayang.

 Allah SWT Maha mendengar. Kita tidak boleh mengumpat dan
mengata orang lain,

 Kita berbuat baik kerana tahu Allah Maha mengawasi kita dan ada
balasan baik di akhirat nanti. Saya suka tolong jiran saya walaupun
kami berlainan agama dan bangsa

Kepentingan Ihsan.

 Merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat segala gerak-geri
manusia sepanjang masa.

 Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada manusia dan makhluk
yang lain.

 Mewujudkan masyarakat yang harmoni.

pg. 9

Hubungan antara Islam, Iman dan Ihsan serta Hubungannya dalam
kehidupan.

Iman,Islam dan Ihsan adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan
satu dengan lainnya. Iman adalah keyakinan yang menjadi dasar akidah.
Keyakinan tersebut kemudian diwujudkan melalui pelaksanaan kelima
rukun Islam. Sedangkan pelaksanaan rukun Islam dilakukan dengan cara
Ihsan, sebagai upaya pendekatan diri kepada Allah.

Didalam al-qur’an juga disebutkan bahwa Iman, Islam, dan Ihsan
memiliki keterkaitan,iaitu

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kaliam agama kalian dan Aku
telah menyempurnakan nikmat kepada kalian dan Aku telah meridhai Islam
adalah agama yang benar bagi kalian”.

QS Al-Maidah ayat 3 :

“Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam”.

QS Ali-Imron ayat 19 :

Selain itu, komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi
dengan Allah dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain
dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baikdan melarang dari segala yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.
(Surah Ali ‘Imran 3:110)

Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik (dakwah) sudah pasti
tidak akan lepas daripada akhlak yang baik. Sejarah membuktikan
kepetahan dalam menyampaikan sesuatu mesej belum tentu dapat diterima
oleh pendengar sekiranya tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik
daripada penyampai. Masih ramai dalam kalangan pendakwah yang
menganggap bahawa dakwah hanya berbentuk penyampaian sesuatu mesej
secara lisan. Sebenarnya, dakwah merangkumi aspek lainnya juga seperti
penampilan diri, praktik amalan pendakwah itu sendiri, akhlak mulia, atau
yang biasa disebut dengan dakwah bil hâl.

pg. 10

Bahkan kedudukan yang terakhir inilah yang lebih penting jika
dibandingkan dengan dakwah bil lisan, iaitu dakwah dengan penyampaian
lisan dan lebihmengenai sasaran.

Selain dari itu, seseorang yg percaya & yakin dgn keesaan & kekuasaan
Allah S.W.T ( Iman ) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah & patuh
melaksanakannya ( Islam ) dengan penuh keihklasan tanpa mengharapkan
ganjaran drpd manusia ( Ihsan ).

Disamping itu, setiap pemeluk Islam mengetahui dengan pasti bahwa
Islam (Al-Islam) tidak sah tanpa iman (Al-Iman), dan iman tidak sempurna
tanpa ihsan (Al-Ihsan). Sebaliknya, ihsan adalah mustahil tanpa iman, dan
iman juga tidak mungkin tanpa Islam.

Ali Bin Abi Thalib mengemukakan tentang keutamaan Iman,Islam dan
Ikhsan sebagai berikut:

“ Sahabat Ali Berkata : sesungguhnya iman itu terlihat seperti sinar yang
putih, apabila seorang hamba melakukan kebaikan, maka sinar tersebut
akan tumbuh dan bertambah sehingga hati (berwarna) putih. Sedangkan
kemunafikan terlihat seperti titik hitam, maka bila seorang melakukan
perkara yang diharamkan, maka titik hitam itu akan tumbuh dan bertambah
hingga hitamlah (warna) hati”.

Jadi Iman,Islam dan Ikhsan mempunyai keutamaan yang sangat besar
dalam pandangan islam ini karena bagi para pelakunya akan diberikan
Syurga oleh Allah SWT sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT
didalam Al-Qur’an dan Al-Hadits.

pg. 11

Kesimpulan
Islam, iman, dan ihsan merupakan suatu aspek yang
membentuk sebuah rangkaian kesatuan yang saling mengait satu sama lain.
Kita boleh menggambarkan islam, iman, dan ihsan sebagai sebuah rumah.
Dimana iman sebagai asas tapak, islam sebagai dinding dan ihsan sebagai
atapnya. Jika diantara ketiganya ada yang hilang, maka maka rumah tersebut
tidak akan sempurna. Dalam kehidupan, jika diantara ketiga aspek tersebut
ada yang hilang dalam diri seseorang, maka orang tersebut tidak akan
merasakan dalam hatinya, muslim yang menjaga rukun islam akan selalu
dekat dengan Tuhannya dan muslim yang selalu berihsan akan selalu baik
dalam hubungan dengan lingkungannya. Ihsan merupakan perbuatan atau
wujud pengaplikasian dari iman dan islam itu sendiri.

Rujukan.
o Al-Quran.
o Al-Bukhārī; Abū ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘īl (2001).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Muḥammad Zuhayr Ibn Nāṣir al-Nāṣir (ed.).
Beirūt: Dār Ṭūq al-Najāh
o Ibn Mājah; Abū ‘Abd ‘Allāh Muḥammad Ibn Yazīd al-Qazwaynī
(2009). Sunan Ibn Mājah. Shu‘ayb al-Arna’ūṭ et. al. (ed.). Beirūt: Dār
al-Risālah al-‘Ālamiyyah.
o Muslim, A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya Al-Thurath Al-
Araby.
o Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4

pg. 12


Click to View FlipBook Version