NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER 3 / JUN 2023 Nama : WAN NAWWAR INSYIRA BINTI MIOR AHMAD TERMIZI Angka Giliran : 2021212350067 Nombor Kad Pengenalan : 02070401194 Kumpulan / Unit : PISMP TESL C JUNE 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
2 Senarai Kandungan 1.0 PENGENALAN............................................................................................................... 3 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN......................................................................................... 3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN........................................................................................................ 3 4.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN ........................................................................ 4 5.0 CIRI-CIRI PERSATUAN ................................................................................................. 4 6.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN......................................................................... 5 7.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN ............................................... 6 7.1 TAKWIM RANCANGAN TAHUNAN PSK................................................................... 6 7.2 AKTIVITI YANG DIJALANKAN .................................................................................. 7 7.2.1 PERTANDINGAN MEWARNA REKA CORAK WAU ........................................... 7 7.2.2 BENGKEL MELUKIS MURAL DENGAN PELUKIS TEMPATAN......................... 8 8.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN ........................................................ 9 9.0 ANALISIS SWOT............................................................................................................ 9 9.1 STRENGTH................................................................................................................. 9 9.2 WEAKNESSES........................................................................................................... 9 9.3 OPPORTUNITIES ..................................................................................................... 10 9.4 THREAT.................................................................................................................... 10 10. KESIMPULAN .............................................................................................................. 11 RUJUKAN .......................................................................................................................... 12
3 1.0 PENGENALAN Kelab dan persatuan adalah organisasi di sekolah atau institusi yang bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan memperkembangkan minat, bakat, dan kemahiran murid-murid. Setiap persatuan dan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) perlu menyediakan satu perancangan secara tahunan dan perancangan kewangan bagi menjalankan aktiviti untuk mencapai tujuan penubuhan persatuan (Laporan Tahunan JPPM, 2017). Justeru itu, demi memastikan dana persatuan dan kelab sentiasa mencukupi bagi kegunaan aktiviti, pelbagai strategi digunakan untuk memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan seperti yang dirancang. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Oleh itu, sebuah kelab dan persatuan telah dipilih bagi melaksanakan sebuah kajian untuk memenuhi tugasan kerja kursus MPU3081. Saya telah memilih Persatuan Seni Kreatif yang ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam. Penubuhan kelab ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan ahli dalam pelbagai jenis seni visual dan memupuk minat dan bakat dalam seni visual di kalangan pelajar. Pelbagai kaedah telah digunakan dalam pelaksanaan kajian ini seperti kaedah temu bual, pemerhatian dan melalui sumber Internet iaitu laman web rasmi persatuan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan beberapa objektif iaitu: i. Mengenal pasti sejarah penubuhan Persatuan Seni Kreatif. ii. Mengenal pasti kaedah dan proses penubuhan persatuan. iii. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. iv. Mengetahui strategi penjanaan kewangan dan pengumpulan dana bagi menjalankan aktiviti dan perkhidmatan. v. Menganalisis kelebihan dan kelemahan persatuan untuk tujuan penambahbaikan.
4 4.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN Persatuan Seni Kreatif SK Puncak Perdana telah ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya pada tahun 1991. Satu mesyuarat agung telah diadakan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan juga melantik AJK baru bagi sesi 1991/92. Wujudnya persatuan ini sebagai suatu inisiatif daripada pihak sekolah yang bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang seni. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh persatuan in untuk menggalakkan kreativiti, bakat seni, dan pembelajaran. Tamsilnya, aktiviti seperti pameran seni, bengkel dan kursus, pertandingan seni dan lawatan. 5.0 CIRI-CIRI PERSATUAN Persatuan Seni Kreatif ini dijalankan dengan tujuan untuk menggalakkan minat dalam seni, membina kreativiti, dan mengasah kemahiran seni visual di kalangan pelajar. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang sering terdapat dalam persatuan ini: i. Mengadakan aktiviti diadakan secara berkala, seperti bengkel seni, sesi melukis, atau aktiviti seni lainnya. ii. Mengadakan pameran seni atau pertandingan bagi para pelajar untuk memamerkan hasil karya mereka. iii. Melibatkan murid-murid dalam projek seni komuniti, seperti melukis mural di dinding sekolah, menghias taman sekolah, atau menyumbang seni untuk kegiatan amal. iv. Mewujudkan kolaborasi dengan persatuan seni lain, seperti persatuan muzik atau teater, untuk menghasilkan projek seni yang menyeluruh.
5 6.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Berdasarkan maklumat yang telah di kumpul, proses dan kaedah penubuhan Persatuan Seni Kreatif ini bermula dengan penerimaan cadangan bagi penubuhan persatuan seni kreatif. Selepas tujuan dan matlamat persatuan dikenal pasti, cadangan ini mendapat sokongan daripada guru seni sekolah dan guru-guru lain yang berminat untuk membantu melancarkan persatuan seni kreatif. Usaha menyediakan kertas kerja dijalankan dan diusulkan sebagai permohonan bagi menubuhkan persatuan di sekolah ini. Sejurus mendapat kelulusan daripada pihak sekolah, mesyuarat agung diadakan oleh unit kokurikulum bagi membincangkan takwim tahunan dan membentuk barisan jawatankuasa Persatuan Seni Kreatif yang terdiri daripada pelajar dan guru pengajar.
6 7.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN 7.1 TAKWIM RANCANGAN TAHUNAN PSK GAMBAR 1: Takwim rancangan tahunan PSK
7 7.2 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 7.2.1 PERTANDINGAN MEWARNA REKA CORAK WAU Pertandingan ini diadakan sebagai bahagian daripada acara sempena perayaan Hari Kemerdekaan Negara. Melalui mewarnai corak wau dengan tema kemerdekaan, peserta dapat menyertai secara aktif dalam merayakan peristiwa penting dalam sejarah negara Malaysia (Mohd Yusoff, 2020). GAMBAR 2: Hasil seni pelajar GAMBAR 3: Seorang ahli persatuan mewarnai wau
8 7.2.2 BENGKEL MELUKIS MURAL DENGAN PELUKIS TEMPATAN Aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan Kemahiran Seni Visual. Mereka belajar teknik-teknik melukis mural seperti memahami penggunaan warna, komposisi, dan teknik melukis yang sesuai untuk melukis mural dengan lebih profesional. GAMBAR 4: Pelukis tempatan memberikan pengenalan berkenaan mural GAMBAR 5: Murid menghasilkan mural secara berkumpulan
9 8.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Penjanaan dana bagi persatuan adalah penting untuk menyokong aktiviti dan program persatuan serta memastikan kelangsungan keberadaannya (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017). Berikut adalah beberapa kaedah penjanaan dana yang digunakan oleh Persatuan Seni Kreatif SK Puncak Perdana: i. Pameran dan jualan seni dianjurkan oleh persatuan seni visual di sekolah atau di tempat-tempat awam. Hasil karya seni murid dipamerkan dan dijual seperti lukisan, patung kecil, barang seni kraf, atau barangan kreatif lain untuk mengumpulkan dana. ii. Permohonan sumbangan dana dikemukakan kepada pihak sekolah dan PIBG. 9.0 ANALISIS SWOT 9.1 STRENGTH Penjanaan kewangan persatuan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan diurus dengan efisien kerana penggunaan beberapa strategi. Antaranya, persatuan ini menjual hasil karya seni anggotanya, seperti lukisan, patung, seni kraf, dan produk seni lainnya. Persatuan ini juga mengadakan pameran seni untuk mempamerkan hasil karya murid kepada orang ramai. Tujuan pameran diadakan adalah untuk menarik bakal pembeli dan menghasilkan penjualan karya seni, serta menarik pengunjung yang membayar yuran pameran. Murid juga digalakkan untuk menghasilkan karya mereka dengan menggunakan bahan terpakai sahaja dan tenaga serta kreatif ahli persatuan. Justeru, hasil penjualan ini dapat menjadi sumber pendapatan bagi persatuan untuk menyokong aktiviti dan program persatuan. 9.2 WEAKNESSES Meskipun persatuan ini memiliki strategi dalam menjanakan kewangan, mereka juga menghadapi beberapa kelemahan dalam usaha tersebut. Persatuan ini mendapat sokongan yang kurang daripada murid dan masyarakat sekolah semasa program dan acara seni diadakan. Hal ini adalah kerana minat murid-murid terhadap seni tidak sekuat minat terhadap bidang lain seperti sukan atau akademik. Kebanyakan sekolah menekankan prestasi akademik sebagai keutamaan utama, dan ini mungkin menyebabkan kurangnya penekanan pada bidang seni (Zakaria & Norfarahzatul, 2022). Selain itu, persatuan ini juga bersaing dengan persatuan lain dalam mencari sokongan dan dana dari pihak sekolah atau komuniti.
10 9.3 OPPORTUNITIES Persatuan ini memiliki peluang yang berpotensi untuk menjanakan kewangan jika dapat dijalankan dengan bijaksana dan kreatif. Antara peluang yang dapat dimanfaatkan adalah dengan menyelenggarakan kursus dan bengkel seni yang terbuka untuk murid sekolah atau masyarakat. Yuran kursus atau bengkel ini dapat menjadi sumber pendapatan tambahan. Di samping itu, mereka boleh mengenal pasti cara kreatif untuk memanfaatkan sumber yang ada dan memaksimumkan potensi mereka dalam mengumpul dana untuk menyokong program seni sekolah. Sebagai contoh, memanfaatkan penggunaan sosial media seperti Instagram, Twitter, dan Tumblr untuk membina galeri seni dalam talian untuk menjual hasil karya anggota persatuan. Peluang diberikan ini mampu menjana kewangan persatuan sekali gus juga menarik minat murid dan ahli masyarakat ke arah bidang seni (Suhaimi & Norshuhada, 2015). 9.4 THREAT Ancaman diterima apabila persatuan ini kekurangan dana dan juga akibat kelemahan yang dihadapi. Jika persatuan seni kreatif ini tidak mendapatkan sokongan yang memadai dari pihak sekolah, seperti dana terhad, tidak ada ruang untuk aktiviti seni, atau kurangnya perhatian terhadap program seni, maka usaha penjanaan kewangan terhalang. Batasan dari segi sumber daya seperti dana, peralatan, dan bahan seni juga menyulitkan persatuan untuk melaksanakan program dan acara dengan efektif.
11 10. KESIMPULAN Oleh itu, pengurusan kewangan yang baik sangat penting bagi persatuan. Pengurusan kewangan yang baik membantu memastikan ke berlanjutan persatuan dalam jangka panjang. Dengan mengurus dana dan sumber daya dengan bijaksana, persatuan dapat memenuhi keperluan operasional mereka dan menjalankan program serta aktiviti tanpa mengalami kekurangan dana.
12 RUJUKAN EBOOK Laporan Tahunan 2017 JPPM. (2017). Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Universiti Kebangsaan Malaysia. (2017). Dasar Penjanaan Pendapatan. Khazanah-UKM. LAMAN WEB Facebook. (N.D.). Laman Utama SK Puncak Perdana Retrieved July 16, 2023, From https://www.facebook.com/skpuncakperdana/?locale=ms_my Lili Suzana. (2011). Nukilan Dunia Seni Visual. Retrieved July 16, 2023, From https://http://lilizsuzana.blogspot.com/p/persatuan-seni-kreatif.html JOURNAL Mohd Yusoff, (2020). Kempen Penghayatan Bulan Kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities (MJSSH). 5. 58-66. 10.47405/Mjssh.V5i10.505. Suhaimi & Norshuhada, (2015). Media Sosial Memberi Peranan Penting Sebagai Platform Pemasaran Untuk Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). International Journal of Accounting, Finance and Business, 2(4), 12. Zakaria & Norfarahzatul, (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7. 10.47405/mjssh.v7i2.1288.