The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GRAND FINALE BUKU PENGURUSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafna788, 2019-12-21 20:22:55

BUKU PENGURUSAN 2020

GRAND FINALE BUKU PENGURUSAN

BUTIR PERIBADI LETAK GAMBAR DISINI

NAMA

NO. FAIL JPNS
NO. KAD PENGENALAN
GRED JAWATAN
BANGSA
WARGANEGARA
AGAMA
TARIKH LAHIR/TEMPAT LAHIR
NO. SURAT BERANAK
TARAF PERKAHWINAN
NAMA SUAMI/ISTERI
PEKERJAAN SUAMI/ISTERI
ALAMAT MAJIKAN SUAMI/ISTERI
TARIKH PERLANTIKAN
TARIKH PENGESAHAN JAWATAN
TARIKH MASUK KE JAWATAN PENCEN
KELULUSAN AKADEMIK
KELULUSAN IKHTISAS
OPSYEN
TARIKH PERGERAKAN GAJI
TARIKH MENGAJAR DI SEKOLAH
SEMASA
EMAIL GC
NO CUKAI PENDAPATAN
NO AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN
NO KWSP
NO GAJI
NO AKAUN
ALAMAT RUMAH
NO TELEFON BIMBIT

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita warga pendidik SK Bandar
Tasik Puteri masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja
menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan
kecemerlangan pendidikan negara.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada
Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2020 yang telah bertungkus-lumus bekerja
menyiapkan buku ini. Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2020 ini penting sebagai rujukan
dan garis panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah
dan berkesan.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke sesi persekolahan baharu tahun 2020.
Ucapan terima kasih juga kepada semua warga SK Bandar Tasik Puteri kerana telah bertungkus-
lumus serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan
pada tahun 2019 yang lalu.
Justeru itu, bagi tahun 2020 ini sekali lagi saya mengharapkan semua warga SK Bandar Tasik
Puteri akan dapat membudayakan Budaya Kerja Cemerlang dan kerja Berpasukan untuk terus
cemerlang dalam tugas masing-masing dan seterusnya meningkatkan imej SK Bandar Tasik
Puteri. Setiap warga SK Bandar Tasik Puteri adalah diharapkan akan dapat memahami dan
menghayati sepenuhnya aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2025 ).
Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan
pencapaian kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di
peringkat antarabangsa. Pembudayaan PDPc PAK21 dan PBD, PLC, PDPc Berkesan dan
pengukuhan kemahiran, amalan 3S –senyum, salam dan sapa serta inovasi dan kajian tindakan
akan membantu peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin murid-
murid sekolah ini.
Kita juga perlu selalu mengingati bahawa tugas guru bukan hanya sekadar memberikan ilmu
pengetahuan dan didikan kepada anak didik kita tetapi yang lebih penting ialah tugas pendidik
adalah bertujuan untuk mengangkat maruah dan harga diri mereka.
Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun ini SK Bandar Tasik Puteri akan dapat mencapai
prestasi yang membanggakan dan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang
sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.
Apa-apa pun cabaran dan transformasi yang akan datang, kita harus berfikiran positif dan
menerima dengan minda yang terbuka. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2020
dengan harapan SK Bandar Tasik Puteri akan terus cemerlang dalam semua aspek.
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.

Nordin bin Kassim
Guru Besar,
SK Bandar Tasik Puteri,
Rawang, Selangor.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MS

KENALI WARGA SKBTP 5
MAKLUMAT AM `12
13
Matlamat & Objektif Pendidikan Sekolah Rendah 14
Falsafah Pendidikan, Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia 15
5 Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid 16
Ikrar Perkhidmatan Awam & Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam 17
Tatatsusila Profesion Keguruan
Dasar Sekolah 19
Moto sekolah & Piagam sekolah 21
Lencana & Maksud Lambang Sekolah, Lagu Sekolah 22
Piagam Sekolah 23
Pelan Kelas 24
KETETAPAN KURIKULUM 25
KETETAPAN HAL EHWAL MURID 35
KETETAPAN KOKURIKULUM 50
TAKWIM 2020 58
Penggal persekolahan Tahun 2020 59
Hari Kelepasan Am 2020 60
Takwim Persekolahan Sepanjang Tahun 2020 61
73
Kalendar Akademik 75
Takwim Unit Kokurikulum 79
PENGURUSAN 80
81
Carta Organisasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 82
Jawatankuasa Induk Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 83
Jawatankuasa Buku Pengurusan 2019 / Sistem Siaraya / Pencatat Minit 96
Senarai Nama Guru Mengikut Aliran 100
Jadual Bertugas Guru 103
Jadual Penyemakan Buku Nota / Latihan Murid 107
Jadual Pencerapan 2020 131
JAWATANKUASA KURIKULUM 151
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 173
JAWATANKUASA KOKURIKULUM 187
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
PEKELILING BERKAITAN PENDIDIKAN

Kenali
Warga
skbtp

BARISAN PENTADBIR SKBTP 2019

SUZANNA BT
MD. NAWAWI

(PK PPKI)
1 Jun

STAF SOKONGAN

KPT - SHAHARIFAH PT - SHAFRINA BT PT - SYAHIRAH BINTI PPM - NORMA BINTI PPM - SUZAINA PPM - SULIZA
SAODAH BINTI A.HAMID (14/3) BINTI ALIAS (18/6) HANUM BINTI
HAMZAH (29/7) SAPIAN (13/11) ABDULLAH (30/5) ZABAEI (29/7)

PPM - SITI MERIAM PPTM - AINA PT - SAHIZAN BT PO - KARTINA BT PO - LAILA BINTI
BINTI MOHAMAD FARHANA BINTI MOHD SANI (10/12) MAT AKHIR (4/7) MAJID (25/6)
AHMAD SABRI
(22/6)
(22/2)

BARISAN GURU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI

MAHEZAN BIN LEENA A/P TK SITI HAFIZAH BT NURITA AZLENA BINTI NORFARAH BINTI NORAINI BT
BAHAROM SHAH (8) VASUDEVAN (9) MOHD HAFIZ (14) OTHMAN (16)
MOHD YUSOPP (12) AHMAD (13)

ROSLAN BIN MOHD ASPALAILA BINTI MAZNI BINTI OSMAN
NOR (17) JAMALI (20) (20)

FEBRUARI

ROSMAWATI BINTI MARFUZAILA BINTI NURUL AINI BINTI RUHALIZA BT A BIDIN SALMAH BINTI YAA- MOHD NAJMI BIN
BUANG (2) MAT DAUD (3) GHAZALI (4) (14) COB (15) MOHAMED DAUD

(17)

MOHAMAD BIN NORHAILY BINTI NORHAYATI BINTI
SHAFEI (20) RUSLAN (22) KHALID (27)

MAC

MASTURA BINTI NAJIBAH BINTI ISMAIL SURTINI BT BASHRI (4) RUHAIZA BINTI MOHD SURIDAH HAWA BT MASLIZA BINTI KHALIN
HARUN (4)
(4) SALIM (7) ISMAIL (9) (12)

MOHAMMAD AZIZI SHAHANIZA BINTI ROZILA BINTI MUHAI- RAFIDAH BINTI KASSIM
BIN AB AZIS (12) HASHIM (12)
YIDDIN (22) (23)

BARISAN GURU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

MAC

KAMALIAH BT SIDIK ROSFALIZA BT OTHMAN YUSZIEAYATI BINTI NUR HANIFFAH BINTI BASRAH BINTI ABDUL HAMIDAH BINTI YEOP

(25) @ JAFFAR (25) YUSOP (25) ALIAS (27) RAZAK (30) NAZRI (30)

NOOR SHARMILA BINTI
MOHD NOOR (31)

APRIL

ZAINI SAHAWATI MUHANIZAN BT MUHAM- NORZITAH BT MAT RAIS MARJAN BINTI ISMAIL ZABIDAH BINTI CHIK NURHASNIDA BINTI
BINTI MAT ZIN (1) SAIDIN (9)
MAD AB. RAHMAN (3) (5) (7) (8)

SRI NUR FAEZA BINTI ZAIDI BIN ABDULLAH SHIDAH BINTI MUSTAFA FARIDAH BINTI ABDUL SURAYA BINTI RUSELAN INTAN SHAHRINI BINTI
(14) (15) RAHMAN (20) (20) SHAFFIE (20)
KASIM (12)

SYED MOHD SAIFUL NORAIN BINTI NORHAMEMI BINTI NAZRI BIN HASSAN (27)
AKRAM BIN SD AGIL SULAIMAN (22) MOHAMED BAZIN (25)

(21) MEI

MARDZIIAH BINTI MOHD SAFRIN BIN NORAZAH BINTI SUBARI ZAINI @ NOR YUZAINI NOR AFDIRA SURIYANI NOR AZAH BINTI
CHE MAT YASIN (5) JAMEL (5) MOHD SIRAJ (9)
(5) BT JUSOH (6) BINTI MOHAMED ALI

(8)

BARISAN GURU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

MEI

ROSNANI BT HARUN WAN NOOR HAYATI BT ROZITA BINTI ABU ROSLINA BINTI DAN RUHANI BINTI YUSOFF AINUL HANA BT
(11) WAN ALI (11) AMAN (13) (16) (18) YUSOFF (24)

KAMARIAH BT MAT
(25)

JUN

ROSNAH BINTI SHAFII ROHANA BINTI MAN (4) MASRINA BINTI MOHD NOOR AZYANA BT SURIM NADIA SHAHIDA BT NOORASHIKIN BINTI
SALEH (5) (5) YUSOF (6) IBRAHIM (7)
(1)

ELAH BINTI SENUI (12) DIYANA BINTI RAMLI SUHAIRI B ABU BAKAR MOHAMED FIRDAUS SALSABILAH BINTI NUR HANISAH BINTI
(15) (15) BIN CHE BAHAROM MASRI (17) MASEROO (18)

(17)

HASMIDA BINTI SITI FATIMAH BINTI KARTINI BT ISMAIL (20) ROHANA BT YEOB (22) NORSYAHIDA BINTI WAN SITI MANNAM
HALIM (19)
MOHD ANUWI (19) MOHD. ZAINUDIN (22) BINTI WAN JUSOH (23)

SYARIFAH ROSYAMI- SALMEE SUHANA BINTI
MOHAMMAD SAFIE
RA BINTI SAYED
(29)
HASSAN (25)

BARISAN GURU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JULAI

ZALINA BINTI GHAZ- HASNI BIN ABU HASSAN ASPALELA BINTI ABDUL- NORISMARUBY BINTI SHARIPAH BINTI AR- SAA'DIAH BT HUSNI
(5) LAH (9) MUHAMAD NOR (13) BAIN (15) (16)
ALI (1)

LATCHUMY PIRIYA- ANIS SOFIA BINTI CHE AZIAH BINTI
TARISINY A/P VA- SHAFIE (20) JAMRI (29)
RATHARAJOO(18)
OGOS

AZLAN BIN SALEHON SITI MARZIAH BINTI HASNITA BT SAIBON (6) ROSLIZA BINTI SAIDIN NORHIDAYU BINTI ALI RAKISHAH BINTI
(1) MOHAMAD MURTADZA (6) MUSA (15) RAZALI (21)

(1)

NAJWA AWATIF BT AINA BT ABD RAHMAN NOR MEGAWATI BINTI
(28) ABDUL JALIL (30)
ZAINAL (27)

SEPTEMBER

HASLINDA BINTI FARIDAH BINTI AB MAZIRAH BINTI MO- KALA A/P MEMI @ ROSNAH BT ARIFIN (13) SHAHRIZAL BIN
MANSOR (6) GHANI (10) HAMED (10) MANI (12) SAHJAN (13)

NORZILAWATI BINTI EMI HARYANI BINTI SALIMAN @ SALIMAH LEVINIA ANAK TONG SITI ZURAINI BINTI MUHAMMAD SYAHRIL
IBRAHIM (15)
HASSAN (17) BINTI ISMAIL (19) KENG (25) ZUKIPLI (27) BIN OMAR (28)

BARISAN GURU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

OKTOBER

NURAIN BINTI YAHYA NOR HANIZON BINTI SITI MAIZURA BINTI RAIHAN RAHAYU BINTI SUHAIZON BINTI AKMAR HARMIMI BT
(10) KASDI (10)
ISMAIL (14) MOHD FADZIL (15) ZAINAL ABIDIN (26) KAMOROZZAMAN (27)

ROBEAH BT DAGAP
(31)

NOVEMBER

FAIRUZ SULIANA ANIZA SALFARINA BINTI SITI NOORAISYAH BINTI HAIRUL FADZILAH BINTI MURDIANA NONI ROSFADILAH BT ABDUL
AHMAD (6) ABD RAHAMAN (8) ZAINUDIN (9) AKMAR BINTI MOHD KHALID (22)
BINTI ABD SAMAD (4)
NOR (14)

ZAITUN BINTI MUSA MUHAMMAD NAZIM
(23) BIN SHAHARUDDIN (24)

DISEMBER

MAS IZWATULMARI- HAFIZ BIN MAHMOOD WAN ASMALAILI BT HJ SYAZRIL ARIEF BIN SAYANI BINTI MARKAM NORSHARKHIAH BINTI
AM BINTI MISWAN (8) WAN DAUD (9) MOHD. KAMIL (17) (20) MUHAMAD SHAHIMI
(21)
(3)

SUHAILA BINTI HAFIZOTURRAFI'AH BT WAN MOHD RIZAL BIN MOHD IZMAN BIN
KASSIM (22)
SUPENI (23) WAN AHMAD (26) SARONI (28)

Maklumat
am

MATLAMAT & OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid murid:

• Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebang-
saan dan bahasa rasmi negara.

• Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam
bahasa pengantar sekolah.

• Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam menyelesaikan masalah harian.

• Menguasai kemahiran belajar.
• Menguasai kemahiran berfikir.
• Bertutur,membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras

dengan kedudukuannya sebagai bahasa kedua.
• Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
• Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia

dan alam sekitar.
• Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
• Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan

rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
• Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri.
• Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat

tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.
• Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak

mulia.
• Membina semangat patriotisme.
• Mengembangkan bakat dan kreativiti.
• Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikan-

nya asas bagi amalan hidup.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada 1988 dan disemak
semula pada 1996, termaktub dalam visi kementerian dan kerajaan yang berhasrat
melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”

VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

ASPIRASI PENDIDIKAN & ASPIRASI MURID

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM &
INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini baha-
wa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

• Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
• Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
• Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
• Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
• Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
• Berpegang teguh kepada ajaran agama.

IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan
dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras
segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :

• Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
• Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan

rasuah;
• Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,

peraturan dan etika jabatan;
• Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi

sebarang perlakuan jenayah rasuah;
• Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej

pegawai awam; dan
• Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai

murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN



DASAR SEKOLAH

1. BUKU REKOD MENGAJAR.
• Semua guru hendaklah menghantar Buku Rekod Mengajar pada setiap hari Jumaat atau pada
hari akhir minggu persekolahan.
• Setiap hari guru-guru perlu melaporkan Rekod Mengajar Harian kepada kumpulan pentadbir
yang telah ditetapkan.
- Guru sesi pagi sebelum jam 7.00 pagi.
- Guru sesi petang sebelum jam 12 tengah hari.

2. KEDATANGAN GURU
Guru-guru perlu hadir 10 minit awal sebelum sesi pembelajaran bermula dan pulang 10 minit lewat
selepas sesi pembelajaran tamat.

A) Sesi Pagi (Waktu PDPc) 7.30 am hingga 1.20 pm
Isnin 7.30 am hingga 12.50 pm
Selasa, Rabu, Khamis 7.30 am hingga 11.50 am
Jumaat

Rehat Tahun 4 9.00 am hingga 9.20 am
Rehat Tahun 5 9.30 am hingga 9.50 am
Rehat tahun 6 10.00 am hingga 10.20 am

B) Sesi Petang (Waktu PDPc) 1.00 pm hingga 6.00 pm
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis 2.00 pm hingga 6.00 pm
Jumaat

Rehat Tahun 1 2.30 pm hingga 3.00 pm / 3.00 pm hingga 3.30 pm (Jumaat)
Rehat Tahun 2 3.00 pm hingga 3.30 pm / 3.30 pm hingga 4.00 pm (Jumaat)
Rehat tahun 3 4.00 pm hingga 4.30 pm

C) Waktu Kokurikulum : Rabu
Hari : 7.30 am – 8.30 am
Aktiviti Unit Uniform dan Permainan : 11.50 am – 12.50 pm
Aktiviti Kelab Persatuan

3. AKTIVITI KOKURIKULUM
Semua guru diwajibkan menghadiri kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya:
a) Sukan dan permainan (1M1S)- 18 kali setahun
b) Badan Beruniform- 12 kali setahun (Pilihan)
c) Kelab dan Persatuan- 12 kali setahun (Pilihan)

4. ETIKA PEMAKAIAN PENJAWAT AWAM
Mengikut arahan perkhidmatan awam dan pekeliling yang dikeluarkan.

DASAR SEKOLAH

5. PEMANTAUAN PDP
Setiap guru akan dipantau sekurang-kurangnya 2 kali setahun selepas Mac dan Jun.

6. WAKTU REHAT/ KELUAR WAKTU PEJABAT
Guru-guru adalah dilarang berada di luar sekolah pada masa bekerja tanpa kebenaran Pentadbir
(Guru Besar).

7. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
Perhimpunan Rasmi sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin.Semua guru dan murid diwajibkan
turut serta pada masa yang telah ditetapkan.

8. BACAAN YASIN
Bacaan yasin dibuat pada setiap hari Jumaat.

9. CUTI REHAT GURU/ CUTI SAKIT
Guru-guru perlu memaklumkan lebih awal sebelum mengambil cuti iaitu 3 hari sebelum. Makluman
mestilah melalui Guru Besar,GPK 1 dan GPK Petang kecuali kecemasan.

10. KESELAMATAN KELUAR MASUK KENDERAAN
Hanya kenderaan guru dan kakitangan sekolah sahaja dibenarkan masuk dan berada dalam
kawasan sekolah.

11. TUGAS LUAR 10%
Semua guru berhak berada di dalam kawasan sekolah sebanyak 90% berbanding tugasan di luar
sebanyak 10% daripada jumlah hari persekolahan.

12. PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI NGO
Guru dibenarkan menyertai Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dengan mendapat kebenaran
Kementerian Pelajaran.

13. PROGRAM SEKOLAH
Semua guru mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan
sebaik mungkin. Surat tunjuk sebab mestilah disertakan sekiranya tidak dapat hadir serta
dimaklumkan kepada pentadbir.

14. PENERAPAN NILAI DAN BUDAYA
Warga sekolah mestilah menjaga tingkahlaku serta mengamalkan kesopanan dan budaya semasa
berurusan dengan pelanggan.

MOTO SEKOLAH

T - Tekun iltizam tonggak kejayaan
A - Amalan murni warga S.K.B.T.P
S - Setia Bersama berpadu tenaga
I - Ikhlas, cekap, bersih dan amanah
K - Kualiti teras Pendidikan cemerlang
P - Prinsip disemai jadikan amalan
U - Untuk bekalan masa hadapan
T - Tabah mendidik putera puteri berdisiplin
E - Etika kerja dan pembelajaran seiring
R - Rajin usaha objektif tercapai
I - Ikrar warga S.K.B.T.P

PIAGAM SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri bertekad untuk memberi
pendidikan yang sempurna, teliti, tulus dan berkesan dalam

melaksanakan segala program Pendidikan. Budaya penyayang,
kesungguhan usaha dan prihatin terhadap keperluan anak didik jitu

membolehkan pendidikan yang cemerlang tercapai.

LENCANA & MAKSUD LAMBANG SEKOLAH

NAMA SEKOLAH ALAM SEKITAR YANG PERLU
SK BANDAR TASIK PUTERI, 48000 DIHARGAI SEIRING DENGAN

RAWANG SELANGOR KEMAJUAN TEKNOLOGI

KEPENTINGAN IT DALAM DUNIA MOTO SEKOLAH
PENDIDIKAN MESRA, IKHLAS,

LALUAN ILMU YANG TIADA CEMERLANG
TEPIAN YANG PERLU
DITEROKAI

LAGU SEKOLAH

Indah nan permai SKBTP
Keceriaan jelas terpancar
Warga sekolah bersatu hati
Kejayaan dalam genggaman

Mesra, cemerlang, gemilang
Itulah yang dijanji

Harapan ayah serta bonda
Pastinya akan ku sanjung tinggi

Prinsip disemai jadikan amalan
Buat bekalan masa hadapa
Putera puteri
Berdisiplin berbudi bersama

Mesra, cemerlang, gemilang
Itulah yang dijanji

Harapan ayah serta bonda
Pastinya akan ku sanjung tinggi

SK BANDAR TASIK PUTERI

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik dan staf SK Bandar Tasik Puteri Rawang dengan penuh
tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan
tenaga kami untuk :

MURID :
• Memastikan proses PdPC berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual

waktu (MMI) dan murid mendapat pendidikan berkualiti.
• Memastikan buku/hasil kerja murid diperiksa selewat-lewatnya dua hari selepas

dikumpulkan.
• Memastikan selewat-lewatnya dua hari selepas dikumpulkan.
• Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta merta.

STAF:
• Memastikan urusan gaji guru tepat pada masanya
• Memaklumkan kepada guru segala edaran daripada stakeholder berkaitan

dengan perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya 1 hari daripada tarikh
diterima.
• Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun
• Semua tuntutan perjalanan diproses dalam masa seminggu selepas baring
diterima.

IBU BAPA :
• Segala aduan dan rayuan bertulis diproses dalam masa seminggu
• Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 30 hari sebelum

dihantar kepada pihak yang berkenaan.
• Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian

pendidikan.

KOMUNITI :
• Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.

PELAN KELAS 2020

KETETAPAN
KURIKULUM

KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

OBJEKTIF KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH
• Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
• Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
• Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

1. PERNYATAAN KETETAPAN KURIKULUM
1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum

yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan
mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
1.2 Ketetapan Kurikulum Sekolah (KKS) yang diwartakan mestilah selari dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025.
1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia.
1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan empat kali setahun bagi

membincangkan pengurusan dan pelaksanaan masalah dan isu kurikulum di sekolah.
2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
2.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru.
2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya
di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah
disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Ketua Panitia
Mata pelajaran beserta dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

3.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 /
1986 .

3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti (SPSK)

3.3 Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi
dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam
kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan
dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu, berkongsi fikiran,
pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan
pengajaran.

3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan
GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia

3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan
para pelajar terhadap pembelajaran

3.6 Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan empat kali setahun bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah. Semua
mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Pn
Guru besar dan Penolong Kanan Pentadbiran melalui Setiausaha Kurikulum

3.7 Ketua Panitia dan Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan
semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan diselia oleh Ketua panatia mata pelajaran dan penolong kanan pentadbiran.

4. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN
TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

4.1 SP, HSP dan RPT adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila
merancang proses pengajaran dan pembelajaran

4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada
setiap akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang disediakan
hendaklah mengikut aras kemampuan pelajar dan perlu mengikut takwim semasa
sekolah.

4.3 Guru mestilah dapat menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang
konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

4.4 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah
dilampirkan bersama di dalam Folder Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas
supaya senang dirujuk

4.5 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Fail Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan .

4.6 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam
Fail Mengajar sebelum masuk kelas. Oleh itu Fail Mengajar mestilah lengkap dan
dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .

4.7 Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
Sukatan diselesaikan 1,2,3,4,5 pada Bulan Oktober
Sukatan diselesaikan tahun 6 pada Bulan July.
Sukatan diselesaikan pada Bulan September.

5. PAKEJ MATA PELAJARAN

5.1 Bagi mata pelajaran Sekolah Rendah, seorang pelajar akan mengambil semua mata
pelajaran kecuali pelajar bukan beragama Islam akan mengambil Pendidikan Moral dan
yang beragama Islam akan mengambil Pendidikan Islam secara pentaksiran Berasaskan
Sekolah dan Pentaksiran Pusat.

5.2 Bagi mata pelajaran selain daripada matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (murid Islam) dan Pendikan Moral (murid
bukan Islam), elektif matepalajaran adalah seperti berikut:

6 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARA

6.1 Pengajaran dan pemudahcara berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.

6.2 Menyediakan kemudahan pengajaran pdpc dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )

6.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran
dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .

6.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif
dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLE Frog digalakkan dan akan
diperluaskan.

6.5 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
seperti yang terdapat dalam MBMMBI

6.6 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generic kemahiran berfikir
kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT ) semasa proses
pengajaran dan pembelajaran

6.7 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian
peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti.

6.8 Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran ‘i-Think’ untuk mencungkil bakat dan
kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

6.9 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran, pelajar dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya
tumpuan murid di dalam kelas .

6.10 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content skill
language skill, ICT skill & pedagogi skill’ Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan

6.11 Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian
mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan
berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut. Oleh itu pengurusan
’Headcount Mata pelajaran’ dan kaedah GROW mestilah menjadi amalan dan
kelaziman bagi setiap orang guru .

6.12 PdPc menggunakan stesen-stesen pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah
digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan terutama Tahap 1 dan Tahap 2
menggunakan PBS agar PdPC lebih menarik dan berkesan.

6.13 Proses Pdpc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara
belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .

6.14 Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan mencapah ataupun HOTS
– Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.

7 . BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN
7.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-

konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada murid.
7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS
dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
7.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran PdPc sains selaras dengan SPI Bil
7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris
dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat,
pemerhatian, kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman
yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya.
Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran
komunikasi dalam bentuk penulisan .
7.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPC dalam bilik darjah. Guru mata
pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru
mata pelajaran mengikut skedule yang telah ditetapkan .
7.6 Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia
mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan
cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam
panitia.

8. LATIHAN MINIMUM
8.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses

pengkayaan dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
8.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima
dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
8.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 6 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tahun

9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
9.1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
9.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang

ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996
9.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran

berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif
9.4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur

dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Penilaian dan Peperiksaan
(rujuk lampiran) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian sumatif setahun,
dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan,
rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ‘content skill’ dan post mortem
peperiksaan .
9.6 Jawatankuasa ‘Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua
data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ‘Take Off Value’ dan
meletakkan ‘ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. GROW juga
digunakan untuk membuat Reality Checking serta untuk membuat Goal Setting dari awal
tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan
keputusan peperiksaan mereka.

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

10.1 Jumlah waktu pembelajaran bagi setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan
Akta Pendidikan 1996 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.

10.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat kurikulum

10.3 Ketetapan minggu persekolahan sebanyak 40 minggu akademik dan 3 minggu bukan
akademik.

10.4 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran
guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam )

10.5 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah dibuat secara adil
10.6 Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tahap 1 ke Tahap 2 menjadi syarat utama agar

peluang pengalaman mengajar kelas peperiksaan kepada guru-guru di sekolah ini.
10.7 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah antara 26 hingga 30 waktu

seminggu
10.8 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti

rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual
Waktu Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang
akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam
Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada murid
untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .
10.9 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu anjal akan diurus dan
disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
10.10 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras
bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan
mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal Sains, Bengkel
KH, Musolla, Bilik Akses, Bilik PSV , Bilik APD dan Makmal Komputer,Bilik Muzik .
10.11 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam
meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat
sumber mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, dan ketua panitia
adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan
mereka masing-masing.

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
11.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah
menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah
kecemerlangan dan ketrampilan murid.
11.2 Jawatankuasa kuasa induk SPS menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik.
11.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran,
menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh
dikuasai, meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan,
meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi
dan minat untuk terus belajar.
11.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program
yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa
yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang
tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-
program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid
untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi, pendedahan teknik dan
’practice make perfect’ juga ’practice make permanent ’.
11.5 Penglibatan PK HEM, PK Petang, PK PPKI,Guru Kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib
bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik .
11.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada
Jawatankuasa.

12 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
12.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan

diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun.
12.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun

jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan guru cemerlang untuk
menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-
program sekolah .
12.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan. Oleh itu
adalah penting guru tidak membuat penilaian berdasarkan pandangan tetapi mestilah
membuat pandangan berdasarkan pemerhatian supaya penambaikan boleh berlaku .
12.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali
setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan .
12.6 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan
oleh guru guru Penolong Kanan.
12.6 Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil kerja murid
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik
12.7 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .

d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan
keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.
Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.

e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan
Penolong Kanan (HEM) dan Penyelia Petang merekodkan data kehadiran murid.

f) Penolong Kanan (HEM) atau guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data
kehadiran murid ke dalam Sistem e-Hadir secara atas talian (on-line) sebelum pukul 9.00
pagi dan 3.00 petang setiap hari persekolahan.

g) BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.

6.0 MURID “BUKAN WARGANEGARA” (MBWN)
6.1 Bagi murid “Bukan Warganegara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi

sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti
ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid bukan warganegara juga dikenakan bayaran
tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
6.2 Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warga

7.0 FAIL PERIBADI MURID
7.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
7.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian

pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
7.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan,

keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan
(UPSR) disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK
Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM.
7.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahan atau bertukar sekolah.
7.5 Semua fail perlu disimpan dalam kontena berlabel di bilik darjah atau bilik guru.
7.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga
bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan
surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.

8.0 PENDAFTARAN MURID BARU
8.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal

pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
8.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh

ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama borang APDM dari
sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
8.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru ke dalam APDM. Bagi murid asal,
guru-guru hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat pada tahun sebelumnya.
8.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk
bantuan dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
8.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan
yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan
kepada Ketua Unit Kebajikan atau PK HEM untuk tindakan lanjut.
8.6 PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Penilaian
Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja
kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen
tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan
hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
8.7 PK HEM akan menyerahkan borang APDM kepada guru kelas untuk pengisian butiran murid
secara on-line.
8.8 Setiap maklumat pelajar baru akan didaftarkan ke dalam Buku Rekod Pendaftaran dan ke
dalam sistem APDM.
8.9 Murid akan ditempatkan di kelas berdasarkan prestasi akademik murid.
8.10 Setiap pelajar diwajibkan memiliki Buku Peratutran Sekolah dan dibawa ke sekolah pada
setiap masa.

9.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
9.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum

mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara
negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS) - masalah pertukaran ke
luar negera – Rujuk SPS
9.2 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
9.3 Untuk pertukaran dalam Daerah Gombak, guru SPBT merekodkan judul buku yang akan
dibawa ke sekolah baru.
9.4 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan
pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
9.5 Sijil Tamat Sekolah Rendah hanya diberikan kepada murid Tahun 6 atau murid yang telah
lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes
berhenti sekolah, Sijil Tamat Sekolah Rendah hanya dikeluarkan jika pemohon
menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang
daripada 17 tahun. (murid bukan warga – rujuk SPS)
9.6 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti
sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 8.6. selagi murid itu berada dalam
lingkungan umur pendidikan wajib.

13 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP )

13.1 Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa
memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk
budaya kerja cemerlang.

13.2 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga
sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui mesyuarat Profesionalisme,
Perbincangan Profesional, dan Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah.

13.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Guru Besar untuk
tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah
mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat
berkaitan kursus yang dihadiri.

13.4 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab
itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi, pengurusan
panitia yang efesien dan PdPC menggunakan 1 Bestarinet VLE FROG.

13.6 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya
adalah menjadi tanggungjawab Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan
pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh
ketua panitia mata pelajaran tersebut .

13.6 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia
atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan
pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat masa, sasaran, tajuk
dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar .

Ketetapan Kurikulum Sekolah Disediakan
Oleh Unit Kurikulum Sekolah
SK BANDAR TASIK PUTERI

KETETAPAN
HAL EHWAL

MURID

KETETAPAN HAL EHWAL MURID

1.0 PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 )

BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan
penyelamat bangsa.
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya
saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawa-
san negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia.
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidi-
kan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah sua-
tu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, ber-
keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kese-
jahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”.
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang
diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan
negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi
dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar
itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan per-
belanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa
murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Bag-
inda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau lati-
han sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.

2.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah.
Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk
menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah
kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat
seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan
yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir
sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi
ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset
negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia
yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan
yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri
institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.

3.0 MATLAMAT
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif, kritikal,
memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan HEM.
4.2 Menghasilkan program HEM yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.

5.0 PENGURUSAN KELAS
5.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi bagi guru sesi

pagi dan pukul 3.00 petang bagi guru sesi petang. Sila ambil perhatian terhadap murid yang
datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir.
Bagaimana pun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab
kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:

BIL SIMBOL MAKSUD

1 / Murid hadir
2 O Tidak hadir bersebab
3 S Tidak hadir kerana sakit ( dengan dokumen sokongan)
4 K Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar ( dikira tidak hadir)
5 L Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
6 W Murid mewakili sekolah ( tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
7 G Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir)

10.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

10.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:

- Ketua Kelas - Penolong Ketua Kelas

- Bendahari - AJK Kebersihan

- AJK Keceriaan - AJK Keselamatan

- AJK SPBT

10.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
a) Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
b) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
c) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
d) Pelan kedudukan kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
e) Inventori Kelas - ditampal pada pintu
f) Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
g) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu
semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
h) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk
sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat
yang sesuai.
i) Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
j) Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.

10.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat
yang mudah dilihat.

10.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan
dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

10.5 Kebersihan kelas:
a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih
dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar
dari kelas berkenaan.
c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul
sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam
keadaan kemas dan teratur.
e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggal-
kan kelas.
f) Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

10.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.

10.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

11.0 PENGURUSAN DISIPLIN

11.1 Ponteng Sekolah
a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak

membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
b) Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas (sila rujuk Nota 4.1 (c)
c) Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/Tidak Berterusan

Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas surat Amaran 1

Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas surat Amaran II

Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 29 hari selepas surat Amaran III

Jumlah 31 hari 60 hari
Keseluruhan

d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail
kelas).

e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
• Amaran 1 Ditandatangani oleh GPK HEM
• Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
• Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
• Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua.
• Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga,
• salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku dan
• salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
• Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar.
• Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut:

AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
f) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut

hendaklah dipatuhi:
• Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/

penjaga masing-masing.
• Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/

penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPK HEM terlebih dahulu.
• Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga

dan berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru
Besar berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat
aku janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan
dan diluluskan oleh pihak JPN Negeri Selangor.

11.2 Rekod Pengurusan Bilik Darjah ( RPBD )

a) Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku Pengurusan Kelas
setiap hari.

b) Rekod Pengurusan Bilik Darjah akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi
hari Isnin oleh Ketua Guru Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas
untuk memulangkan BPK ke meja Ketua Guru Disiplin setiap hari Jumaat selepas waktu
akhir.

c) Rekod Pengurusan Bilik darjah hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan
diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.

d) Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Seni Visual , Pendidikan Muzik, RBT dan Pendidikan Jasmani , ketua kelas
akan membawa buku BPK untuk ditanda oleh guru yang berkenaan.

e) Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang yang tidak hadir , keluar kelas
atau lambat masuk kelas atau ponteng kelas semasa guru mengajar.

f) Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
sebelum menandatangani Rekod Pengurusan Bilik Darjah.

g) Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh
guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam
Buku Rekod Disiplin untuk tindakan Ketua Guru Disiplin atau Guru Disiplin. Jika kes berat
yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam Buku Rekod Disiplin dan terus
maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.

h) Ketua Guru Disiplin akan menyemak Buku Pengurusan Kelas dan Buku Rekod Disiplin
setiap hari Jumaat dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan
selanjutnya.

i) Penyelaras Rekod Pengurusan Bilik Darjah hendaklah menjaga BPK dengan baik dan
sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPK HEM pada
setiap akhir semester 1 & 2.

j) Sekiranya Rekod Pengurusan Bilik Darjah hilang , Ketua Kelas sesi pagi dan petang
hendaklah melaporkan kepada guru kelas atau Ketua Guru Disiplin sekolah dengan
segera.

k) Guru kelas bertanggungjawab menggantikan Rekod Pengurusan Bilik Darjah jika
didapati Rekod Pengurusan Bilik Darjah hilang.

11.3 Kad Kebenaran Keluar

a) Semua guru hendaklah mendapatkan kad kebenaran keluar daripada GPK HEM pada
awal tahun.

b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai kad berkenaan.

c) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan kad
daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.

11.4 Disiplin Murid

a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.

c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat
kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.

d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM
serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya
dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.

f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
g) Masalah disiplin hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Disiplin yang berada di

dalam kelas.

11.5 Kawalan /Tanggungjawab Guru

a) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha
bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
individu. (Amalan Budaya Penyayang)

b) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering
menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka
bagi mendapatkan kerjasama.

c) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan jika murid-murid tidak
memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.

d) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-
murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

e) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
melaporkan kepada pentadbir sekolah jika ada kerosakan untuk diambil tindakan lanjut.

f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan
ambil tindakan yang sewajarnya.

11.6 Dasar Umum Disiplin

a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada
setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.

b) Setiap murid wajib memiliki buku komunikasi dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.

c) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan.

d) Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan
kepada murid-murid dari semasa ke semasa.

11.7 Pemeriksaan Mengejut

a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

b) Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan
bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh
murid berkenaan.

c) Barang larangan yang berharga akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan
direkod oleh Guru Disiplin dalam SSDM .

d) Barang larangan atau rampasan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
e) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu

bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat
perjanjian.
f) Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga minggu akan dilupuskan setelah
diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
g) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

11.8 Kaedah Mengatasi Disiplin

a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada semua guru kelas
(untuk dipamerkan di papan kenyataan) dan juga di bilik-bilik khas.

b) Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat
dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.

c) Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
• Merekod kesalahan murid di dalam Buku Rekod Disiplin.
• Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke

mesyuarat disiplin mengikut keperluan.
d) Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan:
• Kedatangan penuh - 2 kali setahun
• Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil

penghargaan pada Hari Kanak-kanak. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab. Murid
yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun.

11.9 Pengurusan Perhimpunan

Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Isnin). Masa perhimpunan
30 minit untuk sekolah rendah, dan dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
Perhimpunan akan diuruskan oleh guru pengawas, guru bertugas dan pengawas
sekolah.
Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
PKP perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk memastikan
semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak sebagai role
model.

11.10 Waktu Pembelajaran

A) Sesi Pagi 7.30 am hingga 1.20 pm
Isnin 7.30 am hingga 12.50 pm
Selasa, Rabu, Khamis 7.30 am hingga 11.50 am
Jumaat 9.00 am hingga 9.20 am
Rehat Tahun 4 9.30 am hingga 9.50 am
Rehat Tahun 5 10.00 am hingga 10.20 am
Rehat tahun 6

B) Sesi Petang 1.00 pm hingga 6.00 pm
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis 2.00 pm hingga 6.00 pm
Jumaat 2.30 pm hingga 3.00 pm / 3.00 pm hingga 3.30 pm (Jumaat)
Rehat Tahun 1 3.00 pm hingga 3.30 pm / 3.30 pm hingga 4.00 pm (Jumaat)
Rehat Tahun 2 3.30 pm hingga 4.00 pm
Rehat tahun 3

C) Waktu Kokurikulum : Rabu
Hari : 7.30 am – 8.30 am
Aktiviti Unit Uniform dan Permainan : 11.50 am – 12.50 pm
Aktiviti Kelab Persatuan

12.0 KEBAJIKAN MURID
12.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data yang
diambil daripada Aplikasi Data Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini.

12.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapat buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari

pertama sesi baru persekolahan.
b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama

(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas

dan ditulis nama.
d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah

ke negeri lain membawa bersama buku SPBT tersebut dan mencatat dalam Borang G.
e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh

yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
g) Guru kelas perlu menghantar Borang G yang lengkap kepada penyelaras SPBT untuk

dimasukkan ke dalam fail.
h) Guru SPBT perlu memproses buku teks SPBT edisi baru yang diterima secepat mungkin

bagi kegunaan murid sesi akan datang.

i) Melantik pengawas SPBT bagi membantu pengurusan SPBT sekolah.
j) Cadangan Guru SPBT dikekalkan 3 tahun.
k) Menubuhkan Kelab SPBT

12.3 Pengurusan KWAPM dan Bantuan Lain
a) Guru KWAPM mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran untuk

menerima KWAPM.
b) Guru Kelas juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon

KWAPM
c) Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memper-

baharui permohonan mereka setiap tahun dengan mengisi borang permohonan
bantuan KWAPM.
d) Guru KWAPM perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima KWAPM.
e) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima KWAPM dan bantuan-
bantuan lain.

12.4 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat

fokus utama iaitu:
• Pembangunan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Pendidikan kerjaya murid
• Psikososial dan kesejahteraan mental murid
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh
didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama
ada secara individu atau kelompok.
d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung / dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu
dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang me-
merlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
f) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari
persekolahan setahun.

12.5 Kebajikan Murid

a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
Bilangan anak yatim di dalam kelas
Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon

oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan
ke dalam APDM seperti:
• Biasiswa Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
• Susu 1Malaysia Vitamin 1 Malaysia
• Bantuan Pakaian Seragam
• Derma Kebajikan
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM atau AJK Kebajikan sekiranya
ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana
dalam keluarganya.
d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.

13.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

13.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah

lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
menengah.
c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabi-
la pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan kepada
murid oleh pegawai kesihatan.
e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

13.2 Kad Pergigian Murid
a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid

untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak /
anak jagaannya.

c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
Kesihatan berkenaan.

13.3 Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua atau mana-

mana Penolong Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-

mana hospital atau klinik kerajaan.

13.4 Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau

kurang sihat pada hari tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas

boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang

sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan,

guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa atau penjaga.
e) Jika keadaan murid memerlukan rawatan segera, guru kelas atau guru bertugas

menghantar murid tersebut ke klinik berdekatan.
f) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku

Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

13.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,

kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga

kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar

kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan
setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama sesi pembelajaran.
e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas
dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
f) Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum
meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

13.6 Kantin Sekolah
a) Ketua Unit Kantin dan AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha

kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh
kawasan kantin.
b) Ketua Unit dan AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan me-
nyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
c) Ketua Unit dan AK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
d) Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN Selangor dengan
kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
e) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual
di luar kawasan sekolah.
f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
h) Murid dikehendaki beratur mengikut garisan yang telah disediakan.

13.7 Kebersihan Kelas
a) Murid mesti membersihkan kelas 10 minit sebelum waktu pertama bermula.
b) Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan

untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
c) Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa

sepanjang minggu bertugas.

14.0 KESELAMATAN SEKOLAH
14.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan
14.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di ka-

wasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
14.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan

dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
14.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran

daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid.
Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada
nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid
perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru
pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
14.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua
pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti
dilaksanakan.
14.6 Penglibatan murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah

14.7 Latihan Kecemasan Kebakaran
a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan sekali

setahun.
b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.

Pemeriksaan alat-alat dan sistem penggera keselamatan dibuat sekali setahun.
c) Laluan kebakaran dan peraturan keselamatan hendaklah ditampal di setiao kelas dan

bilik-bilik khas.
d) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan

segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas
atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
e) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
bekalan gas ditutup sebelum keluar.
f) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke
tempat berkumpul.
g) Guru Kelas mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan
mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah
dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta

14.8 Menghadapi Tsunami / Tsunamo
a) Jika terdapat tanda-tanda peluang terjadinya tsunami lakukan evakuasi ke lokasi seperti

berikut:
• Bangunan bertingkat yang memenuhi syarat berikut:
• Lebih dari dua tingkat
• Berada pada jarak 500m dari garis pantai
• Tidak ada kerosakan pada struktur bangunan
• Kawasan yang tinggi yang memenuhi syarat: Ø
• Berada lebih dari 10m dari permukaan laut
• Dapat dicapai dalam waktu kurang dari 30 minit dengan berjalan kaki

14.9 Polisi Keselamatan Sekolah
a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah
iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamal-
kan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga
sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

14.10 Kenderaan Guru, Kakitangan dan Pelawat
a) Guru dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah

dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
b) Kenderaan Guru dan Kakitangan sekolah perlu dilekatkan dengan sticker yang telah

ditempah oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
c) Guru-guru dan kakitangan sekolah diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan

mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

14.11 Pondok Kawalan Keselamatan
a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka

mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin

berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
c) Khidmat Warden lalulintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk.

15.0 MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
15.1 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid hendaklah di adakan sekurang-kurangnya

tiga kali setahun.
15.2 Agenda tetap:

a) Ucapan Pengerusi
b) Pengesahan minit mesyuarat
c) Perkara berbangkit / maklum balas
d) Pembacaan kuat dasar-dasar baru / SPI / Surat siaran rasmi
e) Analisis Laporan Salah Laku Murid
f) Laporan Program 3K
g) Hal-hal lain.
15.3 Ahli mesyuarat:
• Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
• Tim.Pengerusi : GPK HEM
• Setausaha : Dilantik
• Ahli : Semua Penolong Kanan, semua setiausaha di bawah Unit HEM,

Semua Guru Kelas Penyelaras Kelas, Guru Bimbingan dan Kaunseling

KETETAPAN
KOKURIKULUM


Click to View FlipBook Version