The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Masjid Sultan Iskandar Dato Onn C19A0127

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fitrah Intan, 2023-01-10 10:08:07

Masjid Sultan Iskandar Dato Onn

Masjid Sultan Iskandar Dato Onn C19A0127

BUKU DIGITAL

Masjid Sultan
Iskandar

APRESIASI ESTETIKA

ISI KANDUNGAN

Rukun Islam &
Rukun Iman 01

Lagu Bangsa
Johor 02

Seni Bina Masjid 05

Seni Hias Masjid 08

Nilai Estetika 11

Masjid Pelancongan
Pertama 13

Rumusan 16

Rukun Islam

Mengucapkan 2 kalimah shahadah
Mendirikan solat 5 waktu

Berpuasa di bulan ramadhan
Mengeluarkan zakat

Mengerjakan haji ke baitullah bagi yang
berkemampuan

Rukun Iman

Rukun Iman terdapat 6 perkara, iaitu:



Beriman kepada Allah SWT.
Beriman kepada malaikat.
Beriman kepada kitab-kitab.
Beriman kepada rasul-rasul
Beriman pada hari Kiamat.
Beriman qada’ dan qadar

01

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia

segala kehormatan
sihat dan ria

kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi

dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan

Lagu ini digubah oleh konduktor muzik
Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar

MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh
Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman

(1876-1955)

02

Kata Alu-Aluan

Ketua Editor

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Apresiasi Estetika (CWT
3172) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Khairulwafi Bin Mamat
@ Abdul Majid, selaku pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan
tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Encik Khairulwafi Bin
Mamat @ Abdul Majid atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima
kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.




03

APA Masjid Sultan Iskandar, WANCorp telah mendapat
YANG Bandar Dato’ Onn iaitu perkenan DYMM Sultan Johor,
masjid keenam dan terbesar melalui Mufti Negeri Johor dan
dalam rangkaian Masjid An- Jabatan Agama Islam Negeri

M E N A R I K Nur Johor Corporation yang Johor untuk membenarkan
mampu memuatkan masjid tersebut memulakan

? sehingga 4,600 jemaah, solat Jumaat pertamanya
telah mula diuruskan oleh pada 8 Januari 2016. Mampu

Waqaf An-Nur Corporation memuatkan 4,600 jemaah

Berhad (WANCorp) bermula dalam satu-satu masa.

Masjid Sultan Iskandar, solat Jumaat pertama pada
26 Disember 2015.
Bandar Dato Onn,



Johor Bahru menjadi Masjid ini dibina oleh Johor Sejumlah RM7.2 juta atau lebih
masjid pertama di Land Berhad, sebuah 25 peratus kos pembinaannya
negara ini yang syarikat dalam Kumpulan adalah hasil sumbangan
diisytihar sebagai Johor Corporation dengan syarikat dalam Kumpulan
kos RM28 juta di atas tapak Johor Corporation dan orang
masjid pelancongan. seluas 5.38 ekar. Ia mula ramai manakala selebihnya

dibina pada pertengahan ditampung oleh Johor Land

2013 dan siap pada Berhad selaku pemaju Bandar

penghujung 2015, kini Dato’ Onn.

diuruskan oleh WANCorp. 04

Seni Bina Masjid

Apresiasi Estetika

Konsep penting dalam seni bina
Islam ialah pencapaian iman

dan amal, taqwa dan tawadhu',
aman dan damai serta
merendah hati kepada
keagungan Allah s.w.t.

Seni bina masjid di Malaysia mempunyai dua bentuk yang berlainan,

iaitu bentuk dari pengaruh tradisi serantau yang dikenal juga dengan
masjid tradisional. la dibina sebelum berlakunya penjajahan. Bentuk
masjid kedua banyak terpengaruh dengan seni bina dari luar
terutama dari Timur Tengah, Maghribi dan India. la dibina semasa
penjajahan dan selepas merdeka. Masjid tradisional masih terikat
kuat dengan pengaruh iklim dan persekitaran seperti cuaca panas
dan hujan lebat sepanjang tahun 4 Perbincangan seni bina masjid
akan menyentuh beberapa binaan yang menjadi ciri-ciri binaan
masjid, iaitu bumbung atau kubah, dewan sembahyang, mimbar,
mihrab dan menara.

05

Selaras dengan perkembangan
zaman dan kepentinganya, masjid
kemudiannya dikembangkan dan
diperindahkan dengan pelbagai
unsur dekoratif berdasarkan latar
belakang budaya persekitaran
umat Islam.

Seni bina masjid menjadi lambang Kenapa Kubah Masjid
keagungan tamadun berbanding Berbentuk Lingkaran?
dengan barat, kerana unsur-unsur
ketamadunan yang dikembangkan Pada asasnya, kubah itu bukan
di kota-kota raya Islam berasal dari seni bina Islam, kerana
mementingkan nilai kerohanian Islam tidak langsung membawa
dan pada masa yang sama tradisi budaya fizikal. Islam tidak
pembangunan fizikal dan mengajar bentuk seni bina yang
kebendaan tidak dipinggirkan. konkrit. Islam memberi peluang
kepada umatnya untuk menentukan
Pembangunan dan perhiasan pilihan fizikal mereka pada fikiran.
bukanlah menjadi matlamat seni Dari segi sejarah, kubah itu tidak
bina Islam, tetapi kerana kreativiti diketahui pada zaman Nabi
dan inovasi, seniman dan arkitek Muhammad, seperti halnya menara
Muslim, ia menjadi suatu seni yang dan mihrab. Seperti yang
bernilai tinggi yang disepadukan dinyatakan oleh seni bina terkenal,
bersama penggunaan corak, Prof. K Cresswell, reka bentuk awal
warna dan reka bentuk yang Masjid Madinah langsung tidak
dibuat berdasarkan ajaran al- mengenali kubah tersebut.
Quran.
Seiring dengan perkembangan
teknologi seni bina, kubah juga
muncul sebagai penutup bangunan
masjid. Kini, kubah itu seolah-olah
menjadi "tanda" sebuah masjid.
Kubah masjid berkemungkinan
besar mempunyai makna yang lebih
mendalam, sekurang-kurangnya
kewujudan kubah dalam seni bina
Islam tidak mempunyai dua tafsiran
simbolik.

06

Lebih daripada itu,
kubah juga berfungsi
sebagai penanda arah
kiblat dari luar dan
menerangi bahagian
dalam masjid. Dari
semasa ke semasa,
bentuk kubah di masjid
juga terus berubah
mengikut
perkembangan
teknologi.

Tidak hairanlah bentuk

kubah masjid itu agak

pelbagai kerana ia

bersesuaian dengan

tempat tinggal

masyarakat Islam.

07

SENI HIAS
MASJID

Apresiasi Estetika

08

Terdapat dua jenis seni hias yang Kaligrafi Islam ini juga sangat
digunakan dalam mengindahkan berkaitan dengan Al-Quran dan
masjid, iaitu seni halus yang hadis kerana sebahagian besar
menghasilkan seni ukir dan seni khat. tulisan indah dalam bahasa Arab
menampilkan ayat al-Quran atau
Ukiran ini terdapat di bahagian kepala hadis Nabi S.A.W.
pintu, tingkap, dinding pemidang di
antara dewan sembahyang dengan Seni khat ini merupakan salah satu
serambi, mimbar, pemidang serambi, bidang kesenian yang amat diminati
cucuran atap setiap tingkat bumbung, oleh orang Islam. Keindahannya
mahkota atap dan tulang perabung. diabadikan di bangunan-bangunan,
kubah masjid, seramik kaca selain
Seni kaligrafi Islam seringkali diukir diatas kayu dan logam. Dari
dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi semasa ke semasa sejak zaman
secara umumnya mempunyai maksud Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni
seni penulisan yang indah. Apabila khat terus berkembang dan
ianya dikaitkan dengan Islam, meningkat pencapaian dan
membawa kepada seni penulisan kecemerlangannya. Seni khat ini
Islam yang indah iaitu tulisan khat. juga telah menghasilkan pelbagai
Perkataan kaligrafi ini berasal dari seni reka bentuk khat. Selepas 100
bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti tahun kewafatan Rasulullah S.A.W.
indah dan graphia yang bererti tulisan. seni ini telah berada dipuncak
kegemilangannya.
Seni ini diciptakan dan dikembangkan
oleh kaum muslim sejak kedatangan Seni khat bukan sahaja berperanan
Islam. Sebagai bahasa yang memiliki mengabadikan Al-Quran dalam
karakter lembut dan artistik, huruf bentuk tulisan akan tetapi juga turut
Arab menjadi bahan yang sangat kaya mengabadikan sebahagian ayat dari
untuk penulisan kaligrafi. Al-Quran tersebut di bangunan-
bangunan masjid, rumah dan
sebagainya.

09

Sebagaimana hadis Nabi
S.A.W yang bermaksud:



“Sesungguhnya Allah itu

maha indah dan Dia
sukakan keindahan.”

10

NILAI

ESTETIKA

APRESIASI ESTETIKA

11

Dewan Solat Mihrab

Dewan solat merupakan bahagian Mihrab berfungsi untuk menandakan
terpenting dalam binaan masjid. la arah kiblat dan tempat berdiri imam
berbentuk empat segi dan ketika sembahyang jemaah. la dibina
menghadap ke arah kiblat yang dapat ke dalam dari garisan dinding kiblat
diketahui melalui kedudukan mihrab dengan bentuk yang berbagai-bagai
dan mimbar. Dewan sembahyang seperti separuh bulat, selindar
mempunyai pintu masuk dari setiap menegak atau empat segi bujur. la
arah kecuali pada bahagian barat lebih ketara dengan hiasan geometri
yang merupakan arah kiblat. Jumlah dan tulisan ayat-ayat al-Qur'an.
pintu yang banyak ini memudahkan
para jemaah masuk dari mana-mana Menara
arah. la juga bertujuan untuk
membolehkan udara masuk dari Menara merupakan satu tempat yang
setiap arah. Setiap pintu masuk terus tinggi untuk melaungkan azan. la
bersambung dengan serambi yang belum wujud pada zaman awal Islam.
digunakan sebagai tempat istirehat
dan tempat berbincang.

Menara masjid mempunyai peranan

Dewan Solat penting bagi orang yang menganut

Ruang Solat Utama 1350 m2 boleh agama Islam. Menara masjid itu
memuatkan 1680 jemaah dalam 1 saf
bersamaan 60 jemaah. Kemudian sendiri akan memberikan maklumat
Ruang Sisi 544 m2 boleh memuatkan
620 jemaah. Manakala Ruang mengenai waktu masuk solat lima
Belakang 1380 m2 boleh memuatkan
1700 jemaah. Akhir sekali, Aras Galeri waktu. Dengan menyediakan
498 m2 boleh memuatkan 600
jemaah. pembesar suara atau pembesar suara

di bahagian hujung atas menara

masjid, diharapkan masyarakat dapat

terus mengingati waktu solat agar

memberi kebaikan kepada mereka

khususnya dalam meningkatkan

ketaqwaan kepada Allah SWT.

Mimbar P
eranan menara masjid juga boleh

Mimbar merupakan tempat khatib digunakan sebagai kesan estetik.
Estetika dalam masjid bermaksud
menyampaikan khutbah pada waktu keindahan, dengan adanya menara
masjid, keindahan masjid akan
sembahyang Jumaat atau cenderung untuk dilihat, kerana
menara yang dibina boleh berada di
sembahyang dua Hari Raya. la atas masjid atau menyatu dengan
masjid atau dibina di sebelah sudut
merupakan satu binaan kecil yang masjid. masjid itu sendiri.

mempunyai beberapa anak tangga. 12

Ketinggian mimbar bergantung

kepada keluasan masjid.

MASJID

Pelancongan

Apresiasi Estetika

13

Masjid Sultan Iskandar masjid pelancongan pertama di
Malaysia terima MyTQA

Disember 19, 2019

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’
Onn, di sini menjadi masjid pertama di
negara ini yang diisytihar sebagai
masjid pelancongan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor
Corporation (JCorp) merangkap
Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation
Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu
Kassim berkata, pengisytiharan
berkenaan adalah seiring dengan
pengiktirafan pensijilan Malaysia
Tourism Quality Assurance (MyTQA)
oleh Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Ia menjadikan masjid berkenaan sebagai premis kedua di negeri ini yang
diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).
“Sememangnya sudah menjadi misi utama JCorp melalui Masjid Sultan Iskandar
yang berperanan sebagai medium bagi menyampaikan keindahan dan
kefahaman syiar Islam dengan lebih mendalam khususnya kepada masyarakat
Islam dan juga bukan Islam.

“Selain itu, seiring dengan Tahun Melawat Johor 2020 juga, Masjid Sultan
Iskandar menyasarkan 40,000 pelancong tempatan dan asing pada tahun
hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan masjid itu sebagai
masjid pelancongan dan pelancaran Buku Mutiara JCorp, di sini, hari ini.

“Bersempena dengan pengiktirafan masjid pelancongan ini juga, Masjid Sultan
Iskandar turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan
mengenai agama Islam selain sebuah bilik teater bagi memberikan kepuasan
maksimum kepada pengunjung-pengunjung untuk mendalami konsep-konsep
Islamiah.

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn yang mampu memuatkan sehingga
4,600 jemaah telah dibina pada Jun 2013 merupakan masjid keenam dan
terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation diuruskan
sepenuhnya oleh Waqaf An-Nur Corporation. - BERNAMA

14

Diriwayatkan dari Utsman bin Affan r.a. bahwa ia berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang
membangun sebuah masjid kerena mengharap ridha Allah
SWT maka Allah akan membangun untuknya seperti yang
telah ia bangun dalam surga.”(HR Bukhari dan Muslim)

Salah satu perkara yang menjadi daya

tarikan para pelancong ke Malaysia

ialah lawatan ke masjid bagi melihat

seni bina, keindahan menara, mihrab,

mimbar, tempat wuduk, hiasan

dalaman masjid, cara umat Islam

melaksanakan sembahyang, melihat

peranan imam, mendengar

kemerduan suara muazzin dan

melihat peranan makmum. Perhatian

ini menunjukkan bahawa pusat-pusat

keagamaan mampu menjana

pendapatan terhadap industri

pelancongan di Malaysia.

15

DIRIWAYATKAN PULA DARI ABU
HURAIRAH R.A. DARI NABI

MUHAMMAD SAW BAHWA BELIAU
BERSABDA, “BARANGSIAPA YANG

PERGI KE MASJID ATAU
BERANGKAT, MAKA ALLAH
MENYIAPKAN BAGINYA TEMPAT
TINGGAL DI SURGA SETIAP KALI IA
PERGI ATAU BERANGKAT.” (HR

BUKHARI DAN MUSLIM).

Rumusan 16

Bagi pelancong Muslim, setelah melakukan lawatan dan ziarah ke pelbagai
tempat menarik, masjid pastinya menjadi tempat yang wajib dikunjungi bagi
memenuhi keperluan asas agama yakni pelaksanaan ibadah solat manakala
bagi seorang bukan Muslim, pelancongan masjid sedikit sebanyak mampu
membetulkan salah faham mereka terhadap Islam dan masyarakatnya. Untuk
itu, masjid perlulah ditonjolkan sebagai satu destinasi yang perlu dilawati
oleh setiap pelancong. Sekaligus, keunikan dan kepelbagaian seni bina masjid
yang ada di Malaysia mampu memberi sumbangan dalam membangunkan
ekonomi negara melalui pelbagai kegiatan pelancongan Islam.

Penghargaan

Penulis ingin menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT
yang telah menganugerahkan taufik dan hidayatnya
sehingga terhasilnya buku digital ini.



Penulis juga ingin menyampaikan penghargaan kepada
Encik Encik Khairulwafi Bin Mamat @ Abdul Majid, selaku
pensyarah saya bagi kod subjek Apresiasi Estetika (CWT
3172). Atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini

dengan jayanya.



Harapan penulis bahawa buku digital ini akan memberi
sumbangan penting dalam masyarakat. Dengan buku
digital ini juga diharap dapat digunakan untuk kebaikan

pelajar dan juga pengajar di masa akan datang.



Akhir kalam, penulis ingin menyatakan rasa terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu secara

langsung atau tidak langsung dalam penghasilan dan
penerbitan buku digital ini.

17


Click to View FlipBook Version