ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-50 3 2. Atur Cara Majlis 4 3. Senarai AJK PIBG SMKCFB Sesi 2022/2023 5 4. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-50 6 5. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-50 7-11 6. Laporan Kewangan Tahunan 2022 12-14 7. Usul yang diterima Pada Tahun 2023 15 8. Lampiran i. Jawatankuasa Persediaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-50 ii. Borang Permohonan Menjadi Aggota PIBG (Bagi yang Tiada Anak di SMKCFB) iii. SenaraiAhli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024
Ruj. Kami : SMKCFB 100-13/1/4 ( ) Tarikh : 18 APRIL 2023 Kepada, Tuan/Puan/Waris/Penjaga, SMK Convent Father Barre, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK CONVENT FATHER BARRE KALI KE-50 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pihak PIBG SMK Convent Father Barre akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Convent Father Barre kali ke-50 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 20 Mei 2023 (SABTU) Masa : 9.00 pagi Pelantar : Aplikasi Google Meet (Link penyertaan akan diberikan melalui kumpulan Telegram Kelas anak masing-masing) 3. Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran dan menghantar usul (jika ada) dengan mengisi borang secara dalam talian melalui pautan yang telah dikongsikan di Kumpulan Telegram Kelas anak tuan/puan selewat-lewatnya pada 10 Mei 2023 (Rabu). Pengusul perlu menghadiri mesyuarat ini bagi membentangkan usul yang dikemukakan. 4. Kesudian dan komitmen tuan/puan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKDIMAT UNTUK NEGERA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, Yusnani ........................................................ (YUSNANI BINTI YUSOF) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2023/2024, SMK Convent Father Barre. 3
ATUR CARA MAJLIS 9.00 pagi : Tayangan multimedia 9.15 pagi : Majlis dimulakan • Bacaan Doa • Ucapan YDP PIBG: • Puan Norzilah binti Ali@Zahali (Yang DiPertua PIBG SMKCFB sesi 2022/2023) • Ucapan Perasmian Tuan Pengetua : Puan Harisun binti Hamid (Pengetua SMK Convent Father Barre) 9.40 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-50 bermula 11.10 pagi : Majlis tamat 4
c SENARAI AJK PIBG SMKCFB SESI 2022/2023 Penasihat Pn. Harisun binti Hamid Yang Dipertua PIBG Pn. Norzilah binti Ali@Zahali Naib Yang Dipertua PIBG En. Zahir bin Mohamed Shaffy Setiausaha Kehormat Pn. Yusnani binti Yusof Bendahari Kehormat Pn. Nur Syuhada binti Ab Rahman AJK Waris Pn. Marina binti Abdullah En Noor Amar bin Nordin En. Mohd Safizi bin Abd Rahman En. Subramaniam a/l Rajoo AJK Guru Pn. Tan Siu Hun Pn. Sakiroh binti Mustaffa Pn. Azlina binti Omar Pn. Parimala Devi a/p Kesavan Pn. Munirah binti Safiee Juru Audit Dalaman (Waris) Pn. Jaya Mani a/p Mathuraiveeran Juru Audit Dalaman (Guru) Cik Yusrina binti Ashaari 5
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-50 Agenda 1 : 5.1 Ucapan YDP PIBG Agenda 2 : 5.2 Ucapan Penasihat Agenda 3 : 5.3 Membentang, Membincangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-49 Agenda 4 : 5.4 Perkara Berbangkit Agenda 5 : 5.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan 2022 Agenda 6 : 5.6 Membahas dan Menerima Usul Agenda 7 : 5.7 Hal-Hal Lain Agenda 8 : 5.8 Ucapan Penangguhan 6
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK CONVENT FATHER BARRE KALI KE-49 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 2.30 petang Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet) Kehadiran seperti Lampiran 1. Agenda 1 : Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi 1. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru atas kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Convent Father Barre kali ke- 49 secara maya. 2. Pengerusi berbesar hati dengan kehadiran semua waris kerana sudi meluangkan masa pada hari minggu ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG hari ini 3. Pengerusi juga merakamkan sekalung syabas dan tahniah atas keperihatinan semua dengan penganjuran Mesyuarat Agung PIBG secara dalam talian buat kali kedua. 4. Pengerusi berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang tenaga, buah fikiran dan idea untuk memantapkan lagi segala program yang akan dijalankan untuk kecemerlangan murid-murid. 5. Pengerusi berharap semua ibu bapa dapat menyumbang tenaga untuk mengembleg tenaga bagi kecemerlangan sekolah. Agenda 2 :Ucapan Pengetua SMK Convent Father barre 6. Pengetua melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pihak sekolah bersama-sama dengan ibu bapa dan waris dapat meluangkan masa dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Convent Father Barre kali ke- 49 secara dalam talian ini. 7 Pengetua juga berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar memandangkan mensyuarat belum boleh diadakan secara bersemuka sepenuhnya. 8. Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ini. 9. Pengetua memaklumkan panduan pelaksanaan surat siaran berkenaan pengurusan sekolah. Pertama berkenaan kehadiran murid ke sekolah perlulah 100 peratus .Surat amaran akan dikeluarkan jika tidak hadir tanpa sebab. Perkara kedua pemakaian pelitup muka di dalam bangunan. Ketiga, jika terdapat murid bergejala murid akan diasingkan dan ditempatkan di Bilik Isolasi. Waris akan dimaklumkan untuk menjemput anak pulang. Seterusnya aktiviti sukan sudah boleh diadakan sepenuhnya.Pengetua juga memaklumkan tentang nilai dalam program sekolahku sejahtera iaitu Selamat, Sihat, Etika, Empati dan sebagainya. 10.Pengetua menjelaskan tentang pentaksiran bilik darjah (PBD) dan menerangkan tentang program DLP sekolah yang merupakan kebitaraan sekolah supaya diberi perhatian oleh semua waris. 11. Pengetua berharap semua ahli PIBG dapat bekerjasama bagi mencapai kejayaan seperti yang selaras dengan Falsafah Pendidikan.Pengetua juga melahirkan rasa bersyukur kerana murid sudah boleh datang ke sekolah secara bersemuka sekarang. 12.Pada akhir ucapan pengetua telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 49 secara dalam talian. 7
Agenda 3 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48. 13. Puan Tengku Nor Ashikin binti Tuan Abdullah, Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-48 seperti yang tertera dalam paparan skrin. Minit mesyuarat telah disahkan tanpa sebarang pindaan. Cadangan : Puan Norzilah bt Ali@Zahali (Naziroh 4 skp) Sokongan : Puan Sharmila a/p Subramaniam ( Doornieshasri 3 Azalea) Agenda 3 : Perkara-perkara Berbangkit 14. Tiada perkara berbangkit. Agenda 4 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan 2021/2022 15. Puan Tengku Nor Ashikin binti Tuan Abdullah, Setiausaha Kehormat membentangkan Laporan Aktiviti Sesi 2021/2022 Cadangan : Puan Norzilah bt Ali@Zahali (Naziroh 4 skp) Sokongan : Puan Sharmila a/p Subramaniam ( Doornieshasri 3 Azalea) Agenda 5 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2020. 16. Puan Haslina binti Hashim Bendahari Kehormat PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG SMKFB mulai Januari 2021 dan berakhir 31 Disember 2021 seperti yang tertera dalam paparan skrin. Cadangan : Puan Sharmila a/p Subramaniam (Doornieshasri 3 Azalea) Sokongan : Puan Valar Mathi a/p Gurusamy ( Dhavinya a/p Vinesh Maran 4SNT) Agenda 6 : Pembentangan dan Pembahasan Usul-Usul 17. Sepuluh usul telah diterima daripada waris. Usul 1 : - Mewujudkan lokar di sekolah dan terbuka untuk digunakan oleh semua pelajar - Waktu persekolahan dipendekkan kerana ianya terlalu lewat serta pelajar mempunyai kerja rumah yang agak banyak. - Usul ini dikemukakan oleh Puan Valar Mathi a/p Gurusamy waris kepada Dhavinya a/p Vinesh Maran (4SNT). - YDP menerangkan bahawa lokar telah disediakan sewaktu sekolah kita melaksanakan Program Subject Base Classroom sebelum PKP pada tahun 2020. - Pengetua menjelaskan lokar akan diberi pada murid tingkatan 5, selebihya bolehlah disewa kepada murid lain dengan kadar yang ditetapkan oleh PIBG. - Pengetua menjelaskan waktu pulang murid agak awal sesuai dengan proses pembelajaran mengikut jadual waktu kelas yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 8
Usul 2 : - Bolehkan murid-murid membuat persediaan menghadapi PT3 memandangkan murid dah 2 tahun belajar secara online. - Sekiranya ada perubahan waktu mohon mendapat makluman awal daripada pihak sekolah - Kenapa tidak ada pihak polis menjaga waktu balik sekolah sebab terlalu sesak di hadapan sekolah. - Usul ini dikemukakan oleh Puan Sharmila Subramaniam waris kepada Doornieshasri Saravanan (3 Azalea) - Pengetua menjawab murid pasti boleh menghadapi peperiksaan dengan baik yang penting jaga kehadiran dan sertai semua program sekolah. - Surat rasmi akan dimaklumkan pada waris lebih awal .Jika ada kecemasan akan dimaklumkan melalui aplikasi telegram dan whatsApp - Pengawasan polis adalah diluar bidang kuasa sekolah.Oleh itu, ibu bapa perlu lebih prihatin semasa menghantar anak. Usul 3 : - Pelajar SMK Convent dibenarkan membawa telefon bimbit kerana ada pelajar yang menggunakan perkhidmatan penggangkutan awam semasa seperti GRAB - Usul ini dikemukakan oleh Puan Aznidah bt Azizan waris kepada Danisha Irdina (3 Azalea) - Ucapan pengetua telah menjawab usul ini, iaitu telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah atas arahan KPM. Usul 4 : - Guru mengadakan kelas tambahan - Usul ini dikemukakan oleh Encik Zainol Abidin Thamin waris kepada Iman Umairah (3 Azalea) - YDP PIBG menjawab jika betul, perlu mendapat sokongan daripada waris untuk menghantar anak ke kelas tambahan. YDP menjelaskan lagi memang akan diadakan kelas tambahan yang penting jika semua waris bersetuju. Usul 5 : - Percepatkan kelas tambahan untuk tingkatan yang akan menghadapi ujian PT3 - Usul ini dikemukakan oleh Puan Nor Aizam binti Muhammad Abu Kari waris kepada Nurul Insyirah binti Mohamad Zaini ( 3 Azalea) - Pengetua menjelaskan pihak sekolah telah ada rancangan dan jadual untuk kelas tambahan dan mendapat sokongan supaya murid hadir. Usul 6 : - Memasang Pendingin Hawa di setiap kelas dan makmal - Usul ini dikemukakan oleh Puan Anarita binti Ishak waris kepada Dania Natasya bt Basri (5 SKA) - YDP menjawab jika ada mampu waris boleh memberi sumbangan kepada sekolah kerana PIBG tidak mampu untuk memasang alat pendingin hawa di setiap kelas kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Usul 7 : - Membaiki tombol pintu kiri makmal IT atas - Mengadakan qiamullail bagi murid tingkatan 5 sahaja - Usul ini dikemukakan oleh Puan Marina binti Abdullah waris kepada Ainul Mardhiah binti Zolkiffly (5SNT) - Pengetua menjelaskan bahawa perkara ini akan diambil maklum dan tindakan. - YDP PIBG memaklumkan sememangnya qiamulail selalu diadakan pada setiap hujung tahun. 9
Usul 8 : - Mengapa anak mendapat tempat kedua tertinggi dalam kutipan data Nilam tetapi tidak dipilih sebagai pengawas Pusat Sumber Sekolah. - Usul ini dikemukakan oleh Encik Kumar a/l Monaguran waris kepada Amisha Gaunder (2 Akasia.) - YDP menjawab pencalonan Pengawas Pusat Sumber Sekolah mempunyai kriteria tertentu bukan sahaja dilihat dari segi bacaan Nilam. Usul 9 : - Kemaskini perkembangan pelajar kepada ibu bapa bagi memastikaan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa - Usul ini dikemukakan oleh Encik Benidavarajan a/l Ramachandran waris kepada Bethilda a/p Benidavarajan (1 Azalea) - YDP menjawab pihak sekolah selalu memaklumkan tentang prestasi murid kepada waris dan waris perlu juga sentiasa bertanya perkembangan murid kepada pihak sekolah. - Pengetua menambah segala rancangan sekolah telah dirancang dan akan dilaksanakan memandangkan kita telah bersemuka Usul 10 : - Hadkan mata pelajaran kepada 4 subjek sahaja sehari bagi meringankan bebanan beg sekolah yang dibawa setiap hari serta memberi ruang kepada pelajar agar faham terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru. - Usul ini dikemukakan oleh Encik Hasmizal bin Abd Halim waris kepada Nur Delisya Qaisara (1 Azalea) - Pengetua menjelaskan bahawa kita tertakluk dengan arahan KPM. Agenda 7 : Pembentangan Bayaran Tambahan Tahun 2022 18. Mesyuarat sebulat suara mengekalkan kadar kutipan sumbangan PIBG bagi Tahun 2022 seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 49 ini seperti berikut: BIL PERKARA TING 1 (RM) TING 2 (RM) TING 3 (RM) TING 4 (RM) TING 5 (RM) 1. Sumbangan PIBG (RM5 bagi anak ke-2) 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2. Tabung Keceriaan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 3. KOPERASI Sekolah 11.00 - - - - 4. Sijil Tambahan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5. Program Peningkatan Prestasi 20.00 20.00 20.00 30.00 30.00 6. Majalah Sekolah (satu keluarga) 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 JUMLAH (Mengikut Tingkatan) 136.00 125.00 125.00 135.00 135.00 10
Agenda 8 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022, pemilihan Pengerusi sementara dan pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023. 19. YDP PIBG Pn Asnidar bt Kudin membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022 20. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SMKCFB Sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: PENASIHAT PN. HARISUN BINTI HAMID YANG DIPERTUA PIBG PN. NORZILAH BINTI ALI@ZAHALI NAIB DIPERTUA PIBG EN. ZAHIR BIN MOHAMED SHAFFY SETIAUSAHA KEHORMAT PN. YUSNANI BINTI YUSOF BENDAHARI KEHORMAT PN. NUR SYUHADA BINTI AB RAHMAN AJK WARIS PN. MARINA BINTI ABDULLAH EN. NOOR AMAR BIN NORDIN EN. MOHD SAFIZI BIN ABD RAHMAN EN. SUBRAMANIAM A/L RAJOO AJK GURU PN. TAN SIU HUN PN. SAKIROH BINTI MUSTAFFA PN. AZLINA BINTI OMAR PN. PARIMALA DEVI A/P KESAVAN PN. MUNIRAH BINTI SAFIEE JURU AUDIT PN. JAYA MANI A/P MATHURAIVEERAN (AJK WARIS) CIK YUSRINA BINTI ASHAARI (GURU) Agenda 8 : Ucapan penangguhan 21. YDP PIBG melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ini YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih atas pelantikan beliau dan semua AJK dan berharap semua pihak dapat berganding bahu untuk menjayakan program-program yang telah dirancang walaupun dalam keadaan negara berhadapan dengan wabak Covid-19. YDP PIBG mengingatkan supaya semua dapat menjaga diri masing.masing. Mesyuarat ditangguh pada jam 5.20 petang. Dicatat oleh : Disemak oleh: Yusnani Norzilah SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG YANG DIPERTUA PIBG (YUSNANI BINTI YUSOF) (NORZILAH BT ALI@ZAHALI ) 28.05.2022 11
LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN 2022
12
13
14
USUL YANG DICADANGKAN PADA TAHUN 2023 15 BIL USUL NAMA WARIS/ PENJAGA NAMA MURID TING 1. Minta contact nombor guru kelas. Rames A/L Muniandy Sharon Pretty A/P Rames 4 SKS Minta guru kelas beri jadual waktu kelas tambahan. 2. Tandas dan makanan di kantin. Thamil Selvi A/P Baskaran Shaswati A/P Sugumaran 1AKASIA 3. Kuantiti makanan tidak cukup ikut dengan wang yang diberi kepada para pekerja kantin. Kavitha A/P Theerthan Lohitha Kumari A/P Kumar 2 AZALEA 4. Cikgu kena bagi banyak perhatian kepada murid Siti Fatimah Siti Nur Aleeya Maisara 2AKASIA 5. Kesesakan melintas jalan apabila habis sekolah. Kavitha A/P Sanjeevi Keshavarthenii A/P Nadarajan 2 AKASIA 6. Aktiviti luar sekolah. Osman Bin Harun Nur Eriesya Qaisara Binti Osman 3 AIRIS 7. Mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Nurul Hasni binti Suid Nur Ain Fatihaha Binti Ahamad 3AIRIS 8. Menukar bangku di bengkel dan lab sains kepada kerusi. Thilagavathy Kandiah @ Kanniah Kirubalini Ragu 3 AZALEA 9. Aktiviti bidang sukan harus juga diberi kepentingan terutama mulakan dari segi kelas PJK yang aktif samada di padang atau dewan tertutup. Nalina Devi A/P Applanaidu Renishaa Preemadesa 1 ALAMANDA 10. SILA naikkan taraf makanan (menu yang berbeza) Sharmila Subramaniam Doornieshasri Saravanan 4SKP
LAMPIRAN
BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2023 BIL PERKARA TING 1 (RM) TING 2 (RM) TING 3 (RM) TING 4 (RM) TING 5 (RM) 1. Sumbangan PIBG (RM5 bagi anak ke-2 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2. Tabung Keceriaan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 3. KOPERASI Sekolah 11.00 - - - - 4. Sijil Tambahan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5. Program Peningkatan Prestasi 20.00 20.00 20.00 30.00 30.00 6. Majalah Sekolah (satu keluarga) 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 JUMLAH (Mengikut Tingkatan) 136.00 125.00 125.00 135.00 135.00
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-50/2023 JAWATANKUASA TUGAS TINDAKAN 1. Jemputan ▪ Mengenal pasti perasmi dan tetamu yang akan hadir ▪ Menyediakan kad jemputan dan menghantar kepada perasmi ▪ Menghantar notis mesyuarat/surat jemputan/usul kepada Waris secara google form Cik Yeap Paik Choon Pn. Yusnani binti Yusof En. Mohd Safizi bin Abd Rahman 2. Pendaftaran ▪ Menyediakan borang pendaftaran waris dan guru secara google form ▪ Membuat survey kehadiran waris secara google form Pn. Sakiroh binti Mustafa Pn. Hanita binti Tahir Pn. Parimala a/p Kesavan 3. Bacaan Doa ▪ Menyediakan teks ucapan doa ▪ Memimpin bacaan doa pada hari mesyuarat En. Johari bin Abdullah 4. Laporan PIBG (Flip Book) ▪ Mendapatkan maklumat dan bahanbahan yang perlu dimasukkan ke dalam buku program/ flip book Pn. Nor Saliza binti Abd Sani Pn. Yusnani binti Yusof Pn. Munirah binti Safiee En. Muniandy a/l Maripan En. Noor Amar bin Nordin 5. Teks ucapan ▪ Menyediakan teks ucapan perasmian dengan bahasa yang baik dan mengikut protokol ▪ Menyediakan teks ucapan Perasmi ▪ Menyediakan teks ucapan YDP PIBG ▪ Menyediakan teks ucapan Pengetua ▪ Menyemak dan mengedit teks ucapan ▪ Menghantar teks ucapan kepada perasmi dan YDP PIBG seminggu sebelum majlis berlangsung Pn. Noor Azah binti Abdul Ghani Pn. Tan Siu Hun Pn. Nur Hanani binti Abd Rahim 6. Pengacara Majlis ▪ Mengenal pasti tetamu khas yang akan hadir ▪ Mendapatkan atur cara majlis ▪ Menyediakan teks pengacara dengan bahasa yang baik Pn. Nur Syarafina binti Abd. Sukor Pn. Nur Zihan Syahriah binti Ahmad
7. Pencatat Minit/ Ucapan ▪ Mencatat minit ucapan perasmi ▪ Mencatat minit menyuarat agung ▪ Menyerahkan catatan minit kepada Setiausaha PIBG dalam tempoh tiga hari ▪ Merekod dengan pita rakaman ucapan dan sesi mesyuarat agung Pn. Shafizah binti Azizan Pn. Anita a/p Kurusamy Pn. Haslina binti Mohd Hashim 8. Dokumentasi & Jurugambar ▪ Menyediakan kamera ▪ Mengambil gambar bagi setiap peristiwa penting ▪ Memproses gambar untuk dokumentasi ▪ Menyiapkan dokumentasi dan menyerahkannya kepada Pengetua dan PK HEM dalam masa dua minggu selepas program (Dokumentasi) Pn. Sahtiroh bt. Shariff Pn. Jayanthee a/p Veerapan Pakerisamy (Jurugambar) Pn. Siti Norjamilah binti Yusop Pn. Tengku Nor Ashikin binti Tuan Abdullah Pn. Marina binti Abdullah 9. Sijil Penghargaan ▪ Menyediakan sijil untuk AJK PIBG Pn. Suriani binti Zulkifli Pn. Azlina binti Omar 10. Latar / Backdrop Mesyuarat ▪ Mereka cipta latar belakang (backdrop) GM dengan tulisan / gambar yang sesuai , jelas dan menarik Pn. Rafidah binti Sulaiman Pn. Siti Nursiah binti Mohammad Zainuddin 11. AJK Publisiti ▪ Menyediakan brosur dan poster mesyuarat untuk waris (untuk letak dalam group kelas) Pn. Siveneswary a/p Jaiballan Pn. Ainna Zetty binti Mohamad Nazar Pn. Jaya Mani a/p Mathuraiveeran En. Subramaniam a/l Rajoo 12. Juruteknik ▪ Menyediakan / Setup Google Meet ▪ Menyelia perjalanan Google Meet sepanjang mesyuarat berlangsung Pn. Afzan binti Zakariya En. Mohd Haniff bin Hasan 13. Video / Montaj ▪ Menyediakan dan menayangkan video (2-3 minit) berkaitan kejayaan sekolah / aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan untuk sesi 2022/2023 (selepas tarikh MAT PIBG kali ke 49) dan sesi 2023/2024 ▪ Mengumpul dan menayangkan slide daripada mana-mana guru yang ingin menayangkan slide pada hari mesyuarat. Pn. Siti Rohani binti Abu Bakar Cik Norshafiqah binti Aminuddin
BPA/PIBG/1 BORANG PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA PERSATUAN IBU BAPA-GURU BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK DI SEKOLAH Kepada : Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar ............................................................................................................... ............................................................................................................... ............................................................................................................... Tuan, Permohonan Menjadi Anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru Saya .............................................................................................................................. memohon menjadi anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah .................................. ....................................................................................................................................... bagi tahun ......................... Butiran Diri Pemohon 1. Nama Pemohon : 2. Jantina : 3. No. Kad Pengenalan Baru : 4. No. Kad Pengenalan Lama : 5. Alamat Pejabat : 6. Alamat Rumah : 7. Telefon Pejabat : 8. Telefon Rumah : 9. Pekerjaan : 10. Nama dan Alamat Majikan : 11. Tahun Akhir Menjadi Anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah Ini :
12. Jawatan Dalam Persatuan Semasa Menjadi Anggota Persatuan : 13. Alasan Memohon Menjadi Anggota Persatuan : …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… Yang Benar, …………......................... (Tandatangan Pemohon)
BPA/PIBG/1 ULASAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada …………….. – Disokong/ Tidak Disokong Ulasan : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Tarikh : ……………………………… ………………………………………………………. Nama : Jawatan : ULASAN GURU BESAR/PENGETUA Disokong/Tidak disokong Ulasan : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Tarikh : ……………………………… ………………………………………………………. Nama : Cop Rasmi : KELULUSAN PENDAFTAR Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar Diluluskan/Tidak Diluluskan Ulasan : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Tarikh : ……………………………… ………………………………………………………. Nama : Cop Rasmi :
SENARAI AJK PIBG SMKCFB SESI 2023/2024 PENASIHAT : PUAN HARISUN BINTI HAMID YANG DIPERTUA PIBG : ………………………………………. ....... NAIB YANG DIPERTUA PIBG : ............................................................... SETIAUSAHA KEHORMAT : .............................................................. BENDAHARI KEHORMAT : ............................................................... AJK WARIS : …………………………………………… …………………………………………… …………………………………………… …………………………………………… ………………………………………….... AJK GURU : ……………………………………………. ……………………………………………. …………………………………………… ……………………………………………. …………………………………………….. JURU AUDIT DALAMAN (GURU) : …………………………………………….. JURU AUDIT DALAMAN (WARIS) : ……………………………………………..
SEKALUNG BUDI Pihak SMK Convent Father Barre dan AJK PIBG SMK Convent Father Barre sesi 2022/2023 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Semua ibu bapa, waris dan Pihak yang sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-50
VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA TERIMA KASIH