The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Rofizah Jamaluddin, 2016-07-01 01:04:31

17 Mei 2016_PANDUAN PENTADBIRAN PASR

17 Mei 2016_PANDUAN PENTADBIRAN PASR

30

LEMBAGA PEPERIKSAAN 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HALAMAN
2016 4
4
KANDUNGAN 5
5
1.0 DASAR PENTADBIRAN PASR 6
1.1 Definisi Pentaksiran Pusat
1.2 Instrumen Pentaksiran 6–7
1.3 Calon 8–9
1.4 Instrumen PASR 10 – 16
1.5 Personel 17 – 20
1.6 Panduan Pengurusan Keselamatan 21 – 23
1.7 Panduan Pengurusan Kes Khas 24 – 25

2.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN 26
27 – 32
3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

4.0 PENGHANTARAN SKOR

5.0 PENTADBIRAN KES SALAH LAKU

GLOSARI

LAMPIRAN

3

1.0

DASAR PENTADBIRAN
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
SEKOLAH RENDAH (PASR)

4
1.0 DASAR PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

11.1 Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang merupakan pelengkap (compliment) kepada
Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu pencapaian murid dalam sesuatu mata
pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat penguasaan dan
keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga
Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran
yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.

1.1.2 Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) adalah komponen PP di
peringkat sekolah rendah bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang
mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR
PK) Masalah Pembelajaran.

1.2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

1. Jenis Instrumen Bersepadu Instrumen Bersepadu
Instrumen
i. Respons Terhad i. Respons Terhad
2. Jenis Item ii. Respons Terbuka ii. Respons Terbuka
1 Tugasan 1 Tugasan
3. Bilangan
Tugasan 8 Minggu (Julai – Ogos) 4 Minggu (September)

4. Tempoh Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu) Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris)
Tugasan
 Kemahiran Mendengar  Kemahiran Mendengar
5. Konstruk  Kemahiran Menulis  Kemahiran Menulis
 Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat  Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat
 Kemahiran Bertutur  Kemahiran Bertutur

Kemahiran Numerasi (Matematik) Kemahiran Asas Sains

 Kemahiran Asas Matematik  Pengetahuan dan Kefahaman
 Kemahiran Aplikasi Matematik  Kemahiran Proses Sains
 Kemahiran Aplikasi Sains
 Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial
 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Hidup Asas

 Pengetahuan dan Kefahaman
 Kemahiran Aplikasi

 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Nilai Murni Nilai Murni

 Amalan Nilai Positif Bermasyarakat seperti  Amalan Nilai Positif Kendiri seperti kemas, berdikari

hormat-menghormati, toleransi, kerjasama dan dan beradab
tolong-menolong

6. Kaedah i. Analitik i. Analitik

Penskoran ii. Holistik ii. Holistik

7. Pelaksanaan i. Waktu PdP i. Waktu PdP

ii. Individu/Berkumpulan ii. Individu/Berkumpulan

8. Cakupan Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah

Konteks Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Melayu, Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Inggeris,

Matematik dan Kemahiran Hidup Asas Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

9. Bentuk Pelaporan berdasarkan konstruk dan tahap kompetensi

Pelaporan

5

1.3 CALON PASR
1.3.1 Calon Sekolah
a. Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada dalam Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan MBK yang mengikuti
pendidikan inklusif separa di sekolah kerajaan/sekolah bantuan
kerajaan/sekolah swasta; dan

b. mengikuti KSSR PK Masalah Pembelajaran Tahap 2; dan
c. berada pada tahun akhir persekolahan; dan
d. berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran;

dan

e. mempunyai pengesahan pegawai perubatan hospital
Kerajaan/hospital swasta/kad OKU.

1.3.2 Calon yang mendaftar untuk menduduki PASR tidak boleh mendaftar
untuk menduduki UPSR.

1.3.3 Calon Persendirian
Tiada calon persendirian.

1.3.4 Yuran Pentaksiran
Tiada yuran pentaksiran bagi calon sekolah kerajaan.

1.4 INSTRUMEN PASR
1.4.1 Instrumen ProKhas 1
1.4.2 Instrumen ProKhas 2

Instrumen ProKhas 1

Kod Mata Pelajaran
041 Kemahiran Hidup Asas (Penternakan), Bahasa Melayu, Matematik

042 Kemahiran Hidup Asas (Jahitan), Bahasa Melayu, Matematik

043 Kemahiran Hidup Asas (Masakan), Bahasa Melayu, Matematik

044 Kemahiran Hidup Asas (Perkebunan), Bahasa Melayu, Matematik
Instrumen ProKhas 2

Kod Mata Pelajaran
045 Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

6

1.5 PERSONEL
1.5.1 Personel Pentadbiran
Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan instrumen
pentaksiran dan pentadbiran PASR.

Personel Singkatan
GB
Guru Besar
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras GPKPKhas
Pendidikan Khas
Guru Lantikan Guru Besar GLGB
Setiausaha Peperiksaan SuP
Guru Kelas GK
Anggota Kumpulan Pelaksana AKP

1.5.2 Personel Pentaksiran

Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk menguruskan untuk
penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor.

Personel Singkatan
KPK
Ketua Pentaksir Kebangsaan KPN
Lantikan Lembaga Peperiksaan KPKw
KPS
Ketua Pentaksir Negeri
Lantikan Lembaga Peperiksaan KPProKhas

Ketua Pentaksir Kawasan PProKhas
Lantikan Jabatan Pendidikan Negeri

Ketua Pentaksir Sekolah
Guru Besar

Ketua Pentaksir ProKhas
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras
Pendidikan Khas

Pentaksir ProKhas
Guru Mata Pelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi

1.6 PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN

1.6.1 Semua personel pentadbiran dan pentaksiran hendaklah:

a. dilantik oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) atau Guru Besar (GB) mengikut peringkat masing-
masing.

b. menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D Akta 88)
sebagai perakuan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan instrumen
pentaksiran, panduan penskoran dan skor calon.

7
1.6.2 Akta Rahsia Rasmi 1972 perlu ditandatangani sekali sahaja dalam tahun

semasa dan disimpan oleh GB sehingga enam bulan dari tarikh
pengeluaran pelaporan PASR.
AKTA RAHSIA RASMI 1972 (LAMPIRAN D AKTA 88)

Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran dan
Personel Pentaksiran.

Ditandatangani oleh Pengetua/Guru
Besar

8

1.7 PANDUAN PENGURUSAN KES KHAS

Calon yang telah mendaftar untuk menduduki PASR tetapi tidak dapat berbuat
demikian pada/dalam tarikh/tempoh yang ditetapkan atas sebab sakit atau sakit
berpanjangan atau kemalangan atau berada di luar negara kerana mewakili
negara dalam apa jua penyertaan yang diiktiraf oleh negara atau kes-kes lain
yang difikir munasabah oleh Pengarah Peperiksaan, boleh menduduki atau
menjalankan PASR selagi tempoh pentaksiran belum tamat.

Guru Besar hendaklah memastikan:
1.7.1 Calon sakit atau sakit berpanjangan boleh menduduki/menjalani

pentaksiran di sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu
instrumen belum berakhir DAN calon mengemukakan surat pengesahan
doktor sebagai bukti sakit/berada di wad hospital pada tarikh/hari
pentaksiran berlangsung.

1.7.2 Calon sakit yang berada di wad sehingga tarikh/hari terakhir pentaksiran
boleh menduduki/menjalani pentaksiran di hospital, sekiranya tempoh
pentaksiran sesuatu instrumen belum berakhir; DAN calon
mengemukakan surat pengesahan doktor sebagai bukti sakit/berada di
wad hospital sehingga tarikh/hari terakhir pentaksiran.

1.7.3 Sekiranya calon berada di wad hospital berhampiran sekolah, GB
hendaklah memaklumkan kepada PPD dan JPN. Sekolah hendaklah
menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir dan
instrumen kepada calon.

1.7.4 Sekiranya calon berada di wad hospital yang jauh tetapi masih dalam
negeri yang sama, GB hendaklah memaklumkan kepada PPD dan
JPN. JPN hendaklah menguruskan pentaksiran termasuk menghantar
pentaksir dan instrumen kepada calon.

1.7.5 Sekiranya calon berada di wad hospital di negeri yang berlainan, GB
hendaklah memaklumkan kepada PPD dan JPN. JPN hendaklah
memaklumkan kepada JPN negeri yang berkenaan. JPN negeri itu
hendaklah menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir
dan instrumen kepada calon.

9

1.7.6 Calon Mewakili Negara di luar negara boleh menduduki/menjalani
pentaksiran di sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu
instrumen belum berakhir DAN calon mengemukakan surat pengesahan
penganjur sebagai bukti calon mewakili negara pada tarikh/hari
pentaksiran berlangsung.

1.7.7 Calon Kemalangan boleh menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah,
sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu instrumen belum berakhir DAN
calon mengemukakan surat pengesahan daripada pihak berkuasa
sebagai bukti calon mengalami kemalangan pada tarikh/hari pentaksiran
berlangsung.

1.7.8 Calon Kes-kes Lain boleh menduduki/menjalani pentaksiran di
sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu instrumen belum
berakhir DAN calon mendapat kebenaran daripada Pengarah
Peperiksaan.

10

2.0

PENTADBIRAN INSTRUMEN
PENTAKSIRAN

11

2.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

2.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN
2.1.1 Menyediakan surat siaran, Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR
dan Jadual Waktu PASR.

2.1.2 Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan GB kata laluan dan arahan memuat turun
PASR dan panduan penskoran melalui Aplikasi PASR.

2.1.3 Memuat naik Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual
Waktu PASR di portal LP.

2.1.4 Menyediakan dan memuat naik Tugasan Instrumen ProKhas dan
panduan penskoran ke portal LP: www.lp.moe.gov.my.

2.1.5 Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) dan Ketua Pentaksir Negeri
(KPN).

2.1.6 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk
memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pentaksiran dijalankan
mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2.1.7 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan bersama KPK dan
KPN.

2.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

2.2.1 Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada PPD bagi memuat
turun Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual Waktu
PASR di portal LP.

2.2.2 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran melalui portal LP: www.lp.moe.gov.my.

2.2.3 Melantik Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw).

2.2.4 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat daerah dan
sekolah diadakan.

2.2.5 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan
PASR bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.

12

2.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
2.3.1 Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada sekolah bagi memuat
turun Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual Waktu
PASR di portal LP.

2.3.2 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran melalui portal LP: www.lp.moe.gov.my

2.3.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat daerah.
2.3.4 Melantik Pegawai UPP sebagai pegawai pemantau untuk menjalankan

penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.

2.4 GURU BESAR/KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
2.4.1 Menerima surat siaran bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, Jadual
Kerja PASR dan Jadual Waktu PASR.

2.4.2 Mengeluarkan dan mengedarkan surat makluman pelaksanaan aktiviti
PASR kepada ibu bapa/penjaga untuk memastikan keselamatan calon
PASR semasa aktiviti dijalankan. Contoh surat – Lampiran 1

2.4.3 Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan pentaksiran PASR
mengikut prosedur keselamatan. Contoh surat pelantikan – Lampiran 2

2.4.4 Memastikan Akta Rahsia Rasmi yang ditandatangani personel yang
dilantik disimpan sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan
PASR.

2.4.5 Merancang dan memastikan Guru Penolong Kanan/Penyelaras
Pendidikan Khas (GPKPKhas) menyediakan Jadual Kerja PASR sekolah
berdasarkan Jadual Kerja PASR yang disediakan LP.

2.4.6 Memastikan GPKPKhas mengedarkan Jadual Kerja PASR sekolah
kepada personel pentadbiran dan pentaksiran.

2.4.7 Memastikan KPProKhas menyediakan bahan untuk pelaksanaan
pentaksiran mengikut senarai yang dikeluarkan LP.

2.4.8 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada LP untuk memuat
turun instrumen PASR, panduan penskoran dan Lembaran Perekodan
Skor Calon (LPSC). Contoh LPSC – Lampiran 3

2.4.9 Memastikan Ketua Pentaksir ProKhas (KPProKhas) dan Setiausaha
Peperiksaan (SuP) memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran
dan LPSC dari portal LP: www.lp.moe.gov.my

2.4.10 Melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal.

13

2.4.11 Memastikan instrumen PASR telah diperbanyakkan.

2.4.12 Memastikan panduan penskoran telah diperbanyakkan.

2.4.13 Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah
diperbanyakkan untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

2.4.14 Menyimpan instrumen PASR dan panduan penskoran mengikut panduan
pengurusan keselamatan sebelum diserahkan kepada KPProKhas.

2.4.15 Menyerahkan instrumen PASR dan panduan penskoran kepada
KPProKhas pada tarikh pentaksiran bermula.

2.4.16 Memastikan calon melengkapkan penulisan tugasan pentaksiran
dilaksanakan dalam tempoh lapan minggu PdP di dalam kelas dan bukan
dalam bentuk peperiksaan awam.

2.4.17 Memastikan kes-kes khas PASR ditadbir mengikut peraturan yang
ditetapkan LP:

a. calon mewakili negara

b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan
PASR.

2.4.18 Memastikan instrumen PASR kes khas ditadbir apabila calon hadir
semula ke sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan
Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2.

2.4.19 Memastikan kes-kes khas PASR dimaklumkan kepada PPD/JPN.

2.4.20 Memberi kebenaran kepada personel pentaksiran untuk membawa
keluar skrip jawapan calon mengikut nisbah yang ditetapkan ke
Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah dengan melengkapkan Borang Kebenaran Serah Terima Skrip
Jawapan Calon (SJC) PASR. Contoh borang – Lampiran 4

2.4.21 Memberi Taklimat Penjaminan Kualiti dan Panduan Pengurusan
Keselamatan kepada semua personel pentadbiran dan pentaksiran.

2.4.22 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir
mengikut jadual kerja sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

2.5 GURU PENOLONG KANAN/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS (KPProKhas)
2.5.1 Menyediakan Jadual Kerja PASR sekolah berdasarkan Jadual Kerja
PASR yang disediakan LP.

2.5.2 Mengedarkan Jadual Kerja PASR sekolah kepada personel pentadbiran
dan pentaksiran.

14

2.5.3 Menyediakan bahan untuk pelaksanaan pentaksiran mengikut senarai
yang dikeluarkan LP.

2.5.4 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada GB/KPS untuk
memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC.

2.5.5 Memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC dari
portal LP: www.lp.moe.gov.my (bersama SuP).

2.5.6 Menyerahkan instrumen PASR kepada GB bersama-sama SuP untuk
verifikasi secara teknikal.

2.5.7 Memperbanyakkan instrumen PASR dan Panduan Penskoran.

2.5.8 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah
diperbanyakkan kepada GB untuk disimpan mengikut prosedur
keselamatan.

2.5.9 Menerima instrumen PASR dan panduan penskoran daripada GB pada
tarikh pentaksiran bermula.

2.5.10 Menyerahkan instrumen PASR dan panduan penskoran kepada
PProKhas pada tarikh pentaksiran bermula.

2.5.11 Memastikan calon diberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan oleh
PProKhas.

2.5.12 Menguruskan kes-kes khas PASR mengikut peraturan yang ditetapkan
LP:
a. calon mewakili negara

b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan
PASR.

2.5.13 Menguruskan pentadbiran instrumen PASR kes khas apabila calon hadir
semula ke sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan
Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2.

2.5.14 Menguruskan pemakluman kes-kes khas PASR kepada PPD/JPN.
2.5.15 Memastikan semua PProKhas mematuhi Jadual Kerja PASR sekolah

dan Jadual Kerja PASR LP.

2.5.16 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir
mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang
ditetapkan oleh LP.

15

2.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
2.6.1 Menerima Jadual Kerja PASR sekolah daripada GPKPKhas

2.6.2 Mengurus pelaksanaan PASR mengikut Jadual Kerja PASR sekolah
dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

2.6.3 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada GB/KPS untuk
memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC.

2.6.4 Memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC dari
portal LP: www.lp.moe.gov.my (bersama GPKPKhas).

2.6.5 Menyerahkan instrumen PASR kepada GB bersama-sama GPKPKhas
untuk verifikasi secara teknikal.

2.7 PENTAKSIR PROKHAS
2.7.1 Menerima Jadual Waktu PASR dan Jadual Kerja PASR sekolah
daripada KPProKhas.

2.7.2 Memaklum dan mengedar Jadual Waktu PASR dan Jadual Kerja PASR
sekolah kepada calon PASR.

2.7.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat sekolah.
2.7.4 Menerima instrumen PASR dan panduan penskoran daripada

KPProKhas.

2.7.5 Mengedarkan instrumen PASR kepada calon.

2.7.6 Memberi taklimat kepada calon berkaitan pelaksanaan tugasan.
Proses memberi taklimat dan pengumpulan bahan sumber oleh calon tidak
diambil kira dalam tempoh lapan waktu PdP.

2.7.7 Mentadbir instrumen PASR berdasarkan Panduan Pentadbiran PASR
mengikut Jadual Kerja PASR sekolah dalam tempoh yang ditetapkan LP.

2.7.8 Mentadbir kes-kes khas PASR mengikut peraturan yang ditetapkan LP:
a. calon mewakili negara

b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan
PASR.

2.7.9 Mentadbir instrumen PASR kes khas apabila calon hadir semula ke
sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan Instrumen ProKhas
1 atau Instrumen ProKhas 2.

2.7.10 Memaklumkan kes-kes khas PASR kepada KPProKhas.

16
2.7.11 Mengumpul semula hasil tugasan setiap kali tamat waktu PdP dan

menyimpan di tempat yang selamat.

2.7.12 Mengumpul hasil akhir tugasan calon, menskor dan menyerahkan
kepada KPProKhas untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

2.7.13 Memastikan calon melaksanakan penulisan tugasan pentaksiran dalam
tempoh lapan minggu semasa PdP.

2.8 GURU LANTIKAN GURU BESAR
2.8.1 Melaksanakan tugasan dan fungsi personel pentadbiran seperti yang
ditetapkan oleh GB.

2.9 GURU KELAS
2.9.1 Memastikan kehadiran calon dan memaklumkan kepada PProKhas pada
setiap kali pentaksiran dijalankan.

2.10 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
2.10.1 Memperbanyak instrumen pentaksiran dan Panduan Penskoran dengan
arahan dan pengawasan GPKPKhas.

17

3.0

PENSKORAN SKRIP JAWAPAN
CALON

18

3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

3.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN
3.1.1 Menyediakan panduan penskoran dan memuat naik ke portal LP:
www.lp.moe.gov.my.

3.1.2 Melantik KPK dan KPN untuk menjalankan moderasi penskoran skrip
jawapan calon dan verifikasi skor bagi menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.

3.2.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran
bersama KPK dan KPN.

3.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
3.2.1 Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran dari portal LP:
www.lp.moe.gov.my.

3.2.2 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran
Peringkat Daerah dan Sekolah diadakan.

3.2.3 Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat Jawatankuasa
Verifikasi Skor (JVS) calon sebelum dihantar ke LP.

3.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
3.3.1 Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran dari portal LP:
www.lp.moe.gov.my.

3.3.2 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran
peringkat daerah.

3.3.3 Memastikan Personel Pentaksiran menjalankan moderasi penskoran
skrip jawapan calon serta verifikasi skor calon sekolah bagi menjamin
kesahan dan kebolehpercayaan skor.

3.3.4 Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat JVS calon sebelum
dihantar ke LP.

3.4 GURU BESAR/KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
3.4.1 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran dari portal LP:
www.lp.moe.gov.my.

3.4.2 Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP
menggunakan borang PASR (rujuk panduan Penjaminan Kualiti PASR).

19

3.4.3 Mempengerusikan mesyuarat JVS calon sebelum dihantar ke LP.
3.4.4 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke LP setelah diverifikasi.

3.5 GURU PENOLONG KANAN/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS (KPProKhas)
3.5.1 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran dari portal LP:
www.lp.moe.gov.my dan menyerahkan kepada KPProKhas.

3.5.2 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat sekolah
dilaksanakan.

3.5.3 Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP
menggunakan borang PASR (rujuk panduan Penjaminan Kualiti PASR).

3.5.4 Menerima panduan penskoran daripada KPS.

3.5.5 Menyerahkan panduan penskoran kepada PProKhas yang akan
menjalankan penskoran.

3.5.6 Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah
bersama PProKhas.

3.5.7 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat sekolah.

3.5.8 Melaksanakan moderasi penskoran skrip jawapan calon bagi
memastikan PProKhas menskor skrip jawapan berpandukan panduan
penskoran dan bagi memastikan ketepatan dan ketekalan penskoran.

3.5.9 Menganggotai dan menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan
skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan
calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

3.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.6.1 Memuat turun panduan penskoran portal LP: www.lp.moe.gov.my
mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP.

3.6.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada KPProKhas.

3.7 PENTAKSIR PROKHAS
3.7.1 Menerima panduan panduan penskoran daripada KPProKhas.

3.7.2 Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah/
.7sekolah.
2

3.7.3 Melaksanakan penskoran berpandukan panduan penskoran di tempat
yang tertutup dan selamat.

20

3.7.4 Menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan skor yang diberikan
kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati
keupayaan sebenar calon.

21

4.0

PENGHANTARAN SKOR

22

4.0 PENGHANTARAN SKOR

4.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN
4.1.1 Menyediakan LPSC dalam format .xls (excel).

4.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

4.2.1 Memastikan sekolah merekod skor calon dalam LPSC dan menghantar
lembaran tersebut kepada LP melalui emel: [email protected]
mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
4.3.1 Memastikan sekolah merekod skor dalam LPSC mengikut mengikut
tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.3.2 Memastikan sekolah membuat hardcopy LPSC dan GB menurunkan
tandatangan pengesahan.

4.3.3 Memastikan sekolah menghantar LPSC kepada LP melalui emel:
[email protected]

4.4 GURU BESAR
4.4.1 Memastikan PProKhas merekod skor calon dalam LPSC mengikut
tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

4.4.2 Mengesahkan dan menandatangani hardcopy LPSC dan menyimpan
salinan tersebut sebagai rekod sekolah.

4.4.3 Memastikan SuP menghantar LPSC kepada LP mengikut Jadual Kerja
PASR melalui emel: [email protected]

4.5 KETUA PENTAKSIR PROKHAS
4.5.1 Menerima dan menyemak balas skor calon dalam LPSC dengan skrip
jawapan calon.

4.5.2 Mengesahkan semakan LPSC.

4.5.3 Memastikan SuP menghantar LPSC untuk pengesahan dan
tandatangan GB mengikut Jadual Kerja PASR sebelum dihantar
kepada LP.

4.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
4.6.1 Menerima LPSC daripada PProKhas.

4.6.2 Mencetak LPSC dan menyerahkannya kepada KPProKhas untuk
semak balas skor calon.

23

4.6.3 Menerima semula LPSC yang telah disahkan oleh Guru Besar.

4.6.4 Menghantar LPSC yang muktamad ke LP melalui emel:
[email protected] mengikut Jadual Kerja PASR.

4.7 PENTAKSIR PROKHAS

4.7.1 Merekodkan skor calon berdasarkan skrip jawapan calon dalam LPSC
mengikut Jadual Kerja PASR.

24

5.0

PENTADBIRAN KES SALAH LAKU

25

5.0 KES SALAH LAKU

5.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN
5.1.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku dari JPN.

5.1.2 LP bertanggungjawab mengarahkan siasatan dijalankan ke atas
laporan yang diberikan.

5.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
5.2.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah, KPN dan
KPK.

5.2.2 JPN akan mengarahkan KPK/KPN untuk membuat moderasi ketiga
bagi memastikan laporan sekolah benar.

5.2.3 JPN akan membuat siasatan setelah menerima surat arahan
menjalankan siasatan oleh LP.

5.2.4 JPN akan mengambil skrip calon sekiranya didapati ada berlakunya
kes salah laku berdasarkan arahan surat dari LP.

5.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
5.3.1 PPD menerima maklumat berkaitan kes yang berlaku di daerahnya
melalui JPN.

5.4 GURU BESAR
5.4.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Integriti sekiranya terdapat kes
salah laku.

5.4.2 Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika terdapat
kes salah laku.

5.4.3 Menghantar laporan salah laku kepada JPN/ PPD.

5.4.4 Mengambil langkah awal untuk memastikan salah laku tidak berlaku.

5.4.5 Guru Besar menyerahkan skrip jawapan calon yang didapati
berlakunya kes salah laku kepada JPN mengikut arahan LP.

26

GLOSARI

GB - Guru Besar

GPKPKhas - Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JVS - Jawatankuasa Verifikasi Skor

KPK - Ketua Pentaksir Kebangsaan

KPN - Ketua Pentaksir Negeri

KPS - Ketua Pentaksir Sekolah

KPProKhas - Ketua Pentaksir ProKhas

KSSR PK - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

LP - Lembaga Peperiksaan

LPSC - Lembaran Perekodan Skor Calon

MBK - Murid Berkeperluan Khas

OKU - Orang Kurang Upaya

PASR - Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

PKw - Pentaksir Kawasan

PP - Pentaksiran Pusat

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi

PProKhas - Pentaksir ProKhas

PS - Pentaksiran Sekolah

SJC - Skrip Jawapan Calon

SuP - Setiausaha Peperiksaan

UPP - Unit Penilaian dan Peperiksaan

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

27

LAMPIRAN 1

CONTOH SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PASR KEPADA
IBU BAPA/PENJAGA

Nombor Rujukan dan Tarikh

Kepada Ibu Bapa/Penjaga
Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan melaksanakan Pentaksiran Alternatif
Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) dan MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa yang berada
pada tahun akhir persekolahan rendah.

3. PASR adalah komponen Pentaksiran Pusat di peringkat sekolah rendah yang terdiri
daripada dua (2) instrumen iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2. Tempoh tugasan, mata
pelajaran dan kaedah pelaksanaan PASR adalah seperti yang tertera di bawah.

Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2
1. Tempoh hh – hh/bb/tt [8 minggu] hb – hh/bb/tt [4 minggu]

Tugasan  Kemahiran Hidup Asas  Bahasa Inggeris
2. Mata (Penternakan / Jahitan /  Pendidikan Sains, Sosial
Masakan / Perkebunan)
Pelajaran dan Alam Sekitar
 Bahasa Melayu
3. Kaedah  Matematik Pentaksiran dijalankan
Pelaksanaan sepanjang waktu Pengajaran
Pentaksiran dijalankan sepanjang dan Pembelajaran (PdP) secara
waktu Pengajaran dan individu/berkumpulan

Pembelajaran (PdP) secara
individu/berkumpulan

4. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan/Puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi

28

LAMPIRAN 2

CONTOH SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama ]

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir
ProKhas.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2;

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan
verifikasi skor;

3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam
tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan
tidak dapat menjalankan tugas ini.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh
membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di
atas.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi

29

CONTOH SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas

Nombor Rujukan dan Tarikh

[Nama]

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016
PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas 1 / PENTAKSIR ProKhas 2

NAMA INSTRUMEN :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Pentaksir
ProKhas 1 / Pentaksir ProKhas 2.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan pentaksiran untuk satu instrumen sahaja;

3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan
verifikasi skor;

3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam
tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan
tidak dapat menjalankan tugas ini.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh
membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di
atas.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Cap Rasmi

CONTOH LEMBARAN PEREKODAN S

30

LAMPIRAN 3

SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 1)

CONTOH LEMBARAN PEREKODAN S

31

SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 2)

32
LAMPIRAN 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN

REKOD PENYERAHAN DAN PENERIMAN SKRIP JAWAPAN CALON/EVIDENS PASR

NAMA PUSAT

KOD PUSAT ProKhas 1 / ProKhas 2
INSTRUMEN

BIL ANGKA GILIRAN CALON NO KAD PENGENALAN CALON SKRIP JAWAPAN CALON
ADA TIADA

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Nama, Tandatangan dan Cap Guru Besar Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai LP/JPN

Tarikh: Tarikh:


Click to View FlipBook Version