Mewujudkan sebuah mini Galeri Sejarah SKUBA2. Menarik minat murid dan menambah pengetahuan tentang Sejarah. Memperkenalkan rumah tradisional Johor kepada murid-murid. Melahirkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah untuk menghayati Sejarah dan memupuk kecintaan terhadap budaya dan warisan Sejarah. SEJARAH RUMAH TRADISIONAL LIMAS JOHOR RUMAH LIMAS SKUBA2 Bentuk rumah Melayu tradisi yang banyak ditemui di negeri Johor adalah campuran warisan bentuk rumah tradisi Jawa, Bugis, Banjar, Palembang dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di Kepulauan Melayu. Bentuk awal rumah limas ini dikenali sebagai limas perabung lima, iaitu bumbungnya memakai lima buah perabung, terdiri satu perabung terus mendatar bersambung dengan empat perabung menurun ke cucur atap. Binaan bumbung berbentuk piramid ini dipanggil limas. Rumah limas Johor pada dasarnya mempunyai lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur rumah dan pelantar. OBJEKTIF PENUBUHAN RUMAH LIMAS SKUBA2
INFO RUMAH LIMAS 2023 RUMAH LIMAS SKUBA2 Rumah Limas SKUBA2 telah dibina selama sebulan iaitu sepanjang bulan September 2022. Rumah ini dibina dengan kerjasama guru besar SKUBA2 iaitu En. Rosli bin Jamiran bersama dua orang pekebun sekolah iaitu Pak Din dan Pak Ya. Rumah Limas ini dibina daripada bahan-bahan kayu terbuang dan struktur asal adalah pondok wakaf. Tarikh perasmian Rumah Limas iaitu pada 16 Februari 2023, hari Khamis jam 8.00 malam. Rumah Limas SKUBA2 telah dirasmikan oleh Encik Tambi Omar bin Latip, Ahli Majlis MBIP, Zon Selesa Jaya.