The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZMAN BIN HARUN SGM, 2019-12-13 18:03:25

Teks Pengacara Majlis Alia

Teks Pengacara Majlis Alia

Teks Pengacara Majlis Merisik dan Bertunang

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG
Nur Alia binti Mohd Zamri & Muhamad Aiman bin Johari

TEMPAT: No 4 Siantan 4

TARIKH: 14 Disember 2019 (Sabtu)

Sirih junjung berhias indah, Melati kuntum tumbuh melata,
Sekacip pinang pembuka kata, Sayang merbah di pohon cemara;
Datang berkunjung ke majlis meriah, Assalammualaikum mulanya kata,
Lembaran sejarah kini bermula Saya sembah pembuka bicara.

Melayang serindit di atas permatang Sirih berlipat sirih pinang,
Merbah berkicau di hujung muara Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang diraikan pada hari ini, rombongan daripada pihak lelaki, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin
sekalian serta pihak keluarga perempuan merangkap tuan rumah bagi majlis hari ini, saya dengan ini
ingin mengalu-alukan kehadiran semua dalam majlis yang indah dan penuh bermakna ini….Majlis
Merisik dan Pertunangan Anakanda Nur Alia binti Mohd Zamri

Selamat datang dan Selamat bertandang kami ucapkan.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pelang mengail ikan;
Kehadian tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Tn Hj Kamaruzaman, merangkap ayah saudara anakanda Nur
Alia untuk memulakan majlis, membicarakan hajat dan menyimpulkan janji antara dua keluarga.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Alhamdulillah. Termetri sudah janji, Terputus sudah madah, Terungkai sudah teka teki.

Dijemput anakanda Nur Alia untuk bersedia di pelamin bagi menyempurnakan majlis
seterusnya…majlis menyarung cincin dijari sebagai tanda ikatan dua hati, simpulan janji dua keluarga..
Dipersilakan dengan penuh takzim wakil daripada pihak lelaki untuk menyempurnakan
majlis.Dipersilakan.

Anak Cina mengait raga Kalau pergi Kampung Keramat,
Raga diraut di Kuala Kedah Jangan lupa membeli tongkat;
Senyum terukir kedua keluarga Bersama kita memohon rahmat,
Tanda hajat sempurna sudah Moga majlis mendapat berkat.

Burung Nuri terbang ke gua
Singgah hinggap di tepi kuala
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga ikatan berkekalan hendaknya

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh bapa saudara anakanda Nur Alia, Ustaz Zulkifli…dengan penuh
hormat dipersilakan.

Amin Amin Ain Ya Rabbal Alamin.

Bagi mengabadikaan kenangan terjalinnya ikatan antara dua keluarga, majlis dengan ini mempersila
dahulu pihak rombongan lelaki untuk menjayakan sesi fotografi bersama Anakanda Nur Alia.
Dipersilakan.

Seterusnya pihak keluarga perempuan dijemput kehadapan bagi melengkapkan sesi fotografi.

Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama menulis telah sampai ke noktah

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas daripada ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis pada hari
yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Harum Semerbak bunga seroja Terbang rendah burung tempua,
Dibelai oleh dara pingitan Hinggap berdua di dahan ara;
Lauk pauk tersedia sudah Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemput semua menikmati hidangan Dijemput tuan menjamu selera.

Pergi ke dusun memetik kelapa Banyak keluk ke penarik,
Kelapa muda si kelapa barli Keluk tumbuh pohon kuini;
Jari disusun maaf dipinta Nan elok bawalah balik,
Panjang usia bersua kembali Nan tak elok tinggallah di sini.

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,

Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Click to View FlipBook Version