The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZMAN BIN HARUN SGM, 2019-12-13 18:26:33

Teks Pengacara Majlis Alia

Teks Pengacara Majlis Alia

Teks Pengacara Majlis Merisik dan Bertunang

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG
Nur Alia binti Mohd Zamri & Muhamad Aiman bin Johari

TEMPAT: No 4 Siantan 4

TARIKH: 14 Disember 2019 (Sabtu)

Sirih junjung berhias indah, Melati kuntum tumbuh melata,
Sekacip pinang pembuka kata, Sayang merbah di pohon cemara;
Datang berkunjung ke majlis meriah, Assalammualaikum mulanya kata,
Lembaran sejarah kini bermula Saya sembah pembuka bicara.

Melayang serindit di atas permatang Sirih berlipat sirih pinang,
Merbah berkicau di hujung muara Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang diraikan pada hari ini, rombongan daripada pihak lelaki, tuan-

tuan, puan-puan serta hadirin sekalian serta pihak

keluarga perempuan merangkap tuan rumah bagi majlis hari ini, saya

dengan ini ingin mengalu-alukan kehadiran semua dalam majlis yang

indah dan penuh bermakna ini….Majlis Merisik dan Pertunangan

Anakanda Nur Alia binti Mohd Zamri

Selamat datang dan Selamat bertandang kami ucapkan.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,

Sebelum pelang mengail ikan;

Kehadian tuan, kami alukan,

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Tn Hj Kamaruzaman,
merangkap ayah saudara anakanda Nur Alia untuk memulakan majlis,
membicarakan hajat dan menyimpulkan janji antara dua keluarga.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Alhamdulillah. Termetri sudah janji, Terputus sudah madah,
Terungkai sudah teka teki.

Dijemput anakanda Nur Alia untuk bersedia di pelamin bagi
menyempurnakan majlis seterusnya…majlis menyarung cincin dijari
sebagai tanda ikatan dua hati, simpulan janji dua keluarga..
Dipersilakan dengan penuh takzim wakil daripada pihak lelaki untuk
menyempurnakan majlis.Dipersilakan.

Anak Cina mengait raga
Raga diraut di Kuala Kedah
Senyum terukir kedua keluarga
Tanda hajat sempurna sudah

Burung Nuri terbang ke gua Kalau pergi Kampung Keramat,
Singgah hinggap di tepi kuala Jangan lupa membeli tongkat;
Menadah tangan memanjatkan doa Bersama kita memohon rahmat,
Moga ikatan berkekalan hendaknya Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
bapa saudara anakanda Nur Alia, Ustaz Zulkifli…dengan penuh
hormat dipersilakan.

Amin Amin Ain Ya Rabbal Alamin.

Bagi mengabadikaan kenangan terjalinnya ikatan antara dua keluarga,
majlis dengan ini mempersila dahulu pihak rombongan lelaki untuk
menjayakan sesi fotografi bersama Anakanda Nur Alia. Dipersilakan.

Seterusnya pihak keluarga perempuan dijemput kehadapan bagi
melengkapkan sesi fotografi.

Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama menulis telah sampai ke noktah

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ahli
keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis
pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa Terbang rendah burung tempua,
Terbit bunga pucuknya mati Hinggap berdua di dahan ara;
Budi semua kami tak lupa Hidangan di meja sudah tersedia,
Sudah terpaku di dalam hati Dijemput tuan menjamu selera.

Harum Semerbak bunga seroja Banyak keluk ke penarik,
Dibelai oleh dara pingitan Keluk tumbuh pohon kuini;
Lauk pauk tersedia sudah Nan elok bawalah balik,
Jemput semua menikmati hidangan Nan tak elok tinggallah di sini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan
salam hormat buat semua,

Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Click to View FlipBook Version