The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis_Panduan_Amalan_Baik_Pengurusan_Bahan_Kimia_di_PBT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosmadi, 2024-03-04 03:35:58

Garis_Panduan_Amalan_Baik_Pengurusan_Bahan_Kimia_di_PBT

Garis_Panduan_Amalan_Baik_Pengurusan_Bahan_Kimia_di_PBT

Kandungan LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Bil Perkara Muka Surat 1.0 Objektif 1 2.0 Skop 1 3.0 Definisi 1-2 4.0 Pengenalan 3 4.1 Prinsip Toksikologi 3-5 4.2 Kesan Bahan Kimia Terhadap Kesihatan 5-6 5.0 Konsep Pengurusan Bahan Kimia 6 5.1 Pembelian Bahan Kimia 7 5.2 Penerimaan Dan Pelabelan Bahan Kimia 7-8 5.3 Penyimpanan Bahan Kimia 9-10 5.4 Pengendalian Bahan Kimia 11-12 5.5 Pelupusan Bahan Kimia dan Bekas 13-15 5.6 Pelupusan Bekas Racun Perosak 15 6.0 Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kesihatan 15-16 7.0 Pemantauan Pendedahan Bahan Berbahaya Kepada Kesihatan 16 8.0 Penyimpanan Rekod Dan Latihan 16-17 9.0 Kecemasan Kimia 17 9.1 Percikan Bahan Kimia 17-18 9.2 Tumpahan Bahan Kimia 18 9.3 Kebakaran Bahan Kimia 19 10. Kesimpulan 19


Singkatan CSDS : Chemical Safety Data Sheet MSDS : Material Safety Data Sheet PPE : Personal Protection Equipment HDPE : High Density Polyethylene JKT : Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan PBT : Pihak Berkuasa Tempatan


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1 1.0 OBJEKTIF Untuk memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja. Untuk mempromosikan amalan keselamatan dan kesihatan semasa mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di Pihak Berkuasa Tempatan. 2.0 SKOP Garis panduan ini terpakai kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. 3.0 DEFINISI Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan kimia Berbahaya 2013) tafsiran “bahan kimia”: Bahan kimia yang dimaksudkan dalam panduan ini adalah bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan iaitu mana-mana bahan kimia yang: o Disenaraikan dalam Jadual I atau II, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000. o Mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalam Jadual Pertama (b) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan, dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013. o Terdapat dalam tafsiran “racun makhluk perosak” di bawah seksyen 2, Akta Racun Makhluk Perosak 1974. [Akta 149] o Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2 Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) :- Fasa 2 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada kesihatan atau keselamatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direka bentuk untuk memenuhi matlamat itu. Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS/MSDS) :- Fasa 2 PeraturanPeraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, ertinya suatu dokumen yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sesuatu bahan kimia dan disediakan menurut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013. Toksikologi :- Toksikologi adalah kajian dan pemahaman terhadap pengaruh bahan kimia yang berinteraksi dengan sistem biologi dan menghasilkan kesan sampingan. Toksikologi pekerjaan memfokuskan kepada penilaian terhadap kesan berbahaya yang diperoleh oleh pekerja akibat pendedahan bahan kimia berbahaya di tempat kerja. Pengetahuan toksikologi telah digunakan untuk melindungi pekerja dari kesan yang merbahaya. Kesimpulannya, toksikologi merupakan satu bidang saintifik tentang kajian racun yang memberi fokus kepada kesan-kesan bahan kimia yang tidak diingini ke atas organisma hidup. Bidang ini juga merangkumi kajian tentang mekanisma rawatan dan kaedahkaedah pengesanan racun. [www.kimia.gov.my] Pengurusan Bahan Kimia di Pihak Berkuasa Tempatan adalah meliputi elemen pembelian, penerimaan dan pelabelan, penyimpanan, pengendalian, dan pelupusan bahan kimia.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 3 Buangan Terjadual: Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, ertinya apa-apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Pemegang Lesen: Merujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, [Akta 127] pemegang lesen ertinya mana-mana orang yang dilesenkan oleh Ketua Pengarah (Pihak berkuasa belesen) Seksyen 10 Akta 127. Premis yang ditetapkan : Ertinya premis yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989 [P.U. (A) 140/1989]. Di bawah Akta 127, “premis yang ditetapkan” ertinya sesuatu premis yang ditetapkan oleh menteri di bawah Seksyen 18;


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 4 4.0 PENGENALAN Bahan kimia digunakan dalam pelbagai aktiviti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam aktiviti [meracun, membaja, membaiki kenderaan, mengecat kenderaan dan bangunan dan pelbagai aktiviti lain]. Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan manusia dan alam sekeliling sekiranya tidak diuruskan dengan berkesan. Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan ini boleh menyebabkan penyakit kanser, asma, penyakit kulit, keracunan sistemik, keguguran dan kecacatan bayi dalam kandungan serta kekurangan kesuburan manusia. Bahan kimia juga mempunyai sifat yang mudah meletup dan mudah terbakar serta boleh menyebabkan insiden letupan dan kebakaran. Pengurusan bahan kimia ini bertujuan untuk [memastikan kesempurnaan pembelian, penerimaan, pelabelan, pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan diuruskan dengan baik]. Selain itu pengurusan bahan kimia dijalankan bagi memastikan bahan kimia yang digunakan semasa bekerja dan disimpan tidak mendatangkan risiko kesihatan pekerja akibat daripada pendedahan terhadap bahan kimia. 4.1 PRINSIP TOKSIKOLOGI Bahan kimia boleh memasuki tubuh badan manusia melalui beberapa cara kemasukan iaitu: 4.1.1 Sedutan (Inhalation) Bahan kimia di tempat kerja mempunyai potensi untuk tersebar ke udara dalam [bentuk titisan, gas, wap atau kabus, yang apabila dihidu, memasuki alveolus paru-paru dan mempunyai kapasiti untuk memasuki aliran darah]. (Rujuk Rajah 1)


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 5 Rajah 1: Kemasukan Bahan Kimia Secara Inhalasi 4.1.2 Pemakanan (Ingestion) Bahan kimia boleh memasuki tubuh melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan bahan kimia. 4.1.3 Sentuhan Kulit/ Serapan (Absorption) Pekerja yang mengendalikan bahan kimia adalah berisiko terhadap penyerapan kimia melalui kulit atau mata. Organik dan bahan kimia boleh menembusi kulit kemudian masuk ke dalam dermis dan memasuki aliran darah. a) Kemasukan kimia melalui kulit: Kekeringan dan keretakan kulit yang disebabkan oleh sentuhan yang kerap dengan detergen atau pelarut organik. Luka atau calar di mana bahan kimia boleh masuk ke dalam badan. b) Penyerapan melalui mata (Eye absorption) Bahan kimia dalam bentuk cecair, wap, gas, aerosol dan kabus boleh memasuki mata. Pelarut kimia seperti toluena boleh menembusi lapisan luar mata dan boleh menyerap ke dalam aliran darah.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 6 4.1.4 Transplacenta Ibu yang mengandung terdedah kepada bahan kimia yang mungkin boleh dipindahkan kepada janin melalui plasenta. 4.1.5 Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Ketoksikan a) Kadar kemasukan (berapa cepat dos toksik dihantar) dan laluan pendedahan memberi kesan kepada jumlah bahan memasuki badan pekerja. b) Faktor umur memberi kesan kepada proses pembaikan tisu. c) Tahap kesihatan, keadaan fizikal dan cara hidup boleh memberi kesan terhadap respon toksik. Penyakit sedia ada boleh meningkatkan sensitiviti terhadap bahan kimia. d) Faktor-faktor persekitaran seperti suhu dan tekanan boleh juga memberi kesan kepada pendedahan bahan kimia kepada individu. e) Kecenderungan genetik. f) Jantina individu terdedah. 4.2 KESAN BAHAN KIMIA KEPADA KESIHATAN 4.2.1 Kesan-kesan Toksik Bahan Kimia a) Secara amnya, dos bahan kimia dan pendedahan yang lebih lama yang lebih tinggi akan menyebabkan lebih berbahaya. b) Keracunan akut biasanya disebabkan oleh satu pendedahan besar dengan penyerapan pantas bahan, contohnya keracunan karbon monoksida atau sianida keracunan. c) Keracunan yang kronik biasanya disebabkan oleh pendedahan berpanjangan atau berulang kali kepada bahan kimia.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 7 d) Gejala mungkin tidak dialami serta-merta, contohnya keracunan merkuri dan pendedahan terhadap racun perosak. e) Kesan setempat merujuk kepada kesan bahan kimia di tempat yang tersentuh yang mungkin contohnya kulit, membran mukus, saluran pernafasan. f) Kesan sistemik merujuk kepada pengedaran bahan kimia di seluruh badan. Sebagai contoh, kesan terhadap gastrousus atau mata. 4.2.2 Kesan jangka pendek : Letih, sakit kepala, lemah anggota, tidak bermaya, kulit menjadi gatal dan merah, rasa panas dan kudis, mata terasa gatal dan pedih, sakit tekak, mulut melecur, muntah-muntah, hilang selera makan, keluar air liur yang banyak, loya, sakit perut dan cirit birit, susah bernafas, batuk dan sakit dada, kepala terasa pening, sakit dan pitam, sawan serta tidak sedarkan diri dan kematian. 4.2.3 Kesan jangka panjang : Terdapat alahan pada kulit dan kerosakan pada kuku. Terdapat beberapa racun perosak yang boleh menyebabkan barah seperti racun makhluk perosak yang mengandungi bahan arsenic. Ada racun makhluk perosak yang menyebabkan kemandulan. 5.0 KONSEP PENGURUSAN BAHAN KIMIA Konsep Pengurusan Bahan Kimia dikenali sebagai konsep “dari buaian hingga ke liang lahad” (cradle to grave). Konsep ini terbahagi kepada lima (5) iaitu: i. pembelian bahan kimia; ii. penerimaan dan pelabelan; iii. penyimpanan bahan kimia; iv. pengendalian bahan kimia; dan v. pelupusan bahan kimia dan bekas.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 8 5.1 PEMBELIAN BAHAN KIMIA 5.1.1 Sebelum pembelian bahan kimia, PBT perlu mengetahui tujuan pembelian bahan kimia yang bersesuaian dengan skop operasi atau keperluan semasa. 5.1.2 Setiap permohonan pembelian bahan kimia yang baru perlu mendapatkan Risalah Data Keselamatan Bahan Kimia (CSDS/MSDS) yang lengkap dari pembekal/pengilang. 5.1.3 Pembelian terhadap bahan kimia yang kurang toksik perlu diutamakan. 5.1.4 PBT perlu mengenalpasti dan merekod semua bahan kimia berbahaya di tempat kerja. 5.2 PENERIMAAN DAN PELABELAN BAHAN KIMIA 5.2.1 Semua bahan kimia yang diterima perlu mematuhi sepenuhnya keperluan pembungkusan dan pelabelan mengikut perjanjian pembelian. 5.2.2 Bahan kimia diterima dalam keadaan baik, penutup tertutup rapat, tiada kesan koyak atau bocor. 5.2.3 Bekas simpanan bahan kimia perlu dilabelkan dengan sempurna. ( Rujuk Rajah 2 dan Rajah 3 ). 5.2.4 Bahan kimia yang tidak mempunyai Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS/MSDS) serta tidak dilabel dengan sempurna perlu dikembalikan semula kepada pembekal/pengilang. 5.2.5 Sekiranya label telah pudar, rosak atau hilang semasa penerimaan dan dalam simpanan, bahan kimia tersebut perlu dilabel semula.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 9 Rajah 2: Contoh Label Bahan Kimia Rajah 3: Piktogram Simbol Bahan Kimia


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 10 5.3 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA 5.3.1 Bahan kimia yang boleh bertindak balas di antara satu sama lain hendaklah disimpan secara berasingan. 5.3.2 Bekas bahan kimia di tempat simpanan mestilah bebas daripada kebocoran, karat atau rosak serta disusun dengan teratur dan semua bahan kimia tersebut perlu dilabel dengan sempurna. 5.3.3 Tempat simpanan bahan kimia mestilah mempunyai pengaliran udara yang mencukupi untuk memastikan sebarang kebocoran wap yang berbahaya dapat dielakkan. 5.3.4 Keperluan bagi stor penyimpanan Racun Makhluk Perosak. i. Jarak stor penyimpanan racun hendaklah sekurang-kurangnya 30 meter daripada rumah kediaman. ii. Berbumbung, kering dan jauh dari punca air bagi mengelakkan risiko pencemaran kepada punca air jika berlaku tumpahan. iii. Mempunyai pengudaraan yang baik. iv. Mempamerkan tanda amaran bahaya dan tanda stor racun/bahan kimia di tempat yang mudah dilihat. ( Rujuk Rajah 4 ) v. Mempunyai baldi berisi bahan penyerap yang digunakan untuk mengawal tumpahan bahan kimia seperti habuk kayu atau pasir dan sentiasa diletakkan dalam atau luar stor. ( Rujuk Rajah 5 ) vi. Mempunyai label dalam keadaan sempurna bagi setiap bahan kimia. vii. Menampal prosedur keselamatan dan menyimpan CSDS/MSDS berdekatan stor. Prosedur tersebut mestilah mempunyai maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan. ( Rujuk Rajah 6 )


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 11 viii. Mempunyai alat pemadam api yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. ix. Rak-rak yang terdapat di dalam stor hendaklah kalis air. x. Mempunyai peti pertolongan cemas, emergency shower dan eye wash. ( Rujuk Rajah 7 ). Rajah 4: Tanda Bahaya dan Rajah 5: Pasir/ Bahan penyerap Racun Rajah 6: MSDS atau CSDS/MSDS Rajah 7: Emergency Shower And Eye Wash


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 12 5.4 PENGENDALIAN BAHAN KIMIA 5.4.1 Pengendali bahan kimia hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai bahaya bahan kimia yang dikendalikan. 5.4.2 Pengendali bahan kimia hendaklah memastikan bahan kimia mempunyai label dan membaca label sebelum menggunakan bahan kimia. 5.4.3 Pengendali bahan kimia hendaklah mematuhi arahan kerja selamat dalam mengendalikan bahan kimia. 5.4.4 Pengendali bahan kimia perlu menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) bersesuaian dengan bahan kimia yang dikendalikan. Pihak PBT perlu mengadakan dan melaksanakan tatacara tentang pengeluaran, penyelenggaraan, pemeriksaan dan latihan dalam penggunaan PPE. Penggunaan dan pemilihan PPE yang bersesuaian hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 5.4.5 PBT hendaklah memastikan setiap pegawai yang terlibat dengan pengendalian bahan kimia dibuat pengawasan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini adalah keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 5.4.6.4PBT perlu menyediakan kemudahan bilik persalinan untuk pengendali bahan kimia yang dilengkapi: a) Locker individu ( Rujuk Rajah 8 ) b) Kabinet peralatan perlindungan diri (PPE) c) Bilik mandi ( Rujuk Rajah 9 ) d) Mesin basuh ( Rujuk Rajah 10 )


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 13 Rajah 8 : Kemudahan locker individu Rajah 9 :Kemudahan bilik mandi Rajah 10 : Kemudahan mesin basuh


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 14 5.5 PELUPUSAN BAHAN KIMIA 5.5.1. PBT perlu menyenaraikan semua jenis sisa buangan terjadual yang terhasil daripada operasi yang dijalankan oleh PBT seperti bahan kimia, bekas-bekas bahan kimia dan lain-lain dengan merujuk kepada Jadual Pertama PeraturanPeraturan Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005. 5.5.2 PBT perlu mengetahui kriteria bahan kimia dan buangan terjadual yang perlu dilupuskan: i.Bahan kimia yang tertumpah. ii.Bahan kimia yang tidak berlabel. iii. Bahan yang telah tamat tempoh gunanya. iv.Bahan yang menghasilkan sisa yang reaktif dan beracun hasil tindak balas kimia. v.Sisa bahan kimia cecair. vi.Sisa bahan kimia pepejal. vii.Tumpahan minyak viii.Lain-lain buangan terjadual. 5.5.2 PBT perlu memberitahu ke Jabatan Alam Sekitar dengan menggunakan Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005 dalam masa 30 hari dari hasil buangan tersebut dikeluarkan. 5.5.3 PBT perlu menyediakan inventori bulanan mengenai pengeluaran buangan terjadual bagi memastikan kuantiti buangan terjadual dikemaskini dari semasa ke semasa dengan menggunakan Jadual Kelima peraturan yang sama. 5.5.4 PBT perlu menyimpan rekod inventori buangan terjadual dalam tempoh 3 tahun dari tarikh buangan dihasilkan.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 15 5.5.5 Pelupusan bahan kimia dan buangan terjadual bermula dengan pengasingan dan pengumpulannya. Pengasingan sisa kimia dan buangan terjadual juga membantu mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti letupan atau kebakaran ketika kerja pelupusan dilakukan. 5.5.6 Bahan kimia yang tidak serasi perlu diasingkan bagi mengelakkan berlakunya tindakbalas dengan merujuk kepada Jadual Keempat Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005. 5.5.7 Pegawai bertanggungjawab perlu meletakkan sisa kimia ke dalam tempat khas berlabel dan hendaklah disimpan di tempat yang selamat atau tempat penyimpanan sisa yang telah dikenalpasti sehingga langkah pelupusan dijalankan. Sisa kimia perlu dielakkan daripada terdedah kepada haba atau api 5.5.8 Bekas sisa bahan kimia mestilah dalam keadaan baik semasa digunakan dan mestilah diperiksa setiap minggu untuk memastikan tiada kebocoran atau tindakbalas antara bekas dan sisa. 5.5.9 Bekas yang mengandungi buangan terjadual mestilah dilabel dengan jelas mengikut pengkelasan yang telah ditetapkan dan ditandakan dengan kod buangan terjadual seperti Jadual Ketiga peraturan yang sama. 5.5.10 Buangan terjadual hendaklah distorkan dalam bekas-bekas yang sesuai, tahan lasak dan boleh mencegah dari tertumpah atau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling. 5.5.11 Bekas-bekas yang mengandungi buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup sepanjang penstoran kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan buangan terjadual. 5.5.12 Kawasan-kawasan bagi penstoran bekas-bekas itu hendaklah direka bentuk, dibina dan disenggara dengan secukupnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan untuk mencegah pertumpahan dan kebocoran buangan terjadual ke


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 16 persekitaran. Buangan terjadual boleh distorkan selama 180 hari atau kurang dengan syarat kuantiti buangan terjadual tidak melebihi 20 tan metrik. 5.5.13 Pelupusan hendaklah dilakukan di premis yang telah ditetapkan untuk dan kontraktor pengangkutan mestilah mempunyai kemudahan yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 5.6 PELUPUSAN BEKAS RACUN PEROSAK Terdapat beberapa pilihan untuk melupuskan bekas-bekas racun makhluk perosak, iaitu: i. Dihantar ke pusat pelupusan sisa kimia yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. ii. Dikembalikan kepada pengeluar. iii. Kitar semula: bekas-bekas racun makluk perosak jenis High Density Polyethylene (HDPE) perlu dibilas 3 kali dan ditebuk untuk dikitar semula sekiranya ada kemudahan program kitar semula (bekas-bekas yang telah dibilas 3 kali dan ditebuk boleh dihantar ke pusat pengumpulan sementara yang diwujudkan di kawasan berhampiran). 6.0 PENAKSIRAN RISIKO BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN 6.1 Penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah dijalankan untuk mengetahui kemungkinan risiko kepada seseorang pekerja akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia. (Peraturan 9, Peraturanperaturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 17 6.2 PBT hendaklah melaksanakan semua langkah kawalan yang perlu bagi mengurangkan tahap pendedahan kakitangan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di bawah had pendedahan yang dibenarkan. 7.0 PEMANTAUAN PENDEDAHAN KEPADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN 7.1 Pemantauan pendedahan perlu dijalankan sekiranya penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan menunjukkan ada keperluan untuk menjalankannya. 7.2 PBT perlu memastikan pendedahan kakitangan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipantau mengikut kaedah pemantauan dan penganalisaan yang diluluskan. 7.3 Pemantauan pendedahan hendaklah dijalankan oleh Juruteknik Higen yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 7.4 Laporan penaksiran hendaklah diselenggara dengan teratur dan baik untuk tempoh tidak kurang dari 30 tahun. 8.0 PENYIMPANAN REKOD DAN LATIHAN Data kakitangan yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya perlu diadakan untuk membolehkan mereka mengetahui: 8.1 Risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada pendedahan bahan kimia 8.2 Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil tindakan segera. 8.3 Latihan berkaitan pengurusan bahan kimia. a) Sekurang-kurangnya sekali dalam 2 tahun.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 18 b) Jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan. 9.0 KECEMASAN KIMIA MELIBATKAN BAHAN KIMIA BOLEH TERJADI AKIBAT PERKARA-PERKARA SEPERTI BERIKUT: i. Percikan bahan kimia ii. Tumpahan bahan kimia iii. Kebakaran bahan kimia 9.1 PERCIKAN BAHAN KIMIA 9.1.1 Percikan Bahan Kimia Kepada Mata 1. Kekalkan mata dalam keadaan terbuka. 2. Bilas dengan air yang bersih atau “normal saline” (Sodium klorida 0.9%). 3. Basuh dengan air secara berterusan sekurang-kurangnya 10-20 minit. 4. Tanggalkan kanta pelekap sekiranya ada. 5. Jangan gosok mata. 6. Jangan guna sebarang ubat titis mata sehingga dirawat oleh pegawai perubatan. 7. Dapatkan rawatan dengan segera. 8. Catatkan nama bahan kimia yang terkena pada mata untuk memudahkan rawatan oleh pegawai perubatan.


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 19 9.1.2 Percikan Bahan Kimia Pada Kulit 1. Tenangkan diri. 2. Tanggalkan segera pakaian yang tercemar. 3. Bilas dengan segera bahan kimia menggunakan pancuran hujan keselamatan (safety shower). 4. Biarkan air sejuk mengalir berterusan di bahagian yang terkena sekurangkurangnya 15 minit. 5. Jangan guna apa-apa krim, losyen atau sebarang bahan peneutralan. 6. Jangan alihkan mangsa kecuali mangsa tersebut berdekatan dengan sebarang bahaya. 7. Catatkan nama bahan kimia yang terkena pada kulit untuk memudahkan rawatan oleh pegawai perubatan. 9.2 TUMPAHAN BAHAN KIMIA Insiden melibatkan tumpahan bahan kimia Maklumkan kepada individu yang berada berdekatan tentang tumpahan tersebut. Asingkan kawasan yang terlibat dengan menggunakan sawar-sawar (barrier tape). Penilaian semula prosedur pembersihan tumpahan yang disyorkan CSDS/MSDS. Keluarkan kit kecemasan tumpahan bahan kimia. Memakai pakaian perlindungan (PPE) yang sesuai. Mengawal tumpahan daripada merebak (absorbant). Sapu atau sodok bahan yang tersebut dan masukkan ke dalam bekas plastik tebal. Labelkan bekas tersebut. Lupuskan PPE tersebut ke dalam “chemical resistant bag”


GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 20 9.3 KEBAKARAN BAHAN KIMIA Insiden melibatkan kebakaran bahan kimia 9.3.1 Kebakaran Maklumkan kepada individu yang berada berdekatan dan pengungsian bangunan jika perlu. Kenal pasti bahan kimia yang terlibat. Gunakan alat pemadam api yang bersesuaian. Hubungi BOMBA atau pihak yang berkenaan. 10. KESIMPULAN Pengurusan bahan kimia adalah penting bagi memastikan kesempurnaan pembelian, penerimaan, pelabelan, pengendalian dan penyimpanan bahan kimia serta bahan berbahaya diuruskan dengan baik.


Click to View FlipBook Version