The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidi284, 2019-01-10 01:04:59

MINIT MESYUARAT bil.5.2018

MINIT MESYUARAT bil.5.2018

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL.5 /2018

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2018 ( SELASA )

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN PIBG SKFK

KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN 1(BUKU KEHADIRAN MESYUARAT)

1.0. UCAPAN PENGERUSI.

1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada semua ajk kerana dapat hadir
mesyuarat pada petang ini..

1.2 Bersyukur kerana dapat bersama-sama guru-guru di saat akhir sebelum UPSR
2018.

1.3 Ucapan terima kasih juga kepada semua ajk dapat bersama-sama menjayakan
semua program yang telah dirancang sepanjang tahun.

Tindakan : Makluman untuk semua ajk

2.0. UCAPAN GURU BESAR

2.1. Ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada semua ajk PIBG kerana dapat hadir
mesyuarat pada petang ini.

2.2. Bersyukur kerana dapat bersama-sama untuk kali pertama dengan ajk PIBG.

2.3. Data murid yang terkini seramai 205 orang di arus perdana dan 50 orang
Prasekolah dan berjumlah 255 orang.

2.4. Makluman sembahyang hajat untuk calon UPSR akan diadakan di masjid Felda
Kemasul.

2.5. Ujian akhir tahun akan bermula pada 23 Oktober 2018. Soalan disediakan oleh
daerah bagi mata pelajaran teras.

2.6. Linus sarangan 2 akan diadakan pada hujung bulan September.

2.7. Program Riadhul Quran bagi murid belum menguasai Iqra 1 hingga 3. Seramai 64
orang belum mencapai (buta quran). Taklimat telah diberikan kepada penjaga pada
14.9.2018.
1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________
2.8. Semua aktiviti kokurikulum telah dijalankan dengan jayanya. Program yang terdekat
ialah aktiviti MUB yang akan diadakan pada awal Oktober nanti.
2.9. Sempena UPSR sekolah akan cutikan murid Prasekolah untuk Ujian UPSR. Murid
Pra Pintar pada 24 – 25 September dan Pra Bestari pada 26 – 27 September.
Tindakan : Makluman Ajk

3.0. PENGESAHAN MINIT
3.1. Pembentangan minit dilakukan oleh setiausaha PIBG.
3.2. En. Zainuddin mencadangkan agar minit mesyuarat bil.4/2018 disahkan. Cadangan
tersebut telah disokong oleh En. Mohd. Sukeri Effendy.
Tindakan : Setiausaha

4. 0. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

5. LAPORAN
5.1. Laporan kewangan ( En. Zuhari – Bendahari PIBG ) .
5.1.1 Laporan telah dibentangkan sehingga Ogos 2018.- Lihat lampiran yang
diedarkan.
5.1. 2 Laporan kutipan rumah sewa. – Lihat lampiran.
5.1.3. Jawatankuasa PIBG telah sebulat suara melantik En. Nazri dan En. Aizul
untuk mengutip sewa rumah PIBG.
5.1.4. Jawatankuasa memutuskan sewa bagi tahun 2018 mesti dabayar dahulu
sebelum hutang sebelum tahun 2018 dilunaskan.
5.1.5. Keluarkan surat peringatan bayaran sewa rumah kepada semua penyewa
untuk membayar sewa.
Tindakan : Setiausaha

2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________

5.2. Laporan permohonan aktiviti. ( Setiausaha PIBG )

5.2.1. Permohonan oleh Unit Kecemerlangan UPSR telah memohon sumbangan
sebanyak RM3,000.00 untuk Program Kepung UPSR telah diluluskan dan
dipersetujui oleh Jawatankuasa PIBG.

5.2.2. Permohonan oleh Majlis Unit Beruniform SKFK telah memohon sebanyak
RM2,000.00 untuk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bertempat di Tasik
Bera telah diluluskan.

5.2.3. Permohonan Sebanyak RM3500.00 oleh Jawatankuasa Majlis Anugerah
Kecemerlangan telah diluluskan oleh Jawatankuasa PIBG.

5.2.4. Permohonan sebanyak RM500.00 juga telah dipersetujui bagi Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018.

5.2.5. Kewangan yang selebihnya hendaklah disimpan untuk kegunaan Hari Sukan
Sekolah dan Mesyuarat Agung PIBG 2019 . Kos untuk hari sukan sebanyak
RM3000.00 manakala kos untuk mesyuarat Agung PIBG sebanyak RM2000.00 dan
telah dipersetujui jawatankuasa untuk menyimpan kos tersebut untuk kegunaan
program tersebut.

Tindakan : Bendahari

5.3. En. Azmi telah memaklumkan bahawa Syarikat ERA MOHAMMAD akan
menyumbang sebanyak RM1000.00 untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018.

5.4. Laporan Aktiviti Sekolah ( En. Mohd Sahrin – GPK KOKU )

5.4.1. Semua aktiviti sekolah telah dapat dilaksanakan sepenuhnya kecuali
beberapa aktiviti seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan( 28/9/2018), Perkhemahan
Unit Beruniform (oktober) dan Majlis Anugerah Kecemerlangan ( November) akan
dijalankan seperti yang dirancang. Cadangan perasmi bagi Majlis Anugerah
Kecemerlangan ialah Dato’ Sri Johari atau Dato’ Amizar.

6. HAL-HAL LAIN

6.1. En. Azmi ( YDP )

- Syarikat Era Mohammad bercadang untuk mengendalikan 1 program untuk
murid iaitu Rombongan ke Dek MAS Malaysia yang dijangka pada bulan Februari
atau Mac 2019 .

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________

- Syarikat Era Mohammad juga akan memberi sumbangan bagi membeli baju
korporat bagi AJK PIBG . Segala tempahan dan ukuran baju akan dilakukan
secepat mungkin.

Tindakan : En. Zuhari

- Syarikat Era Mohammad juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak
RM5000.00 kepada PIBG sekiranya syarikat mendapat keuntungan pada bulan Jun
2019 nanti. (InsyaAllah)

6.2. En. Zainol ( NYDP)

- Surat sumbangan Out Right Grant kepada Menteri Besar telah diberikan dan
meminta YDP untuk memastikan sumbangan tersebut ada tersenarai dalam catatan
kelulusan MB.

6.3. En. Aizul (AJK IBU BAPA)

- Meminta pihak sekolah untuk mengeluarkan notis pemberitahuan keputusan
pemeriksaan kejadian muntah kepada ibu bapa sebagai kepastian punca kejadian
tersebut.
*Respon Guru Besar – Kejadian tersebut telah diperiksa oleh Kementerian
Kesihatan Bentong dan memberi keputusan bahawa kejadian tersebut bukan
berpunca dari kantin sekolah. Pihak sekolah tidak boleh mengeluarkan sebarang
notis pemberitahuan kejadian tersebut tanpa mendapatkan kebenaran pihak
kementerian.
*Respon GPK HEM – Kejadian tersebut hanya melibatkan seramai 20 orang murid
sahaja mengikut laporan Klinik Kesihatan Chemomoi dan bukan seramai 60 orang
seperti yang digemburkan oleh pihak luar.

6.4. En. Fadzil (GPK Pentadbiran)

- Mohon ajk dapat memberitahu ibu bapa murid Tahun 4 bahawa kelas akan
dipecahkan kepada 2 kelas selepas UPSR nanti untuk membantu kecemerlangan
murid dalam ujian akhir tahun nanti.

- Seramai 12 orang murid Prasekolah tidak melepasi sasaran boleh membaca dan
4 orang tidak mengenal huruf. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini pihak
sekolah akan cuba melaksanakan program yang berkaitan nanti.

4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________
6.5. Pn. Armah (AJK IBU BAPA)
- Pihak Perpustakaan Desa felda Kemasul akan cuba untuk mengadakan
rombongan ke Kuantan bagi Pengawas Perpustakaan pada 2019 nanti.
- Akan mengendalikan Kursus Pengurusan Pusat sumber bagi pengawas pusat
sumber sekolah dengan kerjasama Guru Media sekolah. Tarikh akan dibincangkan
kemudian.
- Perpustakaan Desa akan mengadakan Transit Ilmu iaitu pameran buku pada
tahun 2019.
- Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dengan program
Perpustakaan Desa Felda Kemasul bagi tahun 2018.

6.6. Pn. Noraini ( GPK HEM)
- Menerangkan kepada semua AJK PIBG masalah Murid Berisiko Cicir iaitu murid
ada tapi cicir. Keciciran tersebut melibatkan kehadiran ke sekolah dan keciciran dari
segi Akademik. Diharap ajk semua dapat membantu bagi mengatasi masalah ini.

6.7. En. Mohd Zaidi ( Guru Besar )
- Diharapkan ajk pibg dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam
segala program yang dirancang. Keterlibatan ajk dalam semua program diucapkan
ribuan terima kasih. Ini merupakan perjumpaan pertama beliau bersama ajk PIBG
dan diharapkan dapat bekerjasama membangunkan kecemerlangan murid SKFK.

7.0. PENUTUP

7.1. YDP mengharapkan semua ajk ibu bapa cuba untuk membantu ibu bapa lebih
memahami segala masalah dan bukan hanya membuat masalah. Diharapkan juga
ajk ibu bapa dapat membantu ibu bapa datang ke sekolah untuk menyelesaikan
segala masalah berkaitan murid dan pengurusan sekolah dan berhubung dengan
pihak yang betul mengikut cara yang betul.

7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KEMASUL,

28310 TRIANG,PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-2458541/ FAKS : 09-2450137

_____________________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH,

…………………………...................... ……………………….…

(MOHD ABDUL SUPIAN BIN RIPIN) (AZMI BIN MOHAMMAD)

SETIAUSAHA PIBG SESI 2018/2019, YDP PIBG SESI 2018/2019,
SK (LKTP) KEMASUL, SK (LKTP) KEMASUL,
28310 TRIANG, BENTONG, 28310 TRIANG, BENTONG,
PAHANG. PAHANG.

6


Click to View FlipBook Version