PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
MPU21032
TAJUK : ADAT RESAM PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
TERAS KESEPADUAN NASIONAL
PENSYARAH : USTAZ FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH
AHLI KUMPULAN:
1. ALIFF HAKIM BIN ZUL AZMI (33DPC19F1023)
2. MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN MISRON (33DPC19F1007)
3. MOHD HAZIQ SYAFIUDDIN BIN JAMAIN (33DPC19F1004)
4. MUHD IRFAN HAZIQ BIN MD SUPIAN (33DPC19F1007)
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2.OBJEKTIF KAJIAN
3.DEFINISI ADAT RESAM
4.ADAT RESAM KAUM MELAYU
5.ADAT RESAM KAUM CINA
6.ADAT RESAM KAUM INDIA
7.NILAI MURNI ADAT RESAM
8.KEPENTINGAN MENGHORMATI ADAT
RESAM ORANG LAIN
9. RUMUSAN
PENGENALAN
Salah satu kelebihan negara kita Malaysia ialah
masyarakat yang berbilang kaum. Kitamempunyai
kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum minoriti
yang lain khususnya di Sabahdan Sarawak. Keadaan
ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai
adat resam dan budayayang menarik untuk dihayati
dan diamalkan. Malah adat resam atau budaya yang
unik inimempunyai kepentingan yang tersendiri jika
dihargai dengan sewajarnya.Sebenarnya adat resam
yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia wajar
dihargaikerana adat resam atau budaya inilah yang
menonjolkan identiti sesuatu kaum itu. Tanpa
budayaatau adat resam ini tentunya kaum itu akan
kehilangan identitinya buat selama-lamanya.
Budayaatau adat resam yang diamalkan oleh sesuatu
kaum seperti memakai pakaian tradisional semasa
perayaan atau hari-hari tertentu, makan
menggunakan tangan, menziarahi kubur semasa
HariRaya dan sebagainya turut menimbulkan rasa
bangga kepada pengamal adat kaum
tersebut.Individu yang terbabit akan berasa mereka
telah berjaya mengekalkan adat resam turun-
temurunnenek moyang mereka selama ini.
OBJEKTIF
OBJEKTIF TUGASAN INI :
Dapat menerangkan definisi adat resam
Menyenaraikan 3 adat resam yang paling utama bagi
kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India iaitu adat
kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian
Mengetahui nilai-nilai murni yang terkandung dalam
pengamalan adat resam ini
Menghormati adat resam kaum lain
DEFINISI
Definisi adat resam
i)
Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud
adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat
resam seperti makan bertertib, bersopan santun
ketika bertutur adalahmenjadi sifat dan tabiat
manusia secara semula jadi yang diikuti turun-
temurun.
ii)
Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang
mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada
suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah
diterima olehmasyarakat sebagai suatu peraturan
hidup yang mesti dipatuhi.
iii)
Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu
custom memberi maksud suatu adat dan kebiasaan
ADAT RESAM KAUM MELAYU
Adat Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang
tidak ternilai bagi setiap pasangan suamiisteri. Bagi
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama
Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan
mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu
setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek
kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak
mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak
turun temurun.
A. LENGGANG PERUT ATAU KIRIM PERUT
Adat resam ini dilakukan kepada ibu yang hamil
tujuh bulan. Bidan yang melakukanupacara tersebut
akan memastikan usia bayi dalam kandungan sama
ada sudah cukup kiraan bulan atau belum.Alat yang
perlu disediakan untuk upacara ini ialah tujuh helai
kain tujuh warna,segantang beras, sebiji kelapa,
beberapa lembar utas benang mentah, damar, sedikit
minyak kelapa atau minyak urut, beberapa batang
lilin, tepak sirih yang lengkap isinya, dan
pengerassejumlah RM1.25 yang diletakkan di dalam
tepak sirih.
Pada permulaan upacara melenggang perut, bidan
membentangkan ketujuh-tujuh helaikain secara
melintang disusun berlapis-lapis. Ibu yang hamil itu
dibaringkan di atas kaintersebut. Dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut yang
disediakan, bidanmengurut perlahan-lahan perut ibu
buat beberapa ketika.
Selanjutnya, bidan mengambil buah kelapa yang
sudah dikupas lalu digolekkan perlahan-lahan di atas
perut ibu yang hamil itu dari atas ke bawah sebanyak
tujuh kali. Bidan
memerhatikan bahagian “mata” ke
lapa itu. Mengikut kepercayaan, jikalau mata buah
kelapa itumenghadap ke atas, itu menandakan anak
yang di dalam kandungan ialah lelaki dan
jikalauhalanya ke bawah menandakan anak yang
dikandungi itu perempuan.Selepas menggolek
kelapa, bidan memegang kedua-dua hujung kain yang
di atas sekali dan melenggang-lenggangnya pada
badan ibu yang hamil itu. Ini dilakukan sehelai demi
sehelai sehingga helaian yang ketujuh.Mengikut adat,
kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan.
Begitu juga dengankelapa, beras, damar, sirih pinang,
dan juga wang yang disediakan. Lazimnya, pada hari
melenggang perut, diadakan kenduri doa selamat
yang dihadiri oleh sanak saudara terdekat.
B. MEMOTONG PUSAT DAN TANGGAL PUSAT
Selepas bayi selamat dilahirkan, bidan memotong tali
pusatnya dengan sembilu buluh.Tali pusat itu
dialaskan di atas sekeping wang perak RM1. Sebelum
pemotongan dilakukan, iaitulebih kurang tiga jari
dari perut, tali pusat itu diikatkan erat dengan
benang putih. Benang itu juga diikat pada jarak satu
jari hingga tujuh kali ikat benang. Di antara ikatan
yang keenamdengan yang ketujuh itulah tali pusat
itu dipotong. Lazimnya, tali pusat bayi akan tanggal
antara lima hingga tujuh hari. Setelah tanggal pusat,
diadakan cuci lautan (naik buai). Hari yang dianggap
elok dilakukan upacara tersebut ialah Isnin atau
Khamis.
C. MEMBELAH MULUT, CUKUR RAMBUT DAN MEMBERI
NAMA ANAK
Upacara ini dilakukan dengan mencicip air manisan
atau madu lebah, buah kurma atau yang
seumpamanya pada langit-langit bayi. Bayi dibelah
mulutnya dengan cincin emas yangtelah dicicipkan
dengan air sirih pinang. Selepas tujuh hari bayi
dilahirkan, dilakukan pulaupacara mencukur rambut
bayi. Setelah upacara itu, barulah nama diberikan
kepada bayi tersebut.
D. PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN
Ibu yang bersalin mesti berpantang selama 44 hari.
Sepanjang masa berpantang itu, diaditegah daripada
memakan makanan yang dianggap sejuk dan
berangin. Setelah tujuh hari bersalin, barulah ibu itu
dibenarkan bergerak sedikit-sedikit di dalam rumah
tetapi dilarang samasekali memijak tanah. Ibu itu
juga mesti memakan ubat yang diperbuat daripada
ramuan akar kayu dan pelbagai jenis rempah. Selain
makan ubat yang tertentu, ibu itu digalakkan
berdiang diatas bara atau benda yang dipanaskan
seperti batu atau besi yang tertentu. Rawatan lain
yangdijalaninya termasuklah bertungku, berurut,
berbengkung, berbedak (berparam) di
badan,menyumbat telinga dengan bawang putih dan
berpilis di dahi.Sebaik sahaja tamat waktu
berpantang selama 44 hari, pada hari berikutnya ibu
itudimandikan dengan air sintuk limau serta dilangiri
sebagai tanda lepas daripada berpantang.Lazimnya
pada hari yang ke-45 diadakan kenduri kecil atau
bacaan doa selamat sebagai tanda bersyukur kepada
Allah kerana telah terlepas daripada sebarang
bencana dalam masa berpantang44 hari itu. Pada hari
itulah ibu dibenarkan memijak tanah seperti biasa.
ADAT PERKHAWINAN
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu
boleh dibahagikan kepada beberapa prosesiaitu
merisik atau meninjau; upacara peminangan;
upacara menghantar tanda; hantaran
belanja;menjemput; upacara nikah; berinai besar;
hari persandingan; jemput menantu.
A. MERISIK ATAU MENINJAU
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau
meninjau. Biasanya dilaksanakan olehkeluarga pihak
lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan
keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih ,
usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada
gadis itu sudah berpunya atautidak. Hasil daripada
merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si
teruna. Apabila diketahui si gadis belum berpunya
upacara peminangan diaturkan.
C. UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk
cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke
jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu
dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut
sebagai „cincin tanda‟. Ia biasanya
diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja.
Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
D. HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja
dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua
Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya
diiringidengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam
berbagai bentuk atau dibungkus dalam kainsahaja mengikut
adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk
bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar
telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau
lain-lain
E. MENJEMPUT
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang
yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke
rumah orang tua-tua di kampong itu untuk
membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka
akan membawa tepak sireh dan terus menjemput
dan meminta sanak saudara sertasahabat handai
datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu.
Majlis kenduri kahwindimulakan di rumah pengantin
perempuan.
F. UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara
berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali
perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini
juga disahkan hantaran danlain-lain. Mas kahwin
disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan
diserahkan kepada pangantin perempuan dan
menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi
suami isteri.
G. BERINAI BESAR
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin.
Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin
perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara
berinai didahului oleh pengantinlelaki yang duduk di
pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan
upacara itu.Pengantin perempuan akan mengambil
tempat selepas pengantin lelaki.
H. HARI PERSANDINGAN
Di hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-
besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin
lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi
dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya
atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin
perempuan.Hantaran akan dibawa bersama
sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.
I. JEMPUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau „menyambut menantu‟
diadakan di rumah pengantin lelaki.
Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah
pengantin lelaki biasanya dibuat pada hariketiga,
kelima atau seminggu selepas diadakan majlis
persandingan
ADAT KEMATIAN
Adat kematian dalam Islam dilakukan mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan dalamislam. Walau
bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut
adat dan tafsiran setempat.Terdiri daripada empat
proses iaitu: 1) Memandikan Jenazah ~ Fakta utama
ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai
kain diletakkan ke atas badannya kemudian
disiram.Alat sulit jenazah harus ditutup sepanjang
proses mandian dijalankan.
2) Mengkafan Jenazah ~ Fakta utama ialah
memelihara kehormatan dalam proses membalut
mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang
lain. ~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak
wangi yang tidak mengandungi alkohol akan disapu
ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.
3) SOLAT JENAZAH ~ Berbeza dengan solat yang lain
iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk dan sujud. ~
Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan
dengan kepala jenazah. Kepalanya di sebelah kiri
imam. ~ Jenazah perempuan: kedudukan imam
bersetentangan dengan pinggang jenazah.Kepalanya
di sebelah kanan imam. 4) Pengebumian Jenazah ~
Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap
digali. ~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara
cermat.Jenazah dimiringkan dan muka perlu
menghadap kiblat.
ADAT RESAM KAUM CINA
Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga
merupakan satu peristiwa penting . Ibu-ibukaum Cina
sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri
sebelum melahirkan anak .Keluarga Cina mempunyai
beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung .
Misalnya , di dalam bilik ibu , perabot tidak boleh
diubah-ubah , terutamanya katil . Memaku di dinding
dalam rumahtidak dibenarkan sama sekali . Ibu yang
mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak
terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh)
dengan benda-benda yang tidak baik .
Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira
sebulan selepas bersalin . Seperti orang Melayu ,
orang Cina tidak suka bayi yang kecil dipuji 'berat
bandannya'. Sebaliknya , kata-kata pujian seperti
'gemuk' dapatditerima. Kelahiran seseorang anak
biasanya dirayakan apabila ia berumur sebulan .
Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah
yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah
itudibungkus dalam kertas merah .
ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina
merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga danmelaluinya keturunan
nenek moyang dapat diteruskan daripada satu
generasi kepada generasiyang lain. Dalam
masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu
dirancang dan diatur sebaik-baiknya.Mengikut
kepercayaan mereka juga, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka
iaitueksplisit iaitu perkahwinan yang diatur
samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-
ngin) danimplisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untuk memilih pasangan masing-
masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cinamerangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.
A. MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati. MasyarakatCina terlalu
mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku sigadis. Ciri-ciri ini penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih
gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara
lain.Tradisi makan bersama ini amat penting dalam
masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga.
Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing adatmeminang
akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk
berkunjung ke rumah si gadis bagimembincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah
mas kahwin, peruntukan mejadalam jamuan makan
dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki
tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan
menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah
dipersetujui,diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak
lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang
dengananaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah
kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan
bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang
dijalankan.
B. BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar
Cina dan ia hendaklah bersesuaiandengan bintang
kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut
berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini
penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak
sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinanakan menghalami kegagalan. Pada masa
inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara
bertukar cincin dilakukan mengikut masayang
ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh
kedua-dua bakal pengantin sehingga hari
perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis
berkenaan akan menyerahkan sekepingkertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan
tarikh lahirnya yang didapatidaripada tukang tilik.
Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan
mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si
gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-
sama maklumatyang sama tentang dirinya. Tukang
tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkankedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
Ketika
menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat
ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua
pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang
sesuai, tukang tilik akan menyediakan duakeping
nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan
yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat
yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin
merangkumi adat-adat tertentu.Hantaran dan mas
kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar
cincin perkahwinanatau pada hari lain seperti hari
istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat
PendaftaranPerkahwinan. Di antara hantarannya
ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian,
kain danwang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai
akan diberi. Beserta dengan penghantaran
maskahwin, keluarga pengantin perempuan
diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuatdengan pengantin perempuan. Dalam
masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin
yangdiberikan, semakin tinggi martabat dan
kedudukan pihak lelaki.
C. MAJLIS PERKAHWINAN
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah
setahun bertunang atau mengikut tempohyang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba
hari perkahwinan sekiranya terdapatkematian di
kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan
itu mesti ditangguhkan padatahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinansewaktu orang lain sedang berkabung
kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut
pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain
sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju
pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah
pengantin perempuan dan padamasa itulah
pengantin lelaki dan perempuan akan duduk
bersama buat kali pertama. Mereka akandiiringi oleh
pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan
pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang
telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan pengantinakan dibawa
bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin
lelaki akan memperkenalkankeluarga dan sauadara
maranya kepada isterinya dan ini begitulah
sebaliknya di samping itu jugakedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-
masing. Dalammasyarakat Cina juga, upacara
meminum teh sangat penting dan masih diamalkan.
Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini
melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan
pengantinakan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina
ialah pada sebelah malam iaitu jamuanmakan.
Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran.Tetamu-
tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai
hadiah kepada pasangan pengantin.Pada masa yang
sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan
beramah mesra dengan ahlikeluarga kedua belah
pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,
pasangan pengantin akanmenandatangani dua pucuk
surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di
hadapan beberapaorang saksi
ADAT KEMATIAN
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat
resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.
Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang
tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat
resam masyarakat Cina berkaitan kematian.
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan
dan dimandikan serta disapu denganminyak wangi
dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan
dipakaikan baju Kafan dandimasukkan ke dalam
keranda.
Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan
diberitahu tentang berita kematian si matidan
mereka akan menghadirkan diri ke upacara
pemakaman dengan membawa hadiahdan wang
derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada
si mati.
Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina
akan dimainkan dengan kuat sebagailambang
kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan
dicampak di sepanjang perjalanan.
Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan
dikebumikan apabila tepat padamasanya. Selepas itu,
upacara menyembah kubur dan pembakaran barang
persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti
pembakaran wang kertas dan pakaian kertas.
ADAT RESAM KAUM INDIA
ADAT KELAHIRAN
Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa
yang penting dikalangan kaum India.Setelah bayi
itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu
saudara mara dan sahabat handai
tentangkelahiran tersebut secara lisan atau
melalui surat . Pada masa kini , banyak lagi alat
komunikasiyang boleh digunakan . Selama enam
belas hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu
dianggaptidak suci. Suatu upacara diadakan pada
hari yang ke enam belas untuk merasmikan
penamaananak itu . Pada hari itu , rumah dan
buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk
para jemputan . Nama yang akan diberi kepada
bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti
setelahmerujuk kepada takwaim Hindu dan
menentukan bintang hari kelahirannya . nama
yangdiberikan kepada bayi itu bermula dengan
huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut
.Waktu memberi nama , bayi itu dipangku oleh
orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-
lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita
ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan masyarakat India di Malaysia
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
vaitiikattirumanam, tamil tirumanam, eliyat
tirumanam. Perkahwinan masyarakat India
biasanyadilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu
Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaituChetti,
Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta
status ekonomi, pedanda iaitu BrahminGurukkal,
Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.
A. MERISIK
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor
etnik, sub etnik, kasta dan agama.Selain itu, faktor-
faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek sepertiumur, tahap pendidikan,
jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar
belakang keluarga juga turut diambil kira.
B. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal
pengantin perempuan untuk melihatsendiri paras
rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah
mengkaji kecocokan antarakedua-dua bakal
pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin
dikenali sebagai
ThirumanamPoruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak
terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu
diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan
bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
C. PROSEDUR IKAT JANJI ATAU NICCAYAM
Ia dilakukan selepas mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akandatang ke
rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan
yang ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dankumkum untuk diberikan
kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki
seterusnya akanmelafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal
pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagaitanda ikatan, kedua-dua pengantin akan
menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulanmarrutal.
D. ADAT PARISA
Ia terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau
udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian
hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari
perkahwinan, manakala udan parisamadalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang
sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan
dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak
pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis
hantaran dalam jumlahganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja
dan merekadipanggil cumanggali. Bagi memulakan
adat tersebut, upacara sembahyang akan
dilakukanterlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam
yangmengandungi sari dan diberi kepada anaknya.
Pada masa yang sama pengantin perempuanmenulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai
meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah
pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana
kumbum dengan lebih dekat lagi.Pada hari tersebut,
bakal pengantin perempuan memakai sari parisam
dan dipimpin keluar olehseorang wanita lain ke ruang
tamu.
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat
beberapa perkara penting yang perludijalankan
terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan
memainkan peranan yang penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini
dibuat berdasarkan almanak Hindu.
Sekiranyaterdapat kesilapan, bermakna perkahwinan
tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad
jemputanyang telah dicetak disapu dengan serbuk
kunyit cair sebagai lambang keharmonian
E. ADAT MUKUURTAKAAL
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurttakaal ini
diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankanadat tersebut
sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan
ditebang untuk dijadikanmukurtta kaal. Batang
pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30
sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan
dengan upacaraniccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapudengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah
ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
F. UPACARA KANGGENAM
Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok
yang lurus dan disapu denganserbuk kunyit tiga hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin
lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari
sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan
dilakukanoleh Pedanda dengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda
akanmenabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki
akanmengalungkan thaali yang diperbuat daripada
benang yang disapu dengan kunyit dan
hujungnyadiikat dengan seketul kunyit kepada
pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua
mempelaimemberi hormat kepada ibu bapa atau
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan
danmenyapu debu suci pada dahi pengantin.
Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang
dijalankan oleh masyarakat India selepas
berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat
tersebut ialah pengantin perempuandikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas merekadisahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki
pula dikehendaki pergi kerumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa
mertua akan menghormatikedua-dua pengantin
dengan mengadakan jamuan.
ADAT KEMATIAN
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep
kelahiran semula, iaitu kematian adalahibarat tidur
dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India
juga menyatakan kematianadalah perpisahan roh
dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali
ke alam barzakh .Dalam masyarakat India, mayat
akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacaraini, pelbagai adat tertentu
akan dilakukan. Antaranya
Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli
keluarganya atau waris terdekat perlumendapatkan
Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan
upacara pembakaranmayat.
Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris
perlu menghubungi syarikat yangmenyediakan
perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi
menentukan masa dantempat jenazah boleh dibakar.
Selain itu, kenderaan untuk membawa keranda ke
tempat pembakaran juga perlu ditempah.
Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala
jenazah menghadap kearah selatan,ibu jari kedua-
dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan
diletakkan diatas dadadengan ibu jari kedua-dua
tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke
paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda
atau kain berwarna jingga, kuning atau merahuntuk
wanita yang berkahwin atau bujang.
Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat
akan menyapu minyak dan serbuk
“seeka” pada dahi jena
zah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah
jika simatiadalah lelaki dan begitu juga jika simati
adalah seorang wanita.
Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan
pakaian kegemaraanya atau pakaian yangdigunakan
ketika majlis perkahwinan.
.
Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda
and di letakkan di anjung rumahdengan kaki simati
menghala ke pintu masuk rumah.
Ahli keluarga dan kawan akan memberi
penghormatan terakhir dengan mendendangkanlagu-
lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit
berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan
keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika ini, cucu-cucu
simati akan berdiri dikeliling keranda dengan
memegang
pandam,
iaitu batang pisang yang diikat dengan kainyang
direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan.
Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan
kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan
diiringi anak lelaki atau waris yang akan
melangsungkan upacara pembakaran dan kaum
lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke
tempat pembakaran mayat
Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang
membantu dalam upacara kematian akan berjalan
mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari
kaki jenazah diikuti denganahli keluarga lelaki yang
akan mengelilingi keranda hanya sekali.
Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak
lelaki atau waris akan mengangkutsebuah pasu
tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan
mengelilingi kerandasebanyak 3 kali. Diakhir setiap
pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang
pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu
dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah
akandibakar oleh anak lelaki atau waris.
Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah
dan segala alatan yang digunakanuntuk upacara
kematian akan dibuang.
Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa
orang yang terlibat dengan upacara pembakaran
akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan
membawanya ke laut atausungai dan dikocakkan
dalam air.
Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki
akan ke kuil dan sembahyang.
Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang
yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke
luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut
sebarang perayaan
NILAI NILAI MURNI
Nilai-nilai murni yang diamalkan dalam pengamalan
adat resam pelbagai kaum di Malaysiaialah:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kasih sayang terhadap ahli keluarga
Mengeratkan hubungan ahli keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menghargai warisan budaya
Menghormati adat turun-temurun
Menghormati adat resam kaum lain
Bertolak ansur
KEPENTINGAN
Sikap menghargai budaya memastikan sesuatu adat
kaum itu tidak akan luput ditelanzaman. Lihat sahaja
budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah
mula hilang sedikit demisedikit, lantaran masyarakat
kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering.
Atas alasanmudah, kita sudah melupakan budaya
bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang
mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu.
Usaha mengekalkan adat resam kaum sudah pasti
akanmengembalikan nostalgia majlis kenduri yang
dijalankan secara meriah.Tambahan pula,
pengamalan adat resam ini memastikan peraturan
dan saling bergantunganggota masyarakat
diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum
harus mengekalkanadat resamnya kerana melalui
adat resam inilah kita bersatu. Sikap hormat antara
satu sama lainmenyebabkan kita tidak akan cuba
menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang
remeh.Sebaliknya, penghargaan terhadap adat resam
menguatkan semangat perpaduan kita.
RUMUSAN
Negara ini memiliki kaum Melayu, Cina, India dan
pelbagai kaum lain yang lebih kecil populasinya lalu
mewarnai kehidupan negara yang unik ini. Adat
resam sering digunakansebagai pengukur betapa
tingginya kebudayaan sesebuah bangsa. Peranan
paling dominan yangmampu dimainkan oleh adat
resam ialah adat menonjolkan budaya sesuatu kaum
itu. Sikap mengutamakan adat resam menjadikan
semua pihak melihat adat resam sesuatu yang
pentingumpama bahan sejarah yang harus dipelihara
dan dihargai serta dijadikan panduan
ketikamelakukan sesuatu perkara. Pengamalan adat
resam memberikan satu harapan bahawa
budayasesuatu masyarakat itu akan terus wujud
dalam dunia ini dan tanpa pengamalannya sudah
pastisesuatu kaum itu akan hilang dari muka bumi
ini.
Sesungguhnya, adat resam memberi satu
sebabsupaya budaya kaum diteruskan dengan penuh
semangat dan keyakinan bahawa adat
mampumengubah kehidupan
masyarakat.Kesimpulannya, adat resam perlu
disanjung dan dilihat sebagai sesuatu yang
berhargadalam kehidupan bermasyarakat kini. Sudah
acap kali kita melihat remaja melupakan
adatresamnya kerana menganggap adat resam tidak
mampu untuk hidup seiring dengan
perubahanzaman. Memang ada adat resam yang
sudah ketinggalan tetapi adat resam masih terus
menjadisatu pegangan yang kukuh dalam diri
seseorang itu kerana tanpa adat resam tiadalah
manusia.