The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIK NORINA BINTI MOHD RAIZ KPM-Guru, 2024-04-25 04:34:31

BUKU PROGRAM PIBG 20242025 25april

BUKU PROGRAM PIBG 20242025 25april

ISI KANDUNGAN BUKU PROGRAM BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Notis Mesyuarat Agung 1 2 Kata Alu-aluan YDP PIBG SMK Tinggi Kajang 2 3 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Tinggi Kajang 3 4 Atur Cara Majlis 4 5 Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 5-9 6 Senarai AJK PIBG SMK Tinggi Kajang Sesi 2023/2024 10 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Tinggi Kajang Kali ke-48 11-17 8 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SMK Tinggi Kajang Kali ke-48 18-22 9 Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 23-25 10 Laporan Juruaudit, Kewangan, dan Penyata Penerimaan dan Pembayaran PIBG 2023/2024 26-37 11 Usul Ibu Bapa 38-47 12 Usul Sekolah 48 13 Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) 2024/2025 49-50 14 Senarai AJK PIBG SMK Tinggi Kajang Sesi 2024/2025 51 15 Sekalung Budi


NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTK KALI KE-49 Rujukan Kami : SMKTK-PIBG 100-7/1/9 ( ) Tarikh : 01 April 2024 1 Semua Ibu Bapa / Penjaga Pelajar-pelajar SMK Tinggi Kajang Yang Berbahagia Dato’/ Datin / Tuan / Puan NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-49 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tinggi Kajang akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. Dengan hormatnya, Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dijemput hadir seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Dataran Pengetua SMK Tinggi Kajang 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG 3.2 Ucapan Penasihat 3.3 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 3.4 Perkara-perkara Berbangkit 3.5 Membentang Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 3.6 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember Tahun 2023 3.7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 dan Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 3.8 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 3.9 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Tinggi Kajang Sesi 2024/2025 3.10 Perbincangan Usul 3.11 Ucapan Penangguhan 4. Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan dan borang usul untuk mesyuarat PIBG kali ke-49. Sila lengkapkan surat jawapan kehadiran bersama-sama usul (jika ada) dan dikembalikan semula melalui anak Y.Bhg. Dato’/ Datin /Tuan /Puan atau kirimkan kepada pihak sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 April 2024 (Selasa). 5. Kehadiran dan kerjasamaY.Bhg. Dato’/ Datin /Tuan /Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. Kehadiran Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan juga akan menjadi penentu kejayaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (SARINA BEE BINTI ZAFARULLAH) Yang Dipertua PIBG, SMK Tinggi Kajang, 43000 Kajang Selangor. s.k : Fail PIBG


KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMKTK KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2 Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini. Pada kesempatan inilah kita perlu berjinak-jinak dan mendekati pihak sekolah, berbincang dan mengemukakan pandangan agar hubungan mesra yang dapat diwujudkan. Di sinilah medan kita untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah. Saya berharap agar tuan puan mengambil tahu sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri dalam PIBG. Ada segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil peduli urusan anak-anak di sekolah. Ibu bapa bertindak melepas tangan urusan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya amat menggesa ibu bapa agar sama-sama bekerjasama dengan pihak sekolah supaya dapat meringankan tanggungjawab yang dipikul oleh pihak sekolah. Akhir sekali, kepada barisan PIBG yang dilantik bagi sesi 2024/2025, saya berharap kalian akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah. Jawatan yang disandang bukanlah untuk mencari populariti dan meraih penghormatan semata-mata namun jawatan inilah yang menjadi medium perhubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah demi pendidikan anak-anak yang lestari. Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua kerana telah memberikan saya peluang untuk memimpin PIBG KHS dan mempercayai segala usaha saya selama ini. Pengalaman ini tidak mungkin saya lupakan selamanya. Sekian, terima kasih. PUAN SARINA BEE BINTI ZAFARULLAH YANG DIPERTUA PIBG SMK TINGGI KAJANG.


KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMKTK KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK TINGGI KAJANG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada pihak pengurusan PIBG kerana memberi peluang dan ruang untuk saya melafazkan kata-kata aluan sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Tinggi Kajang kali ke-49 pada tahun ini. Besar harapan saya, agar mesyuarat Agung kali ini akan berlangsung dengan penuh muhibah seterusnya memberi impak yang terbaik kepada kecemerlangan dan kegemilangan sekolah. Terlebih dahulu saya mewakili pihak pengurusan sekolah, ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen dan rasa tanggungjawab ibu bapa yang sentiasa cakna, prihatin tentang keperluan dan tuntutan pendidikan yang semakin mencabar. Kehadiran ibu bapa dalam meyuarat kali ini pastinya memberi suntikan semangat kepada kami untuk melahirkan insan karamah yang berakhlak, beradab dan berintigriti serta kalis masa hadapan. Sesungguhnya PIBG dan sekolah saling melengkapi. Oleh itu, berkat kebersamaan dan dokongan yang jitu daripada PIBG dan KPPIBKS Hulu Langat, merupakan kunci kepada kejayaan kita bersama. Segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, idea dan kejapan kerjasama amat tinggi nilainya. Akhir kata, marilah kita jadikan kebersamaan tunjang kekuatan SMK Tinggi Kajang dalam setiap tindakan. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai panduan terbaik untuk kita perbaiki segala kekurangan dan kelemahan agar kita dapat melangkah ke hadapan dengan lebih bertenaga dan terarah. Terima kasih Selamat bermesyuarat MOHD FAUZI BIN ABU BAKAR PENGETUA SMK TINGGI KAJANG 3


7:30 pagi - Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru - Bacaan Doa - Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor - Persembahan Multimedia - Ucapan Pengetua - Penyampaian Cenderamata - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Perasmian - Jamuan 10:00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 - Ucapan Yang Dipertua PIBG - Ucapan Penasihat - Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 - Perkara-Perkara Berbangkit - Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 - Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 - Ucapan YDP PIBG Sesi 2024/2025 - Perbincangan Usul - Ucapan Penangguhan - Bersurai ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49 4


JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA PELAKSANA AJK INDUK & PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49 PENASIHAT : Tuan Mohd Fauzi bin Abu Bakar Pengetua SMK Tinggi Kajang PENGERUSI : Puan Sarina Bee binti Zafarullah Yang Dipertua PIBG SMK Tinggi Kajang TIMBALAN PENGERUSI : Tuan Bahrin bin Masduki Penolong Kanan Pentadbiran NAIB PENGERUSI 1 : Tuan Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI 2 : Puan Jorah binti Jais Penolong Kanan Kokurikulum NAIB PENGERUSI 3 : Tuan Mohd Zafnida Hasrani bin Ahmad Penolong Kanan Petang NAIB PENGERUSI 4 : Dr. Hawiyah binti Baba Penolong Kanan Tingkatan Enam SETIAUSAHA PIBG : Puan Rosita binti Sampooi BENDAHARI PIBG : Puan Nur Athirah binti Mazli PENYELARAS MESYUARAT AGUNG PIBG : Puan Iza binti Ibrahim GKMP Teknik dan Vokasional Penyelaras Puan Nor Akhmar Binti Monomiah JAWATANKUASA NAMA TUGAS URUS SETIA USUL Pn.Suhaibah bt. Daud (K) Pn. Rohani bt. Ibrahim Pn. Roslina bt. Yahya Pn. Siti Hajar bt. Malik@Hassan Pn. Raihan bt. Mahpot Pn. Rosmawati bt. Mohamed Anuar Mengedarkan borang usul kepada setiap pelajar. Mengumpul, menyusun, dan menaip usul. Menyerahkan maklumat (usul) yang siap bertaip kepada Setiausaha PIBG. JEMPUTAN / PUBLISITI En. Tuan Syahiran b. T Mustafa (K) En. Murugan a/l Nagu Pandithan Pn. Nur Syafiqah bt. Shahrudin Menyedia dan mengedarkan surat jemputan kepada: - Perasmi / VIP Ibu bapa Membuat hebahan dalam aplikasi Facebook dan aplikasi media sosial dari semasa ke semasa. 5


KAIN RENTANG Pn. Norihan bt. Che Noor Mereka bentuk dua kain rentang yang sesuai dengan majlis. Menggantung kain rentang di pintu utama dan Dataran Pengetua. Menurunkan kain rentang setelah majlis selesai. AJK BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG Cik Nor Shahina bt. Khairudin (K) Cik Nik Norina bt. Mohd Raiz Pn. Rozie Ezrina bt. Shuhimi Mendapatkan bahan daripada Setiausaha / Bendahari PIBG dan urus setia mesyuarat. Menghantar rezo, menyusun dan mengepil bahan menjadi buku Mesyuarat Agung PIBG. 200 buah buku untuk ibu bapa dan guru serta 20 buku VIP perlu disediakan. TEKS UCAPAN Perasmi Pn. Rosmawati bt. Abdullah (BM) (K) Pengetua Pn. Nur Fairuz bt. Samsudin YDP PIBG Pn. Shamsiah bt. Mat Menyediakan teks ucapan Perasmi, Pengetua dan YDP PIBG. Memastikan salinan teks ucapan yang telah lengkap diserahkan kepada Perasmi, Pengetua, dan YDP PIBG. Menyediakan teks kata alu-aluan untuk dimuatkan dalam buku program. Menyediakan folder dan menyerahkan teks ucapan kepada Perasmi, Pengetua dan YDP PIBG semasa majlis. PERSIAPAN TEMPAT (KERUSI IBU BAPA/ KERUSI VIP / MEJA JAMUAN / MEJA HADIAH/ MEJA PENCATAT / ROSTRUM) En. Muizuddin Wong b. Abdullah (K) En. Ainool Haqqiem b. Md Yatim En. Ahmad Rizal b. Mohd Razaki En. Hasnol b. Hashim En. Zainal b. Kadir En. Mohd Hisham b. Yahya@Zakaria En. Muhammad Faris Hakimi b. Zabudin Menyusun kerusi mengikut bilangan yang ditetapkan di dataran. Memastikan kerusi VIP mencukupi. Memastikan meja hadiah/meja jamuan/meja pencatat mencukupi. Menyediakan rostrum. Menyediakan Mengemas semula dataran selepas majlis selesai. 6


PERSIAPAN PENTAS/ BACKDROP Pn. Nita bt. Hamid (K) Cik Fatin Nurshahirah bt. Shahabuddin Cik Hamizah bt. Ashaari Menyediakan bahan dan menghias pentas. Mengemas semula pentas selepas selesai majlis. Penyelaras Puan Norhashimah Binti Ahmad PENDAFTARAN Ibu Bapa Pn. Shamsinah bt. Ibrahim (K) Pn. Salbiah bt. Abd Aziz Guru Pn. Amalina bt. Abdul Munim (K) Pn. Rosmawati bt. Abdullah (T6) Menyediakan borang pendaftaran untuk tetamu, ibu bapa dan guru. Mendaftarkan nama tetamu ,ibu bapa dan guru yang hadir. Menyerahkan senarai nama kehadiran kepada Setiausaha PIBG setelah selesai pendaftaran. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Dr. Nor Azizah bt. Mustapha (K) Pn. Suhaila Hasmas bt. Abdullah Pn. Yeo Yet Ngoh Memastikan kawasan Dataran Pengetua bersih sebelum, semasa dan setelah majlis majlis. Menyediakan beg sampah yang mencukupi di kawasan sekeliling dataran. SIAR RAYA/ TEKNIKAL Pn. Suhaiza bt. Md Saat (K) Pn. Puvanes a/p Chandran Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan yang baik. Bertindak pantas jika berlaku masalah teknikal. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. JAMUAN (TETAMU / VIP / GURU DAN IBU BAPA) Pn. Kalsom bt. Abas (K) Pn. Nur Hafizah bt. Ahmad Fuad Pn. Fauziah bt. Che Ismail Pn. Rashidah bt. Mansor Pn. Lim Yu Teng Pn. Missuriyati bt. Masnan Pn. Zaini bt. Mahmud Jayabalan Pn. Siti Aisah bt. Hashim Pn. Rusfa Azura bt. Fadlilah Menempah makanan dan minuman yang mencukupi untuk VIP, para tamu, ibu bapa, guru dan pelajar bertugas. Menyusun atur hidangan mengikut kesesuaian. Memastikan bilik atau tempat yang digunakan untuk makan dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas majlis. 7


8 DISIPLIN / KESELAMATAN DAN KAWALAN LALU LINTAS En. Ali b. Suman (K) En. Mohamad Rofiq b. Charishun Memastikan kenderaan tamu / ibu bapa dan guru diparkir di tempat yang diarahkan. Memastikan kelancaran trafik dalam kawasan sekolah. BACAAN DOA En. Ramzi bin Yunus Menyediakan teks doa yang bersesuaian. Memimpin bacaan doa semasa majlis. PENGACARA MAJLIS Pn. Nor Azimah bt. Amir@Ahmad (K) Pn. Suzana bt. Zakaria Menyediakan teks juruacara. Mengacarakan majlis dengan lancar dan teratur. SAMBUTAN Pn. Roslina bt. Johar (K) Pn. Siti Faridah bt. Mohamed Pn. Putri Intan Shafinaz bt. Megat Rafie Pn. Norliah bt. Mohamad@Mohd Noh Pn. Siti Insyirah bt. Mohd Yusof Menyediakan dan melatih pasukan kompang. Menyedikan dan melatih pasukan silat. Menyediakan bunga manggar. Menyediakan bunga pahar. PENYAMBUT TAMU (VIP) Pentadbir Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran Menyambut kedatangan tamu VIP / Perasmi. PENYAMBUT TAMU (IBU BAPA) Pn. Maslina bt. Makmor (K) Pn. Thava Malar a/p Arumugam Pn. Zaharah bt. Othman Menyambut kedatangan ibu bapa ke Dataran Pengetua. Menunjukkan arah ke tempat duduk di dataran. DOKUMENTASI Pn. Nor Nadhirah bt. Sharif (K) Pn. Loke Choy Yuet Pn. Umaranni a/p Sappany Menghasilkan dokumentasi yang kemas dan lengkap dengan gambar-gambar yang berkaitan. Menyerahkan dua salinan dokumentasi kepada Puan Aniza bt. Yusof dua minggu selepas majlis selesai. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA (GIMIK PERASMIAN/ PAPARAN KIRAAN UNDI) PERSEMBAHAN GURU MURID (NYANYIAN) Cik Amirah Fakhira bt. Hamrin (K) Pn. Norul Naim bt. Makhtar En. Frasier Hoo anak Steward En. Perexjeek b. Atan En. Tuan Syahiran b. T Mustafa (K) Pn. Siti Hajar bt. Abdullah Pn. Koh Kim Foong Menghasilkan persembahan multimedia yang menarik, kemas dan lengkap dengan gambargambar berkaitan. Menayangkan slide persembahan yang sesuai. Memaparkan kiraan undi pemilihan AJK PIBG. Membuat persembahan sepanjang jamuan.


9 PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG Cik Siti Aqilah bt. Mohamad Nafis (K) Pn. Noorhayati bt. Mohd Yas Pn. Intan Izzlynie bt. Abd Hamid Mencatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat agung berlangsung. Menyerahkan minit mesyuarat yang telah lengkap bertaip kepada Setiausaha PIBG dan Pengetua. FOTOGRAFI Pn. Raihan bt. Mahpot (K) En. Ainool Haqqiem b. Md Yatim Mengambil gambar tetamu, ibu bapa dan guru sepanjang majlis berlangsung. Mengambil gambar suasana majlis (formal dan kandid). Menyediakan gambar yang sesuai dan diserahkan kepada unit dokumentasi. HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Juitah bt. Langkait (K) Cik Wan Nur Alis Farisha bt. Wan Hasbullah Pn. Aznun bt. Abdullah Membeli hadiah/cenderamata. Menyediakan peralatan yang bersesuaian. Menyampaikan hadiah/cenderamata/sijil semasa majlis. PENGERUSI SEMENTARA MAJLIS En. Masery b. Mohd Zain Mempengerusikan majlis Mesyuarat PIBG. Mengendalikan proses undian pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025. Memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar. KIRAAN UNDI En. Wan Muhamad Zahidi b. Wan Ab Manaf (K) En. Mohamad Hafizudin b. Sulaiman En. Yusuf b. Yunus En. Fakhrul Azeem b. Ismail@Abdul Rahman Mengira undi pemilihan AJK PIBG sesi 2024/2025. Mencatat bilangan undian pada papan putih.


PENASIHAT Tuan Mohd Fauzi bin Abu Bakar YANG DIPERTUA Sarina Bee binti Zafarullah NAIB YANG DIPERTUA Mohd Ibrahim bin Yong SETIAUSAHA KEHORMAT Rosita binti Sampooi BENDAHARI KEHORMAT Nur Athirah binti Mazli AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA Jamilah binti Selamat Shamsul bin Shaari Abdul Kadir bin Long Thamodaram A/L Ramasamy Zuraliza binti Mohammad Haron WAKIL GURU Nur Syafiqah binti Shahrudin Thava Malar A/P Arumugam Azhar bin Abdul Rahman @Osman Wan Muhammad Zahidi bin Wan Ab Manaf Parwazalam bin Abdul Rauf JURUAUDIT DALAMAN WAKIL IBU BAPA Geeta Malar A/P Murugiah WAKIL GURU Missuriyati binti Masnan JAWATANKUASA PIBG SMKTK SESI 2023/2024 10


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTK KE-48 11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG KE-48 SESI 2023/2024 Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 9:00 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Dataran Pengetua, SMK Tinggi Kajang Kehadiran : 179 orang Ringkasan Kehadiran : 114 orang (Guru) : 9 orang (AJK Ibu bapa) : 56 orang (Ibu bapa) AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN 1.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 dan berharap ibu bapa dapat memberikan komitmen dan sokongan kepada sekolah. 1.2 Tuan Pengetua juga memaklumkan akan sistem penilaian sekolah yang baharu iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dijalankan sepanjang tahun bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. 1.3 Beliau menerangkan murid Tingkatan 5 akan dinilai dengan pentaksiran mengikut format SPM manakala murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 1.4 YDP meminta pandangan daripada ahli yang hadir untuk meneliti minit mesyuarat PIBG 2022/2023 jika terdapat sebarang isu (rujuk muka surat 10 hingga 15). Tindakan : Makluman 2.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 2.1 YDP membentangkan minit mesyuarat dari muka surat 10 hingga 15, dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023. 2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke-47 2022/2023 Pencadang : Puan Siti Suriana binti Abdul Aziz Penyokong : Puan Nor Azazlina binti Sidek 2.3 Minit mesyuarat diterima sebulat suara tanpa pindaan. Tindakan : Makluman


12 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 4.1 Puan Rosita binti Sampooi selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022/2023 bagi unit akademik, unit hal ehwal murid, kokurikulum serta pengurusan dan prasarana seperti yang terdapat dalam muka surat 20 hingga 21 Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024. Tindakan : Setiausaha PIBG 2023/2024 5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 5.1 Puan Loke Choy Yuet selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Kewangan dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 pada muka surat 24 hingga 32 seperti yang terdapat dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG SMK Tinggi Kajang kali ke-48 tahun 2023. 5.2 Bendahari memaklumkan baki pada 1 Januari 2022 ialah RM 188,023.99. Beliau juga membentangkan bahawa jumlah penerimaan PIBG ialah sebanyak RM 204,380.51 dan jumlah perbelanjaan ialah sebanyak RM 160,307.21 sepanjang tahun 2022. (rujuk muka surat 24) 5.3 Selain itu, beliau membentangkan baki pada 31 Disember 2022 ialah RM 232,097.29. Baki pada 31 Disember 2022 terdiri daripada tunai di bank sebanyak RM 229,166.62 dan tunai di tangan sebanyak RM 2,930.67. Perincian sumbangan, penerimaan dan perbelanjaan PIBG sepanjang tahun 2022 boleh dirujuk pada muka surat 26 hingga 32, seperti yang terdapat dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG SMK Tinggi Kajang kali ke-48 tahun 2023. Tindakan : Bendahari PIBG 2022/2023 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT AGUNG KALI KE-48 6.1 YDP PIBG membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama


13 7.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2023/2024 7.1 Encik Zamri bin Kamdi selaku Pengerusi Sementara membuka pencalonan untuk AJK Ibu Bapa bagi sesi 2023/2024. 7.2 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Selepas pemilihan dilaksanakan, berikut ialah senarai AJK PIBG sesi 2023/2024 yang dilantik secara sebulat suara. Yang Dipertua : Sarina Bee binti Zafarullah Naib Yang Dipertua : Mohd Ibrahim bin Yong Setiausaha Kehormat : Rosita binti Sampooi Bendahari Kehormat : Nur Athirah binti Mazli AJK Ibu Bapa : Abd Kadir bin Long : Muhd Munif bin Ali : Thamodaram a/l Ramasamy Konndar : Shamsul bin Shaari : Jamilah binti Selamat : Zuliana binti Mohamad Yassin AJK Guru : Dr. Parwazalam bin Abdul Rauf : Wan Muhammad Zahidi bin Wan Ab Manaf : Azhar bin Abdul Rahman @ Osman : Nur Syafiqah binti Shahrudin : Thava Malar a/p Arumugam Juruaudit (Ibu Bapa) : Geeta Malar a/p Murugiah Juruaudit (Guru) : Missuriyati binti Masnan Tindakan : Makluman


8.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SMK TINGGI KAJANG SESI 2023/2024 8.1 YDP PIBG iaitu Puan Sarina Bee binti Zafarullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai beliau untuk mengekalkan jawatan YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. 8.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG 2023/2024 yang baru dilantik dan berharap agar AJK dapat memberikan kerjasama yang baik dan bersama-sama untuk membangunkan prasarana serta kemajuan sekolah. 8.3 YDP PIBG juga memaklumkan Setiausaha baharu iaitu Puan Rosita binti Sampooi dan Bendahari baharu iaitu Puan Nur Athirah binti Mazli, perlu menukar tandatangan di CIMB Bank cawangan Kajang bagi menggantikan tandatangan setiausaha lama iaitu Puan Hasrani binti Razali dan bendahari lama iaitu Puan Loke Choy Yuet dalam urusan kewangan PIBG bagi sesi 2023/2024. Tindakan : Setiausaha dan Bendahari 9.0 PERBINCANGAN USUL 9.1 YDP memaklumkan bahawa semua usul yang diterima daripada ibu bapa boleh dirujuk pada muka surat 33 hingga 40, Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023. Segala usul yang diterima daripada ibu bapa sudah diberi maklum balas oleh pihak sekolah. 9.2 Pengetua memberi rumusan maklum balas terhadap kebanyakan usul yang khususnya lebih berfokus kepada isu tandas. Beliau mengatakan bahawa segala kerosakan akan dilaporkan dan akan diambil tindakan. Pihak sekolah akan melakukan kerja baik pulih pada setiap tahun sebanyak 3 kali iaitu pada awal tahun, pertengahan tahun dan pada sesi awal persekolahan. Kerja-kerja membaik pulih adalah bergantung kepada kewangan sekolah yang ada. 9.3 Tiada usul baharu yang dikemukakan oleh ibu bapa sepanjang mesyuarat berlangsung. 9.4 Usul Mesyuarat PIBG ke-48 tahun 2023 9.4.1 PKP membentangkan usul daripada pihak sekolah berhubung dengan program dan aktiviti sekolah unit kurikulum seperti yang tercatat dalam muka surat 41 Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023 iaitu : 14


i. Sumbangan di bawah Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah (Perasa) a. Sumbangan aktiviti Fardhu Ain RM 100 setahun b. Sumbangan aktiviti Akademik Tingkatan 1, 2 dan 3 sebanyak RM 50.00 sebulan dan RM 80.00 bagi Tingkatan 4 dan 5. c. Bayaran buku dan bahan percetakan kelas tambahan asrama bagi Tingkatan 1,2 dan 3 sebanyak RM50.00 seorang setahun. ii. Program Kecemerlangan Akademik (PKA) sebanyak RM100.00 seorang bagi murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. iii. Kutipan untuk Majlis Apresiasi Tingkatan 5 dan 6 sebanyak RM 100.00 iv. Sumbangan PIBG RM 100.00 untuk satu keluarga. 9.4.2 PKP juga membentangkan usul daripada Unit HEM seperti yang tercatat dalam muka surat 41 Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023 iaitu : i. Bayaran untuk perkhidmatan “sanitary bin” sebanyak RM10.00 setahun akan dikenakan kepada semua murid perempuan, guru dan staf perempuan. ii. Bayaran sebanyak RM100.00 akan dikenakan kepada murid –murid MKM (Majlis Kepimpinan Murid) mengikut kepada perincian berikut : a. RM20.00 untuk Kursus Asas Kepimpinan Siri 1 b. RM20.00 untuk Kursus Asas Kepimpinan Siri 2 c. RM60.00 untuk Majlis Apresiasi MKM. iii. Bayaran makan asrama RM1.00 sehari bagi keluarga berpendapatan RM4,999.00 ke bawah dan RM 3.00 sehari bagi keluarga berpendapatan RM5,000.00 dan ke atas. iv. Minggu Orientasi Murid Tingkatan 6 bawah akan dibuat pungutan sebanyak RM50.00 bagi setiap murid yang mendaftar. 15


9.4.3 PKP juga mewakili Unit Kokurikulum membentang usul berhubung program dan aktiviti unit tersebut seperti yang tercatat pada muka surat 41 Buku Mesyuarat Agung PIBG 2023 iaitu : i. Kutipan wang untuk majalah sekolah sebanyak RM15.00 satu keluarga. ii. Kutipan wang untuk Program Perkhemahan Perdana sebanyak RM150.00 bagi murid yang ingin menyertainya. iii. Kutipan RM15.00 untuk Kejohanan Piala Tingkatan 6 (pelajar tingkatan 6 sahaja) iv. Kutipan bayaran Koperasi RM12.00 untuk murid Tingkatan 1 dan murid baharu (RM10.00 saham koperasi dan RM 2.00 yuran pendaftaran). 9.4.4 PKP (Tuan Haji Bahrin bin Masduki) membentangkan usul Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) 2023 seperti berikut : Bagi Unit Akademik (Perdana) RM 110,377.20, Akademik (Tingkatan 6) RM 143,151.65, Unit Hal Ehwal Murid RM 39,079.00, Unit Kokurikulum dan Sukan RM 62,603.00, Bantuan Persekolahan Lain (BPL ) dan Lain-lain RM 27,820.10 serta Permohonan Khas (Baharu) RM 5,500.00. Jumlah keseluruhan ABM ialah sebanyak RM 388,530.95 9.4.5 Semua usul yang dibentangkan di atas telah diterima sebulat suara oleh ahli PIBG tanpa sebarang bantahan. Tindakan: Semua usul telah diterima oleh ahli-ahli PIBG tanpa sebarang bantahan. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP mengucapkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan ucapan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu. Beliau mengharapkan agar semua AJK PIBG dan ibu bapa dapat memberikan komitmen dan sokongan kepada pihak sekolah serta guru-guru dalam semua aktiviti sekolah, kemenjadian murid dan menjaga nama baik sekolah. YDP juga memohon agar ibu bapa dapat membayar yuran PIBG dan mengemukakan surat jika pembayaran tidak dapat dilaksanakan. Semua ibu bapa boleh berhubung dengan pihak PIBG melalui aplikasi Whatsapp yang telah diwujudkan bagi membincangkan masalah- masalah yang timbul. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:40 pagi. 16


Disediakan oleh, Disahkan oleh, (ROSITA BINTI SAMPOOI) (SARINA BEE BINTI ZAFARULLAH) Setiausaha Kehormat Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tinggi Kajang SMK Tinggi Kajang 17


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 A. IBU BAPA 18


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 19


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 B. GURU GURU SESI PAGI 20


GURU SESI PETANG D. KEHADIRAN GURU ( DALAM TALIAN) 21


GURU TINGKATAN 6 22


LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKTK BAGI TAHUN 2023 1. Bayaran internet tahun 2023 (Januari – Disember 2023) 2. Program Motivasi Menggapai 2.0 3. Program Pecutan STPM Bengkel Menjawab Math T Bersiri Semester 3 4. Majlis Anugerah Kualiti 2022 & Semarak Kasih Keluarga KHS 2022 5. Sajian Minda & Restu Ilmu STPM Semester 3 2022 dan Semester 1 2023 6. Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Tingkatan 6 7. Program Hadiah Kecemerlangan STPM Matematik T 8. Majlis Restu Ilmu SPM 9. Program Sarapan Pagi SPM Tingkatan 5 10. Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Tingkatan 6 11. Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM Semester 1 2023 12. Bayaran Penceramah Bengkel Seni Visual Pengkaryaan Dan Perekaan STPM Semester 2 13. Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM 2022 14. Bayaran Penceramah Bengkel Ilmu Matematik Tambahan SPM 15. Bayaran Majlis Penyerahan Slip SPM 2022 16. Majlis Anugerah Kecemerlangan Perdana 2022 17. Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Syariah STPM Semester 2 18. Bayaran Penceramah Program Peningkatan Pencapaian Bahasa Tamil STPM Semester 2 19. Bayaran Penceramah Program Teknik Menjawab Mata Pelajaran Fizik STPM Semester 2 20. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Ekonomi STPM Semester 2 21. Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Biologi STPM Semester 2 Daerah Hulu Langat 22. Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM 2022 23. Bicara Senior 2023 24. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Sejarah STPM Semester 2 25. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Pengajian Perniagaan STPM Semester 2 26. Program Motivasi Way To Be A Rich Person 27. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM Semester 2 28. Penyelenggaraan Taman Herba T6 29. Program Motivasi Sasaran 4.0 dan Menggapai 2.0 30. Majlis Apresiasi T5 31. Bayaran Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Syariah STPM Semester 1 32. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Geografi STPM Semester 1 33. Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Ekonomi STPM Semester 1 34. Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Bahasa Tamil STPM Semester 3 T623 35. Bayaran Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Biologi STPM Semester 1 AKADEMIK 23


LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKTK BAGI TAHUN 2023 1. Majlis Apresiasi Kepimpinan Murid Sesi 2022 2. Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 3. Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 4. Program Kasih Perayaan 2023 - Sumbangan Tahun Baharu Cina 5. Majlis Apresiasi Kepimpinan Murid Sesi 2022 6. Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 7. Projek "Bilik Operasi Disiplin" - pembelian air cond baharu 8. Pembinaan semula tembok surau Ar Rahman 9. Program Kasih Perayaan 2023 - Sumbangan Idul Fitri 10. Pembayaran perkhidmatan Sanitary Bin (Jan-April 2023) 11. Projek "Bilik Operasi Disiplin"-Upah pemasangan air cond baharu 12. Peruntukan Carta Kelas Unggul Tahun 2023 (April - Jun 2023) 13. Bayaran sanitary Bin Mei-Ogos 2023 14. Kursus Kepimpinan Murid 1.0 15. Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 16. Program Gotong Royong Madani 17. Peruntukan Carta Kelas Unggul Tahun 2023 (April - Jun 2023) 18. Tabung Prihatin Perayaan Deepavali 2023 19. Pembelian Blazer Pemimpin 20. Minggu Gaya Hidup Sihat 21. Kursus Kepimpinan Pemimpin 2.0 22. Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 Kibar Jalur Gemilang HAL EHWAL MURID (HEM) 1. Majlis Anugerah Kokurikulum 2022 2. Majlis Anugerah Kokurikulum 2022 3. Program Amal Ramadan Al Mubarak Bubur Lambuk, Peringkat Daerah Hulu Langat 2023 4. Bayaran Kejohanan Road Run 2023 5. Bayaran perbelanjaan Majlis Koku Raya Tahun 2023 (Unit Koku) 6. Program Taman Angkat Kelab dan Pasukan Unit Beruniform Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang 7. Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-85 8. Yuran Penyertaan Sukan Tingkatan Enam Daerah Hulu Langat Tahun 2023 9. Bayaran Jurulatih Bola Keranjang Perdana 10. Penginapan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Selangor 11. Yuran Penyertaan Sukan SMK Victoria Tahun 2023 12. Penginapan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Selangor 13. Alfa Gemilang Services - Sewaan Kerusi dan Penyusunan Kerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum KOKURIKULUM 24


LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKTK BAGI TAHUN 2023 1. 13 unit meja di Pusat Sumber Sekolah 2. Perbelanjaan binding & kertas print gambar ( Unit Dokumentasi ) 3. 100 unit kerusi & 100 unit meja untuk murid 4. Kerja-kerja membaik pulih pemegang tangga 5. Pembelian peralatan makmal Digital Maker Hub (DMH) 6. Permohonan Pembiayaian Bagi Membeli Peralatan Bagi Sanggar Jaya dan Sanggar Siswa 7. Bayaran Permohonan Smart TV di Dataran Pengetua 8. Pendahuluan Duit kepada Unit Tingkatan 6 untuk Menaiktarafkan Sistem Siaraya Blok Tingkatan 6 Tahun 2023 9. Bayaran Pembelian Meja Kantin 10. Projek penambaikan kemudahan asrama Tun Dr Abdul AzizTahun 2023 11. Projek Khidmat Bakti - Barber Corner KHS SMK Tinggi Kajang 2023 12. Pembayaran Pertama Projek Pemulihan Blok Kamil - Sumbangan Peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Bangi Oleh YB Syahredzan Johan Bagi Membaikpulih Blok Kamil Tingkatan 6 PENGURUSAN & PRASARANA Disediakan oleh, (ROSITA BINTI SAMPOOI) Setiausaha Kehormat PIBG SMK Tinggi Kajang Sesi 2023/2024 25


LAPORAN JURUAUDIT BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 LAPORAN JURUAUDIT TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 Ahli-Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang Tuan / Puan Kami melaporkan bahawa kami telah mengaudit akaun-akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Akaun-akaun Persatuan adalah di bawah tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan. Tanggungjawab kami adalah menyatakan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan. Pada pendapat kami: a. Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya, telah disimpan dengan sempurna mengikut kehendak Akta Persatuan. b. Penerimaan, perbelanjaan dan penggunaan wang oleh Persatuan dalam tahun ini adalah mengikut persetujuan bersama dalam mesyuarat. c. Penyata kewangan bersama-sama dengan nota-nota kepada akaun dari halaman 272hingga 37 memberi gambaran yang benar dan saksama berkenaan transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada 31 Disember 2023 dan perolehan yuran untuk tahun tersebut. ……………………………............. (MISSURIYATI BINTI MASNAN) Pemeriksa Kira-kira (Wakil Guru) SMK Tinggi Kajang Tarikh: 07.02.2024 ………………………………………............ (GEETA MALAR A/P ARUMUGAM) Pemeriksa Kira-kira (Wakil Ibu Bapa) SMK Tinggi Kajang Tarikh: 08.02.2024 26


LAPORAN KEWANGAN PIBG SMKTK SESI 2023/2024 LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG LAPORAN BERKANUN LEMBAGA MENGIKUT AKTA PERSATUAN Kami bagi pihak persatuan dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Sesuai dengan kehendak-kehendak Akta Persatuan, kami bagi pihak Lembaga Persatuan melaporkan bahawa: a. Aktiviti-aktiviti persatuan tidak dipengaruhi perkara-perkara luar biasa. b. Dalam jangka masa yang diliputi oleh Akaun Penerimaan dan Pembayaran, tiada liabiliti kontingen yang diaku janji oleh persatuan yang belum diselesaikan. Kami bagi pihak persatuan mengaku bahawa selain perkara-perkara tersebut di atas, tiada perkara-perkara lain dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki oleh Akta Persatuan. ……………………… NUR ATHIRAH BINTI MAZLI Bendahari Kehormat PIBG SMK Tinggi Kajang Tarikh: 05.02.2024 27


PIBG SMK TINGGI KAJANG Penyata Penerimaan dan Pembayaran sehingga 31 Disember 2023 Nota RM RM Baki 1 Januari 2023 Tunai di bank 229,166.62 Tunai di tangan 2,930.67 232,097.29 Penerimaan Sumbangan PIBG 2023 3 68,900.00 Akaun Tumpang 5 133,408.90 Penerimaan-Penerimaan Lain 6 126,940.00 Hal Ehwal Murid (HEM) 9 3,200.00 Program Kecemerlangan Akademik SPM/ STPM 2022 14 2,325.00 Program Kecemerlangan Akademik SPM/ STPM 2023 15 42,390.55 377,164.45 609,261.74 Tolak: Pembayaran Pengurusan PIBG 7 8,881.60 Akademik 8 58,494.20 Hal Ehwal Murid (HEM) 9 24,315.25 Kokurikulum 10 16,273.50 Pengurusan & Prasarana 11 91,624.80 Program Kecemerlangan Akademik SPM/ STPM 2022 14 23,883.76 Program Kecemerlangan Akademik SPM/ STPM 2023 15 15,955.06 Akaun Tumpang 16 85,089.19 324,517.36 Baki pada 31 Disember 2023 284,744.38 Tunai di bank 284,390.22 Tunai di tangan 354.16 284,744.38 28


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG NOTA-NOTA KEPADA AKAUN TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 1. DASAR PERAKAUNAN a) Asas-asas Perakaunan i. Akaun-akaun telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah dan mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan. ii. Akaun Persatuan telah disediakan mengikut asas tunai menurut peruntukan Akta Persatuan dan peraturan-peraturan di bawahnya. b) Yuran Yuran yang diterima dalam tahun kewangan didebitkan ke Penyata Penerimaan dan Pembayaran. 2. KEGIATAN PERSATUAN Matlamat utama Persatuan adalah seperti berikut: i. Membela kebajikan murid-murid dan membangunkan taraf akademik serta kokurikulum mereka dengan mengadakan bengkel-bengkel motivasi, kursus-kursus kepimpinan dan pengurusan, ceramah-ceramah kerjaya, seminar peperiksaan dan program kelas tambahan supaya melahirkan murid-murid SMK Tinggi Kajang yang berketerampilan dan berkualiti. ii. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan seperti Bomba, Penjara, Polis dan Majlis Perbandaran Kajang serta Persatuan Murid-murid Tua (OBA) dan pihak swasta bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara institusi sekolah dengan pihak luar untuk kebaikan dan pembangunan sekolah. 29


3. SUMBANGAN PELAJAR Kutipan sumbangan yang berjumlah RM 68,900.00 merupakan sumbangan yang diterima daripada murid bagi tahun 2023. Sumbangan yang ditetapkan bagi tahun 2023 adalah RM100 bagi setiap keluarga. Analisis penerimaan sumbangan adalah seperti berikut:- *2 orang murid menyumbang RM50.00. 4. SUMBANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA) SPM/ STPM 2022 Kutipan sumbangan Program Kecemerlangan Akademik (PKA) adalah RM100 bagi setiap murid tingkatan lima dan enam menengah atas manakala RM50 bagi enam menengah bawah bagi meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2023 seperti berikut:- Tingkatan Bil. Murid Jumlah (RM) 1 60 6,000.00 2 93 9,250.00 3 93 9,300.00 4 55 5,500.00 5 85 8,450.00 T6 23 151 15,100.00 T6 24 153 15,300.00 JUMLAH 690 68,900.00 Sumbangan oleh adik beradik 9 Pengecualian sumbangan 0 Tidak menyumbang 572 57,200.00 JUMLAH BESAR 1271 Tingkatan Bil. Murid Jumlah (RM) 5 86 8,600.00 T6 23 145 14,500.00 T6 24 159 7,950.00 JUMLAH 390 31,050.00 30


5. PENERIMAAN AKAUN TUMPANG RM Unit Asrama 33,898.00 Unit Pengurusan Sekolah 74,960.90 Wakaf Surau 350.00 Unit Kebajikan Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) 10,000.00 1,200.00 Kelab Guru 13,000.00 JUMLAH 133,408.90 6. PENERIMAAN – PENERIMAAN LAIN RM RM Baki pada 1 Januari 2023 (rujuk baki 31.12.2022) 60,802.61 Penerimaan: Sumbangan PIBG 2022 8,650.00 Pulangan Pendahuluan Duit daripada Unit Tingkatan 6 untuk Menaiktarafkan Sistem Siaraya Blok Tingkatan 6 Tahun 2023 8,000.00 Bayaran Penyaluran D/Gran Bendahari Negeri Selangor 5,000.00 Menteri Besar Selangor 1101 - H.Langat5 3,690.00 Sumbangan X-C Command Security Services Sdn Bhd (Syarikat Pengawal) untuk Keceriaan Pondok Pengawal Utama dan Asrama SMK Tinggi Kajang 100.00 Peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Bangi oleh YB Syahredzan Johan bagi Membaikpulih Blok Kamil Tingkatan 6 100,000.00 Sumbangan daripada Pihak Kantin Agustto Fix Solution 100.00 Cek Belum Ditunaikan: Pembelian Blazer Pemimpin 1,400.00 126,940.00 187,742.61 7. PENGURUSAN PIBG RM Pembayaran: Caj bank 26.50 Majlis Kalungan Kasih Jasamu Dikenang - Hadiah 4 Orang Guru Bersara 188.00 Ring file 23.00 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 - banner 178.00 Buku Resit PIBG ( 200 unit ) 1,300.00 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 - buku mesyuarat 653.00 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 - jamuan 5,220.00 Mesy Agung PIBG Kali-48: Bateri Energizer 23.80 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 - cenderahati & mineral water 565.00 Caj Pertukaran Sain Cek Bendahari dan Setiausaha PIBG 10.00 Sumbangan PIBG rumah terbakar murid 5D 500.00 Screen Print For Statement Charge 1.00 Pembelian stapler dan staple 29.10 Kertas Warna A4 dan Fail 106.50 Fotostet Borang Baucer dan Borang Pengeluaran Akaun Tumpang 57.70 JUMLAH 8,881.60 31


8. AKADEMIK RM Pembayaran: Bayaran internet tahun 2023 (Januari – Disember 2023) 6,055.90 Program Motivasi Menggapai 2.0 1,920.00 Program Pecutan STPM Bengkel Menjawab Matematik T Bersiri Semester 3 50.00 Majlis Anugerah Kualiti 2022 & Semarak Kasih Keluarga KHS 2022 5,000.00 Sajian Minda & Restu Ilmu STPM Semester 3 2022 dan Semester 1 2023 4,560.00 Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Tingkatan 6 800.00 Program Hadiah Kecemerlangan STPM Matematik T 60.00 Majlis Restu Ilmu SPM 312.30 Program Sarapan Pagi SPM Tingkatan 5 3,606.00 Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran Tingkatan 6 200.00 Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM Semester 1 2023 1,940.00 Bayaran Penceramah Bengkel Seni Visual Pengkaryaan Dan Perekaan STPM Semester 2 300.00 Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM 2022 2500.00 Bayaran Penceramah Bengkel Ilmu Matematik Tambahan SPM 200.00 Bayaran Majlis Penyerahan Slip SPM 2022 600.00 Majlis Anugerah Kecemerlangan Perdana 2022 3,100.00 Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Syariah STPM Semester 2 300.00 Bayaran Penceramah Program Peningkatan Pencapaian Bahasa Tamil STPM Semester 2 300.00 Bayaran Penceramah Program Teknik Menjawab Mata Pelajaran Fizik STPM Semester 2 50.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Ekonomi STPM Semester 2 200.00 Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Biologi STPM Semester 2 Daerah Hulu Langat 200.00 Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM 2022 4,540.00 Bicara Senior 2023 1,000.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Sejarah STPM Semester 2 300.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Pengajian Perniagaan STPM Semester 2 300.00 Program Motivasi Way To Be A Rich Person 3,500.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM Semester 2 300.00 Penyelenggaraan Taman Herba T6 615.00 Program Motivasi Sasaran 4.0 dan Menggapai 2.0 12,385.00 Majlis Apresiasi T5 2,000.00 Bayaran Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Syariah STPM Semester 1 300.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Geografi STPM Semester 1 300.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Ekonomi STPM Semester 1 300.00 Bayaran Penceramah Bengkel Pemantapan Bahasa Tamil STPM Semester 3 300.00 Bayaran Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Biologi STPM Semester 1 100.00 JUMLAH 58,494.20 32


9. HAL EHWAL MURID (HEM) RM RM Pembayaran: Majlis Apresiasi Kepimpinan Murid Sesi 2022 1,056.50 Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 685.00 Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 743.00 Program Kasih Perayaan 2023 - Sumbangan Tahun Baharu Cina 500.00 Majlis Apresiasi Kepimpinan Murid Sesi 2022 1,943.50 Pembelian Peralatan Dan Bahan-Bahan Bilik Isolasi 79.60 Projek "Bilik Operasi Disiplin" - pembelian air cond baharu 414.15 Pembinaan semula tembok surau Ar Rahman 5,000.00 Program Kasih Perayaan 2023 - Sumbangan Idul Fitri 500.00 Pembayaran perkhidmatan Sanitary Bin (Jan-April 2023) 1,000.00 Projek "Bilik Operasi Disiplin"-Upah pemasangan air cond baharu 600.00 Peruntukan Carta Kelas Unggul Tahun 2023 (April - Jun 2023) 360.00 Bayaran sanitary Bin Mei-Ogos 2023 1,000.00 Kursus Kepimpinan Murid 1.0 2,500.00 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 120.00 Program Gotong Royong Madani 3,000.00 Peruntukan Carta Kelas Unggul Tahun 2023 (April - Jun 2023) 260.00 Tabung Prihatin Perayaan Deepavali 2023 500.00 Pembelian Blazer Pemimpin 1,400.00 Minggu Gaya Hidup Sihat 540.00 Kursus Kepimpinan Pemimpin 2.0 837.00 Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 Kibar Jalur Gemilang 1,276.50 24,315.25 Penerimaan: Kutipan Perkhidmatan Sanitary Bin 2021 85.00 Kutipan Perkhidmatan Sanitary Bin 2022 1,225.00 Kutipan Perkhidmatan Sanitary Bin 2023 1,890.00 3,200.00 21,115.25 33


10. KOKURIKULUM Pembayaran: RM Majlis Anugerah Kokurikulum 2022 823.30 Majlis Anugerah Kokurikulum 2022 2,338.00 Program Amal Ramadan Al Mubarak Bubur Lambuk, Peringkat Daerah Hulu Langat 2023 2,000.00 Bayaran Kejohanan Road Run 2023 796.00 Bayaran perbelanjaan Majlis Koku Raya Tahun 2023 (Unit Koku) 2,903.00 Program Taman Angkat Kelab dan Pasukan Unit Beruniform Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang 2,810.40 Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-85 600.80 Yuran Penyertaan Sukan Tingkatan Enam Daerah Hulu Langat Tahun 2023 1,840.00 Bayaran Jurulatih Bola Keranjang Perdana 150.00 Penginapan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Selangor 453.20 Yuran Penyertaan Sukan SMK Victoria Tahun 2023 870.00 Penginapan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Selangor 178.80 Alfa Gemilang Services - Sewaan Kerusi dan Penyusunan Kerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 510.00 JUMLAH 16,273.50 11. PENGURUSAN & PRASARANA RM Pembayaran: 13 unit meja di Pusat Sumber Sekolah 6,700.00 Perbelanjaan binding & kertas print gambar ( Unit Dokumentasi ) 188.70 100 unit kerusi & 100 unit meja untuk murid 19,950.00 Kerja-kerja membaik pulih pemegang tangga 2,950.00 Pembelian peralatan makmal Digital Maker Hub (DMH) 5,100.00 Permohonan Pembiayaian Bagi Membeli Peralatan Bagi Sanggar Jaya dan Sanggar Siswa 4,200.00 Bayaran Permohonan Smart TV di Dataran Pengetua 7,552.00 Pendahuluan Duit kepada Unit Tingkatan 6 untuk Menaiktarafkan Sistem Siaraya Blok Tingkatan 6 Tahun 2023 8,000.00 Bayaran Pembelian Meja Kantin 4,480.00 Projek penambaikan kemudahan asrama Tun Dr Abdul AzizTahun 2023 2,004.10 Projek Khidmat Bakti - Barber Corner KHS SMK Tinggi Kajang 2023 500.00 Pembayaran Pertama Projek Pemulihan Blok Kamil - Sumbangan Peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Bangi Oleh YB Syahredzan Johan Bagi Membaikpulih Blok Kamil Tingkatan 6 30,000.00 91,624.80 34


12. KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA [KSIB] RM Baki pada 1 Januari 2023 181.10 13. DANA PRIHATIN COVID – 19 RM Baki pada 1 Januari 2023 1,206.11 14. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM/ STPM 2022 Nama Program/ Perbelanjaan Jumlah (RM) Jumlah Besar SPM T6 22 T6 23 RM RM RM RM Baki pada 1 Januari 2023 8,772.75 8,298.51 4,487.50 21,558.76 PENERIMAAN Sumbangan PKA 2022 1,600.00 400.00 325.00 2,325.00 JUMLAH PADA 31 DISEMBER 2023 10,372.75 8,698.51 4,812.50 23,883.76 Tolak: PEMBAYARAN #KamiHarusSkor: Folder sijil, banner SPM, sarapan pagi SPM, bahan amali Sains SPM 4,749.40 - - 4,749.40 #KamiHarusSkor: Fotostat bahan, modul, buku latihan, teknik menjawab - 4,755.41 - 4,755.41 #KamiHarusSkor Fotostat bahan, modul, buku latihan, teknik menjawab - - 3,038.40 3,038.40 Pindahan baki PKA T6 22 2022 ke dana PKA T6 23 2023 - 3,943.10 - 3,943.10 Pindahan baki PKA T6 23 2022 ke dana PKA T6 23 2023 - - 1,774.10 1,774.10 Pindahan baki PKA SPM 2022 ke dana PKA SPM 2023 5,623.35 - - 5,623.35 JUMLAH PEMBAYARAN 10,372.75 8,698.51 4,812.50 23,883.76 BAKI PADA 31 DISEMBER 2023 0 0 0 0 35


15. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM/ STPM 2023 Nama Program/ Perbelanjaan Jumlah (RM) Jumlah Besar SPM T6 23 T6 24 RM RM RM RM PENERIMAAN Pindahan baki PKA T6 22 2022 ke dana PKA T6 23 2023 - 3,943.10 - 3,943.10 Pindahan baki PKA T6 23 2022 ke dana PKA T6 23 2023 - 1,774.10 - 1,774.10 Pindahan baki SPM 2022 ke dana PKA SPM 2023 5,623.35 - - 5,623.35 Sumbangan PKA 2023 (Rujuk Nota 4) 8,600.00 14,500.00 7,950.00 31,050.00 JUMLAH PENERIMAAN 14,223.35 20,217.20 7,950.00 42,390.55 JUMLAH PADA 31 DISEMBER 2023 14,223.35 20,217.20 7,950.00 42,390.55 Tolak: PEMBAYARAN #KamiHarusSkor: Fotostat bahan, bengkel teknik menjawab SPM 3,013.96 - - 3,013.96 #KamiHarusSkor: Fotostat bahan, modul, test pad, mahjong paper, bengkel & seminar - 10,884.20 - 10,884.20 #KamiHarusSkor Fotostat bahan, modul, test pad, mahjong paper, bengkel & seminar - - 2,056.90 2,056.90 JUMLAH PEMBAYARAN 3,013.96 10,884.20 2,056.90 15,955.06 BAKI PADA 31 DISEMBER 2023 11,209.39 9,333.00 5,893.10 26,435.49 36


RM RM Baki pada 1 Januari 2023 51,762.43 Penerimaan: (Rujuk Nota 5) 133,408.90 185,171.33 Tolak: Pembayaran (Pemulangan) Asrama 41,078.20 Unit Pengurusan Sekolah 21,885.85 Unit Tingkatan Enam 488.75 Unit Kebajikan 10,000.00 Unit Bimbangan & Kaunseling (UBK) 1,936.00 Kelab Guru 9,700.39 85,089.19 BAKI PADA 31 DISEMBER 2023 100,082.14 RM Dana PIBG 158,226.75 Program Kecemerlangan Akademik SPM/ STPM 2022 (Rujuk Nota 15) 26,435.49 Akaun Tumpang (Rujuk Nota 16) 100,082.14 JUMLAH (Rujuk Penyata Penerimaan dan Pembayaran sehingga 31 Disember 2023) 284,744.38 16. AKAUN TUMPANG 17. BAKI PADA 31 DISEMBER 2023 37


USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49 USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA BIL. NAMA IBU/ BAPA/PENJAGA NAMA ANAK UNIT USUL JAWAPAN USUL 1. Pushpanathan Damodaran Vivegan Pushpanathan T3 Harresh Pushpanathan T1 HEM Lorong berbumbung yang lebar (pada musim hujan). Bilik darjah panas. Tambah kipas. Makanan di kantin perlu diperbaiki. Pada masa sekarang tiada peruntukan diberi oleh KPM kepada sekolah untuk pembinaan lorong berbumbung. PIBG boleh membantu untuk menyediakan lorong berbumbung tersebut. Namun begitu, semua pembinaan sama ada kecil atau besar perlu mendapat kelulusan daripada KPM terlebih dahulu. Kipas siling dalam bilik darjah adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan KPM. Tambahan kipas boleh menyebabkan berlakunya overload bekalan elektrik. Pihak kantin dari semasa ke semasa akan terus memperbaiki makanan di kantin. 2. Koh Ching Keong Koh Thien Lok 3C HEM KOKU Pembersihan dan pengindahan persekitaran tandas. Tingkatkan penghawa dingin. Tambah stadium sukan dalaman. Pihak sekolah telah mendapat peruntukan RM 70,000 untuk membaiki tandas pada tahun 2023. Namun begitu, terdapat murid yang sengaja merosakkan tandas khususnya flush dan pintu tandas. Keceriaan tandas akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan menjadi salah satu kawasan yang akan diceriakan semasa Gotong-royong perdana/madani nanti. Tambahan penghawa dingin boleh menyebabkan overload bekalan elektrik. Pembinaan Stadium di sekolah bukan terletak pada kuasa pihak sekolah. Di samping itu faktor keluasan tanah juga tidak mengizinkan pembinaan stadium untuk sukan dalaman. 38


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 3. Steven Jaya Anak Jampi Fernandez Minggat Anak Steven Jaya 4E HEM Isu kelas anak saya yang OKU Di laluan bertingkat tertentu telah disediakan laluan untuk OKU. Murid OKU tersebut telah ditempatkan di kelas tingkat bawah 4. Mohamed Tarique Muhammad Thasneem Arman 3A KURI Mohon kemaskini jadual waktu kelas tambahan selepas sekolah BA dan KKQ. Jadual yang digubal telah mengambil kira semua perkara termasuklah masa, tempat, bilangan murid dan bilangan guru. 5. S.Premalatha Subramanian Naresh 6 Maahesh 2B KURI Kelas tambahan. Keutamaan kelas tambahan diberikan kepada kelas peperiksaan 6. Azrul Izham bin Hamzah Hayl Arsyad 3B KOKU Berkolaborasi dengan alumni sebagai jurulatih / coaches bagi aktiviti kokurikulum yang dikenalpasti berpotensi. Kolaborasi dengan alumni adalah untuk aktiviti kokurikulum sekolah adalah digalakkan. Mohon alumni yang berminat untuk datang ke sekolah dan berjumpa dengan Pentadbir sekolah untuk berbincang. Sekiranya bersesuaian pihak sekolah akan menguruskannya dengan pihak berkenaan seperti MSN dan sebagainya. 7. Dahlaila binti Ismail Muhammad Danial Fawwaz bin Mohd Fadzil 3A HEM 2 minggu sekali kebenaran ibu @ ayah masuk dorm, spotcheck kerja sekolah anak-anak asrama. Ibu bapa boleh membuat spot check kerja sekolah anak semasa anak balik ke rumah atau meminta anak menunjukkan kerja sekolah semasa outing. Peraturan asrama tidak membenarkan ibu bapa masuk ke dalam dorm murid yang akan menimbulkan banyak risiko. 8. Muhammad Hazriq bin Ghazali Muhammad Danial Alqauthar 1E KURI Lawatan ke universiti akademik IPTA/IPTS bagi program jelajah ke alam universiti Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Tinggi tetapi lebih berfokus kepada murid menengah atas. 39 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 9. Ng Lee Yon Gabella Tan Den Den T624SS2 HEM Elektrik sentiasa ada Pihak sekolah telah menghantar permohonan kepada JKR bagi menyelesaikan isu bekalan elektrik yang sering terputus. Pihak JKR telah membuat tinjauan dan akan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi keperluan Distribution Boxes (DB) yang baharu kepada KPM. 10. Rafeah binti Na'man Hakimi Ramadhan bin Abdul Rahim 1C HEM Saya ingin mencadangkan supaya solat Jumaat diadakan di surau sekolah supaya anak-anak dapat menunaikan solat Jumaat dengan sempurna dan tidak terkejar-kejar apabila selesai solat Jumaat untuk ke sekolah. Pihak sekolah telah memohon kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya solat Jumaat diadakan di surau sekolah namun begitu permohonan tersebut tidak diluluskan. 11. Sabariah binti Ismail Muhammad Hazim Haiqal bin Nazhi Azhar 1E KURI Waktu masuk pada hari Jumaat untuk pelajar Islam dilewatkan jam 2.30 pm atas faktor solat Jumaat. Waktu Rasmi PdP dikekalkan seperti sedia ada. Sekiranya terdapat keperluan/kelewatan mohon dimaklumkan dan pertimbangan daripada Pengurusan Sesi Petang/Guru Kelas. 12. Kalaiyarasu A/P Palaneyvelloo Nitish Varma Pandian 1E HEM Kebersihan bilik darjah. Pintu kelas perlu ditukar. Gotong-royong kawasan sekolah. Gotong-royong kelas telah diadakan pada hari pertama persekolahan (11 Mac 2024). Setiap kelas diberi peruntukan 50 ringgit untuk membersihkan, menghias dan menceriakan kelas. Setiap kelas mempunyai jadual tugas kebersihan dan kecerian. Pada 9 September 2023, pihak sekolah mengadakan gotong tetapi kurang mendapat sokongan dan kerjasama ibu bapa. Gotong royong Madani tahun ini yang dijadualkan pada 27 April 2024 ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian nanti. 40 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 13. Sooriakala Thasvin Saravanan 2B KURI Mengutamakan kepada pembelajaran dan kurangkan aktiviti luaran. Kalau boleh, buat kelas tambahan untuk murid- murid mendapat kefahaman lebih dalam untuk mendapat skor yang cemerlang. Kekangan untuk pelaksanaan Kelas Tambahan bagi murid sesi petang kerana tiada kemudahan tempat yang kondusif. 14. Sadali bin Lani Aidil Farish Danial 1A HEM Sediakan mesin penapis air di kawasan asrama seperti Coway/Cuckoo (tambahkan sekiranya telah ada disediakan). Sediakan kios/ vending mesin untuk makanan seperti roti / air kotak di kawasan asrama (tambah sekiranya telah disediakan). Benarkan penggunaan hp tanpa kamera. Benarkan waktu untuk keluar outing bermula jam 12 pm hingga 6 pm. Mesin penapis air di kawasan asrama Coway yang disediakan adalah mencukupi. Pihak KKM memaklumkan bahawa kios/ vending mesin untuk makanan seperti roti / air kotak di kawasan asrama tidak dibenarkan. Penggunaan hp tanpa kamera. adalah dibenarkan. Waktu untuk keluar outing kekal jam 2.00 petang - 5.00 petang. 41 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 15. Gunalan A/L Visvanathan Pavan A/L Gunalan 1E KOKU Saya adalah pemegang Malaysia Book of Records holder sebanyak 4 kali dan record Dunia dalam ‘skipping’. Jika pengurusan berminat, saya boleh bagi training untuk pelajar secara percuma. Untuk koko, kalau boleh kurangkan masanya dari 12.30 ke 11.30. Maka ibu bapa bolehlah mengambil anak untuk mandi dan sebagainya. Pihak sekolah mengalakkan ibu bapa yang berkemahiran untuk datang ke sekolah untuk berbincang dengan pentadbir sekolah. Sekiranya bersesuaian Program ini boleh dilaksanakan tetapi memerlukan kelulusan dari JPN dan sebagainya. Pihak sekolah akur kepada arahan KPM dengan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007: Waktu untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan MenengahKetetapannya Sekolah Menengah Harian adalah 180 minit (3 jam)seminggu. 16. Mohamad Dasrul bin Mohammad Desa Arif Danial bin Mohamad Dasrul 4C HEM Membenarkan murid membawa telefon bimbit atau memakai jam tangan digital (berfungsi untuk panggilan/sms) ke sekolah dengan kawalan oleh pihak sekolah bagi tujuan memudahkan komunikasi di antara ibubapa dengan murid sekiranya ada hal penting yang ingin disampaikan. Kawalan oleh pihak sekolah adalah bermaksud telefon bimbit atau jam digital hendaklah dimatikan/silent mode dan diserahkan kepada guru semasa hadir ke sekolah dan dibenarkan ambil semula selepas tamat waktu persekolahan. Pihak sekolah akur dengan larangan membawa telefon bimbit oleh KPM berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah 42 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 17. Fairuz Iqmalamir bin Abdul Razak Muhamad Erfan bin Fairuz Iqmalamir 4C PENGURUSAN PENTADBIRAN Kurangkan bayaran bagi yuran PIBG. Jumlah sumbangan PIBG adalah berdasarkan keperluan untuk menampung perbelanjaan program-program setiap unit sepanjang tahun. Bagi yang kurang berkemampuan boleh menghubungi PIBG. 18. Janani A/P Nagalingam Chaanakyaa Balaraman 2B KURI Saya sarankan pihak sekolah agar memastikan mempunyai dan merancang tenaga pengajar yang optimum, sebagai contoh tahun 2023, guru pelajaran BM kelas tingkatan 1 anak saya telah bersara sebelum pertengahan tahun dan guru penganti pula cuti bersalin selepas ambil alih lalu para pelajar tidak mepunyai guru BM sehingga akhir sesi persekolahan. Situasi sebegini seharusnya dapat dielakkan sebab tarikh persaraan dan cuti bersalin adalah terancang. Banyak aktiviti yang tidak melibatkan PBD dirancang pada saat akhir dan seterusnya menyebabkan waktu pelajaran tidak mencukupi, akhirnya pelajar di minta menyalin semua nota atau muka surat dalam buku teks secara menyeluruh sebagai penyediaan untuk peperiksaan. Perkara ini menyebabkan murid kurang pemahaman dan kemerosotan akademik. Harap perkara sebegini dielakkan dengan perancangan awal. Pihak sekolah telah membuat perancangan yang optimum dengan mengambil kira pelbagai faktor yang terlibat. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor luar kawalan pihak sekolah yang berlaku. Sebagai contoh Permohonan mendapatkan guru ganti telah dibuat sejak awal, walaubagaimanapun tidak diperolehi kerana ketiadaan Peruntukan di peringkat PPD/JPN untuk bayaran gaji guru ganti. 43 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 19. Nurismaliza binti Ismail Iman Nadzudin bin Sahbudin 2C HEM Buku teks sudah lusuh dan koyak. Tambah telefon awam. Buku teks baharu yang dibekalkan kepada sekolah didapati kurang berkualiti dan cepat rosak. Pihak sekolah melalui Bilik BOSS daripada masa ke semasa berusaha membaiki buku teks yang mengalami kerosakan kecil. Penggantian buku yang lebih elok bergantung kepada lebihan stok buku yang ada di sekolah di PPD Hulu langat dan ini juga sukar kerana stok buku yang elok di sekolah lain juga sangat terhad. Penyelarasan agihan buku teks telah dilaksanakan pada 18 April 2024 di SMK Cheras Jaya. bagi menampung kekurangan buku teks. 20. Nor Nikman bin Hasanhashari Nafis Jazimeen 1E KOKU Buat padang turf. -Pembinaan padang turf di luar bidang kuasa sekolah dan kosnya sangat tinggi. 21. Khairija Azman bin Khaidir Badiuzzaman Benjamin 1D HEM Membaiki telefon awam dan menambah bilangannya di dalam kawasan sekolah agar dapat membantu memudahkan urusan semua. Terdapat 2 telefon awam di sekolah iaitu di Blok Murni dan di Asrama. Jualan kad telefon diuruskan oleh koperasi sekolah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Koperasi, pembelian kad telefon ialah kebanyakannya daripada murid asrama berbanding murid bukan asrama. 22. Azizi bin Ali Asadel Zahin bin Azizi 1C KOKU Mohon kedai buku dan koperasi sekolah dibuka pada masa dan tarikh sama. Contoh semasa sesi tahun ini, ibu bapa terutama tingkatan 1 terpaksa datang 2 kali. Pertama datang untuk beli buku, selepas itu hari yang lain terpaksa datang untuk beli di koperasi. Ini berlaku disebabkan koperasi buka lewat. Mohon perkara ini tidak berlaku lagi. Pihak koperasi dan kedai buku ambil maklum. 44 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 23. Navamalar A/P Sivapregasam Santdosh A/L N. Saravanan 1B HEM Membeli dan mempertingkatkan meja dan kerusi di bilik darjah. Pada tahun 2023, pihak sekolah telah mengisi google form KPM memaklumkan tentang keperluan bilangan meja dan kerusi tambahan di bilik darjah. Sehingga sekarang pihak KPM belum memaklumkan untuk menyediakan tambahan kerusi meja tersebut. 24. D.D. Hendran bin Kahar Muhammad Alif Haikal 1A HEM Membenarkan kenderaan masuk hingga ke dewan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika mengambil anak. Pihak sekolah akur dengan arahan KPM berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 iaitu Keselamatan Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali sekiranya hujan lebat Semasa hujan lebat, pihak sekolah membenarkan kenderaan ibu bapa masuk hingga ke dewan sekolah sahaja untuk mengambil anak bagi menjamin keselamatan murid-murid lain. 25. Yusri bin Yusof Izrul Zakuan bin Yusri 2C HEM Tambah telefon awam. Terdapat 2 telefon awam di sekolah iaitu di Blok Murni dan di Asrama. Jualan kad telefon diuruskan oleh koperasi sekolah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada koperasi, pembelian kad telefon kebanyakannya daripada murid asrama berbanding murid bukan asrama. 26. Mahendran a/l Sahadevan Harris Mahendran 2B HEM Tempat menunggu kurang selamat. Cadangan untuk membina tempat menunggu yang lebih selamat. Cadangan untuk menukar meja yang rosak. Kawasan luar sekolah adalah sangat terhad disebabkan sekolah berada di laluan utama bandar Kajang. Urusan pembangunan di luar kawasan sekolah seperti tempat menunggu melibatkan pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Kajang dan JKR. 45 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 27. Muniamah A/L Rengasammy Narven Raj A/L Asokumar 1E HEM Tukar meja kelas. Tukar pintu kelas. Buat gotong-royong sekolah. Pada tahun 2023, pihak sekolah telah mengisi google form KPM memaklumkan tentang keperluan bilangan meja dan kerusi di bilik darjah. Sehingga sekarang pihak KPM belum memaklumkan untuk menyediakan tambahan kerusi meja tersebut. Gotong-royong kelas telah diadakan pada hari pertama persekolahan (11 Mac 2024). Pada 9 September 2023, pihak sekolah pernah mengadakan gotong tetapi kurang mendapat sokongan dan kerjasama ibu bapa. Gotong royong perdana tahun ini yang dijadualkan pada 27 April 2024 ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian nanti. 28. Kamrazaman bin Muhammad Muhammad Hariz bin Kamrazaman 1E PENGURUSAN PENTADBIRAN KOKU Menyediakan tabung bergerak yang diuruskan oleh pelajar yang dilantik memudahkan ibu bapa menderma semasa mesyuarat PIBG untuk menambahkan dana supaya sebarang aktiviti berkaitan pelajar dapat berjalan dengan lancar. Mencadangkan pihak koperasi sekolah dapat menyediakan buku yang diperlukan dengan secukupnya mengikut jumlah pelajar. Tabung akan disediakan di meja pendaftaran untuk memudahkan ibu bapa yang berhajat memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Pihak koperasi ambil maklum. 46 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA 29. R. Yugeswary A/P Rathnam Gaanesh A/L Rangathurai 3B KURI HEM Guru telah menahan murid dari kelas selepas tamat waktu sekolah menyebabkan ketinggalan bas/pengangkutan. Anak saya terpaksa jalan kaki pulang ke rumah dengan cuaca yang panas dan juga berbahaya. Murid buat aduan bahawa bilik darjah bocor. Harap pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya. Mohon supaya maklumat kejadian yang lebih jelas dan tepat dimaklumkan kepada Pengurusan KHS supaya perkara ini boleh diperhalusi dan dibuat penambahbaikan. Kerja-kerja penggantian bumbung di blok Murni yang melibatkan bilik darjah bocor akan dibuat dalam jangka masa terdekat. Pihak sekolah perlu berhati-hati kerana melibatkan keselamatan murid. Kelas 3B (bilik darjah bocor) telah dipindahkan di bilik darjah transit. 30. Helen Mary A/L Joseph Manickem Adrian A/L Loocas 3E HEM Mengecat bangunan sekolah dengan warna cantik. Dalam setiap kelas pasang cermin tingkap kiri dan kanan. Peruntukan kewangan yang besar diperlukan bagi mengecat bangunan sekolah dan memasang cermin tingkap kiri dan kanan. Sokongan dan kerjasama PIBG yang melibatkan peruntukan kewangan adalah diperlukan untuk mengecat bangunan sekolah dan memasang cermin tingkap 47 USUL IBU BAPA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


USUL SEKOLAH MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49 RUMUSAN USUL PIHAK SEKOLAH TAHUN 2024/2025 BIL. UNIT USUL 1 KURIKULUM 1. Program Kecemerlangan Akademik (PKA). a. Tingkatan 5 (RM100.00) seorang. b. Tingkatan 6 Atas (T25/T26) (RM100.00) seorang. c. Tingkatan 6 Bawah (RM50.00) seorang. 2. Kutipan untuk Majlis Apresiasi Tingkatan 5 / 6 (RM100.00) seorang. 2 HEM 1. Bayaran untuk Perkhidmatan Sanitary Bin sebanyak RM10.00 setahun akan dikenakan kepada semua murid perempuan, guru perempuan dan staf perempuan. 2. Sumbangan di bawah Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah (PERASA). a. Sumbangan Aktiviti Fardhu Ain (RM100.00) setahun. b. Sumbangan Aktiviti Akademik Tingkatan 1/2/3 (RM50.00 x 7 bulan = RM350.00) setahun. c. Sumbangan Aktiviti Akademik Tingkatan 4/5 (RM80.00 x 7 bulan = RM560.00). d. Bayaran Bahan / Modul / Pencetakan Kelas Tuisyen dan lain-lain. (RM50.00) setahun. 3. Bayaran sebanyak RM200.00 akan dikenakan kepada murid-murid MKM (Majlis Kepimpinan Murid) setahun mengikut perincian berikut :- a. RM20.00 untuk Kursus Kepimpinan. b. RM70.00 untuk Majlis Apresiasi MKM. 4. Bayaran Makan Asrama akan dikenakan kepada murid asrama mengikut ketetapan berikut :- a. RM1.00 sehari bagi keluarga berpendapatan RM4,999.00 ke bawah. b. RM3.00 sehari bagi keluarga berpendapatan RM5,000.00 dan ke atas. 5. Kem SMART Balajar Murid Asrama. (RM100.00) setiap murid. 6. Minggu Orientasi Murid Tingkatan 6 Bawah. (RM50.00) bagi setiap murid yang mendaftar. 3 KOKURIKULUM 1. Kutipan Wang untuk Majalah Sekolah. (RM15.00) satu keluarga. 2. Kutipan Wang untuk Program Perkhemahan Perdana. (RM150.00) bagi murid yang ingin menyertai. 3. Kutipan Wang untuk Kejohanan Sukan Tingkatan 6. (RM20.00) bagi pelajar Tingkatan 6 sahaja. 4. Kutipan Bayaran Koperasi bagi Murid Tingkatan 1 dan Murid Baharu. a. (RM10.00) untuk saham. b. (RM2.00) untuk pendaftaran. 5. Kutipan Wang untuk Buku Rekod Kokurikulum (PAJSK). (RM4.00) setiap murid. 48 USUL SEKOLAH MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49


Click to View FlipBook Version