The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28214461, 2021-08-08 03:24:05

KAD UCAPAN DIGITAL SEMPENA AWAL MUHARAM

KAD UCAPAN DIGITAL SMKPW

Keywords: KAD UCAPAN DIGITAL

SAMBUTAN
MAAL HIJRAH 1443
PERINGKAT SMK PUTERI
WILAYAH

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun

622 Masihi.
Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini

hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A.
Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah
ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad

S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah
dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh

Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.
Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan

paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang
nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan
diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga

Islam tersebar ke merata dunia.

Sambutan ini dilaksanakan bertujuan memberikan
pendedahan kepada murid dan warga muslim SMKPW
berkenaan kaedah menyambut tahun baru dengan cara
yang sebenar. Sambutan ini juga mampu meningkatkan
ilmu pengetahuan warga muslim SMKTD2 dalam
menghadapi kehidupan sebagai seorang muslim.

 Murid dapat mempelajari kaedah menyambut tahun baru
hijrah.

 Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah
membaca doa akhir tahun dan menyambut awal tahun
dengan doa awal tahun.

 Menanam rasa cakna dalam diri agar memulakan
kehidupan dengan doa dan kebergantungan kepada Allah
taala.

Semua warga SMKPW
yang beragama Islam
dan waris

TENTATIF SAMBUTAN

ISNIN (9 OGOS 2021)
7.00 pm: Bacaan Doa Akhir Tahun (Di kediaman masing-masing)
7.30 pm: Solat Maghrib (Di kediaman masing-masing)

Bacaan Doa Awal Tahun
SELASA (10 ogos 2021)
Kuiz awal muharam terbuka kepada semua pelajar SMKPW

(Dibaca selepas Asar atau sebelum Maghrib)

(Dibaca selepas Asar atau sebelum Maghrib)

Terjemahan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan
rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah kami
kerjakan selama ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum
bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan
kasih Sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan
siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat
sesudah melakukan maksiat. Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunan-Mu
dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang
telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau
redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami
memohon kepada-Mu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang
Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal
kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu,
wahai Zat Yang Maha Pemurah. Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia
dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka. Dan
semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami
Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala pujian bagi Allah, Tuhan
semesta alam.

(Dibaca selepas Maghrib)

(Dibaca selepas Maghrib)

Terjemahan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa
melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi
Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah Yang
Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan
dermawan-Mu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar telah
datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari
(godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala
tenteranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa
nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk
melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat
yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Wahai Tuhan yang Maha
Mengasihani kepada hamba-hamba-Nya. Ya Allah, berikanlah kebaikan
hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab
neraka. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan
kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan
sahabatnya. Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

Ucapan Daripada
Pihak Pentadbir

&
Ydp Pibg SMKPW

PENGETUA

‫والصلاة والسلام على اشرف الاءنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين‬... ‫لحمدلله رب العالمين‬
... ‫السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته‬....

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1443 .... Buat semua warga SMK Puteri
Wilayah khasnya serta semua pembaca risalah ini amnya ...Moga kehadiran Hijrah

1443 ini akan menjadi lebih bermakna buat kita semua.Usaha ke arah
kecemerlangan diri mesti diteruskan walau apapun rintangan yang ada di hadapan
kita... Dalam keadaan yang getir dan amat mencabar ini pergantungan kita kepada
Allah mesti diperkukuhkan. Hanya Allah tempat kita bergantung harap. Berazamlah
untuk berubah ke arah kebaikan, tingkatkan amal ibadah kepada Allah moga hidup
lebih diberkati. Walau apapun terjadi hidup ini mesti diisi dengan perkara-perkara
kebajikan. Marilah sama- sama kita buat perubahan demi mencari redha Allah...

"Bersama menuju redha AllahTogether towards the contentment of Allah
“‫حي الى مرضاة الله‬

Daripada :Al Faqir Ilallah ‫ الفقير الى الله‬Shahida binti Hj AzizanPengetuaSMK Puteri
Wilayah,KL

PK PENTADBIRAN

Andai aku bisa mengubah dunia ini, akulah insan
yang paling berbahagia. Tetapi, bahagiakah aku

seandainya diri sendiripun aku tidak mampu
mengubahnya menjadi lebih baik. Salam Maal Hijrah.

Tekadkan azam untuk berhijrah ke arah kebaikan.

PK HEM

HIJRAH IALAH PERUBAHAN DARIPADA
KEGELAPAN KEPADA CAHAYA. KITA AMAT
DITUNTUT UNTUK BERUBAH DARIPADA YANG

BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK….

PK KOKURIKULUM

Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga Puteri Wilayah , bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana
masih memberi ruang dan waktu untuk kita bersama-sama menyambut Maal Hijrah pada tahun ini.
Tarikh 10 Muharam berlaku berbagai-bagai peristiwa penting dalam sejarah Islam yang perlu kita
hayati dan renungkan untuk muhasabah diri kita serta keluarga, supaya menjadi muslim yang lebih
baik untuk persediaan kita ke Alam lain selepas ini.

Dalam ruang yang ada ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H kepada semua Warga
Puteri Wilayah. Semoga dengan ketibaan tahun baharu ini akan menjadikan kita Ummah yang dapat
mengubah cara pemikiran kita untuk terus berjaya selaras dengan keadaan semasa serta
perkembangan sains dan teknologi . Jangan kita lalai , bangkitkan semangat kita untuk terus maju
untuk membawa syiar Islam ketahap yang paling tinggi agar umat Islam menjadi contoh terbaik bagi
umat lain.

Akhir kata. Ketabahan dan kesungguhan kita dalam menghayati dan menjadikan ikhtibar disebalik
peristiwa Hijrah ini , menyebabkan kita menjadi umat Islam yang lebih cemerlang dan diberkati oleh
Allah SWT di dunia dan di akhirat. Aamiin.

Burung Nuri terbang di angkasa ,

Singgah sebentar di Pokok Jati,

Awal Muharam telah tiba,

Moga hijrah tahun ini kita diberkati.

YDP PIBG

SALAM MAAL HIJRAH 2021.SEMOGA KITA MENJADI UMMAH
BERKUALITI DALAM KEHIDUPAN NORMA BARU

“MANHAJ

RABBANI ,

UMMAH
BERKUALITI”

#SALAMMAALHIJ
RAH #STAYSAFE
#KITAJAGAKITA
#ALLAHJAGAKITA




Click to View FlipBook Version