RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TAJUK: 1.0 SAINS TUMBUHAN TINGKATAN 5 20 NOVEMBER 2023 (ISNIN) NAMA: KARTINA BINTI MURSALIM NO.MATRIK: D20211099064
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PERTANIAN MINGGU 3 KEHADIRAN MURID Enrolmen Hadir 23 ***Sila pilih dan tandakan (√) mana-mana ruang yang berkaitan. Alat dan Bahan bantu Mengajar Papan Putih / Video pengajaran / Gambar Pengajaran / Slaid pengajaran / Pen penanda / Bahan bercetak / Buku rujukan / Strategi PdPC Pemusatan guru -Dilaksanakan sepanjang proses pdpc berlangsung. / Pemusatan bahan pelajaran -Menggunakan slaid, video pengajaran dan bahan bercetak untuk pdpc. / Kaedah PdPc Memberi arahan -Guru memberi arahan semasa proses pdpc / Sumbangsaran -Murid menjawab soalan dan memberikan idea semasa pdpc / TARIKH 20.11.2023 HARI ISNIN TINGKATAN 5 DELIMA MASA 09.00 PAGI – 10.00 PAGI (TEORI) BIDANG PEMBELAJARAN 1.0 SAINS TUMBUHAN STANDARD KANDUNGAN 1.2 Proses Fisiologi Tumbuhan 1.2.3 Faktor Mempengaruhi Kadar Fotosintesis STANDARD PEMBELAJARAN Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid 5 Delima dapat mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis dari aspek suhu, karbon dioksida, klorofil, cahaya dan air. STANDARD PRESTASI TP 1: Menyatakan proses utama fisiologi tumbuhan. TP 2 : Menerangkan proses utama fisiologi tumbuhan serta faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis. TP 3 : Melaksanakan kajian terhadap faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid 5 Delima dapat: 1. Menjelaskan proses fotosintesis yang mempengaruhi kadar pertumbuhan tumbuhan dengan betul. 2. Menyatakan proses utama fisiologi tumbuhan serta 2 faktor yang memperngaruhi kadar fotosintesis dengan tepat. Kriteria Kejayaan Murid 5 Delima dapat: 1. Menghuraikan proses utama siang dan malam yang terlibat dalam fotosintesis dengan betul. 2. Menerangkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis melalui faktor dalaman dan luaran dengan jelas. 3. Membezakan faktor dalaman dan luaran yang terlibat dalam proses fotosintesis dengan betul. 4. Membandingkan setiap faktor yang terlibat dalam fotosintesis dengan jelas. Pengetahuan Sedia ada. Murid mengetahui tanaman menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanan.
AKTIVITI Pengenalan: Guru meminta wakil murid membaca doa. Guru bertanya khabar dan bertanyakan kehadiran kelas. Set Induksi (5 minit) Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Guru mempamerkan 2 jenis gambar pokok di papan putih. Guru menarik perhatian murid dengan mengajukan soalan dan mengadakan perbincangan bersama murid mengenai keadaan persekitaran pokok pada waktu siang dan malam bagi mengetahui apakah proses yang dilalui pada waktu itu berdasarkan tajuk yang akan dipelajari. Murid memberikan respon dan menjawab soalan yang diajukan Strategi : Pemusatan guru Teknik: Sumbang saran Nilai murni: Menghormati Guru mencatat jawapan pelajar pada papan tulis dan menerangkannya. Murid mendengar setiap penerangan yang diberikan. Guru meneruskan PdPc dengan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini. Seterusnya guru Murid meneruskan proses PdPc Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Teknik soal jawab -Guru memberi set soalan kepada murid untuk dijawab semasa pdpc / Teknik perbincangan -Guru menghuraikan semula jawapan daripada murid semasa pdpc dan set induksi / KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Menganalisis -Murid menganalisis idea dan jawapan yang diberikan semasa sesi sumbangsaran dan soal jawab semasa pdpc dilakukan. / PETA PEMIKIRAN (I-THINK) Peta buih -Penerangan ringkas tentang tajuk pelajaran untuk pdpc dijalankan. / AKTIVITI PdPc ABAD KE 21 Brainstorming -Sumbangansaran berlaku ketika komukasi dua hala dilaksanakan. Guru menunjukkan 2 gambar pokok untuk menunjukkan kitaran waktu siang dan malam. /
menyatakan objektif pembelajaran yang perlu dicapai pada hari ini. PETA MINDA/SKOP PEMBELAJARAN: ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) Bahasa (Bahasa Melayu) -Guru menggunakan Bahasa Melayu sepanjang proses Pdpc. / Nilai murni (Menghormati) -Menerapkan nilai murni dari segi menghormati antara murid dan guru semasa PdPc berlangsung. / KAEDAH & INSTRUMEN PENTAKSIRAN Penyoalan -Guru menyediakan set soalan pentaksiran untuk dijawab oleh murid. / FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR FOTOSINTESIS Proses Fotosintesis Berlaku: Waktu Siang Waktu Malam Faktor Luaran Keamatan Cahaya Kepekatan Karbon Dioksida Peningkatan Suhu Faktor Dalaman Jumlah Klorofil Kedudukan Daun Bentuk Daun Anatomi Daun Pertumbuhan Daun
Perkembangan pengajaran Objektif pembelajaran / Isi pelajaran Aktiviti guru Aktiviti pelajar Catatan/ Pentaksiran 1) Pengenalan faktor mempengaruhi kadar fotosintesis. (15 minit) Proses siang dan malam Siang Perlu cahaya matahari untuk memecahkan molekul air sehingga menjadi ion hidrogen Malam Gabungkan karbon dioksida dengan ion sehingga menghasilkan glukosa. Faktor luaran dan dalaman Faktor luaran 1. Keamatan cahaya 2. Kepekatan karbon dioksida 3. Peningkatan suhu Faktor dalaman 1. Jumlah klorofil 2. Kedudukan daun 3. Bentuk daun 4. Anatomi daun 5. Pertumbuhan tumbuhan Guru menerangkan proses yang terlibat dalam fotosintesis serta faktorfaktor yang mempengaruhinya. Guru bertanyakan soalan kepada murid secara lisan. ABM/BBM: Projector Slaid pengajaran Papan putih Marker pen Buku Teks Tingkatan 5 Strategi: Pemusatan guru Kaedah: Sumbangsaran Teknik Perbincangan Murid mendengar dengan teliti penerangan guru mengenai faktor mempengaruhi kadar fotosintesis. Murid menjawab persoalan yang diberikan oleh guru secara lisan. Nilai murni: Menghormati Buku Teks (m/s 52 hingga m/s 54) PENTAKSIRAN 1 (Lampiran 1)
2) Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis (15 minit) Faktor luaran: 1. Keamatan Cahaya Penting dalam fotosintesis kerana menjadi tenaga untuk mengubah air dan CO2 menjadi glukosa. Penyerapan cahaya matahari dipengaruhi oleh keamatan cahaya, jangka masa penyerapan dan gelombang cahaya. Kadar fotosintesis meningkat mengikut keamatan cahaya yang tinggi dan apabila mencapai tahap yang dicapai keamatan cahaya tidak lagi meningkatkan kadar fotosintesis kerana kepekatan CO2 dan suhu menjadi faktor pengehad. 2. Kepekatan Karbon Dioksida Menjadi bahan mentah yang diperlukan dalam tindak balas gelap untuk mensintesis glukosa. Selagi tiada faktor pengehad, kadar fotosintesis meningkat mengikut peningkatan kepekatan CO2 dan akan sekata pada satu tahap kepekatan CO2. Apabila tahap CO2 meningkat, kadar fotosintesis tidak akan meningkat kerana keamatan cahaya menjadi faktor pengehad. 3. Peningkatan Suhu Perubahan suhu mempengaruhi kadar fotosintesis namun setiap Guru menerangkan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis kepada murid. Guru menayangkan video tentang faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis melalui youtube. Guru menyoal murid secara rawak berdasarkan pemahaman terhadap pembelajaran hari ini. ABM/BBM: Projektor Slaid pengajaran Buku Teks Tingktan 5 Strategi: Pemusatan guru Kaedah: Sumbangsaran Teknik: Perbincangan Murid mendengar dan memerhati dengan teliti setiap penerangan guru. Murid mencatat penerangan guru pada buku latihan masingmasing. Murid menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru berdasarkan pemahaman masingmasing. Nilai murni : Menghormati Buku Teks (m/s 52 -54) PENTAKSIRAN 2 (Lampiran 2) Link Youtube: https://youtu.be /lKqvn6fKuv k?si=w5PER1uLJ7ZdkzS
tumbuhan berbeza-beza kadar suhu. 10ºC meningkatkan satu kali ganda kadar fotosintesis sehingga mencapai tahap optimum dan tahap optimum tumbuhan adalah 25ºC hingga 30ºC. Suhu terlalui tinggi akan menyebabkan fotosintesis terhenti kerana akan memusnahkan sel tumbuhan. Faktor Dalaman: 1. Jumlah Klorofil Warna hijau pada daun dan pigmen penting untuk fotosintesis untuk menyerap cahaya matahari. Dibentuk oleh magnesium (Mg), nitrogen (N), dan zat besi (fe) melalui tanah diserap akar. 2. Kedudukan Daun Tempat berlaku fotosintesis dan daun yang menghadap matahari akan meningkatkan kadar fotosintesis. 3. Bentuk Daun Daun nipis dan lebar menyerap banyak cahaya dan kadar fotosintesis meningkat. 4. Anatomi Daun Berlaku pada stomata daun untuk memudahkan pertukaran gas dan berlakunya transpirasi. Liang stomata terbuka apabila adanya cahaya matahari dan
menyerap CO2 untuk jadi bahan fotosintesis. 5. Pertumbuhan Tumbuhan Proses lebih tinggi untuk tumbuhan muda dan daun muda kerana banyak klorofil. Penutup (5 minit) Penilaian Lanjutan : Guru memberi arahan kepada murid untuk menyelesaikan soalan yang diberikan berkaitan dengan topik yang dipelajari. (Lampiran 3) ABM/BBM: Papan putih, marker dan buku latihan Strategi: Pemusatan guru Kaedah: Persoalan Tugasan Lanjutan: Guru memberi tugasan kepada murid agar menghasilkan nota dengan kreativiti tersendiri di dalam buku latihan berdasarkan buku teks. Refleksi Guru meminta seorang murid secara sukarela membuat refleksi PdPc pada hari ini. Rumusan REFLEKSI Kehadiran murid : Berjaya menguasai prestasi : Gagal menguasai prestasi: Kekuatan pdpc :
Kelemahan pdpc : Cadangan penambaikan Aktiviti PdPc ditangguhkan kerana PdPc ganti akan dilaksanakan pada ___ / ___ / 2023 Mesyuarat Program Sekolah Kursus Aktiviti Luar Mengiringi Pelajar Keluar Cuti Rehat Khas Cuti Peristiwa Cuti Umum TINDAKAN SUSULAN
LAMPIRAN 1 1. Berikan 2 ciri-ciri tumbuhan yang menjalankan kadar fotosintesis yang tinggi i. ___________________________________________ ii. ___________________________________________ 2. Nyatakan 2 elemen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis i. ___________________________________________ ii. ___________________________________________ 3. Nyatakan elemen penting yang terdapat pada daun dan fungsinya untuk fotosintesis __________________________________________________________________________________ LAMPIRAN 2 Link Youtube: https://youtu.be/lKqvn6fKuvk?si=w5PER1uLJ-7ZdkzS LAMPIRAN 3 1. Proses fotosintesis boleh berlaku pada waktu siang dan malam. Berikan sebab mengapa fotosintesis lebih berkesan pada waktu siang. ___________________________________________________________________________________________________________ 2. Tiga faktor luaran yang mempengaruhi kadar fotosintesis i. ______________________________________ ii. ______________________________________ iii. ______________________________________ 3. Berikan struktur yang terdapat pada daun dan huraikan kepentingannya. ______________________________________________________________________________________________________________ 4. Berikan kaitan antara faktor luaran daripada keamatan cahaya dengan faktor luaran daripada kedudukan daun. ____________________________________________________________________________________________________________
Jawapan Soalan Pentaksiran Lampiran 1: 1. Dua ciri-ciri tumbuhan yang menjalankan kadar fotosintesis yang tinggi i. Mempunyai luas permukaan daun yang lebar dan nipis ii. Tumbuhan muda dan berwarna hijau 2. Dua elemen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis i. Glukosa ii. Oksigen 3. Nyatakan elemen penting yang terdapat pada daun dan fungsinya untuk fotosintesis Klorofil yang terdapat pada daun. Untuk menyerap cahaya matahari. LAMPIRAN 3 1. Proses fotosintesis boleh berlaku pada waktu siang dan malam. Berikan sebab mengapa fotosintesis lebih berkesan pada waktu siang. Kerana daun memerlukan cahaya matahari untuk memecahkan molekul air sehingga menjadi ion hidrogen dan waktu siang lebih efektif kerana matahari lebih cerah. 2. Tiga faktor luaran yang mempengaruhi kadar fotosintesis i. Keamatan cahaya ii. Kepekatan karbon dioksida iii. Peningkatan suhu 3. Berikan struktur yang terdapat pada daun dan huraikan kepentingannya. Klorofil. Klorofil bertindak untuk memberikan warna hijau pada daun dan menjadi pigmen penting dalam daun untuk menyerap cahaya matahari. 4. Berikan kaitan antara faktor luaran daripada keamatan cahaya dengan faktor luaran daripada kedudukan daun. Kedudukan daun akan lebih menghadap ke arah cahaya matahari yang terang untuk meningkatkan kadar penyerapan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.