MPU 3183
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH:
CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD
DISEDIAKAN OLEH:
BIL. NAMA NO. MATRIK KELAS
1. ELYANA ZULAIKHA BINTI MAS SUKRI 22BI02009 BI02 1A
2. SAKINAH BINTI ROSLAN 22BI02010 BI02 1A
3. NUR HIDAYAH 22BI02022 BI02 1A
KURSUS:
IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI
(KEPUJIAN)
SESI:
2022/2023
TAJUK:
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .................................................................................................................................... 1
1.1 TANGGUNGJAWAB SOSIAL ................................................................................................... 1
1.2 KESUKARELAWAN .................................................................................................................. 1
2.1 KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT............................................................................................................. 3
✓ Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat ............ 3
✓ Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik ......................................................... 3
✓ Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah ............................................................. 3
✓ Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berdatu padu..................................................... 5
✓ Dapat menangani isu gelandangan.............................................................................................. 5
2.2 CARA MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT............................................................................................................. 6
▪ Ibu bapa berperanan membentuk pribadi anak-anak mereka...................................................... 6
▪ Kerajaan melibatkan diri dalam memperkasakan sikap tanggungjawab dan sukarelawan dalam
sektor-sektor Pendidikan..................................................................................................................... 6
▪ Badan NGO memainkan peranan dalam mengadakan kempen-kempen yang menerapkan sikap
tanggungjawab sosial dan sukarelawan dalam kalangan masyarakat. ................................................ 7
▪ Menerapkan sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan bermula dari diri sendiri. ............... 7
2.3 KESAN PENGLIBATAN DALAM KESUKARELAWAN............................................................ 8
❖ Meningkatkan kesedaran muhasabah diri ................................................................................... 8
❖ Menjalani gaya hidup sihat ......................................................................................................... 8
❖ Meluaskan kenalan melalui aktiviti yang dilaksanakan.............................................................. 8
❖ Menjadi prihatin terhadap keperluan individu lain ..................................................................... 8
❖ Meningkatkan kemahiran diri ..................................................................................................... 9
2.4 NILAI YANG DAPAT DIPEROLEHI ..........................................................................................10
I. Memikul tanggungjawab bersama dan bekerjasama.................................................................10
II. Sikap mengambil berat atau mengambil tahu ...........................................................................10
III. Sikap untuk saling mengenal dan membina sikap ramah mesra...........................................11
IV. Tanggungjawab atas kebaikan bersama dan mencegah jenayah...........................................11
V. Sikap positif dan keikhlasan .....................................................................................................12
2.5 CONTOH-CONTOH AKTIVITI SOSIAL ....................................................................................13
2.5.1 para sukarelawan turut membantu mangsa banjir memindahkan barangan yang masih
diperlukan .........................................................................................................................................13
3.0 KESIMPULAN...............................................................................................................................15
4.0 RUJUKAN......................................................................................................................................16
1.0 PENGENALAN
Keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh pengurusan yang baik dalam
komponen sosial,ekonomi dan politiknya. Termasuk dalam komponen penting kesejahteraan
negara ini ialah tanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti
dipupuk dan disemai sebagai suatu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara. Individu,
keluarga dan institusi atau organisasi merupakan sosial penting yang menyumbang segala
bentuk aktiviti dalam sesebuah masyarakat. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti
kejiranan yang mampu menjadi pemangkin dalam memupuk kemesraan antara anggota
masyarakat sekiranya ia dapat berfungsi dan melaksanakan peranannya dengan baik.
1.1 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab adalah komitmen moral atau tugas yang dikaitkan dengan tindakan
atau situasi. Sosial, untuk bahagiannya, adalah berkaitan dengan masyarakat (komuniti orang
yang berkongsi budaya). Kajian pertama yang dilakukan mengenai tanggungjawab sosial ialah
pada tahun 1950-an di Amerika Syarikat, di Eropah pada tahun 1960-an. Manifestasi pertama
muncul pada tahun 1906, tetapi tidak diperhitungkan, dan hanya pada tahun 1953 mereka
dianggap seperti itu di Amerika Syarikat. Dari tahun 1970 persatuan yang berminat dengan
subjek mula muncul, mengubah subjek ini menjadi bidang pengajian baru.
Tanggungjawab sosial adalah konsep normatif, tetapi tidak wajib, iaitu tidak
mempunyai kekuatan hukum. Walaupun begitu, hal itu tidak dapat diabaikan kerana sangatlah
penting untuk warganegara mengambil sikap matang dan memberi kesedaran akan lingkungan
dan masyarakat. Pematuhan dengan tanggungjawab sosial menghasilkan faedah bagi
masyarakat dan syarikat atau organisasi, kerana meningkatkan reputasinya, memupuk
kepercayaan masyarakat dan meningkatkan kesihatan pekerja dan individu yang membentuk
masyarakat.
1.2 KESUKARELAWAN
Kesukarelawanan pula secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik
melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa mengharapkan keuntungan dari kerja-kerja yang
dijalankan. Kecenderungan pelajar untuk berbakti secara sukarela mampu menjadikan
mahasiswa dan mahasiswi lebih intelek, berketrampilan dan ciri itu amat diperlukan untuk
menjadi barisan pelapis dalam menerajui kepimpinan negara.
1
Selain itu, ia merupakan satu isu global yang semakin mendapat perhatian kerana
kepentingannya terhadap individu,masyarakat dan negara. (Simha et al., 2011). Sumbangan
kesukarelawan dapat dilihat menerusi aspek pembangunan personal, sosial, kemahiran, kerjaya
dan akademik. Bagi masyarakat pula, penglibatan dalam kesukarelawan dapat memperkuat dan
memperkasakan komuniti, meningkatkan integriti sosial, membina kepercayaan dan ikatan
sosial yang kuat, meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat, mewujudkan
ahli masyarakat yang aktif dan positif, membentuk modal sosial yang berkualiti, mengurangkan
gejala sosial dan jenayah serta menggalakkan program pemasukan sosial (social inclusion)
untuk golongan marginal (Sarimah et al., 2015; Llenares & Deocaris, 2015).
2
2.1 KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah:
✓ Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat
Perkara ini perlu diberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian
masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. misalnya , kejadian banjir yang melanda
kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung
seperti perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat
menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan
mereka dengan selesa. Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak
khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga
dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya,
faedah kerja amal atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terdapat
kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat.
✓ Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik
Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni
yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan
yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi
dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang
akan mendapat bantuan dan rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama
lain. Persis kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami
kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk
menjadi insan yang lebih baik. Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat
membentuk keterampilan diri yang baik.
✓ Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah
Kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan
perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan
televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah
dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara
yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal
3
dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa
mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti
sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk.
Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung
gejala negatif berkembang dalam masyarakat
4
✓ Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berdatu padu
Kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan
bersatu padu. Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan
gotong-royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang
terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan
hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa
mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka
yang tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu
dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap seperti anak di
pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja
amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni.
✓ Dapat menangani isu gelandangan
Mereka yang hidup bergelandangan terpaksa hidup dalam keadaan yang mempunyai
kekurangan dalam pelbagai aspek yang terdiri daripada keselesaan, kebersihan dan privasi
yang terancam. Kehidupan golongan kurang bernasib baik di jalanan mendedahkan mereka
kepada pelbagai masalah seperti keselamatan, kesihatan, kebajikan dan sebagainya. Mereka
perlulah diberikan bantuan agar dapat hidup dalam keadaan yang memenuhi kriteria yang
disebutkan itu. Dengan memberikan keperluan signifikan seperti tempat tinggal dan pekerjaan
yang tetap, golongan ini bukan sahaja dapat hidup dengan senang dengan adanya gaji yang
memberansangkan, malah penduduk Malaysia dapat menghindari daripada tersebarnya
penyakit yang mungkin boleh dibawa oleh golongan-golongan ini.
5
2.2 CARA MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWAN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Dalam melahirkan masyarakat yang memiliki sifat tanggungjawab sosial dan sukarelawan,
diri sendiri, ibubapa, kerajaan dan badan NGO merupakan empat individu utama yang
memiliki peranan paling penting dalam membina masyarakat yang memiliki pribadi
bertanggung jawab sosial dan sukarelawan.
▪ Ibu bapa berperanan membentuk pribadi anak-anak mereka
Ibu bapa memiliki peranan penting dalam memupuk tanggungjawab sosial dan
sukarelawan ini dalam kalangan masyarakat khususnya kepada anak-anak mereka sendiri. Hal
ini kerana, peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak
dinafikan lagi amat besar terutama di fasa awal kehidupan mereka. Bak kata pepatah Melayu
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sama halnya dengan situasi yang seringkali berlaku
saban hari, apabila terdapat sebarang masalah atau kepincangan akhlak dalam kalangan remaja,
ibu bapa merupakan individu pertama yang pasti dituding dalam memberi
pertanggungjawaban. Ini menjelaskan lagi bahawa ibu bapalah yang memberi pengaruh besar
dalam mencorakkan kepribadian anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa juga berperanan dalam
memupuk sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini kepada anak-anak mereka.
▪ Kerajaan melibatkan diri dalam memperkasakan sikap tanggungjawab dan sukarelawan
dalam sektor-sektor Pendidikan.
Selain ibu bapa, kerajaan juga harus mengambil tindakan dalam memupuk sikap
tanggungjawab sosial serta semangat sukarelawan ini. Sebagai contoh, memperkasakan sikap
sukarelawan ini ke sektor-sektor pendidikan. Seperti mengadakan program-program
sukarelawan di institusi-institusi pendidikan yang akan melibatkan para pelajar, mahasiswa-
mahasiswa dan tenaga-tenaga pengajar. Sehubungan itu, program sukarelawan yang
diwujudkan harus mempunyai objektif yang jelas bagi memberi dorongan serta motivasi
kepada individu yang menyertai program tersebut untuk bergiat lebih aktif dalam program
sebegini.
6
▪ Badan NGO memainkan peranan dalam mengadakan kempen-kempen yang
menerapkan sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan dalam kalangan masyarakat.
Tidak dilupakan juga, badan NGO yang amat diperlukan dalam merealisasikan lagi objektif
utama dalam memupuk sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini dalam kalangan
masyarakat kini. Seperti, mengadakan kempen-kempen yang menerapkan sikap
tanggungjawab sosial dan sukarelawan. Namun pada umumnya, badan NGO ini sememangnya
organisasi yang menerapkan sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan. Yang mana
organisasi ini ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya
individu atau komersial. Organisasi ini juga memberi bantuan dengan sukarela dan tidak
mengambil keuntungan daripada bantuan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, dalam
membentuk masyarakat yang bertanggungjawab sosial dan sukarelawan. Badan NGO hanya
perlu membawa lebih banyak masyarakat untuk berkolaborasi dalam menjayakan lagi aktiviti-
aktiviti sukarelawan. Sekaligus, dapat memupuk sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan
dalam diri individu yang terlibat.
▪ Menerapkan sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan bermula dari diri sendiri.
Namun, segala usaha yang dijalankan oleh semua pihak tidak akan berjalan dengan baik
jika individu yang dituju tidak ingin berubah atau tidak ingin mengambil inisiatif dalam
menerapkan sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini dalam diri mereka sendiri. Oleh
itu, dalam memupuk sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini, ia perlulah bermula dari
individu itu sendiri. Kenyataan ini disokong oleh firman Allah dalam potongan ayat surah ar
Ra’d yang mafhumnya “ Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum itu
sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. Ayat ini menjelaskan bahawa kita
perlu ada usaha dan kesungguhan untuk menanamkan nilai dan sikap tanggungjawab sosial
dan sukarelawan bermula dari diri sendiri. Sekaligus tidak menenggelamkan peranan pihak lain
dalam mendorong individu ini untuk mahu berubah.
7
2.3 KESAN PENGLIBATAN DALAM KESUKARELAWAN
Antara kesan-kesan dan tanggungjawab sosial dan penglibatan dalam aktiviti sukarelawan
ialah:
❖ Meningkatkan kesedaran muhasabah diri
Apabila kita melibatkan diri dalam kesukarelawan, kita dapat meningkatkan kesedaran
muhasabah diri. Ini kerana ia dapat mendedahkan kira kepada persekitaran kehidupan golongan
yang kurang bernasib baik. Tambahan itu, dengan melibatkan diri dalam kesukarelawan telah
memberi kesedaran untuk mereka bermubasabah diri, lebih bertanggungjawab, insaf dan
bersikap positif kerana berasa bersyukur dengan kehidupan yang dilalui berbanding orang yang
hidup dalam kesempitan dan tertekan, masalnya kanak-kanak yang dibesarkan dalam
persekitaran yang berisiko, gelandangan dan mangsa peperangan.
❖ Menjalani gaya hidup sihat
Sebagaimana yang kita ketahui, pembabitan dan kesukarelawan bukan sahaja
mendatangkan manfaat kepada golongan yang dibantu tetapi juga kebaikan kepada mereka
sendiri. Misalnya, masa yang diluangkan dalam perancangan , proses dan pelaksanaan kerja
sukarela dapat menghindari mereka daripada terjebak dengan gejala sosial seperti melepak,
serta mempunyai pemikiran yang matang.
❖ Meluaskan kenalan melalui aktiviti yang dilaksanakan
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan dalam perancangan
serta perlaksanaan dalam kerja sukarelawan mendedahkan individu atau sesebuah kumpulan
kepada individu atau kumpulan lain yang sehaluan atau daripada aliran pemikiran yang
berbeza. Kesukarelawanan menjadi satu onkologi untuk mengeratkan hubungan diantara satu
sama lain serta pergaulan bersama masyarakat. Mereka berpeluang meningkatkan kemahiran
interpersonal, meluaskan rangkaian sosial serta kenalan.
❖ Menjadi prihatin terhadap keperluan individu lain
Secara fitrahnya, manusia memiliki hati yang suci dan bersih yang menuntut kepada
melakukan kebaikan. Ini sama halnya dengan sifat prihatin yang akan terwujud apabila sikap
tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini dipupuk dalam diri setiap individu masyarakat. Hal
ini kerana, apabila seorang individu lebih banyak terdedah kepada masyarakat yang mengalami
8
kesusahan hidup, perasaan tidak senang berdiam diri terhadap tekanan yang dihadapi orang
lain akan timbul dalam diri mereka dan membawa mereka untuk memberi bantuan kepada
golongan yang memerlukan tersebut. Seterusnya, menganggap perkara ini merupakan
tanggungjawab mereka untuk membantu golongan yang memerlukan dan tidak mengabaikan
masyarakat sekeliling mereka.
❖ Meningkatkan kemahiran diri
Seterusnya, penglibatan dalam sukarelawan bukan semudah yang disangka kerana
pelaksanaan kerja-kerja sukarelawan menghendaki diri seseorang individu itu menyusun atur
serta membangun lebih banyak strategi dan komitmen terhadap proses dan keperluan dalam
membantu golongan sasaran. Kerana aktiviti sukarelawan ini bersifat luas, seperti mengajarkan
pendidikan kepada golongan asnaf secara sukarela dan sebagainya, yang mendedahkan para
sukarelawan kepada seluruh peringkat umur dan jantina masyarakat. Sekaligus, menjadikan
para sukarelawan fasih dalam berkomunikasi, peka, cekap dalam melakukan pelbagai kerja dan
memiliki pemiliki pemikiran yang cerdas serta kepercayaan yang tinggi.
9
2.4 NILAI YANG DAPAT DIPEROLEHI
Tanggungjawab sosial dan kesukarelawan merupakan satu aktiviti yang menyihatkan
serta memberi pelbagai sumbangan dan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Penglibatan aktif dalam aktiviti ini mendatangkan manfaat sama ada secara jangka pendek atau
jangka panjang kepada mahasiswa (Whillans et al., 2017). Bagi memupuk nilai sikap dan
tanggungjawab sosial terhadap aktiviti kejiranan ia memerlukan iltizam, kesungguhan dan
sokongan padu setiap individu dalam masyarakat bagi memastikan fungsi, objektif dan
matlamat program kemasyarakatan kejiranan dapat dicapai.
Antara nilai dan sikap yang boleh disemai, dipupuk dan diterapkan adalah seperti berikut:
I. Memikul tanggungjawab bersama dan bekerjasama
Wajar sekali bagi semua bahawa kejayaan dalam menjayakan sesebuah program
kemasyarakatan bergantung kepada sikap tanggungjawab semua ahlinya. Segala hal yang
berkait dengan kejayaan program ini yakni penglibatan, sokongan, kerjasama memerlukan
komitmen yang tinggi dan pengorbanan semua. Ia boleh disumbangkan melalui pandangan,
idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang. Perkara utama sekali
ialah adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat kepada negara, seperti sabda
Rasulullah SAW:
“ Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang
teman yang soleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman
itu.”
II. Sikap mengambil berat atau mengambil tahu
Sikap ini bermaksud mengambil peduli dan peka tentang kebajikan jiran tetangga sekiranya
jirannya menanggung kesulitan dan kesusahan. Contohnya, apabila seseorang mendapati
jirannya tidak menyekolahkan anaknya atas faktor kewangan yang dialami. Oleh itu, sikap
peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsafan untuk
menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada yang memerlukan mengikut apa yang
termampu.
Sikap mengambil peduli ini juga termasuk sekiranya seseorang mendapati berlakunya
perselisihan faham dalam hubungan antara diri seseorang dengan jirannya, maka kepekaan ini
10
akan mendetikkan hatinya untuk memperbaiki persahabatan antara keduanya. Kesemua ini
memerlukan kepekaan seseorang terhadap kehidupan persekitarannya.
Seperti firman Allah SWT dalam konteks Islam yang mengutamakan perdamaian:
“ Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara
kamu dan taatlah kepada Allah dan RasulNya sekiranya kamu orang yang beriman.”
(Surah Al-Anfal 8:1)
III. Sikap untuk saling mengenal dan membina sikap ramah mesra
Sebagai anggota masyarakat, seseorang tidak boleh mengasingkan diri daripada
persekitaran hidup bersosial. Lantaran itu, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk
mengenali masyarakatnya khususnya orang yang paling hampir dengannya, iaitu jiran. Sikap
ini membantu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan tetangga yang akhirnya
membantu memupuk perpaduan antara satu sama lain. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang yang
paling terbaik pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra
dan bergaul mesra.”
IV. Tanggungjawab atas kebaikan bersama dan mencegah jenayah
Tanggungjawab melaksanakan kebaikan “amar makruf” dan mencegah kemungkaran “nahi
munkar” wajib dipikul bersama oleh setiap anggota masyarakat tanpa mengira pangkat,
kedudukan mahupun perbezaan bangsa dan agama. Masing-masing mempunyai
tanggungjawab dan amanah serta perlu menyedari ianya untuk kebaikan bersama. Ia juga
penting untuk mengelakkan jenayah dan kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan
perumahan (Glicken, M. D., Sechrest, D. K., 2003). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga tetangganya terselamat daripada
segala kejahatannya.”
Juga firman Allah SWT di dalam surah Al-Zalzalah ayat ke 7 dan 8 maksudnya:
11
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun dia kan melihat
(ganjaran)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah sekalipun dia
akan melihat (balasan) nya pula.” (Mustafa Haji Daud, 1999 : 56)
V. Sikap positif dan keikhlasan
Ahli masyarakat perlu menanamkan sikap positif terhadap kejiranan. Walaupun ia
merupakan kerja sukarela, setiap anggota perlu melihat aktiviti seumpama ini dari sudut yang
positif tanpa rasa terpaksa atau merasakannya sebagai aktiviti yang membazir masa dan tenaga.
Untuk itu, seseorang perlu mengikhlaskan diri dan menyematkan di fikiran bahawa apa yang
dilakukannya merupakan satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat keredhaan
Allah SWT. Hubungan kejiranan dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan kepentingan,
bersifat kepura-puraan, mengikut masa (perlu ketika senang dan sukar) dan bukan
berlandaskan kebendaan. (Lihat Pemikiran Etika Hamka dalam Abdul Rahman Abdul Aziz,
2002:115). Allah SWT berfirman:
“Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu, menjadi saudara” (Ali Imran:103)
Dalam konteks masyarakat moden ini, aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan seringkali
dipandang sepi dan diremehkan lantaran kesibukan tugas seharian yang menyukarkannya
untuk dilaksanakan dan sikap tidak mengambil peduli atau mengutamakan program-program
sedemikian. Untuk itu, perlu ada satu mekanisme agar aktiviti kejiranan ini mampu menjadi
pemangkin dalam proses transformasi sosial ke arah perpaduan. Selain itu, ia juga
membolehkan individu untuk membangunkan keadilan sosial dan mengubah kehidupan
masyarakat kepada keadaan yang lebih baik.
12
2.5 CONTOH-CONTOH AKTIVITI SOSIAL
2.5.1 para sukarelawan turut membantu mangsa banjir memindahkan barangan yang masih
diperlukan.
2.5.2 pembabitan belia dalam aktiviti sukarelawan dapat mengelak terjebak kegiatan tidak
bermoral.
13
2.5.3 penglibatan program gotong-royong dan kenduri rakyat yang diadakan di Pusat
Komuniti Taman Desa Rahmat hari ini.
2.5.4 sukarelawan bergotong-royong mengecat dinding rumah seorang penduduk
14
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, jika sikap tanggungjawab sosial dan sukarelawan ini ada pada setiap
individu masyarakat. Ia akan mengukuhkan dan meningkatkan lagi tahap perpaduan di negara
kita. Sudah tentu perkara ini akan tercapai apabila wujudnya kerjasama di antara pihak-pihak
yang terlibat dalam memberi kesedaran akan pentingnya memiliki tanggungjawab sosial dan
sukarelawan dalam kalangan masyarakat.
Dalam peradaban Islam, tanggungjawab sosial telah menjadi asas pembinaan tamadun
yang kuat yang dibina oleh ahli masyarakat yang memiliki etika yang mantap. Perwatakan baik
ini diasaskan oleh pemilikan keimanan yang kuat terhadap tuhannya. Tanggungjawab setiap
insan terbahagi kepada tiga perkara penting yang perlu benar-benar difahami, dihayati dan
diamalkan iaitu pertama, tanggungjawab kepada Tuhan, diri sendiri dan terhadap orang lain
serta persekitarannya. Hal ini hanya akan berjaya direalisasikan jika setiap orang melaksanakan
tanggungjawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.
Semangat kesukarelawanan pula perlulah diterap dalam diri setiap individu sejak
peringkat awal lagi. Hal ini kerana individu tersebut memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan negara sebagai bakal peneraju dan pewaris kepimpinan negara pada masa akan
datang. Penglibatan seseorang dalam aktiviti kesukarelawanan mendatangkan pelbagai
manfaat yang positif kepada diri sendiri. Semakin aktif seseorang di dalam aktivit
kesukarelawanan, maka semakin banyak manfaat yang diperolehinya. Perolehan manfaat hasil
daripada penglibatan dalam kesukarelawanan merupakan satu bentuk pemerkasaan yang dapat
membangunkan individu secara menyeluruh.
15
4.0 RUJUKAN
1. Zainal Anuar Bin Bakri, Wan Salmizi Bin Wan Mahmood, Mohd Adib Bin Zakaria,
13-12 2019, Tajuk : Kajian Kes: Impak Sukarelawan Yes! Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin Dalam Melakukan Kerja-Kerja Kesukarelawan Tvet, Journal on
Technical and Vocational Education.
2. Athirah Jamaluddin, 2021. Kepentingan tanggungjawab sosial. Social Engagement,
UM https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-responsabilidad-social
3. Faedah Menyertai Kerja Amal dan Sukarelawan, Retrieve from :
https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html
4. Mardhiyyah Zamani, Nurazan Mohmad Rouyan. 2016. Pengaruh Serta Peranan Ibu
Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian, Syed Qutb: Analisis
Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung”. Pusat Bahasa Moden dan Sains
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang. 106.
5. Muhamad Ridwan Jamaludin. (10 Ogos, 2017). Memperkasakan semangat
sukarelawan kepada masyarakat. Berita Harian Online. Daripada:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/08/310671/memperkasa-
semangat-sukarelawan-mahasiswa
6. Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohammad Aizuddin bin Abdul
Aziz. 2009. Memupuk kesedaran tanggungjawab sosial melalui penglibatan dalam
aktiviti kejiranan dari kaca mata Islam. Pusat Pengajian Umum, USIM
7. Normah Awang Noh, Ain Zahirah Mohd Zahid. 2021. Manfaat penglibatan dalam
kesukarelawanan terhadap pembangunan kemahiran dan sosial dalam kalangan
mahasiswa persatuan kelab penyayang. Pusat Pengajian Kerja Sosial, UNISZA.
8. Dr Norma Mansor. (6 november, 2014). NGO penuhi keperluan sosial rakyat. Berita
Harian Online. Daripada: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-
penuhi-keperluan-sosial-rakyat
9. Azrina Mazlin Alias & Vishalache Balakrishnan (PhD), (Oktober 2016) , Tajuk : Impak
kesukarelawan dalam kalangan belia di Kuala Lumpur : Satu Kajian, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya
10. Wan Dania Nasuha Wan Nazmee, Tajuk : Peranan Sukarelawan dalam Membendung
Golongan Gelendangan di Malaysia, Kolej Mara Banting.
11. Dr. Faizah Mohd Fakhruddin. Peranan etika & peradaban dalam mendokong
tanggungjawab sosial. UTM.
16