AUTOCRAT: PAUTAN DIGITAL ATAS TALIAN BAGI MENCETAK SIJIL DIGITAL KOKURIKULUM ¹ Mohd Eswadi bin Mohd Zain, ²Nor Syamina binti Assan Kuthus, 3Nur Hani binti Mohamed, 4Oswadi bin Othman, 5Rosniah binti Ab Rashid & 6Rohayza binti Abdul Rahim ¹[email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] & 6 [email protected] 123456Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang ABSTRAK Autocrat adalah satu kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan sijil Kokurikulum secara digital untuk para pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Inovasi ini telah dilaksanakan ke atas 257 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang bagi sesi 2021/2022. Sebelum ini, kaedah penghasilan sijil kokurikulum menggunakan kaedah manual mengalami kesukaran yang dihadapi dalam pengagihan sijil tersebut. Penggunaan Autocrat merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian proses kerja penghasilan sijil kokurikulum pelajar dalam bentuk digital menjadi lebih berinovatif, berkualiti dan produktif. Autocrat didatangkan secara virtual dalam bentuk mail merge tool yang menggabungkan data dari hamparan data kepada aplikasi Google Document atau Google Slide. Penambahbaikan prosedur kerja ini dapat memberi impak yang tinggi dan dapat memenuhi keperluan semasa pasaran perkhidmatan. Penggunaan Autocrat dapat menyelesaikan masalah dalam penghasilan dan pengagihan sijil kepada pelajar secara mudah dan mesra pelajar secara atas talian. Ia mampu menjimatkan masa dan mengurangkan kos dalam penghasilan sijil pelajar. Keberkesanan penambahbaikan cara kerja ini boleh diperluaskan kepada organisasi atau institusi lain dalam menjana sijil berkaitan kursus atau bengkel yang diadakan. Inovasi prosedur kerja ini juga dapat dilaksanakan dalam menghasilkan templat berkaitan dengan markah dan prestasi pelajar serta borang penghantaran tugasan pelajar. Kata Kunci : Sijil kokurikulum, mail merge tool, prosedur kerja. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG Sijil Kokurikulum merupakan perakuan penglibatan pelajar bagi setiap aktiviti yang diceburi mereka sepanjang pengajian di kolej matrikulasi. Ia penting untuk markah 10% kokurikulum bagi merit kemasukkan ke Universiti Awam. Selain itu, ia juga merupakan perakuan atau bukti penglibatan pelajar dalam setiap program yang dijalankan dan disertai. Sebelum ini sijil atau testimonial kepada pelajar dijanakan secara manual. Pertama sekali para pelajar akan diagihkan dengan kad kokurikulum pada Minggu Pengurusan Pelajar Baharu bagi mengisi maklumat berkaitan aktiviti yang mereka sertai nanti sepanjang tempoh pengajian di kolej matrikulasi. Kad kokurikulum ini akan dipulangkan semula kepada pensyarah kokurikulum pada minggu ke sepuluh semester II bagi tujuan pengisian markah 10% kokurikulum di dalam sistem MIS (Matrix Information System) kolej. Permasalahan yang timbul adalah apabila didapati kad kokurikulum dalam kalangan mereka hilang atau rosak. Selain itu, kebanyakan pelajar juga tidak mengisi maklumat penglibatan mereka dengan lengkap. Ini akan menyukarkan pensyarah semasa pengisian markah di dalam sistem MIS. Sijil kokurikulum pelajar yang sudah dicetak juga, tidak diambil oleh pelajar. Kesukaran berlaku apabila mereka tamat pengajian dan memerlukan sijil atau perakuan dari kolej sebagai bukti penglibatan mereka sepanjang pengajian. Oleh itu, para pensyarah telah 1
memikirkan satu inisiatif untuk menginovasikan kaedah penjanaan sijil atau testimonial ini secara digital. Kaedah atau pendekatan yang diambil ini dapat menyelesaikan masalah dan dapat mengurangkan kos serta menjimatkan masa dalam penghasilan testimonial para pelajar. Inovasi yang dihasilkan ini adalah terdiri daripada link untuk pengisian aktiviti penglibatan pelajar sepanjang mereka mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dan pautan Autocrat bagi menjana sijil perakuan pelajar. Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Secara mudahnya dapat dirumuskan bahawa inovasi merupakan penghasilan baru sama ada berbentuk maujud dan mujarad. Ianya berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan dijelmakan sebagai unik, memudahkan dan bernilai. 1.2 TUJUAN Pada masa sekarang dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa terutama melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Corak pengajaran terkini menunjukkan kecenderungan pembelajaran berasaskan penemuan, inkuiri dan sumber, projek dan pembelajaran aktif. Tumpuan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat. Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Bermula sesi 2020/2021, cara pengiraan markah 10% kokurikulum telah dikemaskini dengan memasukkan markah Penilaian Berterusan (PB), kehadiran, penglibatan, pencapaian, jawatan dan bonus. Penambahbaikan yang dilakukan ini adalah bagi menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti yang boleh diterima pakai oleh semua peringkat pengajian. Sebelum ini pelajar hanya mendapat markah 10% kokurikulum tetapi tidak mengambil sijil yang siap diproses melalui pensyarah kokurikulum. Sijil kokurikulum ini penting bagi perakuan atau bukti penglibatan mereka sepanjang menuntut di kolej matrikulasi. Oleh itu, kumpulan KMKPh Optimistik yang dianggotai oleh 6 orang ahli kumpulan merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang cuba berusaha untuk memastikan para pelajar kami mendapat sijil kokurikulum bagi urusan kemasukan ke Universiti Awam (UA). 1.3 OBJEKTIF 1.3.1 Membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi atau membaiki kualiti perkhidmatan atau modifikasi benda lama untuk keperluan pasaran semasa. 1.3.2 Memudahkan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos dalam menjana sijil pelajar. 1.3.3 Menyelesaikan masalah dalam penghasilan sijil kokurikulum untuk setiap orang pelajar KMKPh. 1.3.4 Mengkomersialkan inovasi baru kepada institusi atau organisasi lain. 2
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN NOVELTI 2.1 MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian pengkaji setiap aktiviti yang diceburi atau dihadiri, pelajar akan mendapat sijil penyertaan atau sijil pencapaian. Dokumen berkaitan sijil ini akan digunakan sebagai bukti penglibatan atau penyertaan pelajar dalam kolej. Seterusnya dikira sebagai merit markah 10% kokurikulum pelajar untuk kelayakan kemasukkan ke Universiti Awam (UA). Permasalahan timbul apabila ada dalam kalangan pelajar yang tidak memperolehi sijil yang diproses. Di samping itu juga ada pelajar yang telah menerima sijil tetapi disebabkan kecuaian pelajar berkenaan menyebabkan sijil mereka hilang. Keadaan ini menyebabkan pelajar ingin mendapatkan kembali sijil tersebut. Kerumitan berlaku apabila pelajar ini telah tamat pengajian di matrikulasi. Hal ini kerana, bagi mendapatkan sijil tersebut mereka hendaklah berjumpa dengan penyelaras atau individu yang menguruskan aktiviti tersebut. Selain itu, pengisian maklumat pada kad kokurikulum secara manual membolehkan pelajar melangkau langkah-langkah dan butiran yang perlu. Seterusnya banyak kad kokurikulum yang tidak lengkap menyukarkan pensyarah kokurikulum bagi proses pengisian markah 10% kokurikulum walaupun pelajar tersebut telah dipanggil bagi pengemaskinian kad mereka. Kaedah manual ini juga membebankan pensyarah untuk mengisi data di dalam sistem MIS. Berdasarkan situasi ini, kami telah mendapat idea untuk melaksanakan satu inovasi. Idea ini, kami namakan ‘Autocrat: pautan digital atas talian bagi mencetak sijil digital kokurikulum’. Penghasilan inovasi ini adalah penambahbaikan prosedur kerja yang dapat memenuhi keperluan semasa pasaran perkhidmatan bagi memudahkan pihak pengurusan kolej, penyelaras program serta pelajar mendapatkan sijil dengan mudah dan cepat. Sebelum inovasi ini dihasilkan, kami telah mengedarkan satu soal selidik untuk mengetahui keberkesanan atau kelemahan kaedah manual dalam penghasilan sijil kokurikulum pelajar. Rajah 1: Tempoh masa pelajar mendapat sijil daripada penyelaras program Rajah 1 menunjukkan responden yang mendapat sijil dalam masa lebih daripada 2 bulan selepas aktiviti adalah sebanyak 33.40%. Manakala dalam masa 2 bulan adalah sebanyak 16.60% dan 50% responden menyatakan mereka mendapat sijil dalam masa 1 bulan. Ini menunjukkan proses untuk mereka mendapatkan sijil selepas aktiviti dijalankan adalah memakan masa yang lama. Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat sijil selepas menyertai sebarang aktiviti di kolej. 3
Rajah 2: Pelajar mendapat sijil lengkap setelah tamat pengajian. Rajah 2 menunjukkan 42% pelajar tidak mendapat sijil dan 58% pula menyatakan mereka mendapat sijil setelah tamat pengajian di kolej matrikulasi. Ini menunjukkan samada pelajar berkenaan tidak mengambil sijil yang siap diproses oleh penyelaras ataupun penyelaras berkenaan tidak memproses sijil tersebut. Rajah 3: Kaedah atau cara pelajar mendapat sijil yang siap diproses Analisis menunjukan 17% pelajar mencetak sendiri sijil melalui atas talian yang memerlukan kepada kod atau kata laluan bagi mereka mengakses laman berkenaan. Manakala 83% mendapat sijil yang telah dicetak secara manual oleh penyelaras program. Rajah 4: Kaedah penerimaan sijil secara manual lebih memudahkan pelajar. Analisis menunjukkan 83% memperakui kaedah secara manual lebih memudahkan mereka berbanding 17% kaedah manual menyukarkan mereka. Dapatan ini menunjukkan sikap pelajar yang kurang prihatin kepada keperluan sijil berkenaan. 2.2 NOVELTI Idea inovasi Autocrat bagi pautan sijil digital kokurikulum kumpulan kami adalah adaptasi secara virtual dalam bentuk tetapan tambahan gabungan mel yang menggabungkan data dari hamparan data kepada aplikasi Google Doc atau Slide. Inovasi yang dihasilkan ini merupakan penambahbaikkan atau pengubahsuaian idea sedia ada kepada idea yang lebih berinovatif, berkualiti dan berdaya saing. Inovasi ini menerapkan unsur pembelajaran digital yang dapat menyelesaikan masalah pensyarah dalam pengisian maklumat bagi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum serta pengagihan sijil secara manual kepada digital yang 4
lebih cepat, efisien dan sistematik. Di samping itu juga ia menjimatkan kos dalam penggunaan kertas dan dakwat warna. 3.0 BAHAN DAN KAEDAH INOVASI (TAHAP PELAKSANAAN) 3.1 STRATEGI DAN PROSES PERANCANGAN YANG DIGUNAKAN Rekabentuk inovasi ini berdasarkan model penambahbaikan proses yang melibatkan empat langkah dalam setiap kitaran inovasi iaitu Plan, Do, Check dan Act (PDCA). Menurut model ini, kajian inovasi bergerak dalam satu kitaran yang berterusan. Sebelum inovasi ini dapat digunakan, para pengkaji telah membuat kajian mengenai kebolehgunaannya. Perincian langkah-langkah dalam kitaran inovasi ditunjukkan dalam Rajah 5. Rajah 5: Perincian Kitaran Inovasi Berikut merupakan tempoh pelaksanaan inovasi Autocrat bagi pautan digital atas talian bagi mencetak sijil kokurikulum adalah seperti di dalam Rajah 6. 5
Rajah 6: Carta Gantt pelaksanaan inovasi Carta Gantt ini menunjukkan tempoh pelaksanaan inovasi dijalankan dalam 2 kitaran, dimana pada Kitaran pertama pelaksanaan pada pengenalpastian masalah berlaku pada bulan Julai 2020. Bermula September setiap ahli mengemukakan sumbangsaran yang mengambil kira solusi dan penilaian bagi sesuatu kaedah. Penilaian dan pemulihan solusi berlaku sepanjang November 2020 sehingga pertengahan Januari 2021. Pembinaan prototaip dan pengujian kemampuan penggunakan aplikasi dilakukan sebelum pembangunan proses sebenar inovasi cara kerja percetakan sijil kokurikulum menggunakan Autocrat dilaksanakan. Pemerhatian dilakukan ke atas kumpulan sasaran pada penggunaan aplikasi tersebut pada Mei sehingga Julai 2021. Refleksi pada prototaip menunjukkan beberapa pengubahsuaian dan pembaikpulih perlu dilakukan dari segi kebolehfungsian. Hasil setelah pengubahsuaian dan baikpulih dilakukan ia seterusnya dibentangkan di Mini KonPPi-1. Pada kitaran kedua, rentetan daripada pembentangan beberapa pengubahsuaian dan baikpulih kelemahan perlu dilakukan sekali lagi bermula Julai 2021. September 2021 sekali lagi pengujian dan pemerhatian dilakukan ke atas prototaip yang telah diubahsuai ke atas persampelan dari kohort pelajar 2021/2022, seterusnya penilaian juga dilakukan. Hasil daripada penilaian memerlukan sedikit pengubahsuaian dan baikpulih. Perkongsian hasil kitaran kedua telah dilaksanakan pada awal Mac 2022 melalui program PIITRAM 2022. 3.2 KAEDAH DAN BAHAN INOVASI Bahan yang digunakan dalam penghasilan inovasi ini adalah link Google Form penglibatan atau penyertaan pelajar beserta bukti sijil dalam setiap program yang disertai sepanjang menuntut di kolej matrikulasi akan diberi kepada pelajar melalui aplikasi Telegram dan Whatsapp. Setelah pelajar mengisi semua maklumat penglibatan mereka melalui link yang diberi, maklumat tersebut secara automatik akan tersimpan di dalam Google Drive Unit Kokurikulum. Pensyarah akan memproses markah 10% kokurikulum pelajar mengikut tahap penglibatan atau penyertaan yang telah diisi oleh setiap pelajar. Setelah markah 10% kokurikulum siap diproses serta mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan kolej dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia maka pensyarah kokurikulum akan mula menjana sijil penglibatan pelajar melalui kaedah Autocrat. Akhir sekali, para pelajar boleh mula mencetak sijil kokurikulum mereka sendiri melalui pautan emel masing-masing setelah mendapat notifikasi pengesahan sijil siap diproses yang dihantar oleh pensyarah kokurikulum. Rajah 7 menunjukkan prototaip proses penjanaan sijil secara Autocrat 6
manakala Rajah 8 di bawah menunjukkan aplikasi Whatsapp dan Telegram digunakan dalam penyebaran maklumat. Inovasi ini dilaksanakan ke atas 277 pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) dari sesi 2021/2022 sebagaimana di Jadual 1. 7
Rajah 7: Proses penjanaan sijil kokurikulum secara Autocrat 8
Rajah 8: Penyebaran maklumat kepada pelajar dalam medium komunikasi melalui aplikasi Telegram & Whatsapp Jadual 1: Persampelan pelajar 277 pengguna MODUL KOLEJ LELAKI PEREMPUAN Kejuruteraan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang 189 88 4.0 PRAKTIKAL & KEBOLEHGUNAAN Inovasi yang digunakan ini adalah praktikal kerana boleh di akses oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Data pelajar mudah di akses oleh pensyarah untuk tujuan semakan kerana ianya tersimpan secara automatik di dalam Google Drive unit kokurikulum. Inovasi Autocrat ini tidak sama dengan lain-lain aplikasi penjanaan sijil kerana fungsi sijil digital kokurikulum ini adalah berbeza dengan sijil yang ditawarkan oleh aplikasi lain. Sijil digital kokurikulum ini memaparkan maklumat keseluruhan penglibatan aktiviti kokurikulum pelajar sepanjang pengajian. Manakala kebanyakan aplikasi lain pula hanya boleh digunakan untuk memaparkan penglibatan pelajar untuk satu-satu aktiviti sahaja. Aplikasi atas talian lain juga mengenakan sejumlah bayaran untuk penggunaan, walaupun penggunaan minimum. Selain itu, pengguna juga berisiko untuk lupa atau hilang password atau kata laluan yang diberi dan terpaksa memohon dan membuat bayaran sekali lagi untuk mencetak sijil. Penggunaan kaedah percetakan sijil menggunakan Autocrat memudahkan pelajar mencetak sendiri sijil mereka tetapi kaedah manual (mail merge) pelajar perlu mengambil sijil yang siap diproses dengan penyelaras berkenaan. Sijil yang siap dijana melalui Autocrat akan dihantar ke emel pelajar berkenaan dan boleh dicetak pada bila-bila masa atau disimpan dalam bentuk softcopy. Autocrat juga boleh digunapakai dalam pengurusan profesionalisme dan dokumentasi akademik, acara dan lain-lain. Pensyarah kokurikulum juga tidak memerlukan tempat atau ruang khas untuk menyimpan semua dokumen maklumat penglibatan pelajar kerana data pelajar telah tersimpan kemas di dalam Google Drive Unit 9
Kokurikulum. Data penglibatan pelajar juga tidak akan hilang dan mudah untuk diakses pada bila-bila masa sahaja tidak mengira tempat. Ianya dapat disokong dengan dapatan ujian post seperti Rajah 9 yang menunjukkan 100% responden menyatakan kaedah Autocrat sesuai digunakan di peringkat kolej. Rajah 9: Kaedah Autocrat ini sesuai digunakan di peringkat kolej 5.0 IMPAK INOVASI 5.1 EFISIEN/KEBERKESANAN Keberkesanan pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan yang merangkumi perkara berikut: 5.1.1 PENJIMATAN MASA Kaedah Autocrat ini dapat menjimatkan masa dan tenaga pensyarah dalam pengisian maklumat pelajar dalam sistem MIS kolej serta pengagihan sijil kepada pelajar. Pensyarah kokurikulum dapat menjimatkan masa sekurang-kurangnya 10 hari untuk proses agihan, pengumpulan kad kokurikulum, pengisian maklumat dalam sistem MIS serta proses penjanaan sijil kepada pelajar. Ini kerana kaedah Autocrat cuma mengambil masa selama 4 hari untuk proses agihan link penglibatan kepada pelajar sehinggalah kepada proses percetakan sijil kokurikulum. Ini dapat dibuktikan dengan dapatan ujian pra bagi Rajah 10 untuk kaedah manual pelajar lambat mendapat sijil mereka. Manakala Rajah 11 menunjukkan peratus bilangan responden yang telah mendapat sijil mereka setelah tamat pengajian di kolej matrikulasi. Bagi yang 42% yang menyatakan tidak ini adalah kerana mereka tidak mengambil sijil yang siap diproses daripada penyelaras program. Rajah 10 : Tempoh masa pelajar mendapat sijil daripada penyelaras program setelah melaksanakan aktiviti di kolej. 10
Rajah 11 : Bilangan pelajar yang mendapat sijil setelah tamat pengajian di matrikulasi 5.1.2 PENJIMATAN KOS Impak penggunaan inovasi Autocrat ini dalam pautan Sijil Digital Kokurikulum adalah dapat menjimatkan kos percetakan bagi kad kokurikulum dan sijil anggaran sebanyak RM433.50. Ini kerana pelajar hanya menggunakan pautan link yang diberikan oleh pensyarah kokurikulum dan seterusnya pelajar boleh mencetak sendiri sijil mereka pada bila-bila masa. Pelajar hanya memerlukan telefon pintar dan capaian internet sahaja untuk mengisi maklumat penglibatan aktiviti mereka. Jadual 2 : Perbandingan kos penghasilan sijil secara manual dengan menggunakan Autocrat Kaedah manual Inovasi Autocrat Item Kos Kuantiti Jumlah (RM) Kos Kad RM 0.50 327 orang RM 163.50 Kertas - sijil RM 15.00 2 rim RM 30.00 Ink warna RM 120.00 2 kotak RM 240.00 Jumlah Keseluruhan RM 433.50 RM 0 5.1.3 MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM PENGGUNAAN ICT DAN PENGURUSAN MAKLUMAT Melalui pemerhatian pengkaji pelaksanaan Autocrat dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemahiran pensyarah dalam penggunaan ICT. Kaedah ini memberi impak yang tinggi dalam bidang pendidikan kerana guru-guru boleh menggunakan Autocrat ini dalam pemberian markah peperiksaan kepada pelajar untuk digunakan di sekolah-sekolah. Ia boleh memperbaiki prestasi kerja guru-guru daripada sistem manual kepada sistem digital. Di sini berlaku pengurangan kos dalam penggunaan kertas dan percetakan serta rujukan data. Hasil tinjauan dari responden berkaitan penggunaan Autocrat ini mendapati kaedah ini berkesan dan sistematik kerana ianya dapat meningkatkan kualiti kerja. Di samping itu kaedah ini boleh memperbaiki prestasi kerja dalam penghasilan sijil penghargaan dan sijil pencapaian pelajar. Selain itu juga, pensyarah boleh menggunakan Autocrat ini dalam borang penghantaran tugasan pelajar dan ia juga meringankan bebanan tugas pensyarah kerana output dari proses penjanaan sijil terus ke email pelajar. Impak lain ialah kualiti proses kerja dan perkhidmatan pelanggan akan lebih cekap, kemas, tersusun dan berkesan. Rajah 12 : Sebelum inovasi dan selepas inovasi 11
5.1.4 MENINGKATKAN KEPUASAN PELANGGAN Ia mampu memaksimumkan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Pelajar juga tidak perlu menghubungi penyelaras program untuk mendapatkan sijil mereka. Ini kerana mereka boleh mencetak sijil sendiri apabila notifikasi sijil siap dijana sampai ke emel mereka. Selain itu sijil yang mereka dapat tidak mudah rosak dan hilang. Ini boleh dibuktikan dengan dapatan ujian post seperti dalam Rajah 13 dan Rajah 14. Rajah 13 : Kaedah penghasilan sijil secara Autocrat memudahkan pelanggan Rajah 14 : Kaedah Autocrat ini mesra pengguna 5.2 SIGNIFIKAN Inovasi ini dikategorikan sebagai inovasi berimpak sederhana kerana kaedah ini berpotensi untuk disebarluas kepada individu atau penyelaras program matrikulasi bagi menghasilkan sijil dengan cepat, mesra pengguna dan sistematik. Selain itu, guru-guru di sekolah juga boleh menggunakan pautan ini untuk memberi markah peperiksaan atau ujian kepada para pelajar mereka. Manakala organisasi lain selain institusi pendidikan juga boleh cuba menggunakan Autocrat ini untuk memudahkan urusan perakuan prestasi perkhidmatan para pekerja atau pelanggan mereka. 6.0 PERLUASAN 6.1 DISEBARLUASKAN/KOMERSIAL Perkongsian Autocrat ini juga telah dilaksanakan oleh Unit Kejuruteraan, dengan kerjasama Unit Kokurikulum, di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dalam menghasilkan pautan Borang PB/PTP bagi bukti pengakuan tugasan pelajar. Aplikasi pautannya adalah https://youtu.be/iRCCplq_Vdo. Selain itu, inovasi cara kerja ini juga telah dibentangkan di Mini Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi yang julung kali diadakan di peringkat institusi pada 15-16 Julai 2021 sebagaimana Rajah 15 serta pernah memenangi pingat perak dalam 2 nd Inter Pre-University & Matriculation Innovation Competition 2022 anjuran Majlis 12
Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (PIITRAM) yang dilangsungkan secara virtual pada Mac 2022 pada Rajah 16 Rajah 15 : Sijil Penyertaan Mini Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi (KonPPI) KMKPh Rajah 15 : Sijil Anugerah Pingat Perak Pre-University Matriculation Innovation Competition 2022 6.2 KESIMPULAN Kaedah penghasilan sijil digital kokurikulum secara Autocrat ini mencapai objektif utama kerana dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penggunaan Autocrat dapat menjimatkan kos dan memudahkan pengagihan sijil kepada pelajar. Adanya inovasi Autocrat ini, pensyarah dapat memperbaiki prestasi kerja, menambah pengetahuan, memperkemas kemahiran teknologi dan konsep perkhidmatan baharu. Pensyarah yang kreatif dan inovatif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Pensyarah juga harus peka dan pandai menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi perkhidmatan kepada para pelajar. Selain itu, pensyarah perlu tahu untuk memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan peredaran semasa dan zaman digital. 13
RUJUKAN Antony, J. (2006) ‘Six Sigma for service processes’, Business Process Management Journal, Vol. 12, No. 2, pp.234-248. Brix, J. (2012) ‘Individual learning, ideation and innovation management-discussion paper seen from innovation management practices’, Int. J. Quality and Innovation, Vol. 2, No. 1, pp.37-43. Humboldt State University. How do I use Google Forms and Sheets to automatically generate custom certificates? Retrieved from : https://atguides.humboldt.edu/m/google/l/792830-how-do-i-use-google-forms-and-shee ts-to-automatically-generate-custom-certificates Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Video, 188. 2 Kwak, Y.H. and Anbari, F.T. (2004) ‘Benefits, obstacles and future of Six Sigma approach’, Technovation, Vol. 26, No. 5, pp.708-715. Ng, P.T. (2009) ‘Relating quality and innovation: an exploration’, Int. J. Quality and Innovation, Vol. 1, No. 1, pp.3-15. 14