The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11299534, 2021-04-16 13:04:18

Tokoh Cendekiawan Ungku Aziz

Tokoh Cendekiawan Ungku Aziz

“Seorang dari istana berkelakuan
seperti orang istana itu perkara
biasa. Seorang rakyat biasa
berkelakuan seolah-olah ia orang
istana itu luar biasa. Seorang dari
istana berkelakuan seperti rakyat
biasa, itulah Profesor Diraja Ungku
Aziz”.

 NAMA PESERTA : MOHAMAD FIRRDAUS
BIN MOHD FUAD

 KELAS : 5 TEKUN

 ALAMAT E-MAIL : [email protected]

 NAMA SEKOLAH : SK SAWAH DATO’

 ALAMAT SEK : KM 5 JALAN ENDAU

86800 MERSING,
JOHOR.

Bintang yang harus terus kita kenali dan mengambil iktibar, pedoman
dan rujukanYM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau dikenali Pak Ungku .
Dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London . Beliau yang merupakan keturunan kerabat Diraja Johor dan
merupakan satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran Profesor Diraja oleh Agong.

Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Merupakan
seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak
menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada
tahun 1993. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai Sang Intelektual.

Kita harus kembali ke akal fikir, merujuk kepada kebijaksanaan dan mencari segala
kepandaian untuk berhadapan dengan cabaran.

Kita harus menyusur akar bangsa, mencari ke dalam semak dan belukar rahsia
kejayaan dan kekuatan anak bangsa dalam menghadapi cabaran zaman.
Tidak ramai mereka yang berada pada keintelektualan yang bermakna
serta berguna untuk menjadi susur dan teladan bersama.

 Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid merupakan
seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Ibunya bernama Hamidah binti
Abdullah, seorang wanita Inggeris. Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun.
Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat , Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid
membawanya menjelajah ke serata Eropah.

 Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi,
Arab dan Sanskrit.

 Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff lebih dikenali sebagai Azah Aziz dan telah
dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank
Negara Malaysia. Beliau juga merupakan sepupu kepada intelektual Muslim tersohor, Y.M. Tan Sri Prof.
Dr. Syed Muhammad Naquib al- Attas.

 Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin dengan bekas Naib Yang
Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran

Sharifah Azah Aziz (isteri)

YM Tan Sri Dato' Sri
Dr. Zeti Akhtar Aziz

(anak)

 Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit
Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru, Sekolah Melayu Batu Pahat.

 Menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya) untuk mendapatkan
Diploma Seni dan di Universiti Malaya, Singapore (kini Universiti Malaya di Kuala Lumpur) pada tahun
1951 untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi).

 Pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda,
Tokyo.

 Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi
di Universiti Malaya, Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Profesor
dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan
rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tersebut dan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat
dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

 Atas inisiatifnya, di Universiti tercipta Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi.
Waktu beliau memimpin UM, pertukaran mahasiswa mula dilaksanakan antara Universiti Malaya dan Institut
Bahasa-Bahasa Timur (kemudian Institut Negara-negara Asia dan Afrika) di Universiti Negara Moscow (sejak
tahun 1970)

Antara sumbangan, peranan utama dan jawatan yang dipegang Ungku Aziz kepada negara ialah:-
 Pencetus idea penubuhan, dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA) (Mac 1971)
 Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968).
 Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008).
 Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara

Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009).
 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan

kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.

 Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH).
 Pencetus idea penubuhan dan Ketua Pengarah Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 Mengasaskan Institut Bahasa Teikyo.
 Mengasaskan Universiti Malaya.
 Mencetuskan idea Akademi Islam.
 Mencetuskan idea Pusat Asasi Sains.
 Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - 15.12.2020).
 Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - 15.12.2020).
 Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - 15.12.2020).

Pengasas Angkasa Pengasas Tabung Haji

Pengasas Dewan Bahasa dan Pustaka



 Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
Beliau banyak membaca buku dan memiliki sifat ingin tahu yang tinggi.

 Gemar mengunjungi perpustakaan sekolah. Bukan sekadar membaca satu buku sahaja malah setiap kali
kunjungan, beliau membaca satu rak demi satu rak.

 Allahyarham terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) yang pertama.

 Lebih Melayu daripada sesetengah orang Melayu, ertinya beliau bukan sekadar berusaha memajukan diri
sendiri, tetapi begitu prihatin dalam membela nasib bangsa Melayu.

 Lebih Islam daripada sesetengah orang Islam, ertinya beliau bukan sekadar melakukan amal ibadat untuk diri sendiri dan keluarga
terdekat, tetapi begitu prihatin memastikan orang Islam mempunyai sandaran untuk merealisasi Rukun Islam kelima.

 Sentiasa bertanya soalan kerana dengan banyak bertanya kita akan lebih berjaya.
 Selain tidak mahu menjadi kaya, beliau juga tidak mahukan pangkat, gelaran dan segala anugerah kehormatan
 "Jika kita masih lagi seorang pelajar, fokus kita yang utama adalah untuk belajar, sebaik-baiknya 95 peratus masa kita adalah untuk

belajar dan belajar sahaja.

Pada hari Selasa 15 Disember 2020, beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada
pukul 4.30 petang akibat sakit tua. Jenazah beliau dimandikan di hospital tersebut sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa,
Taman Tun Doktor Ismail lalu tiba pada pukul 8.50 malam. Jenazah disembahyangi selepas solat Isyak pada pukul 8.55
malam sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 9.15 malam. Jenazah Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz
Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar pukul 9.50 malam.

Kehilangannya amat dirasai lantaran Allahyarham mempunyai terlalu banyak jasa yang dipelopori melangkau
idea semasa hinggakan hasil pemikirannya memberikan ruang dan peluang yang sangat besar. Sesungguhnya, budi Ungku
Aziz bukan hanya semata-masa kepada bangsa Melayu sahaja tetapi juga kepada keseluruhan rakyat di negara ini ekoran
kebijaksanaanya dalam melestarikan arena pendidikan dan ekonomi negara.



 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengenang-ungku-aziz-bahasa-penulisan-dan-pendidikan-jadi-
aset-bangsa-273376

 https://www.google.com.my/search?q=kematian+ungku+aziz&sxsrf=ALeKk00Pgn8ICeKUef4soB4qX_boxkl
INQ:1618575605757&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjBhJeA4ILwAhVLzjgGHWn9BL8Q_
AUoAXoECAIQAw&biw=1366&bih=568#imgrc=cSENZPiaP3S6qM

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengenang-ungku-aziz-perjuangan-melayu-dan-islam-sejati-
273368

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/di-sebalik-insan-bernama-profesor-diraja-ungku-abdul-aziz-
273370

 https://mimbarkata.blogspot.com/2015/10/prof-diraja-ungku-aziz-ungku-abdul.html

 https://umnoputrajaya.com.my/2020/12/16/belasungkawa-ungku-aziz-tidak-pesimis-terhadap-melayu-
bangunkan-bangsa-berteras-idea/

 https://www.google.com.my/search?q=kematian+ungku+aziz&sxsrf=ALeKk00Pgn8ICeKUef4soB4qX_boxkl
INQ:1618575605757&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjBhJeA4ILwAhVLzjgGHWn9BL8Q_
AUoAXoECAIQAw&biw=1366&bih=568#imgrc=cSENZPiaP3S6qM


Click to View FlipBook Version