The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kariimanok4, 2023-11-27 23:49:50

sejarah kesepaduan negara setelah sabah dan sarawak menyertai tanah melayu pada 16 september 1963

E folio kumpulan 2

Harga E-MAJALAH PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN [MPU21032] SESI 1 2023/2024 Volume 135 PENDIDIKAN GLOBAL Sejarah kesepaduan negara GABUNGAN TANAH MELAYU SABAH & SARAWAK Semenanjung : RM25.00 Sabah/Sarawak : RM28.00 PENERBIT DAD5-S2 16 September 1963


3 SIDANG REDAKSI 4 UCAPAN PENGHARGAAN 6 OBJEKTIF 12 KESIMPULAN -Penyatuan malaysia:16 september 1963 -Kejadian selepas gabungan sabah dan sarawak dgn tanah melayu -FAKTOR KEMASUKAN SABAH DAN SARAWAK KE TANAH MELAYU -REAKSI NEGARA NEGARA JIRAN 5 PENGENALAN 7 ISI HURAIAN ISI KANDUNGAN 2


REDAKSI SIDA NG REDAKSI SIDA NG RYAN LUSAT RICKY (05DAD21F1003) FAIZDZUL RAFIQ BIN MUHAMMAD ZAINAL @ ABANG (05DAD21F1074) ALEXANDER DAVIS ANAK ELENNOR (05DAD21F1082) ABDUL ASYRAAF BIN ABDUL LATIP (05DAD21F1035) PUAN HASLINDA BINTI JAMA’IN PENSYARAH 3 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK 1 2 3 4 Prakata Pensyarah


4 Dengan rendah hati, kami ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjadi bagian tak terpisahkan dari perjalanan luar biasa kami. Majalah ini adalah hasil kerja keras, dedikasi, dan kolaborasi yang luar biasa dari berbagai individu yang berperanan penting dalam setiap langkah perjalanan kami. Pertama, kepada pensyarah kami iaitu Puan Haslinda Binti Jamaín yang telah memberikan bimbingan dan inspirasi. Jutaan terima kasih atas dedikasi beliau dalam membentuk pemikiran dan wawasan dalam diri kami. Beliau telah memberikan asas yang kukuh untuk perkembangan dalam diri kami supaya lebih maju jaya dalam mengorak langkah dalam kehidupan sebagai rakyat Malaysia. Kepada ibu bapa, terima kasih atas dukungan tanpa batas. Kehadiran dan dorongan Anda telah menjadi pendorong utama kejayaan kami. Kami berterima kasih karena selalu berada di samping kami dalam setiap langkah perjalanan ini. Rakan-rakan, kalian adalah bagian tak terpisahkan dari kenangan indah ini. Kerjasama dan semangat kumpulan kita telah menciptakan suasana yang memotivasi dan penuh keceriaan. Bersama-sama, kita telah menciptakan kenangan berharga. Terakhir, kepada semua individu yang terlibat dalam program ini, dari panitia hingga pelaksana, terima kasih karena telah memberikan warna dan makna dalam setiap halaman majalah ini. Kerja keras dan kreativiti kalian membuatnya menjadi sebuah karya yang luar biasa. Semua penghargaan ini kami tujukan dengan penuh rasa terima kasih. Majalah ini tidak hanya mencerminkan pencapaian, tetapi juga perjalanan yang luar biasa bersama. Terima kasih karena menjadi bagian dari cerita ini." UCAPA N PE NG H ARGAA N UCAPA N PE NG H ARGAA N


5 PENGENALAN Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, menandakan babak baru dalam sejarah kesepaduan negara ini. Pengenalan kesepaduan ini mencerminkan semangat kerjasama dan perpaduan antara pelbagai bangsa, etnik, dan wilayah di Malaysia. Gabungan ini tidak hanya menyatukan entiti geografi, tetapi juga melambangkan kesepakatan bersama untuk membina sebuah negara yang padu, stabil, dan maju. Sejarah kesepaduan setelah penyatuan ini menggambarkan perjalanan negara dalam menghadapi cabaran, memperkukuhkan identiti kebangsaan, dan merangka visi bersama untuk kemajuan dan kesejahteraan bersama. Kebergantungan antara Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu membentuk landasan yang kukuh bagi pembangunan dan keharmonian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya.


1.Pengukuhan Identiti Kebangsaan: Mewujudkan identiti kebangsaan yang bersatu, menghormati kepelbagaian budaya, agama, dan etnik dalam negara. 2.Pembangunan Ekonomi Serantau: Mendorong pertumbuhan ekonomi serantau dengan mengoptimalkan sumber daya alam dan manusia dari pelbagai wilayah. 3.Keamanan dan Pertahanan: Memperkukuhkan keamanan dan pertahanan negara dengan membangunkan keupayaan pertahanan bersama untuk melindungi kedaulatan dan kestabilan serantau. 4.Pembangunan Infrastruktur: Meningkatkan pembangunan infrastruktur serantau untuk memudahkan perdagangan, pergerakan manusia, dan pertukaran sumber daya. 5.Kesejahteraan Rakyat: Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peningkatan akses kepada pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kemudahan-kemudahan asas. 6.Pengukuhan Persefahaman Serantau: Membina persefahaman dan perpaduan di antara pelbagai kumpulan etnik dan wilayah untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara komuniti. 6 OBJEKTIF 6


Segalanya bermula melalui cadangan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Mei 1961, disusuli Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens. Ia berperanan menjelaskan konsep Malaysia kepada rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Siri mesyuarat berlangsung mulai Ogos 1961 hingga Februari 1962 di Sabah, Sarawak dan Singapura. Hasilnya, pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk dan dipengerusikan Lord Cobbold. Pembentukan Malaysia berdepan pelbagai cabaran dengan penentangan dimulakan pada 1962 oleh A M Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei dan perisytiharan konfrontasi oleh Indonesia melalui Presiden Sukarno. Di Manila, ada tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina dengan alasan wilayah itu milik keturunan Sultan Sulu yang memeterai perjanjian dengan Kerajaan British pada 1878. Pada 21 Jun 1962, laporan Suruhanjaya Cobbold disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman membentuk jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu. Beliau mempengerusikan jawatankuasa yang dianggotai Tun Abdul Razak, Tan Siew Sin, Datuk Dr Ismail Abdul Rahman dan Datuk V T Sambanthan. Pada 9 Julai 1963, perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian ditandatangani wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dengan persetujuan dicapai untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Tentangan berterusan Filipina dan Indonesia, memaksa Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu menghantar misi ke Borneo pada 1963 bagi menjelaskan pandangan majoriti rakyat yang menyokong penubuhan Malaysia. Upacara perisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963, dihadiri Yang diPertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Perisytiharan penubuhan Malaysia dibacakan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih 30,000 rakyat yang turut meraikan hari bersejarah itu. TARIKH 16 September 1963 adalah detik bersejarah menyaksikan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk negara baharu bernama Malaysia. 7 Keahliannya ialah Wong Pow Nee, Mohd Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston menjadi wakil kerajaan British. Suruhanjaya itu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Dari Februari hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold menemui lebih 4,000 orang dan menerima 2,200 memorandum pelbagai pihak. Hasilnya, 80 peratus rakyat Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan Malaysia dan menerima pakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Suruhanjaya Cobbold turut mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK), Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia, kuasa autonomi dan jaminan khas dalam beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak serta kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak turut mengkaji beberapa tuntutan munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum menyertai Malaysia. Tuntutan ini dikenali 20 Perkara Sabah dan syarat Borneo Utara menyertai Malaysia. 1963 PENYATUAN MALAYSIA:16 SEPTEMBER


KEJADIAN SELEPAS GABUNGAN SABAH DAN SARAWAK DGN TANAH MELAYU Selepas kesepaduan Malaysia dengan bergabungnya Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak pada 16 September 1963, negara ini mengalami perkembangan yang penting dalam pelbagai bidang. Kejayaan dan cabaran sejarah menggambarkan transformasi Malaysia sebagai entiti berbilang budaya dan etnik. 8 Pembangunan ekonomi menjadi fokus utama, dengan penekanan kepada pelbagai sektor termasuk industri, pertanian, dan perkhidmatan. Walaupun pencapaian positif, negara turut menghadapi cabaran sosial dan politik, termasuk isu-isu perpaduan, hak asasi, dan sistem politik. Perjalanan sejarah ini turut memperlihatkan usaha dalam pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Kesepaduan Malaysia terus dikekalkan dan diperkukuhkan melalui usaha bersama untuk memahami, menghargai, dan merangkul kepelbagaian di seluruh negara.


9 FAKTORKEMASUKANSABAHDAN SARAWAKKE TANAH MELAYU Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan pengaruh komunis yang semakin bertapak dan juga berkembang di Asia Tenggara. Pengaruh komunis dapat dilihat mula meresap masuk ke dalam fahaman parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Aktiviti dan fahaman komunis juga kelihatan semakin bertapak dengan kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA PEMBELAAN HAK MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK Keadaan Sabah dan Sarawak sebelum penyertaan ke dalam Malaysia ialah penduduk di wilayah ini tidak mempunyai tawaran hak yang sama penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dikawal dan dijawat oleh warga asing. Selain itu, majoriti penduduk asal hanya terlibat dalam sektor domestik seperti pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap. Sekiranya kedua-dua wilayah ini menyertai ke dalam Persekutuan Malaysia, kebarangkalian penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mendapat layanan istimewa adalah lebih tinggi. Tunku Abdul Rahman juga pernah menyatakan kepentingan pembentukan Malaysia untuk menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei dan bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Sekiranya, Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, kedudukan penduduk Melayu sebagai warga majoriti akan hilang kerana warga Singapura kebanyakannya ialah penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, warga bukan Melayu akan menjadi golongan majoriti menggantikan warga Melayu. Persekutuan Malaysia membolehkan wilayah-wilayah anggotanya berada dalam posisi di mana mereka harus mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk mendapat keuntungan bersama. Selain itu, wilayah-wilayah anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi tunjang utama pembangunan ekonomi negara-negara berkenaan. Hal ini kerana Tanah Melayu penuh dengan hasil sumber bahan mentah dan Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pada masa yang sama, keselamatan Singapura pula akan lebih terjamin iaitu dari segi ekonomi.


10 REAKSINEGARANEGARAJIRAN Isu yang disentuh oleh Presiden Macapagal selaku Presiden Filipina ketika itu ialah pendakwaan bahawa Sabah ialah sebahagian daripada milik negaranya. Sekiranya pembentukan Malaysia diteruskan, maka proses tuntutan hak milik Filipina terhadap Sabah akan terganggu dan lebih sulit. Walaupun setelah pungutan suara telah dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan ternyata majoriti rakyat wilayah Sabah sendiri memilih untuk menyertai Malaysia, kerajaan Filipina terus membantah keputusan itu. Seterusnya, tindakan drastik yang diambil oleh Filipina sebagai bantahan keputusan tersebut ialah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. FILIPINA INDONESIA Pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia, kerajaan Indonesia tidak menentang. Dr. Mohammad Hatta, iaitu Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengalu alukan idea pembentukan Malaysia. Indonesia merupakan negara yang terdekat dengan Tanah Melayu mengikut kedudukan geografi, namun pembentukan Malaysia dibantah sekeraskerasnya oleh kerajaan pada ketika itu. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Presiden Sukarno selaku Presidan Indonesia ketika itu yang mana beliau telah mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Presiden Sukarno telah menyatakan sebab konfrontasinya bahawa protes tersebut adalah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tambahan lagi bagi pihak pentadbiran Indonesia, pembentukan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Pembantahan terhadap Pembentukan Malaysia naik kepada satu tahap yang lebih tinggi apabila Presiden Sukarno mengarahkan penghantaran Tentera Indonesia untuk memasuki sempadan Sabah dan Sarawak. Seterusnya, tentara Indonesia mendarat di pantai barat Johor supaya pengintipan terhadap perkembangan pembentukan Malaysia dapat dilakukan namun tindakan ini dapat dihalang sehingga perancangan Presiden Sukarno itu menjadi semakin lemah dan akhirnya gagal. Presiden Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto pada tahun 1965 dan tindakan proaktif diambil oleh pihak Indonesia apabila Menteri Luarnya, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi menamatkan konfrantasi pada bulan ogos 1966.


11


Kesepaduan Malaysia setelah gabungan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak pada tahun 1963 adalah sebuah tonggak penting dalam sejarah negara ini. Gabungan ini membawa Malaysia menjadi sebuah negara kesatuan yang terdiri dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Meskipun terdapat oposisi dan kekhawatiran dari beberapa kelompok di Sabah dan Sarawak, perubahan dan penyesuaian dilakukan untuk memastikan kepentingan dan hak-hak mereka tetap terjaga dalam kesatuan baru ini. Konstitusi Malaysia memberikan jaminan bagi status Sabah dan Sarawak sebagai bagian integral dari negara kesatuan ini. Gabungan ini membawa manfaat ekonomi bagi Sabah dan Sarawak, yang sebelumnya memiliki tingkat pembangunan yang lebih rendah. Selain itu, Malaysia juga menjadi negara multietnis dan multikultural yang dihuni oleh berbagai suku bangsa dan agama. Namun, masih terdapat isu dan permasalahan yang perlu diatasi dalam upaya memperkuat persatuan dan keharmonian antara semua wilayah di Malaysia. Penting untuk terus mempromosikan pemahaman dan toleransi antarbudaya serta mengatasi kesenjangan pembangunan antara wilayah-wilayah tersebut. Secara keseluruhan, kesepaduan Malaysia setelah gabungan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak pada tahun 1963 merupakan sebuah langkah penting dalam membangun negara yang kuat dan maju. KESIMPULAN 12


13 RUJUKAN HTTPS://WWW.ASTROAWANI.CO M/BERITA-MALAYSIA/16- SEPTEMBER-1963-BERMULANYASEBUAH-NEGARA-22232 HTTPS://WWW.HMETRO.COM.MY/ MUTAKHIR/2018/09/377654/MEN GIMBAU-DETIK-BERSEJARAH-16- SEPTEMBER-1963 HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOC /66948633/FAKTORPENYERTAAN-SABAH-SARAWAKDALAM-PERSEKUTUANMALAYSIA-1963 HTTPS://PEMBENTUKANMALAYSI A97.BLOGSPOT.COM/2015/10/RE AKSI-SABAH-SARAWAK-BRUNEIDAN_10.HTML HTTPS://NEWS.UMP.EDU.MY/EXP ERTS/MANFAAT-PENUBUHANMALAYSIA-16-SEPTEMBER-1963 HTTPS://WWW.MKN.GOV.MY/WEB /MS/2023/05/10/LATARBELAKANG-PENUBUHANMALAYSIA/


Click to View FlipBook Version