The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL AKTIVITI TAHUNAN PETANQUE SEKOLAH RENDAH 2024/2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarihi74, 2024-06-18 21:24:39

MODUL PETANQUE SKTMR D'GLAUCUS 2024

MODUL AKTIVITI TAHUNAN PETANQUE SEKOLAH RENDAH 2024/2025

Keywords: PETANQUE

MODUL PERMAINAN PETANQUE


1 Pengenalan Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut teknik acundali untuk menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata permainan. Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Mata penamat bagi permainan petanque ini adalah 13 mata. Sejarah petanque moden bermula dari negara Perancis. Sukan petanque diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1987 melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk dijadikan sebagai satu acara sukan bagi orang-orang kurang upaya. Di pertengahan tahun 1989, YM Prof Diraja Ungku Abdul Aziz selaku yang dipertua ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada koperasi-koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan untuk negara. Permainan ini sesuai untuk MBK ketidakupayaan pembelajaran, ketidakupayaan pendengaran dan ketidakupayaan fizikal kerana permainan ini tidak memerlukan pergerakkan fizikal yang besar. Permainan petanque hanya memerlukan kemahiran balingan (tangan) dan tumpuan (mata) fokus kepada bulatan.


2 Peraturan Permainan Petanque Bil. Perkara Huraian 1. Pemain 3 pemain melawan 3 pemain (triples) 2 pemain melawan 2 pemain(doubles) 1 pemain melawan 1 pemain(single) • setiap pemain menggunakan 2 boules. • setiap pemain menggunakan 3 boules. • setiap pemain menggunakan 3 boules. 2. Bola (boules) • Mestil diperbuat daripada logam. Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum). • Berat bola mestilah antara 650gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). 3. Jack • Sejenis bola yang diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, mempunyai tanda pengeluar dan diperakui oleh F.I.P.J.P. bahawa bahan itu boleh dan selamat digunakan serta sesuai dan memenuhi segala spesifikasi. • Garis pusatnya mestilah antara 25mm (minimum) hingga 35mm (maksimum). 4. Jarak jack • 4 hingga 8 – untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah. • 5 hingga 9 meter – untuk remaja 13 -15 tahun. • 6 hingga 10 meter – untukremaja 16 -18 tahun. • 6 hingga 10 meter – untukremaja 19 tahun. 5. Memulakan permainan • Permainan boleh dimulakan dengan melambung syilinguntuk menentukan pemain atau pasukan yang akan memulakan lontaran jack. • Pemain akan melontar jack jarak antara 6-10 meter daripada bulatan. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada didalam bulatan tanpamengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.


3 Bil. Perkara Huraian 6. Lontaran Boule . • Pemain daripada pasukan A melontar bola pertama ke arahjack secara pointing. • Pemain daripada pasukan lawan (B) hanyamemerhatikan dari tempat yang dibenarkan. 7. Pointing • Pemain daripada pasukan B pula boleh menggunakan kaedah pointing untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihaklawan. 8. Shooting • Kaedah memukul (shoots)boule pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack. • Sekiranya pasukan B berjayamengubah kedudukan, pasukan A pula akan membuat lontaran. • Jika tidak berjaya, pemain pasukan B akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masihada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan A pula mengambil tempat untuk meneruskan permainan sehingga habis ”end”. 9. Penentu Jarak • Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jackberbanding pasukan lawan. • Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatanbagi memulakan permainan seterusnya. 10. Akhir Permainan • Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalahdikira pemenang. 11. Mata Pemenang • Mata akan diberikan mengikutbola-bola yang terhampir dengan jack. Permainan inidimainkan sehingga 13 mata.


4 Bil. Perkara Huraian • Walau bagaimanapun dalam acara liga dan pusingan kelayakan, mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata. 12 Ukuran Gelanggang • Ukuran gelanggang panjang 17 meter x 4 meter. Petanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan boleh berbentuk tunggal atau berkembar.


5 Ukuran Gelanggang Ukuran gelanggang panjang 17 meter X 4 meter. Petanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan boleh berbentuk tunggal atau berkembar. Rajah 1 : Gelanggang petanque Peralatan Permainan Petanque Peralatan asas yang diperlukan dalam permainan petanque ialah: • Bola (boule): i. Berbentuk bulat yang diperbuat daripada logam. Mempunyai garis pusat antara 7.05 cm (min) hingga 8.0 cm (mak). ii. Beratnya antara 650 gram (min) hingga 800 gram (mak). iii. Bola ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan nombor siri tertera padanya. iv. Bola yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang telah diluluskan oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) atau Persekutuan Petanque Malaysia (PPM).


6 Rajah 2 : Bola (boule) • Jack i. Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras. ii. Mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm. iii. Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas permukaan gelanggang. Rajah 3 : Jack


7 • Alat pengukur jarak i. Meliputi alat-alat seperti pita pengukur, ‘telescopic measure’, ‘callipgauger’, dan ‘tappet ii. Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan kedudukan jack. Rajah 4 : Alat pengukur jarak


Rajah 6 : Beg bola petanque • Kain atau tuala kecil Digunakan untuk membersihkan bola semasa pertandingan. Rajah 5 :Tuala kecil • Beg i. Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa peralatan petanque. ii. Pakaian sukan, kasut dan stoking yang sesuai. 8


Teknik Asas Kemahiran Permainan Petanque • Kemahiran Asas Memegang Bola Rajah 7 : Teknik menggunakan empat jari Rajah 8 9


12 Rajah 9 : Teknik menggunakan lima jari (ibu jari pada sisi depan) Rajah 10 : Teknik menggunakan lima jari(ibu jari pada sisi belakang)


13 • Kemahiran Asas Kedudukan Kaki Rajah 11 : Teknik kedudukan kaki (separuh ke depan dan separuh ke belakang) Rajah 12 : Teknik kedudukan kaki (sama atau selari)


14 Rajah 13 : Teknik kedudukan kaki (bentuk ‘V’)


15 • Teknik Asas Posisi Pointing Rajah 14 : Teknik bertinggung/ mencangkung (paras kedua-dua lutut sama tinggi) Rajah 15 : Teknik bertinggung/ mencangkung (paras lutut kanan lebih tinggi)


16 Rajah 16 : Teknik hayunan bola (paras bawah) Rajah 17 Rajah 18


17 MODUL PETANQUE BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA MINGGU 20)


18 Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 1 jam Medium komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan petanque iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan petanque sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Catatan: Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


21 Modul : Modul 2 dan 3 Minggu : Minggu 2 dan 3 Aktiviti : Pengenalan Dan Peraturan i. Sejarah Petanque ii. Peraturan: - Komposisi Pasukan - Kriteria-kriteria bola yang diluluskan - Denda jika bola tidak memenuhi syarat - Jack yang diluluskan Objektif : i. Menyatakan secara lisan sejarah petanque ii. Menguji pemahaman murid tentang peraturan dalam permainan petaque Bahan : OHP, gambar-gambar, audio visual dan bola petanque Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Guru menayangkan video beserta audio permainan petanque. ii. Murid memberikan input yang diperolehi daripada tayangan. Langkah 2 : i. Guru menayangkan power point sejarah petanque. ii. Murid diminta menceritakan semula sejarah petanque. Langkah 3 : Murid dibawa ke gelanggang petanque untuk menerangkan peraturan secara teori dan amali: i. Komposisi pasukan. ii. Kriteria-kriteria bola yang diluluskan. iii. Denda jika bola tidak memenuhi syarat . iv. Jack yang diluluskan. Langkah 4 : i. Murid diberikan kepada empat kumpulan kecil. ii. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan carta sejarah petanque. iii. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil kerja kumpulan masing-masing. Langkah 5 : i. Guru mengedarkan latihan kepada setiap murid. ii. Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.


21 Modul : Modul 2-3 Minggu : Minggu 2-3 Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. iii. Guru perlu menerangkan kepentingan mematuhi peraturan dalam permainan petanque. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


21 Modul : Modul 4-5 Minggu : Minggu 4-5 Aktiviti : Peralatan Permainan Petanque Objektif : Menyenaraikan peralatan-peralatan asas permainan petanque. Bahan : Bahan maujud : Bola petanque, bola kuning, video Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. ii. Murid menyaksikan permainan sebenar petanque melalui tayangan video. iii. Murid ditanyakan tentang peralatan yang yang digunakan dalam pertandingan petanque melalui tayangan tadi. Langkah 2 : i. Murid diberikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap ahli dalam kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas kosong, alatan tulis dan pensel warna. iii. Guru menunjukkan peralatan –peralatan yang digunakan dalam permainan petanque. iv. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki melukiskan kembali perlatan yang ditunjukkan guru. v. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan. peralatan yang mereka lukis beserta penerangan ringkas mengikut pemahaman mereka. Langkah 3 : i. Guru memberikan pengukuhan peralatan-peralatan. yang digunakan dalam permainan petanque. ii. Guru memberikan penerangan dan ulasan tentang pembentangan kumpulan. Langkah 4 : i. Guru menunjukkan bahan sebenar peralatan yang digunakan dalam permainan petang. ii. Murid bertanya sebarang persoalan yang mereka kurang arif dan dijelaskan oleh guru. Langkah 5 : Teka silang kata jenis-jenis peralatan petanque secara individu.


22 Modul : Modul 4-5 Minggu : Minggu 4-5 Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan: Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


23 Modul : Modul 6-7 Minggu : Minggu 6-7 Aktiviti : Posisi dan Gelanggang i. Posisi Pemain ii. Gelangang Petanque Objektif : i. Memahami dan mempraktikkan posisi pemain dalam permainanan petanque. ii. Melakar dan mendraf gelanggang petanque secara kasar. Bahan : Lembaran gambarajah, gelanggang petanque, pita pengukur. Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. ii. Murid dimaklumkan tentang keperluan gelanggang yang baik. Langkah 2 : i. Murid diberikan sehelai kertas yang mengandungi rajah gelanggang petanque seberta ukuran sebenar. ii. Murid dibawa ke gelanggang sebenar petanque. iii. Murid diminta membuat ukuran pada gelanggang sebenar. Langkah 3 : i. Lebaran ke-2 pula diberikan kepada semua murid yang mengandungi rajah posisi pemain. ii. Berdasarkan gambarajah, murid diminta membuat posisi mengikut gambarajah yang diberi. iii. Penerangan guru menyusul. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


24 Modul : Modul 8-9 Minggu : Minggu 8-9 Aktiviti : Keselamatan Objektif : i. Mengetahui aspek-aspek keselamatan dalam permainan petanque. ii. Menyatakannya secara lisan dalam pembentangan. Bahan : Audio, ICT (power point), laptop. Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul Sebelumnya. ii. Guru meminta penjelasan murid tindakan yang perlu dilakukan sekiranya sebarang kecelakaan berlaku dalam sebarang permainan. Langkah 2 : Guru memperlihatkan aspek-aspek keselamatan yang diperlukan dalam permainan petanque melalui power point Langkah 3 : i. Guru memperlihatkan power poin seterusnya yang mengandungi kata kunci tentang keselamatan yang dipelajari. ii. Guru meminta murid memberikan penerangan secara individu. Langkah 4 : Murid diminta menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan dalam permainan petanque. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


25 Modul : Modul 10-11 Minggu : Minggu 10-11 Aktiviti : Latihan Asas - Balingan Tinggi (Lop) Objektif : Menunjukkan secara praktikal cara balingan tinggi (lop) Bahan : Bahan maujud : laptop Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Tayangan video tentang balingan tinggi ditunjukkan kepada murid. ii. Soal jawab. Langkah 3 : i. Murid dibawa ke gelanggang petanque. ii. Beberapa orang murid dipilih secara rawak dan diminta menunjukkan cara balingan tinggi yang telah dilihat. iii. Guru memberi maklumbalas dan tunjuk ajar. Langkah 4 : i. Murid berpasangan. ii. Seorang murid membuat balingan tinggi dan diadili oleh pasangannya. iii. Kemudian, pertukaran aktiviti dalam pasangan tadi. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


26 Modul : Modul 12-13 Minggu : Minggu 12-13 Aktiviti : Latihan Asas - Balingan Paras Pinggang. Objektif : Mempraktikkan secara amali cara balingan bola petaque pada paras pinggang. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan gelanggang. Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya Langkah 2 : i. Murid dibawa ke gelanggang petanque/ kawasan lapang. ii. lima orang murid diberi tunjuk ajar oleh guru cara balingan paras pinggang. Langkah 3 : Lima orang murid tadi membentuk kumpulan masing-masing dan memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulan yang lain cara balingan paras pinggang. Langkah 4 : i. Ujian balingan paras pinggang secara individu kepada semua murid. ii. Guru menilai dan memberikan ulasan. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


27 Modul : Modul14-15 Minggu : Minggu 14-15 Aktiviti : i. Latihan asas ii. Balingan leret Objektif : Mempraktikkan secara amali cara membaling bola petanque secara balingan leret. Bahan : Bahan maujud : Bola petanque Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Guru membuat demontrasi balingan leret kepada murid. ii. Murid diberikan 3 kali cubaan balingan leret dengan pemantauan guru. iii. Lima murid yang terbaik balingan leret akan dijadikan fasilitator. iv. Mereka dikehendaki mengajar beberapa murid lain dengan pantauan guru-guru penasihat. Langkah 3 : Setiap murid seterusnya akan membuat 3 kali balingan leret dan akan dinilai oleh guru-guru penasihat.. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


2 Modul : Modul 16-17 Minggu : Minggu 16-17 Aktiviti : Kemahiran Asas - Pointing Objektif : Mempraktikkan dan menunjukkan cara-cara mendapatkan mata dalam balingan. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan bola kuning. Masa : 2 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Beberapa kumpulan diwujudkan. ii. Setiap kumpulan akan diberi gelung rotan dan beberapa bola petanque. iii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat tiga kali. balingan dan perlu masuk ke dalam gelung rotan. Langkah 3 : i. Setelah selesai semua ahli, bulatan yang lebih kecil diwujudkan. ii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengulangi sama seperti langkah 2. Langkah 4 : i. Setelah selesai langkah 3, hanya bola kuning diletakkan. ii. Seiap ahli kumpulan dikehendaki mengulangi langkah di atas tadi, tetapi bola petanque perlu berada sedekat yang mungkin dengan bola kuning. Langkah 5 : i. Pertandingan secara berpasangan. ii. Setiap murid dibekalkan dengan tiga biji bola petanque iii. Murid yang dapat markah tertinggi akan menyingkirkan pasangannya dan memasuki ke pusingan seterusnya, sehingga tamat. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


29 Modul : Modul 18 Minggu : Minggu 18 Aktiviti : Kemahiran Asas - Shooting Objektif : Menunjukkan cara shooting yang betul dalam permainan petanque. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan bola kuning. Masa : 1 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Murid diberikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap murid diberikan tiga biji bola petanque. iii. Di hadapan setiap kumpulan tersedia gelung rotanyang terdapat sebiji bola petanque. iv. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengeluarkan bola. petanque dalam gelung rotan dengan bola petanque yang terdapat pada tangan masing-masing. Langkah 3 : i. Pertandingan mengeluarkan bola petanque ke luar gelung rotan secara berkumpulan. ii. Pertandingan diadili guru penasihat. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


Modul Minggu : : Modul 19 Minggu 19 Aktiviti : Perlawanan Persahabatan Objektif : i. Memberi pengalaman perlawanan sebenar dalam permainan petanque ii. Mencungkil bakat MBK Bahan : Semua peralatan petanque Masa : 1 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Beberapa kumpulan diwujudkan. ii. Setiap kumpulan bertanding sesama ahli kumpulan. iii. Beberapa orang murid menjadi pengadil pertandingan. iv. Guru menjadi pemantau dan memberikan tunjuk ajar sebarang kesilapan dari segi pertandingan atau pengadilan. Langkah 2 : i. Mendapatkan keputusan pertandingan ii. Penyampian hadiah Penutup : Refleksi diadakan selepas aktiviti dijalankan Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


Modul : Modul 20 Minggu : Minggu 20 Aktiviti : Pertandingan Petanque Antara Rumah Sukan. Objektif : i. Mencungkil bakat MBK. ii. Menyemai dan melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam pertandingan. Bahan : Semua peralatan petanque Masa : 1 jam Medium Komunikasi : Verbal Langkah 1 : i. Murid akan diasingkan mengikut rumah sukan masingmasing. ii. Pertadingan dijalankan secara liga. iii. Guru menjadi pengadil. Langkah 2 : i. Mendapatkan keputusan pertandingan. ii. Penyampian hadiah. Penutup : i. Refleksi diadakan selepas aktiviti dijalankan ii. Majlis penyampian hadiah. Aktiviti : Pertandingan Petanque Antara Rumah Sukan. Objektif : iii. Mencungkil bakat MBK. iv. Menyemai dan melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam pertandingan. Bahan : Semua peralatan petanque Masa : 1 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : iv. Murid akan diasingkan mengikut rumah sukan masingmasing. v. Pertadingan dijalankan secara liga. vi. Guru menjadi pengadil. Langkah 2 : iii. Mendapatkan keputusan pertandingan. iv. Penyampian hadiah. Penutup : iii. Refleksi diadakan selepas aktiviti dijalankan iv. Majlis penyampian hadiah. 31


Catatan : Bagi setiap murid 1M1S mengikut tahap, aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. 32


Click to View FlipBook Version