The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairudin Ismail Official, 2020-12-12 06:14:11

Kenanganku di SRI Hira

Kenangan di SRI Hira

NUHA ZAHIRAH BINTI
MOHD KHAIRUDIN

6 ABU BAKAR

Setiap orang pasti mempunyai kenangan apabila berada di
sesuatu tempat,begitu juga dengan aku. Aku menimba pelbagai
kenangan ketika bersekolah rendah. Tempat jatuh lagi
dikenang,inikan pula tempat belajar.

Aku bersekolah di Sek Ren Islam Hira’,Batu Belah,Klang ketika
aku berusia 7 tahun.Ibu bapaku telah menempatkan aku di sini
untuk diberikan pendidikan Islam secara berterusan.Cara ini
dapat membentuk diriku menjadi insan yang rabbani dan
berguna pada masa depan.Di sini juga aku menimba pelbagai
pengalaman suka dan duka.

2015:
Dahulu,aku diusik oleh rakan-rakan yang lain kerana sifatku
yang pendiam pada masa itu.Buku latihanku diconteng dengan
pensel warna.Aku berasa marah dan sedih tetapi itulah cara
kanak-kanak memulakan persahabatan.

2016:
Aku mula menyertai aktiviti sukan beruniform iaitu Taekwon-
do ketika di Tahun 2.Aktiviti ini merupakan seni
mempertahankan diri.Aku dapat menambahkan ilmu dan kenalan
selain mempertahankan diri apabila diancam.

2017:
Aku dilantik menjadi Pengawas Musolla SRI Hira’ ketika di
Tahun 3.Tugas aku ialah membersihkan Musolla pada waktu
rehat selain daripada menjaga barisan solat.Tugas ini mengajar
aku erti kebersihan dan ketelitian.

2018:
Ketika aku berada di Tahun 4,aku diberi hadiah secara
peribadi oleh Muallimah Noor Jihan.Hadiah tersebut diberi
kerana aku telah berjaya menamatkan silibus hafazan Tahun 4
dalam masa yang singkat.Aku terasa sangat dihargai dan
hadiah itu masih elok dalam simpananku.

2019:
Aku dilantik pula menjadi Pengawas SRI Hira’ ketika di Tahun
5.Tugas aku ialah menjaga kawasan tertentu mengikut jadual
pada waktu rehat selain menjaga barisan kelas yang ditetapkan
ketika hari perhimpunan.Jawatan ini membentuk sifat
bertanggungjawab dan disiplin.

Pada pertengahan bulan Mac,aku dan rakan-rakan sekelas
menerima kehadiran seorang teman baharu.Namanya ialah Nur
Qaisara Balqish.Aku turut memperkenalkan diri dan berkawan
dengannya.Lama-kelamaan,kami menjadi akrab.Kami juga
sentiasa bersama ketika susah dan senang.

Pada awal bulan Ogos pula,salah seorang daripada rakan
sekelas kami,Baheeira berpindah ke Perak.Katanya,ayahnya
akan bertukar tempat kerja.Aku berasa amat sedih.Sebelum
dia melangkah keluar dari SRI Hira’,kami sempat memberikan
hadiah kepadanya.Dia juga turut membalas hadiah-hadiah kami.

Pada akhir tahun,kami melakukan pelbagai aktiviti yang menarik
seperti memasak,menghasilkan kraf tangan,berniaga barangan
terpakai dan sebagainya.Kami juga melakukan aktiviti
membersihkan kawasan blok Tahun 5 SRI Hira’.Aktiviti seperti
ini kami kerjakan dengan bersungguh-sungguh dan ceria serta
gembira.

2020:
Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menimba ilmu di bumi
SRI Hira’.Aku berasa sedih kerana perlu meninggalkan tempat
ini untuk melangkah ke alam persekolahan yang seterusnya
pada tahun depan.Tambahan pula,pandemik wabak Covid-19
telah melanda negara dan dunia.Semakin bertambah pilu di hati
ini.

Buat pertama kalinya,peperiksaan UPSR dibatalkan.Perkara ini
merupakan sejarah dalam sistem pendidikan negara.Walau
bagaimanapun,guru-guru di sini tidak putus-putus memberikan
sokongan dan dorongan untuk kami meneruskan
pembelajaran.Kata mereka,belajar bukan hanya untuk
peperiksaan,tetapi sebagai tuntutan agama dan pelita untuk
masa akan datang.

Pada 15 Julai,kami kembali bersekolah pada waktu PKPP.Kami
perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang telah
ditetapkan.Garis panduan ini ditetapkan agar keselamatan dan
kesihatan warga SRI Hira’ sentiasa terpelihara.

Pada tahun ini,kami menyambut hari lahir Muallimah Siti
Khadijah dan Muallimah Siti Pairus dengan mengadakan jamuan
di dalam kelas.Tidak aku sangka,inilah jamuan pertama dan
terakhir pada tahun ini.

Aku juga telah menerima hadiah bekas pensel daripada
Muallimah Siti Khadijah.Hadiah tersebut diberi kerana aku
berjaya menghantar latihan Bahasa Melayu melalui aplikasi
‘Whatsapp’ dan ‘Telegram’.Aku bersyukur menerima hadiah
tersebut dan akan terus menggunakannya ketika di sekolah
menengah nanti.

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.Aku
berharap agar rakan-rakan di sini terus maju jaya apabila
melangkah ke alam persekolahan menengah nanti.Aku doakan
guru-guru di sini dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang
baik dan diberkati hidup.

Bersiar-siar di pekan,
Ke kedai runcit membeli santan,

Terima kasih guru dan rakan,
Ilmu dan pengalaman tersemat di ingatan.


Click to View FlipBook Version