The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHIN WEE LOONG Moe, 2021-03-23 01:00:39

Pertandingan Inovasi PdP

Pertandingan Inovasi PdP

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

Pertandingan Inovasi PdP
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2020

Penerangan Inovasi

1. Katagori pertandingan : Kumpulan

2. Tajuk inovasi : Meningkatkan Minat Belajar Murid dan Berfokus dengan
gabungan Kecerdasan Pelbagai.

3. Sinopsis inovasi:
Transformasi Pendidikan Negara sebagai salah satu agenda kerajaan untuk
memastikan sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah yang lebih baik
dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Guru harus memainkan
peranan untuk memastikan kejayaan proses transformasi ini.
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk
menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Guru harus
melatih murid-murid menguasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah,
menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat serta menghasilkan
“output” yang efektif.
Menurut pakar psikologi Howard Gardner , kecerdasan seseorang dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Setiap individu mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh
ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Maka
pergerakan Kinestatik ini dapat memberi perhatian dan fokus murid-murid
dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan.
Dalam aktiviti ini, murid-murid dapat memahami maklumat dan memberi
respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. Murid-murid berupaya
mengawal dan memahami pergerakan tubuh dan respon yang tepat semasa
aktiviti dijalankan.

4. Objektif Inovasi:
4.1 Menarik perhatian murid belajar dengan lebih efiktif.
4.2 Dapat melatih koordinasi mata, tangan murid dan berkeupayaan
bertindak dengan cergas dan cepat.
4.3 Menarik minat belajar murid-murid.
4.4 Mengukuh kemahiran isi kandungan.

5. Kumpulan sasaran:
Kumpulan murid yang berisiko cicir.

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

6. Latar belakang Terdapat murid tidak Keputusan
berfokus semasa Pengajaran dan
Mengenal pasti pembelajaran dan pembelajaran tidak
masalah murid pengajaran memuaskan.
yang tidak minat dijalankan.
untuk belajar. Menjalankan
Perbincangan dengan aktiviti-aktiviti
Mengambil kira guru dan memberi inovasi di dalam
faktor masa aktiviti panduan kepada guru kelas.
dan berkesanan. untuk melaksanakan
aktiviti.

7. Isu / Masalah yang ditangani oleh inovasi:
7.1 Didapati murid-murid pasif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
7.2 Murid-murid berasa bosan dengan pembelajaran “ talk & chalk”.

8. Huraian inovasi:
Boleh digunakan pada subjek Matematik :

- Aktiviti pergerakan tepuk tangan. (Hanya sesuai untuk jawapan dalam
lingkungan ‘0’.

8.1 Guru memberi keterangan kepada murid-murid.

8.1.1 contoh: set soalan yang dikemukakan kepada murid adalah tolak satu
( - 1),

3-1=2 cikgu tepuk tangan 3 kali, maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 2
kali.

5-1=4 cikgu tepuk tangan 5 kali, maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 4
kali.

Sila rujuk Video No 8.1.1

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

8.1.2 contoh : set soalan yang dikemukakan kepada murid adalah tolak tiga
( - 3 ),

5-3=2 cikgu tepuk tangan 5 kali ,maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 2
kali.

8 -3 = 5 cikgu tepuk tangan 8 kali ,maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 5
kali.

8.1.3 contoh : set soalan yang dikemukakan kepada murid adalah tambah
dua ( +2),

4 + 2= 6 cikgu tepuk tangan 4 kali ,maka murid
3+2=5 memberi jawapannya dengan tepukan 6
kali.

cikgu tepuk tangan 3 kali ,maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 5
kali.

8.1.4 contoh : set soalan yang dikemukakan kepada murid adalah darab dua
( x 2),

3x2=6 cikgu tepuk tangan 3 kali ,maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 6
kali.

8.1.5 contoh : set soalan yang dikemukakan kepada murid adalah bahagi tiga
( ÷ 3),

6 ÷3 = 2 cikgu tepuk tangan 6 kali ,maka murid
memberi jawapannya dengan tepukan 2
kali.

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

8.1.6. Untuk soalan yang melebihi daripada nombor 10, cikgu boleh
menggunakan power point memaparkan soalan atau tulis soalan di papan
hitam. Contoh:

18 ÷3 = maka murid memberi jawapannya
dengan tepukan 6 kali.

21 ÷7 = maka murid memberi jawapannya
dengan tepukan 3 kali.

12 – 8 = maka murid memberi jawapannya
dengan tepukan 4 kali.

Sial rujuk Video No 8.1.6

8.1.7 Bagi nombor yang besar seperti 10 ,11,12…., cikgu boleh menyediakan 1
keping kad nombor ganjil dan 1 keping kad nombor genap dalam
lingkungan 20-60 kepada setiap murid. ( kad nombor yang dipegang oleh
murid adalah jawapan yang berbeza ),contoh : cikgu memaparkan soalan
seperti berikut:

6x7=? Semua murid di beri satu nombor jawapan yang berbeza . Apabila cikgu
memberi soalan 6x7 ,maka murid yang memiliki jawapan nombor 42 akan
berdiri.( Cikgu juga boleh menyediakan 2 hingga 3 nombor 42 kepada
murid kelas ),maka pada masa yang sama, murid yang memegang nombor
42 akan berdiri serentak. Murid tersebut akan dipanggil ke depan dan
mempamerkan jawapan mereka.

Bagi murid yang memiliki nombor 42 tidak berdiri akan menunjuk dia masih
tidak dapat menguasai kemahiran ini. ( cikgu memberi galakkan kepada
murid tersebut tersebut dengan memberinya satu nombor jawapan yang
baru kepadanya ,supaya dia boleh mencuba sekali lagi. )

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

6X7=? 42 126 ÷ 6 = ?
42
21
42
21

Aktiviti ini boleh digunakan dengan mengajar kemahiran + - x ÷

Aktiviti ini juga boleh digunakan dengan mengajar kemahiran

ejaan dalam subjek Bahasa Inggeris atau Bahasa

Scrabble Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan, satu
Contoh: kumpulan diberi satu konsonan atau satu vocal
yang berbeza. (KUMPULAN MURID DI DALAM
KELAS BERPERANAN SEBAGAI MAINAN SCRABBLE)
Satu kumpulan diberi gambar ejaan. Apabila cikgu
memberi ejaan, seperti contoh : flower, chair,
floor, broom, spoon … maka murid yang memiliki
huruf tersebut akan mencari kawan-kawan untuk
bergabung huruf lain supaya menjadi satu
perkataan yang lengkap dan tepat. Pada masa yang
sama, murid yang pegang gambar perkataan itu
akan mencari kumpulannya.

f l ow e r

b l oo m

Pertandingan Inovasi SJK ( C ) JOHOR JAYA ( JBC 1039)

Sila rujuk Video ejaan dan padan gambar.

• Kos menghasilkan Inovasi :RM 0
• Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran :

Murid-murid dapat berfokus dan memberi jawapan yang tepat dan
pantas.
• Murid-murid juga menunjukkan keseronokan semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
( lampiran video)
• Potensi untuk disebar luas kepada pihak lain.
Semua murid dapat manfaat daripada aktiviti ini, dan pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif.
• Penghasilan Idea inovasi ini adalah kerana mendapati kebanyakan
murid sekolah telah bosan dengan pengajaran dan pembelajaran
secara “ talk & chalk ”. ini disebabkan cara pengajaran cikgu telah
menghadapi cabaran pada zaman teknologi sekarang . Generasi baru
ini juga menghadapi kekurangan fokus semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.


Click to View FlipBook Version