The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHIN WEE LOONG Moe, 2020-05-05 10:26:29

Pengenalan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

OBJEKTIF
1. Mengaplikasi konsep dan Amalan PdP Terbaik
2. Membangunkan Kepakaran Dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
3. Membangunkan Persekitaran Pembelajaran Yang Berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid

MATLAMAT

1. Memantapkan kepimpinan sekolah
2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

pembelajaran dan pengajaran
3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi

kejayaan murid

INTIPATI PPPM

Hasrat akhir PPPM?

1. Setiap murid dapat menghasilkan kemenjadian murid berasaskan dokumen
standard, pedagogi dan pentaksiran

2. Setiap sekolah akan menjadi sekolah berkualiti yang berdasarkan kepada
persekitaran pembelajaran yang bermakna yang disokong oleh Pemimpin
berkesan, Guru berkualiti dan sokongan PIBG dan komuniti.

KONSEP PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui:

• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
• Kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu.

ISTILAH:

1. Rakan ELIT (RE)
2. SLT (Senior Leadership Team)
3. SIT (School Improvement Team)
4. Middle Leaders Team (MLT)
5. PInTaS (Pelan Intervensi Transformasi Sekolah)
6. Parking Lot
7. Kriteria kejayaan
8. Traffic Light

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Tahun Sekolah Baharu di Sekolah di bawah TS25
Bawah Program TS25

2016 0 100
2017 100 200
2018 400 600
2019 600 1200

Mulai tahun 2020 hingga 2025 TS25 di bawah pengurusan dan pemantauan Jabatan
Pendidikan Negeri

Tahun 2016
• Latihan kepada 426 PPP
• Membangunkan modul TS25

Tahun 2017

Melatih 142 SISC+ dan 142 SIP+, JPN, PPD dan 200 PGB bagi TS25 kohort 1.0 dan
kohort 2.0

Tahun 2018-2025 sekolah fokus akan diganding kan dengan sekolah baharu TS25

KRITERIA PEMILIHAN TS25


 

KRITERIA TAMBAHAN

Bilangan murid > 350 orang
Feeder School ST
Infrastrutur asas lengkap
Akses internet baik


 


 

Logo Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

RAKAN EDUCATIONAL LEADERSHIP AND INSTRUCTIONAL TEAM ( ELIT) TS25

IAB
IPG
JPN
PPD
SIP+/ SISC+

PERANAN RAKAN ELIT TS25

IAB/IPG

1. Merancang strategi bagi membimbing sekolah
2. Menyediakan modul latihan
3. Membangunkan instrumen untuk memantau keberkesanan amalan TS25
4. Membantu pihak sekolah menyediakan Program Intervensi Transformasi Sekolah

(PInTaS)
5. Pelaporan kepada Jawatankuasa TS25 KPM
6. Perbincangan berterusan dengan Rakan Pendidikan ELIT

JPN

1. Menyelaras TS25 peringkat negeri.
2. Memberi sokongan pengurusan dan pentadbiran TS25.
3. Mengawal pertukaran PGB di sekolah sepanjang tempoh 3 tahun mengikuti

program TS25 dengan mendapat persetujuan daripada KPM.
4. Menguruskan latihan kepada PGB/PK baharu bagi sekolah dalamTS25.
5. Mewujud dan menggerakkan rangkaian TS25.
6. Menyelaras pelan tindakan pembangunan TS25.
7. Menyelaras laporan prestasi sekolah TS25.
8. Menyelaras pemantauan pelaksanaan program dan aktiviti.
9. Melapor kemajuan Transformasi Sekolah dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi

JPN dan KPM.

PPD

1. Memberi bimbingan,sokongan dan bantuan kepada sekolah (Cth: dari segi
pelaksanaan kurikulum, sumber manusia, kewangan dan lain-lain)

2. Membantu perancangan pembangunan guru bersama- sama PGB, GPK
Pentadbiran dan Rakan ELIT IAB dan IPG.

3. Memantau perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah
(PInTaS) dan prestasi sekolah TS25.

4. Merekod dan membincangkan isu-isu pelaksanaan.
5. Memantau kemajuan, prestasi kewangan, pencapaian sekolah dan kepimpinan

sekolah.
6. Menyelaras pemantauan pelaksanaan program dan aktiviti.
7. Merancang tindakan susulan dan menilai keberkesanan tindakan susulan.
8. Menilai keberkesanan dan penambahbaikan berterusan.

SIP+/SISC+

1. Merancang strategi bagi membimbing sekolah
2. Bimbingan berterusan SIPartner+ kepada PGB/GPK, SISC+ kepada Ketua

Panitia (Middle Leader)
3. membantu pihak sekolah menyediakan Program Intervensi Transformasi Sekolah

(PInTaS)
4. Pelaporan kepada Jawatankuasa TS25 KPM
5. Perbincangan berterusan dengan Rakan Pendidikan ELIT

PGB

1. Merancang Pelan Strategik sekolah jangka pendek dan jangka panjang (3 tahun)
2. Menetap matlamat dan hala tuju sekolah mengikut struktur TS25
3. Merancang Pembangunan Profesionalisme Berterusan
4. Merancang Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan Program
5. Melaksana bimbingan, pemantauan menggunakan Sistem Pengesanan dan

Penilaian
6. Melapor kepada PPD dalam urusan harian sekolah:

a. Perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah
(PinTaS),

b. Status perbelanjaan kewangan sekolah
c. Perkembangan prestasi guru dan staf.

GPK
1. Melaksanakan peningkatan pedagogi guru bersama PGB dan Rakan ELIT seperti

berikut:
a. Merancang Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Latihan) guru
b. Merancang dan menyelaras Pelan Strategik sekolah jangka pendek dan

jangka panjang (3 tahun),
c. Penyelarasan pelaksanaan pencerapan, dan

d. Pemantauan dan penilaian pelaksanaan program sekolah.
2. Melaksana bimbingan dalam peningkatan pedagogi guru,
3. Melaksana pemantauan pengurusan kurikulum
4. Membantu penyediaan bahan pelaporan yang berkaitan kepada PPD.

Kandungan Modul TS25

1. Bimbingan dan Pementoran
2. Menerajui Kepimpinan
3. Menerajui Pembelajaran
4. Persekitaran Pembelajaran Positif
5. Penilaian dan Refleksi
6. Unpacking Curriculum: Kefahaman melalui Rekabentuk ( KmR )
7. Redesigning Student Learning Experience
8. Digital Tools and Resources

MODUL 1 (BIMBINGAN & PEMENTORAN)
1. Pengenalan
2. Kerangka TS25
3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
4. Hala Tuju TS25
5. Peranan Pemegang Taruh
6. Bimbingan dan Pementoran
7. Tugasan

MODUL 2 (MENERAJUI KEPIMPINAN)
1. Pengenalan
2. Imbas Kembali Modul 1
3. Pengupayaan Pemimpin Pertengahan
4. Interpretasi Data : Pemancu Transformasi
5. One Page Project Manager (OPPM)
6. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
7. Tugasan

MODUL 3 (MENERAJUI PEMBELAJARAN)
1. Pengenalan
2. Imbas Kembali Modul 2
3. Pedagogi Abad ke-21
4. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
5. Pelbagai Gaya Pembelajaran
6. Pentaksiran
7. Three-Part Lesson
8. Tugasan

MODUL 4 ( PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG POSITIF)
1. Pengenalan

2. Imbas Kembali Modul 3
3. Konsep Persekitaran Pembelajaran

a. Recap Tugasan
b. Konsep Persekitaran Pembelajaran yang positif
c. Kemaskini Pelan Tindakan Intervensi
4. Menganalisis Persekitaran Pembelajaran
a. Analisis Jurang
b. Analisis Persekitaran Pembelajaran Sekolah
c. Anjakan Paradigma ke Arah Persekitran Pembelajaran
5. Peranan Pemimpin Pertengahan
a. Kesediaan Pemimpin Pertengahan
b. Pemberdayaan Pemimpin Pertengahan
c. Peranan Pemimpin Pertengahan
d. Simulasi

MODUL 5 (PENILAIAN DAN REFLEKSI)
1. Pengenalan
2. Tool Kit
3. Lawatan Penandaarasan
4. Kajian Keberkesanan Keseluruhan Program
5. Kajian Kes
6. Penilaian Program-Tinjauan terhadap konsep dan model-model berkaitan


Click to View FlipBook Version