KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON PERSEORANGAN
LELAKI (TERTUTUP) 2020
ANTARA AHLI KELAB BADMINTON
SJK (C) JOHOR JAYA
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA
SJK (C) JOHOR JAYA
TARIKH:
15-1-2020 (RABU)
ANJURAN:
KELAB BADMINTON SJK (C) JOHOR JAYA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar
SJK(C) Johor Jaya bagi mengadakan Kejohanan Badminton Perseorangan Lelaki (Tertutup)
Tahun 2020 antara ahli kelab badminton SJK(C) Johor Jaya.
2.0 LATAR BELAKANG
Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Badminton
merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring.
Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada
zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan
oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi
masa lapang. Selain itu permainan badminton juga dikenali sebagai “Poon” di India pada
tahun 1800. Badminton diberi nama “Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung
halaman “Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan Eropah pada zaman
dulu.
Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang
dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang
oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini
masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula
terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain
permainan Poona atau badminton.
Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford.
International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 buah
negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan
Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.
Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun
1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala
Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan
seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan
badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica.
Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton
secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona
1992.
3.0 OBJEKTIF
Tujuan utama Kejohanan Badminton Perseorangan Tertutup SJK(C) Johor Jaya
2020 ini dijalankan adalah:
A) Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara pelajar
B) Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri pelajar
C) Membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk mencungkil bakat yang
terpendam
D) Mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta
E) Melatih murid untuk memupuk sikap kerjasama, bertanggungjawab dan
menghargai kesihatan tubuh badan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR
Bakat-bakat baru di kalangan pelajar dapat dicungkil dan diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi.
Teknik-teknik bermain badminton dapat diasahkan dan dipertingkatkan.
Para peserta dapat menguasai teknik-teknik dan kemahiran bermain
badminton.
Para peserta boleh mengisi waktu dengan menceburikan diri secara aktif
dalam permainan badminton.
Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
Menanam sikap kerjasama dan bertanggungjawab melalui pertandinagn
badminton.
Para peserta dapat memahami peraturan-peraturan pertandingan badminton
secara pratikal.
Melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang
menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah
obesiti dalam kalangan murid.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelatih
5.0 BUTIRAN
5.1 TARIKH
Tarikh : 15 Januari 2020 (Rabu)
5.2 LOKASI / TEMPAT PROGRAM
Tempat: Dewan Serbaguna SJK (C) Johor Jaya
5.3 TENTATIF PROGRAM
15 Januari 2020 (Rabu)
1:00 Petang: Pendaftaran peserta.
1:15 Petang: Taklimat kepada peserta.
1:30 Petang: Pertandingan dimulakan
Pusingan awal kejohanan
3:00 Petang: Separuh akhir kejohanan
4:00 Petang: Akhir kejohanan
5:00 Petang: Ucapan Penutup oleh Puan Ku Yock Thin
(Guru Besar SJK(C) Johor Jaya)
5:15 Petang: Penyampaian hadiah dan cenderamata.
5:30 Petang: Bersurai
5.4 AJK / URUSETIA
Penaung : Puan Ku Yock Thin
Penasihat (Guru Besar)
: Puan Soh Hui Lie
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengerusi : Encik Chin Wee Loong
Setiausaha : Encik Chin Wee Loong
Bendahari : Puan Chong Chiou Yeun
Ketua pengadil : Encik Kwong Jie Hui
Ketua teknik pertandingan : Puan Neo Ai Lee
Perubatan dan kebajikan : Puan Gon Chai Fong
Persediaan tempat dan siaraya : Encik Tew Ee Siang
Pendaftaran : Puan Chong Chiou Yeun
Hadiah dan cenderahati : Puan Ng Chey Ling
Makanan dan minuman : Puan Phay Ai Hui
Jurugambar : Puan Gon Chai Fong
6.0 KEWANGAN Debit (RM) Kredit (RM)
Bil. Perkara 248 00
A PENDAPATAN 60 00
248 00 20 00
1. Peruntukan Kokurikulum Sekolah 20 00
B PERBELANJAAN 40 00
10 00
1. Makanan AJK 8 00
RM 5.00 x 12 orang 10 00
2. Air mineral 248 00
RM 10.00 x 2 kotak
3. Hadiah Penutup Program
RM 20.00 x 1
4. Cenderamata Pengadil
RM 20.00 x 2
5. Piala johan
RM 10.00 x 1
6. Piala naib johan
RM 8.00 x 1
7. Piala ketiga
RM 5.00 x 2
C Kurang / lebihan (-/+)
D JUMLAH BESAR
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM 248.00
YANG DIPERLUKAN