KERTAS KERJA PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (SAMBUTAN MURID HADIR KE SEKOLAH) 1.0 PENDAHULUAN Pelaksanaan AMALANGURU PENYAYANG (AGP) ini merupakan salah satu kempen KPM yang perlu dilaksanakan di seluruh sekolah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Malahan amalan penyayang juga merupakan sifat professional guru dalam perhubunganya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Perlaksanaan Program Amalan guru penyayang tidak hanya terhad dan tertumpu dengan kaedah bersemuka sahaja.Malahan pelbagai alternatif yang bersesuaian dengan persekitaran kemudahan sekolah itu sendiri. 2.0 MATLAMAT 2.1 Guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. 3.0 OBJEKTIF 3.1.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 3.1.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid membawa rahmat ke sekolah. 3.1.3 Murid mendapat pandangan pertama dan perasaan menyeronokkansebaik sahaja melangkah ke sekolah. 3.1.4 Menghargai sumbangan murid,ibu bapa,komuniti dan masyarakat sekolah. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 1 hingga 6 SK Gombak Setia 5.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 8November 2021 (Tahap 1) : 15 November 2021 ( Tahap 2) Masa : 7.00 pagi – 8.00 pagi(Tahap 1) 1.00 petang-1.40 petang (Tahap 2) 6.0 KAEDAH PERLAKSANAAN 6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid di pagar masuk utama sekolah.
7.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM PENYAYANG 2023 Pengerusi -Puan Zaidah bt Abdul Talib Timbalan Pengerusi -En Mohd Mazri bin MAmat Naib Pengerusii 1 - En Abdul Hamid b. Mohamad Naib Pengerusi 11 -Puan Nora bt Mohd Isa Naib Pengerusi 111 -En Ahmad Nazamuddin bin Abdullah Guru B&K -En zamani Bin Othman Setiausha -Pn Jamilah Bt Arifin AJK- -Ketua Panitia Guru Kelas Guru Data Guru Disiplin AJK Unit Kebajikan Guru Pemulihan Guru Bertugas Mingguan 8.0 PROGRAM YANG DIRANCANG 8.1 Mengalu-alukan Kehadiran Murid di Pintu Pagar Sekolah. 8.1.1 Matlamat : Murid rasa dialu-alukan untuk ke sekolah. 8.1.2 Objektif : Murid mendapat pandangan pertama dan perasaan yang menyeronokkan sebaik sahaja melangkah ke sekolah. 8.1.3 Strategi : Menyambut kehadiran murid ke sekolah di pintu pagar sekolah dengan berkonsepkan tema Superhero dan membekalkan alat tulis pensel kepada 50 orang murid yang hadir awal bagi setiap kumpulan. 9.0 STRATEGI PELAKSANAAN 9.1 Perbincangan dengan PK HEM. 9.2 Menyediakan kertas kerja bagi pelaksanaan program. 9.3 Perbincangan dengan Guru Besar bagi kelulusan program dan perbelanjaan sepanjang program.
9.4 Perbincangan urusan kewangan bersama Guru Besar. 9.5 Permohonan peruntukan daripada penaja. 9.6 Sesi mesyuarat bersama guru yang terlibat dengan program. 9.7 Pelaksanaan program. 9.8 Penilaian program. 10.0 BELANJAWAN Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Anggaran Harga Sumber 1 Superhero kostum 2 RM150.00 RM300.00 Sumbangan 2 Pensil 20 kotak RM6.00 RM120.00 Baitulmal JUMLAH RM420.00 10.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar peruntukan pelaksanaan program ini diluluskandan program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya, kerana AGP juga merupakan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu melahirkan murid yang berkualiti dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan murid dan impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan murid. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ………………………..…..... ……………….……. ……….……..………… (ZABIAH BINTI ASNAH) Guru Bimbingan & Kaunseling SK Danau Kota (2) 53300 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur