The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1163-20-natasha, 2022-09-25 05:30:09

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

CABARAN&BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
MASA DEPAN

BAHASA
MELAYU

Nurul Natasha Binti Zulkipli

CABARAN &MASA DEPAN
BAHASA MELAYU

1. Pendidikan 6. Slanga
2. Ekonomi 7. Teknologi
3. Pentadbiran Maklumat dan
Komunikasi
Kerajaan

4. Keracunan
Bahasa di Media
Sosial
5. Percampuran Kod

PENDIDIKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

Selepas memasuki tahun 2010, sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia dapat dilihat bergerak seiring dengan
keperluan semasa kerana anggota masyarakat turut berubah disebabkan oleh arus pemodenan dan globalisasi
yang semakin meluas saban hari.
Sistem sekolah yang pelbagai aliran telah menjejaskan perpaduan dalam kalangan kaum.
Pada tahun 2003, Tun Dr.Mahathir Mohamad telah menggubal satu dasar yang baharu iaitu Pengajaran
Pendidikan Sains dan Matemati dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Isu PPSMI ditentang oleh masyarakat Melayu kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152
iaitu ingin memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Prestasi pelajar-pelajar Melayu akan
merosot dalam subjek Sains dan Matematik.
Masalah yang berkenaan dengan pengisian kurikulum dan aktiviti kokurikulum merupakan penentu kepada
perkembangan pelajar dalam dunia pendidikan ( Awang Had Salleh, 1980).
Menurut Mukriz Mahathir (2008) bahasa ibunda merupakan salah satu identiti yang harus dipelihara oleh seluruh
anggota masyarakat.
Murid-murid Melayu mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek pilihan. Sekiranya pelajar Melayu
mempelajari bahasa Tamil dan Cina akan dapat merapatkan jurang pendidikan antara pelajar pelbagai kaum.

EKONOMI

BAHASA MELAYU DALAM PERNIAGAAN
MASYARAKAT

Umum mengetahui bahawa pemindahan maklumat boleh dilaksanakan melalui pengunaan
bahasa.
Menurut Abdullah Hassan (1997), terdapat dua peringkat iaitu pertama maklumat
dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu daripada asing dan peringkat kedua maklumat
disampaikan kepada orang yang beroperasi dalam ekonomi.
Mengikut laporan Bank Dunia menyatakan bahawa ekonomi negara yang tidak
menggunakan bahasa Inggeris di Asia membangun dengan pesat seperti eknomi di Korea,
China, Thailand dan Indonesia.

PEKNETRAADJBAIARNAN

URUSAN RASMI ANTARA PIHAK KERAJAAN

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada unsur

tradisi yang terdapat dalam perlembagaan kerajaan.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan

dan digunakan dalam urusan rasmi

kerjaan. 1. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan
Berikut merupakan peruntukan mengenai seharusnya ditulis menggunakan tulisan yang diperuntukkan
bahasa Melayu sebagai bahasa melalui undang-undang dengan syarat:
Kebangsaan dalam Perkara 152: Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana kerajaan Negeri

untuk memelihara serta meneruskan penggunaan bahasa mana-

mana kaum di dalam Persekutuan.

2. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi kerajaan

termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam

seharusnya menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa

perkara yang dibenarkan undang-undang seperti yang termaktub

dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan.

KEBRAAHCAUSNAAN
DALAM MEDIA

SOSIAL

PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM
MASYARAKAT

Cabaran yang perlu dihadapi untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu ialah
penggunaan bahasa rojak atau lebih dikenali sebagai bahasa pasar dalam
kalangan anggota masyarakat.
Kewujudan bahasa rojak telah menyebabkan pertuturan dalam kalangan
anggota masyarakat terjejas.
Cara berbahasa terutamanya menggunakan bahasa Melayu akan semakin
mundur kerana masyarakat lebih kerap dan selesa menggunakan bahasa
rojak yang bercampur berbanding menggunakan bahasa Melayu.
Kesannya, penggunaan bahasa Melayu semakin mundur ditelan zaman arus
pemodenan.
Penggunaan bahasa rojak sering didengari di kedai runcit malah ianya
menjadi kebiasaan dalam komunikasi masyarakat.

PERCAKMODPURAN

PMEARSCYAAMRPAUKRATANYAKNOGD PDEALLBAAMGAKIABLAANHGAASAN

Menurut Bokemba, percampuran kod bahasa dimaksudkan sebagai penggunaan
pelbagai unit linguistik seperti kata, imbuhan, frasa dan klausa yang terkandung
dalam unit tatabahasa.
Sebagai contoh, orang yang sedang bercakap menggunakan bahasa Melayu akan
memasukkan beberaoa unsur bahasa yang lain seperti bahasa Melayu tulen dan
dicampurdengan dialek Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Bahasa pasar lebih banyak mempengaruhi golongan remaja pada zaman kini.
Menurut pandangan Tan Mek Leng (2003), bahasa pasar merupakan variasi
bahasa Melayu yang digunakan untuk berkomunikasi bagi tujuan perdagangan.
Kebiasaannya bahasa pasar digunakan di pasar ketika membeli-belah kerana ianya
merupakan cara untuk berinteraksi dalam proses perniagaan.

SLANGA

PENGGUNAAN SLANGA YANG TIDAK RASMI

Menurut Grice (1975), slanga dimaksudkan sebagai bahasa yang memiliki
kecenderungan yang diguna pakai secara asas sebagai memenuhi fungsi sosial.
Harimurti Kridalaksana (1982) pula berpendapat bahasa bahasa slanga
merupakan bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan setiap kelompok sosial
terutamanya dalam kalangan remaja sebagai komunikasi dalaman untuk
mengelakkan orang luar memahami kosa kata dan istilah yang mereka ucapkan.
Penggunaan slanga juga wujud semasa penulis menulis komik kanak-kanak.
Penggunaan slanga ini sememangnya memudahkan pembacaan kanak-kanak
tetapi slanga ini merumitkan kanak-kanak untuk mengenali dan menganalisis
sistem tatabahasa Melayu yang betul.

SUMBER RUJUKAN

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kenyataan Mukriz Mahathir dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my

Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan
ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika.

Muhammad Al Afzan.(2018).Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam Mermatabatkan Bahasa
Melayu.

Jambi, J. B. (2008). CABARAN DAN PROSES PEMANTAPAN BAHASA MELAYU: CHALLENGES AND
ESTABLISHMENT PROCESS OF MALAY LANGUAGE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 68-90

Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain.Penerbit FAjar
Bakti.

SUMBER RUJUKAN

Graf, A. (2020). Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Menjelang Revolusi Industri Keempat. Melayu:
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(1), 161-172.

Rahman, A. A. (2013). Bahasa Melayu: Antara peluasan, penyempitan dan kecelaruan. Journal of
Techno-Social, 5(1).


Click to View FlipBook Version